BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 14, 2008

ESQ Training

~ESQ Training~
13-14 Sept 2008
MHS4~puteri~
Sama-sama Renungilah kalam Khaliqmu ini

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari
Demi bulan apabila mengiringinya
Demi siang apabila menampakkan cahayanya
Demi malam apabila menutupinya
Demi langit serta pembinaannya
Demi bumi serta hamparannya
dan Demi jiwa serta penyempurnaannya
maka Allah mengilhamkan jiwa itu
jalan kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya...

(Asy-Syams)
~Thank you Allah wa syukran to pak Firdaus & Bang Faiizi (trainers)~

Allah kurniakan kita IQ, EQ dan SQ... Macam mana kita manage ?? Setiap yang dianugerahkan tidak wajar disia-siakan. Maka IQ, EQ dan SQ perlu dibangkitkan. Jika kekurangan salah satu, lemah salah satunya kita takkan mampu menghasilkan potensi untuk sukses dalam hidup. Bahkan Al-Quran senantiasa memberikan petunjuk serta aplikasi dari kecerdasan emosi dan spritual atau ESQ, yang sangat sesuai dengan suara hati. Sejak zaman sahabat lagi kerana kebangkitan spritual yang tinggi, Islam mampu tersebar hinga 2/3 dunia. Moga daulah kan tertegak.. jika hanya ada IQ yang tinggi takkan memadai jika tidak pandai mengawal emosi serta punya spirit yang lemah.. kerna saat ujian menimpa dia pasti akan hilang arah dan keperibadian pasti sangat mengjengkelkan... Adakah ini generasi yang berpegang pada Al-Quran.. Tidak bukan?? Maka kita harus berubah...

~Periksalah hatimu~


Cuba sama-sama periksa hati..adakah mata yang buta atau mata hati kita yang buta?? Adakah terselit lagi keraguan terhadap kewujudan Allah. Kenapa ana katakan demikian..kerana adakah kita sudah tinggalkan larangan, takut tak kita lakukan dosa bila keseorangan?? siapa yang lebih kita cintai, sahabat, wang, ibubapa atau Allah? APA yang kita mahu dalam hidup?? Siapa kamu sebenarnya?? Jawab ....!!! maka istighfarlah..taubatlah..mohon ampun pada-Nya.. Sungguh teman2 program ini begitu menyedarkan. Alhamdulillah hidayah itu milik Allah. moga antum pun dapat hadir dilain kali. Program ini lain dari yang lain... Dengan sound system yang kuat bakal mebuatkan jantung dan hati antum bergetar...

~Bangkitkanlah spritualmu, kau akan mampu tersenyum~

Terus ingin ana kongsi...Core purpose atau tujuan dasar spritual manusia, adalah pengabdian hanya kepada Allah, bukan kepada kemewahan, wang , harta, dan pangkat. Ini dapat dilatih dengan penghayatan terhadap nama-nama Allah sehingga nilai-nilai murni dan mulia seperti jujur (Al-Mukmin) ,tanggungjawab( Al-Wakil), disiplin, kerjasama, kedamaian terinternalisasi melalui solat dan aktiviti harian.

~Lakukan perubahan demi Allah, Tuhanmu yang menciptakan~

Justeru sentiasalah bangkitkan spritual dengan bismilahirrahmanirrahiim dan Al-Fatihah sebagai prinsip hidup.. Serta jadikanlah asma ulhusna untuk di intepretasikan dalam diri agar sikap kita sesuai dengan kehendak Khaliq kita iaitu Allah Yang Maha esa, Malulah kita sekiranya kita tak mengambil manfaat dari asma Allah kerna secara tidak langsung semangat kaizen di jepun dan prinsip bushido dan maksud disebalik warna jalur gemilang juga menggunakan nama Allah... cuma selama ini kita tidak perasan.. atau hati kita memang buta kerana terlalu mengagungkan ideologi dan method kecermalangan diri mengikut sistem barat.. sedangkan islam itu sudah cukup dan sangat sangat sempurna...
Takbir!! Allahuakbar!!

Semangatlah~demi deenmu

14 comments:

Anonymous said...

Salam...ana rasa ESQ ni semacam berbekas dihati nti..cuba pandangan ana la,nti boleh huraikan skit apa itu IQ,EQ,SQ dan ESQ...ana personally pernah dgr program semacam ini..tetapi sampai sekarang belum begitu jelas ttg prog ini...my 2 cent...wslm

Anonymous said...

alhamdulillah..

sinar_islami said...

IQ=
intelectual Quotient/kecerdasan akal

EQ= emotional Quotient/ kecerdasan emosi

SQ= Spritual Quotient/kecerdasan spritual

Sebelum memulakan cerita, pengasasnya ESQ ini sebenarnya adalah Allah cuma pak ARY Ginanjar cuba mengaitkan dlm bukti zaman moden ini dalam merungkai permasalah masa kini iaitu persoalan2 ttg utk apa kita hidup, kerna apa kita belajar dsb kerana majoriti umat Islam walaupun bergelar muslim masih ragu pada Allah..malah tidak ada kekuatan pada hati,sukma mereka iaitu spritual mereka

When IQ vs EQ

kecerdasan akal senang dibangunkan melalui pelbagai institusi pengajian yang ada di negara, ramai graduan mempunyai IQ yang tinggi tapi lemah dalam mengawal emosi...sentiasa menjadi seorang yang pemarah, pembentak dan emosi tidak stabil..cuba antum bayangkan dlm pemilihan pangkat,si A seorg graduan yg memiliki ijazah tapi punya sikap yang sgt mnjengkelkan, sllu marah2 pda rakan sekerja.. manakala si B graduan diploma tapi sentiasa rendah diri, baik dan sedia membantu rakan sekerja dan sedia belaja..agaknya mana pilihan majikan..?

