BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 29, 2007

Mufsidat Al-Qalb 2

Mufsidat Al-Qalb
Siri Kedua(Terakhir)

Alhamdulillah pada posting yg lepas kita sudah melihat dua jenis perosak yang merosakkan hati.InsyaAllah pada kali ini kita akan melihat tiga lagi perosak hati

Perosak ketiga
(Mufsid ath-thalit)

At-ta’luq bighairillah
(Bergantung harap kepada selain Allah)


Secara mutlak,bergantung kepada selain Allah atau mengharap selain dari Allah swt merupakan sebesar-besar perosak hati.Tidak ada perosak yang lebih besar daripada ini kerana ia merosak kebahagiaan & kemaslahatan(kelangsungan)hidup manusia itu sendiri.

Secara umumnya,asas atau tapak syirik adalah bergantung kepada selain dari Allah dan bagi mereka kecelakaan dan kehinaan.

Firman Allah,
“Janganlah kamu adakan illah(tuhan)yang lain disamping Allah,agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan(Allah)”
(Surah Al-Israa’:22)
Perosak keempat
(mufsid ar-rabi’)
Katharah At-To’am
(Banyak makan)


Makanan itu terbahagi kepada dua jenis:

1.Makanan yang pada zatnya boleh merosakkan hati seperti perkara-perkara yang diharamkan.Ianya terbahagi kepada dua jenis:
a)Muharramat lihaqqillah
(Haram kerana hak Allah)

Ianya seperti bangkai.darah,daging khinzir,binatang buas yang bertaring dan burung2 yang berkuku cengkam.

b)Muharramat lihaqqil ‘ibad
(Haram kerana hak manusia)

Ianya adalah seperti barang-barang yang dicuri,barang-barang yang dirampas(dengan cara zalim) atau barang yang diambil tanpa diredhai oleh tuannya

2.Makanan yang pada kadarnya(barang yang halal) yang diambil secara melampaui batas

Benda-benda yang tidak haram tetapi jika penggunaannya berlebihan maka ianya menjadi haram.Contohnya seperti makan hingga kenyang yang mana ini akan memberatkan seseorang untuk lakukan ketaatan kepada Allah(i.e solah).Hinggakan ada sebuah syair arab menyebut:

“Siapa yang makan banyak,akan minum banyak dan banyak pula lenanya,maka dia akan rugi banyak.”

Dari sebuah hadith yang masyhur,Rasulullah bersabda:
"Tidaklah dipenuhi anak Adam akan satu bejan itu lebih jahat daripada memenuhi perutnya.Cukuplah baginya itu sekadar beberapa suap unutk menegakkan tulang belakangnya.Jika sekiranya dia terpaksa makan lebih sedikit, maka kenalah dia mmbuat peruntukan kepda perutnya:sepertiga utk makanannya,sepertiga untuk minumannya,dan sepertiga untuk pernafasannya.”

Perosak kelima
(Mufsidat Al-khamsah)
Kathrah An-Naum
(Banyak tidur)


Sesungguhnya banyaknya tidur akan mematikan hati dan memberatkan badan dan menghilangkan waktu dan kesannya mewariskan kemalasan dan ghaflah(lalai).

Di antara waktu-waktu tidur ada waktu yang makruh dan ada pula yang memberi manfaat kepda badan.Tidur yang sangat memberi manfaat ialah apabila dia sangat berhajat kepada untuk tidur(mengantuk).Tidur pada awal malam itu terpuji dan lebih bermanfaat kepada badan dari tidur lewat seandainya malam itu dapat dihiasi dengan qiammullail.Tidur tengah hari atau pada istilah fiqh dipanggil qaillullah,maka tidur sekejap sebelum Zohor itu lebih baik dari tidur pada waktu hujung petang atau awal pagi(selepas subuh)

Ulasan….

Alhamdulillah selesai juga kita mengetahui serba sedikit tentang mufsidat utama bagi hati-hati kita.Alangkah susahnya bagi hati ini untuk terus-menerus kembali kepada Rabb yang menciptakannya.Sebab itulah hati ini perlu selalu diproses kalau tidak pasti akan ‘berkarat’.

Sesungguhnya semua ini adalah mujahadah untuk kita dekat padaNya! Kalau tidak kita akan lupa dan sentiasa menganggap mudah untuk mengecapi nikmat syurga…Sekian shj untuk kali ini…Sama-sama koreksi @muhasabah diri...Jalannya tak sukar kalau Allah permudahkan dan sekiranya kita juga permudahkan diri kita untuk mencapainya…Wallahu’alam…

0 comments: