BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 04, 2008

sukar untuk kulafazkan

Sukar untuk kulafazkan
Pernahkah kita terfikir??
merenung amal yang lalu
muhasabah setiap episod suka dan duka
gembira mahupun pilu bertamu...Ya
Kegembiraan itu dalam genggamanNya
Bibir seorang hamba mudah menuturkan sebarang bicara
namun biarlah lafaznya terarah oleh bicara hamba dengan Penciptanya
Biarlah kiranya masa mendatang daku berhati-hati melafazkan kata
Daku harap kalam sebegini mampu kufikirkan sebelum bibir menlirik bicara
sukar untuk kulafazkan kalimah setia
pada mereka yang mengingkari perintah Illahi
sukar untuk kulafazkan kalimah sayang
pada mereka yang membenci Syariat Rabbul Izzati
sukar untuk kulafazkan kalimah rindu
pada insan yang selalu lupa akan nikmat Khaliqnya
sukar untuk kulafazkan kalimah benci
pada mereka yang berkasih keranaNya
Namun hanya padaNya kuharap segalanya..
kebahagian itu tiada makna andai kita lupa Dia
tanpa redhaNya hidup ini pasti suram
Tiada ceria & pasti penuh epilog duka

~Sesiapa yang berpaling daripadaKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta~Taha:124

Abdullah Ibnu Abbas berkata berhubung dengan ayat di atas
~Setiap orang yang menerima nikmat daripada Allah, banyak ataupun sedikit, hendaklah diterima dengan rasa taqwa. Jika tidak dia tidak akan mengecapi kebahagiaan dalam hidupnya dan akhirnya dia akan dilanda kesempitan~

Sama-sama penuhi masa cuti, dengan kegembiraan menghangatkan ilmu di dada mahupun aktiviti kemasyarakatan, meringankan beban yang ada..
++Let us enjoy the summer within His blessing++

0 comments: