BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 29, 2008

Homestay in memory


Homestay 08
perkampungan Orang Asli Pos Raya
Anjuran: Russia Students Chapter,IMAM



~Erti hidup pada memberi dan mengasihi~

25 julai 2008

Jam ditangan kiriku menunjukkan hampir pukul 7.00 pagi. Kereta Nissan ummiku membelah lebuh raya. Kenderaan di lebuh raya juga kian bertambah jumlahnya memecah kesunyian pagi ini seiring waktu kerja mula hampir detiknya. Ya manusia juga kian membanjiri station itu. Kubeli tiketnya menghala ke plaza rakyat. Lrt kunaiki. Pelbagai ragam manusia kuperhati. Ada yang ceria, ada yang resah, ada yang muram, ada yang masih separa sedar, dan ada yang terus melayan mimpi, itu la manusia diciptakan berbeda. Biar rambut sama hitam hati pasti lain. Bahkan semua punya destinasi tersendiri. Seawalnya biar ke mana pun destinasi kita, sertailah ia dengan niat yang benar agar Allah redhai sepanjang perjalanan.

Seusai saja kutiba di Plaza Rakyat terus kaki ini menghala ke Stesen Bas Pudu. Namun kerana waktu masih awal, kumenunggu Panna dengan sepinggan bihun menjadi santapan di pagi hari bersama barli suam di food court. Akhirnya panna datang jua. Namun bas kali ini agak lambat. Kami menanti . Ada ketikanya kami diam sambil memikir sesuatu, yang pasti dalam kepalaku, daku cuba menggambarkan suasana di sana. Kalau dulu pernah juga ke perkampungan Orang Asli Pos Raya. Tapi kali ini di Sungai Siput..Maka tunggu dan lihat sahaja..terselit rasa kagum... Syabas buat anak muda~penganjur program ini. Mereka berjaya merencana satu program yang pasti membuahkan seribu satu pengalaman..Pasti panna pun memikirkan perkara yang sama. Daku hanya mengagak tempatnya mesti jauh di pendalaman bukan seperti di Pos Raya, Simpang Pulai yang berdekatan jalan raya.

Akhirnya perjalanan diteruskan sejurus sahaja bas tiba, lebih kurang dalam 3 jam setengah kami tiba di Medan Gopeng itupun selepas terlajak sampai ke Ipoh gara2 bersembang>tak perasan kata driver sudah berhenti di Gopeng> kalau diikutkan jadual, seharusnya pukul 2.30 ptg kami diminta berkumpul di Medan Gopeng, namun disebabkan waktu masih awal, kami lajakkan kaki ke Pasaraya Billion dan kedai makanan yang berdekatan sementara menunggu azan Zohor berkumandang. Ya permusafiran sudah bermula..Satu ekspedisi menjejak pengalaman sudah bermula..Justeru hubungan dengan Sang Pencipta harus dititikberatkan..Dia yang menciptakan alam ini untuk kita tadabur dan jelajahi dan Dia Maha kasih pada hambanya hingga ade rukhsah sepanjang perjalanan ini..

Monolog diri>Tidakkah kamu bersyukur wahai diri..? Selesai menunaikan tuntutan fardhu kami menanti dengan penuh kesabaran dan penuh keterujaan.. Disebabkan kami hanya berdua mewakili pelajar mesir, tidaklah kami kenal dengan siapa kami bakal bersua. Jam pula sudah menunjukkan pukul 3 ptg. Takut juga ditinggalkan, lalu terus berhubung dengan pihak yg bertanggungjawab. Kami diminta bersabar dan menanti. Alhamdulilah.. ingatkan kena tinggal..




~Menaiki trak-lori jheoa ke destinasi~


Lebih kurang hampir pukul 4 ptg datang la ajk yang menyambut kami.. Penuh bergaya dengan banner homestay.. Selepas itu kami mula bergerak ke destinasi setelah peserta kian ramai. Dimaklumkan tempat sudah berubah ke Pos Raya. Justeru hatiku berbunga kerana keadaan di sana dapat juga daku jangka bagaimana rupanya. Peserta lebih kurang dalam 54 orang.. Namun kuantiti ini pasti gandingan mantap yang akan meninggalkan kenangan manis buat semua.

Hari pertama berlalu dengan pendaftaran, mengemas penempatan( di sekolah rendah Pos Raya) , taklimat bersama Ustaz Fattar dan sesi ice breaking yang menyeronokkan walaupun sudah lewat malam.