Robert Stenbert,(seorang ahli dlm bidang successfull inteligence) mengatakan "Bila IQ yang berkuasa,kerna kita membiarkannya berbuat demikian,sebenarnya kita telah memilih penguasa yang buruk"

di Amerika shj survey sudah dijalankan bhw majoriti mengatakan IQ anak2 mereka makin tinggi tapi emosi kian menurun menjadikan mereka agresif, cemas dan pemarah. dan kajian lain juga di jalankan menunjukkan bahawa perusahaan-perusahaan di AS mengatakan kecerdasan emosi terbukti menjadi kunci kejayaan..

Apa EQ+++

Robert K Cooper PhD mengatakan"Hati yang mengaktifkan nilai-nilai yang terdalam,mengubah dari sesuatu yang kita pikir kepada sesuatu yg kita jalani. Hati adalah sumber keberanian,semnagat, integriti dan komitmen"

Maka jelas Islam lebih dahulu mengutamakan soal hati dlm byk hadits.. namun org barat bru menemukan.adakah kita masih tak yakin apa yang Islam bawa..hati memainkan peranan penting dlm perbuatan kita..jika baik maka baiklah jasad kita,baik juga lah emosi kita...

APA SQ+++

Dabah Zohar dan Ian Marshall mendefinisikan SQ Adalah kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau value,kecerdasan utk menilai tindakan atau jalan hidup lebih bermakna.

SQ adalah landasan yg diperlukan utk memfungsikan IQ dan EQ secara efektif. SQ merupakan kecerdasan tertinggi

Dalam ESQ,kecerdasan spritual adalah kemampuan utk memberi makna spritual terhadap pemikiran , perilaku dan kegiatan serta mampu menyinergikan ketiga-tiga elemen secara komprehensif

mereka yg punya SQ tinggi akan mampu mengatakan" Sya berkerja kerana prinsip saya adalah memberi bukan untuk majikan @ perusahaan namun lebih kepada pangabdian kepada tuhan"

Justeru bagi umat Islam yg punya SQ yg tinggi apa2 shj tindakan nya,susah senangnya,dia tk mudah putus asa kerana dia tahu kerana Allah lah yg mengatur segalnya...

wallahu3alam...sedikit perkongsian dari buku ESQ training dan apa yang ana dapat dari pgrm itu sendiri...

Anonymous said...

Alhamdulillah n syukran atas penjelasan yg pnjg lebar itu...td pun ana br duk bncg2 dgn kwn ape sbnrya ESQ...teringin nak pergi,belum ada kesempatan dan peluang... terisi benar ct nti...

sinar_islami said...

Alhamdulillah..pegila antum lagi la dkt dh kan..kat indonesia...
InsyaAllah apa2 yang baik kita manfaatkan...

pasti tak rugi apa2...yang baik diambil jadi teladan

Anonymous said...

syukran sha, syukran jiddan ~~

Anonymous said...

salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)

sinar_islami said...

me to kiena...

la syukran 3la wajib...ilmu milik Allah,pengalaman pun kesempatan yg Allah berikan maka kita kongsi..

me to jhazkitaro...

ahlan2...skrg juga ana ziarah ^-^

PEMENANG said...

dia x ajar cara terbang ke ?

sinar_islami said...

^-^ ade ade ade
cara terbang kepada yang Maha Pencipta..

tafadhal pergi..bru dapat merasai

Disamping tu buat mereka yg berminat,pgrm ni insyaAllah takkan boring sbb ade senaman(dikendalikan oleh Mr ZERo), ada yel , ade jugak nasyid tema berdasarkan surah as-syams..siap ngan gaya2 lagi..dan paling utama apa yg ingin disampaikan itu paling menarik hati mereka yang ingin cari kebenaran...

so apa lagi.. :) jom la pegi...

Kalam Puncak said...

ESQ...
Ada juga dgr cikgu Azmi sebut..
Bagus katanya..

Modal untuk nti training org lain..
Pengalaman berharga

Er safwan..
cukuplah terbang melayang dibawa angan2..:D

Ayuh,terbang kepada Yang Maha Mencipta!

sinar_islami said...

insyaAllah doakn...

'Abid Sakina said...

salam ukhti..
salam ziarah wa ukhwah
erm..ESQ..
mmg pengasas dr indon..
dan dh ke m'sia skrg..esp kat ipt2 kan..
ni masa kat m'sia ke?
ade jugak pegi..ESQ training yg digubah skit jd 'KBM'..
Keindahan BersamaMu
best kan menari Demi Matahari tue..=)
yg kat indo ni x penah pegi lagi...

sinar_islami said...

aiwah...yg ni tym kat msia...
ana angktn mahasiswa 5...^-^
rasa mcm nk pegi lagi..
hehe..mmg best menari demi matahari tue..teringt-igt smpi skrg kalau blh nk wat lagi..tapi kena ada geng la..betul2 kita diajak menghayati surah as-syams..