BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 28, 2008

Kisah yang tiada noktahnya?

Kisah yang tiada noktahnya??

~kredit to infopalestina~




Hari ini seperti biasa, pharma dan patho mengisi jadul kuliah. Minggu ini juga tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya dan paling penting kalendar hijrah sudah pun bertukar.. Ahlan Ahlan 1430H. Mmm kesejukan pula sentiasa menyelubungi ardul kinanah. Seusai sahaja kuliah tamat, masing2 pulang, namun hari ini daku melambatkan langkah biarlah menjadi mutaakhirun...Berjalan dengan seorang teman sekuliah membuatkan daku senang berbicara dengannya.

~Jalan ini kuredah selalu~

Bersembang dan terus bersembang hinggalah kami ingin melintasi jalan besar Syari3 kasr el-einy...masing-masing terpana apabila melihat segerombolan manusia sedang memegang bendera Palestin dan memegang banner tertentu. Apalagi perasaan ingin tahu mendorong kami menuju ke sana. Sudah pasti ini demonstrasi tentang Palestin. Tiba-tiba teringat kami di nasihati menjauhi sebarang perkumpulan..Ha peduli apa isu ummah lebih diutamakan.. Sambil melencong ke Pyramid (kedai makan) dan bertanya kepada penjaga kaunter maka benarlah. Siapa tak protes. Palestin sekali lagi di ancam bahaya. Televisyen pun sedang menayangkan siaran pengeboman. Peluang ini tak dilepaskan. Berita juga hangat menunjukkan kekejaman yang berlaku. Panas hati dibuatnya. Rafah juga terkena tempias mana tidaknya. Berdasarkan peta kami sekarang sedang berjiran.. Aduh selama ini kita hanya diam sahaja.. Lebih menyakitkan daku sekarang hanya berjiran. Hakikat ini amat memedihkan.



~kesedaran itu diperlukan~


Sebak tak terungkap. Teman ku berada di luar. Daku yang masih melihat berita itu tak semena kesedihan mula membenihkan mutiara. Ya di luar sana ada insan-insan yang prihatin terhadap nasib ummat..tapi sampai bila harus begini..Ya Rabb ku tahu kemenangan pasti milik mukmin..Ya Rabb kurniakan kami kesabaran dan teguhkan kami dalam perjuangan..Setakat ini bantuan kewangan, demonstrasi,doa dan ect dari insan yang hidup hatinya tak pernah putus untuk saudara Palestin. Tertanya juga pada diri, bila akan lahir Salahudin abad ini. Kalau di baca novel Islamik dan cerpen, ramai sahaja penulis mengimaginasikan kemunculan..namun bila ia akan jadi kenyataan ?

Sungguh penantian satu penyeksaan dan memerlukan pengorbanan yang tingi. Maaf yang patut diriku ungkap sebagai mukmin sepatutnya hakikat sebenar penantian menuntut infiniti kesabaran. Daku sendiri tulus mengatakan tak mampu menjadi Salahuddin tapi mungkin generasi bawahku. Mungkin kalian yang sedang membaca..Moga2 begitulah.. Daku yakin walau pembukaannya belum tiba.. tapi Hari itu pasti ada.. dan akan ada noktahnya.

Apa usaha kita?? 300 orang sudah terbunuh oleh zionis durjana..


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza. Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.( Agensi~utusan)


Latest di infopalestina

4 comments:

Dr Amad said...

Sinar-Kesedaran berkenaan isu Palestine itu masih ada tapi belum begitu meluas.Ana cuma dapat perhati dari jauh,menangisi sambil menonton Al-Jazeera (nak harap TV3,idak la)... Disini masih belum dengar kecaman dari pihak mana-mana pada Israel Laknatullah.Kemenangan milik Islam.Tidak zaman kita,generasi selepas kita.Doakan agar itu dipercepatkan...Salam intifada 3!

sinar_islami said...

Salam intifada buat semua...

Dr Amad:: Mmm..berat isu ini..lama sudah Palestin bermandi darah... selagi kepala besar tak dijatuhkan selagi tu la kita akn diperalatkan..Moga doa2 kita sentiasa bersama mereka dan sedikit sebyk meringankan dan Allah mantpkn akidah mreka

moga2 bergitulah..

Huraiyah said...

salam...

rasa kecil sangat dok kat m'sia ni bila dibandingkan dengan pengalaman kak sya..
kalau kat sini mata hanya mampu memerhati tv, tiada demonstrasi yg boleh dilihat dengan mata sendiri,
telinga hanya mampu mendengar, hati hanya mampu berkata,"kesiannya, zalimnya" dan sebagainya tapi anggota badan tetap tak merasai apa2...
kan bagus kalau boleh merasai sendiri bahang-bahang perjuangan..

itulah untungnya kalau belajar kat timur tengah ni..terasa semangat jihad yang membara..semoga Allah rahmati kak sya..sayang kak sya lillah....

sinar_islami said...

Ameen..Ya Rabb..

Datang juga adik kak sha ni
InsyaAllah, kalau berpeluang jmpt la dtg ke sini..

Kat msia pun ade untungnya.. persiapkan diri utk hadapi realiti, medan tarbiyah adalah medan praktikal, di sekolah kebykn medan teori..hargailah usia di sana sblm melangkah kaki ke dunia IPT dan kerjaya..

Doakan ana juga..byk lagi ilmu yg blum diterokai