~mengemas penginapan~



Dari apa yang Ustaz Fattar sampaikan, di kawasan ini sebahagian besar orang aslinya menganut agama kristian, kepercayaan animesm dan tiada agama. Namun kesyukuran juga dipanjatkan kerana masih ada juga meraka yang memilih Islam sebagai cara hidup. Ya Islam itu pasti ada di mana-mana. Itu janji yang pasti. Biarpun dalam kuantiti yang sikit namun usaha dakwah dan tarbiyah yang berterusan akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Menurut beliau juga kebanyakan daripada mereka adalah dari suku kaum Semai dan Temia. Mereka juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu di samping bahasa mereka sendiri. Justeru ini memudahkan kerja kami untuk menjalankan aktiviti bersama mereka nanti.

26 Julai 2008

Kedengaran si ayam berkokok di awal pagi, fajar pula mula menyinsing, Udara segar dan angin sejuk menerpa di pagi hari..Sejurus selesai peserta menunaikan Solat Subuh, kami dijamu dengan santapan Rohani daripada saudara Mohammad Syazwan bin Ma'amin. Biarpun ringkas namun sarat dengan mesej. Ya moga ini menjadi peringatan berguna dan sebagai pemangkin untuk meneruskan amal Islami. Bila kalimah La ilaha illallah meniti dibibir, diri ini sudah mengagungkan satu Tuhan yang Maha Esa dan menidakkan sebarang penyembahan pada yang lain. Jika disingkap kalimah tauhid ini dari sirah terdahulu besar peranannya. Mampu menukar Umar kepada Umar yang baru. Beliau menjadi Pemisah antara yang Haq dan Bathil dan memiliki akhlak yang tinggi sebagai pemimpin. Inilah yang harus kita teladani. Yakin Allah sahaja Pergantungan yang pasti.

Tak lupa juga tuntutan jasmani, maka kami bersenam pula di pagi hari, berkawad kaki dan berlari-lari anak di perkampungan orang asli. Mereka melihat kami seperti orang asing..memang orang asing :) lalu hatiku berbisik moga muamalah kami berjalan lancar dalam semua sesi nanti.Selesai bersenam kami dijamu pula dengan santapan jasadi. Alhamdulillah nikmat hidup sebagai muslim dan mukmin itu dirasakan indah, lebih nikmat kerana Islam itu pakej yang sempurna..memenuhi tuntutan jasmani, Ruhi dan Aqli..Tiada ragu2.. Slot 1 bermula pukul 9 pagi iaitu kursus pengenalan terhadap Orang Asli oleh Ustaz Hafizuddin dan penerangan ringkas tentang ziarah yang akan diadakan.




~sempat bersama anak2 kecil ini sebelum berziarah~

~mengorak langkah memasuki kampung~

Kemudian kami mula menzirahi mereka dengan penuh rasa ingin tahu.. jika mampu selami kehidupan mereka, kami akan cuba...daku cuba mengenali biar timbul rasa percaya dan rasa kasih mereka padaku. Selebihnya terserah padaNya. Di sini terdapat dua perkampungan yang berhampiran iaitu Kampung Raya dan Kampung Beringin..maka 5 kumpulan akan dibahagikan mengikut kawasan supaya gerak kerja lebih mudah dijalankan.


~skuad pengagihan~


~Bersemangat mereka ni~


Kumpulanku kumpulan satu dibahagikan ke Kampung Beringin..12 orang semuanya.. kami pula dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil..daku bersama Kak Aini dan Abg Jam memulakan ziarah pertama ke rumah pak Andak..unik keluarganya isteri beliau Mak Anjang merupakan seorang bidan di kampung tersebut. Di rumahnya juga terdapat anak perempuannya bersama menantunya seorang lelaki Cina dan 2 orang cucu lelakinya. Biarpun sempit mereka kelihatan gembira..Apa yang mengagumkan ialah kehadiran Yong Kim Wah sebagai menantu dalam family tersebut..umurnya sudah 43 thn manakala isterinya 45..Kehidupan mereka susah..taraf ekonomi mereka rendah tapi usaha mereka untuk terus hidup dengan bergantung pada sumber alam harus dipuji. 2 orang anaknya tidak bersekolah kerana masalah kewangan... Ini yang menimbulkan simpati kami..


