BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 29, 2008

::MAP 6 memoire::

~Mesyuarat Agung PERUBATAN ke-6~




~memang mendebarkan~


Tatkala tibanya hari ini, satu pengharapan mahupun satu pembaharuan didoakan. Moga hari ini berlalu dengan hikmah dalam redha-Nya.



~Saat mensyuarat berlangsung~

~Ajkt 2007/2008 dalam kenangan~

Debaran demi debaran kian beransur hilang, seusai saja sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan PERUBATAN 2007/2008 berjalan, Alhamdulillah muhasabah dan feedback yang diterima penuh makna dan penuh hikmah oleh sidang warga dewan..Syabas untuk semua. Idea2 matang dan kritikan membina antara bekalan berguna untuk memperkemaskan gerak kerja ajkt sesi akan dtg..moga Allah mudahan urusan kita semua

Sesi pembentangan dan perbahasan usul antara yang menarik minat sidang dewan turut berjalan dengan lancar. Kesemua perwakilan memberi komitmen yang baik..Tak seteruk yang daku gambarkn, tapi biasalah perdebatan terasa jua.. ibarat di dewan rakyat pula... Namun kalimah syukur tak putus2 diucapkan kerna suasana sunguh harmoni bagi mencapai satu visi kebersamaan sesama ahli. Di sinilah pentingnya sikap berlapang dada dan toleransi... inilah antara ciri daie dan penegak deen Illahi, moga sama2 tampil berani suarakan hak pada masa akan datang sambil kita terus develop diri dengan acuan Illahi.

Akhirnya kemuncak tiba jua. Hampir sebulan bumi mesir ini dihangatkan dengan sesi melobi dan sesi membakar serta seangkatan dengannya. Justeru sudah pasti pengumuman pilihanraya dan perlantikan ajkt 2008/2009 dinanti-nantikan. Alfu mabruk diucapkan pada JPP kerana telah menjalankan amanah dengan sebaiknya. Proses pilihanraya tahun ni sgt kemas gerak kerjanya...Dan jutaan tahniah utk mereka yg dilantik..rabbuna ma3aku..Mmm pasti ada hikmah disebaliknya dan terus meneruslah bergantung harap pada-Nya. Mohon kekuatan dan terus memositifkan diri dengan taklifan ini. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala sesuatu.

Akhirul kalam, moga ajkt yang dilantik mampu memberi komitmen yang lebih baik dan terus bergerak maju dengan sokongan dari semua pihak. Sama-sama mengerakannya kerana PERUBATAN milik semua.

~Tidak akan ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak akan ada kekuatan tanpa kesatuan, dan tidak mungkin akan terbentuk kesatuan kecuali dengan adanya silaturrahim~

Memperteguh kesatuan, Menyemarak kecemerlangan

ps::maaf segala kekurangan diri~hidupkan takmil wa istikmal`~islam itu indah

4 comments:

Dr Amad said...

salam...

Habis tu enti menang ke tak pemilihan kali ini?ana balik lagi insyallah bln ni.Piliharaya,seruan telah berkumandang...hohoho

sinar_islami said...

killer Q ni..
masih insyaAllah..doakn..moga diberi kekuatan

Dr Amad said...

hohoho...ada bakat ni.Belajor rerajin,balik jadi calon pilihanraya kat msia pulok...

sinar_islami said...

InsyaALLah..usaha utk yg terbaik thn ni...nak jadi calon kat msia tak de kot.. ^-^
Mga Allah pandu segalanya..Ya Rabb permudahknlah