BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 07, 2008

Kehilangan yang Menyeksakan

~Hidup perlu satu renungan~

Termenung panjang daku di suatu petang, mengingati sebuah perbualan.


“ Agaknya apa pendapat anti kalau individu mula hilang keyakinan pada Allah"


Saat itu aku terkedu, perbualan sepi, akhirnya kutanya apa yang terbuku dihatinya. Nadanya sahaja sudah berbaur seribu satu bebanan yang tidak terhingga. Akhirnya masa melaksanakan misinya. Lalu satu persatu masalah terungkai seadanya. Simpati kulihat dia diuji sebegitu rupa hingga keyakinannya tergugat dek dugaan yang baginya Maha berat.


Kukata padanya “Allah sangat menyayangimu lalu anti Allah uji, anti perasan tak sebahagian doa anti sudah Allah angkat? Tapi resam hidup, ujian mana tak pernah bertandang, anti kata anti cinta pada Allah, lalu Allah uji sejauh mana kecintaan. Adakah kerana ini anti mula mencurigai keikhlasan cinta hakiki yang Allah tunjukkan”

~Tabahla wahai teman~


Berderai air matanya..sebak didada ku jua tak terhingga.

YA..mudah untuk kuberkata tapi berat lagi si penanggungnya. Kuharap Allah lah pemudah situasi ini. Takkan kubiarkan temanku ini terjerumus ke lembah neraka sebelum sempat aku menyambut tangannya. Teman kuakur. Dia nampaknya gagahi dirinya utk hadapi kehidupan yang penuh tribulasi ini.

Perbualan yang panjang itu sangat menyedihkan diriku sebagai seorang sahabat. Kehilangan seorang teman sudah pasti menyeksakan apatah lagi kehilangan teman seakidah. Dan sesungguhnya Allah lah pemilik hidayah. Ya Rabb kekalkan kami di atas jalan-MU. Mantapkan keimanan kami Ya Illahi.

Iman itu cermin

Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T.. Dia taat kerana Allah S.W.T.. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah S.W.T.. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad S.A.W. yang didatangkan daripada Allah S.W.T..

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keringinan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindakbalas pancaindera dan semua perbuatan samada semasa bersendirian mahupun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T..

Ujian satu tingkatan iman

Sebagaimana yang difirman oleh Allah taala yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Al-Ankabut: 2-3)


Para sahabat Rasulullah tidak putus-putusnya mengalami berbagai penderitaan dan kesulitan dalam dakwah. Sejarah menggambarkan kepada kita bagaimana penderitaan para sahabat yang mengalami permusuhan dari golongan kuffar dan musyirikin Mekah. Para sahabat dari kalangan dhu’afa mengalami penyiksaan yang kejam, seperti yang dialami Bilal bin Rabah dan Amar ibn Yasir.

Tarbiyah Imaniyah menempa ruh seorang mukmin untuk bertaqwa kepada Allah, kukuh dan kuat menghadapi badai kehidupan, serta mampu mengendalikan pikiran dan perbuatannya dalam menghadapi sikap sahabat mereka yang ujub atau berbangga dengan pendapatnya sendiri.

Ujian itu perit namun penuh kemanisan...

“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya hal ini sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”

(Al- Baqarah: 45)

3 comments:

Anonymous said...

bagai boleh merasa apa yang kawan anti rasakan..
Jazakillah khairan ukhti..atas ingatan!
Uhubukkfillah!

Hilal Asyraf said...

" Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga selagi mana belum tiba untuk kamu ujian seperti yang dikenakan kepada mereka yang sebelum kamu, mereka diuji dengan penderitaan, cobaan dan digoncang dengan hebat sehingga berkatalah rasul dan orang-orang bersama mereka, bilakah prtolongan ALLAH hendak sampai?ketahuilah bahawa pertolongan ALLAH itu amat dekat"

ayat ini membuatkan ana agak kebal dengan segala ujian.

mata nasrullah....?
ala inna nasrallahi qariib...

sweet...

sinar_islami said...

Ya Rabb..thabit qulubuna 3la deenik wa to3atik..