~ family angkat bersama Abg Jamz dan Kak Aini ~


Sebenarnya Ah Yong tinggal di tempat lain tapi beliau sudah menjual rumah lama beliau untuk mendapatkan wang. Maka terpaksalah tinggal bersama keluarga mertuanya.. Ini satu pengorbanan..Sedikit sebanyak daku mula memahami pengorbanan harta dalam dunia masa kini..Jika mereka yang bukan Islam sanggup berkorban demi kesenangan keluarga, kita sebagai Muslim seharusnya melipat gandakan pengorbanan untuk Islam dari aspek tenaga yang dikerahkan,harta dan masa demi menegakkan Islam di seantero dunia..Terasa indah hidup ini pada memberi..melihat mereka menerima sedikit buah tangan dengan ceria..Hatiku turut gembira lalu daku memanjat setinggi kesyukuran kerana tidak diuji dengan kesusahan tapi bersyukur dengan apa yang ada. Moga apa yang daku ada akan disumbangkan pada Islam tercinta.



++damainya dirasa++

~renungilah kalam Illahi ini~

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)


Pada sebelah petangnya pula kira-kira pukul 3, kami meredah hutan mengeksplorasi alam. Di sana kami ditunjukkan cara-cara membuat atap. Bila direnung kembali sudah lama juga diri ini tidak meredah hutan. Nyaman dirasa. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.


~Pak Lang mahir mengayam atap~


~kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan~

Pada pukul 5 pula program sepetang bersama kanak-kanak Orang Asli dan gotong royong berjalan dengan lancar. Kumpulan 1 ditaklifkan untuk bersama kanak-kanak itu. Dengan kehadiran ibu bapa mereka keadaan menjadi lebih meriah pada petangnya. Sesi taaruf dan sesi mencungkil tahap IQ mereka berjalan mengikut kretiviti fasi masing-masing. Mereka pada mulanya malu-malu. Namun lama-kelamaan mereka mula memberi komitmen yang baik. Daku kagumi mereka. Anak2 yang cekal dan ingin satu pembaharuan namun terlindung dek kurang terdedah pada dunia luar. Pemikiran mereka suci. Ini daku lihat dari lakaran~pulau impian~mereka. Bersih sungguh jiwa mereka. Ada sebab kukata begitu. Biarpun mereka hidup dalam kejahilan..namun masih ada sinarnya..


~petah menguasai suasana~

~sepetang bersama mereka~

Bila malam menjelma pula, seusai sahaja selesai menunaikan solah maghrib dan isyak, Orang asli diperkampungan ini ingin sekali membuat persembahan tarian sewang.Unik sekali.. merehatkkan minda dan jasadi..Kemudian slot khas oleh Ustaz Ridhuan Md Nor mula menghangatkan suasana malam yang kedinginan itu. Tajuknya juga sudah menarik~Kenali Mad3u anda~Apa2 pun persiapan pertama seorg Daie berhajatkan kepada ilmu>tanpa ilmu masakan daie mampu bekerja. Justeru jika ingin sebarkan Islam daie perlu ada seni, cara menyampai pun perlu ikut tahap mereka..Banyak input berguna daku perolehi..Selesai saja slot ini, masing-masing berhibernasi..

27 julai 2008

Akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nanti, mana tidaknya hari ini kemuncak homestay, kira-kira pukul 8 pagi Grand sukaneka berlangsung di padang sekolah. Pelbagai acara menarik berlangsung, antaranya jumbo sales, permainan futsal, bola beracun, gula dalam tepung, lari ikat kaki, pecahkan belon, tarik tali dan acara menyumpit. Inilah antara aktiviti yang mampu mengikat lagi silaturahim antara peserta dengan keluarga angkat masing2. Memang seronok. Rasa keterikatan dengan mereka. Disamping itu juga turut berlangsung medical checkup di kantin sekolah.



~practice dik biar kita menang~

~bersiap sedia~


~giliran akak-akak dibaling bola oleh adik-adik~

++makin jauh makin sayang++


~kumpulan sukaneka 2 ceria~

~love 4 ever~

Program yang dirancang habis lebih awal dari yang dijangkakan. Maka kira-kira pukul 3 petang Pak Lang begitu semangat ingin membawa kami ke sungai untuk belajar membuat jerat dan memasak nasi dalam buluh..Unikkan~mana nak dapat kat bandar kan~tak dapat lupakan meredah sungai yang deras itu..nak terbalik dibuatnya..

Pada malam harinya pula, kunjungan khas Dr Latiff Mohammad antara orang besar IMAM menarik perhatian kami dalam slot khas bersamanya selepas solah Maghrib dan Isyak. Sesi Forum pula bersambung selepas makan malam. Walaupun agak lewat peserta mampu bersengkang mata kerana forumnya yang begitu hangat dengan persoalan. Panelnya terdiri dari Dr Latiff dan Dr Awisul Islah serta dipengerusikan oleh Saudara Mohd Jamzuriammir. Cerita-cerita yang penuh pengajaran dan seribu satu pengalaman memang tak dapat dibeli dimana-mana melainkan dari mereka yg berpengalaman sendiri.

Teringat kata-kata Dr Latiff~ every situation is tarbiyah & Rasulullah always using every chance to deliver Islam~and May be the opportunity that you didn't expected you can open Al-Hidayah to other people>so we can't rest

28 julai

~Demi masa~ Cepat sungguh masa berlalu, hari ini hari terakhir daku di sini bersama teman-teman baru dari Rusia, Indonesia dan Ukraine..Biarpun benua memisahkan kami namun summer kali ini Allah tautkan hati-hati kami di Pos Raya ini. Slot LDK memenuhi jadual pagi, inilah kali terakhir kami akan berbincang..ya biar ada kesan positif pada tarbiyah dan kekuatan rohani..Kemudian kami mula bergerak untuk menziarahi keluarga angkat masing-masing~ziarah wida~sebak juga dibuatnya namun hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan>itulah sunnah alam..yang datang pasti pergi..


~Moga bertemu lagi~

~kunjungan wida dibalas rebung & petai~


Kumpulan satu dengan hasil kutipannya =)


Harapanku buat teman seperjuangan Homestay 08, moga ada kesinambungan amal di antara kita dan tautan ukhwah yang kita bina juga berkekalan walau benua memisahkan hati-hati ini dan kita pasti jarang bertemu.Proses taaruf bersama mad'u dan sesama kita juga memakan masa bahkan prosesnya sepanjang hayat..Akhir kalam salam perjuangan buat sahabat semua..Moga tabah hadapi semua ujian..dan ingatlah You are never alone..Because He always beside us.. Justeru moga iman pendahulu setiap amal kita kerana hanya sanya dengan Iman yang kuat mendesak pemiliknya untuk segera bangun dan berjihad…. Maka kita di mana? Teruskan beramal meraih cinta Sang Pencipta..

Pada pukul 3.30 ptg majlis Penutupan pula berlangsung. Biarpun ini penamatnya, moga ada penerusannya. Ucapan-ucapan keramat disampaikan. Perlu ada kelangsungan ku monolog sendiri walau ini penutupnya bukan ini pemutus ziarah seterusnya..


Salam perjuangan dan Salam mahabbah untuk semua (^_~)

10 comments:

Anonymous said...

moga gerak kerja terus berkekalan ^-^

sinar_islami said...

ameen...moga sama2 terus di atas jalan D&T

Eng Einy said...

weyh gile la best kome..

xpe2..taon depan aku join..

abesla ko sha..jd kakak penyayang la ko pasni..heheh

sinar_islami said...

bgs2 rem..tafadhal..tahun depan kalau mu jadi ajkt wat la pgrm camni kat msia..vote 4 rem..

^-^ sama2 jadi penyayang kan baru org sayang..ciri2 khalifah di muka bumi tu..

dr muthiah said...

salam sha..
sonok bace cite sha..
karangan upsr gitu..hihi

insya allah ada kelapangan akak tulis nanti ek..(^_^)v

moga allah sentiasa mengikat erat hati hati ini untuk terus istiqamah di jalanNya

sinar_islami said...

haha..akak ni..apa2 aje..kat kak sarah pun kata karangan upsr..tak pe nanti kami tgk karangan akak pula..^-^ tak sabar nak baca..hehe tak pe komen la...seronok dgr komen org ni..biar ade peningkatan

syukran byk2 kerana handle pgrm ni..tahniah ana ucapkan..

moga Allah tautkan hati2 kita utk menyumbang pada islam

Anonymous said...

waa~best betul kamu sha..
dapat memberi..
kita idup bkn hanya utk menerima tp mmberi gak kan~
muge sha terus istiqamah
doakan sy juge
KIRIM SALM UMI N LEK N SALWA~

Anonymous said...

good2~~next year bleh join lg...heh

sinar_islami said...
This comment has been removed by the author.
sinar_islami said...

me to lyanna>>
syukran..moga makbul doa anti..
makin famous lak adik salwa ana ^-^
moga sama2 kita istiqamah

me to darth>>
syukran..tu pun kalau Allah izin ana balik..hehe lagi teruja kalau PERUBATAN kita yg anjurkan..moga2 jadi kenyataan..maju perubatan utk smua