BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 14, 2009

Jelajah Jordan~Day 4


Jelajah Jordan~Day 4

Hari ini kata penganjur perjalanan kita jauh~bersiap sedia lah~nak round2 kawasan Petra pun mengambil masa sebenarnya:: tak sabar nak sampai sana~dgr kata unik::Jom kita lihat apa ceritanya hari keempat di Bumi Urdun ini.

Destinasi awal Qasr Qatranah::

Terletak di negeri Karak dan berada di laluan Amman ke Aqabah. Qatranah merupakan sebuah pekan kecil dan majoriti yang menetap di sini adalah Bani Atiah. Di Qatranah terdapat sebuah kota tinggalan kerajaan Turki Uthmaniyah. Tujuan kota ini dibina adalah untuk kawalan dan keselamatan para hujjaj yang datang dari Turki dan Dataran Syams suatu ketika dahulu.

~jemput masuk~

~siapa paling rendah? (^-^)~

~::bhy::~sapa ntah yang mula dulu :)

~ alone::kredit to owner~

Sejernih Mata Air Nabi Musa::

Dikatakan Nabi Musa pernah lalu di kawasan ini dan meninggalkan kesan air ini sebagai mukjizatnya namun dipercayai bukanlah dengan menggunakan tongkatnya. Wallahu3alam

jernih airnya~menyegarkan

Menerokai keindahan batuan di Petra::

Kota Petra terletak di Ma'an, 250km dari Bandar Amman. Ahli sejarah berpendapat kota ini dibina oleh kaum Nabatean atau dalam bahasa Arab Al-Anbad. Mereka adalah satu kaum yang kreatif dan tinggal di selatan Jordan kira-kira 2000 tahun yang lalu. Mereka berjaya menguasai Bosra dan Dimasgh (di syria) serta Sinai dan padang pasir Najaf malah sebahagian besar tanah Arab dengan urusan perdagangan. Kehebatan mereka ini secara langsung telah mengancam Rum.


welcome to petra

~ obelisk Tomb::

Akhirnya pada 106 Masihi Rum berjaya menyerang Petra dan mengambil alih tumpuan perdagangan ke Bosra hingga Petra tidak menjadi tumpuan utama. Dari kurun ke 16 Petra tidak lagi dijumpai dan maklumat mengenainya langsung tidak ditemui. Selepas 300 tahun akhirnya, pada tahun 1812 seorang pengembara Switzerland bernama Johann Ludwig Burchardt berjaya menemuinya dengan bantuan masyarakat Badwi.

Namun ada juga pendapat mengatakan kota ini adalah antara kawasan Kaum Thamud yang diutuskan kepada Nabi Salleh a.s

(Surah Al-Araf 73-74)

[73]Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[74]“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”.

~ini rumah pjot dan rakan-rakannya~

~apa yang dia buat agaknya~

The pride of PETRA~Al-Khazneh (Treasury)

~ baru turun dari rumah~

~ kita jiran rupanya~

Bertolak ke Aqabah::

Bermalam di hotel untuk meneruskan jelajah hari ke-5 keesokkannya~semua penat baik la kiranya kita berehat~tapi sempat pusing2 dan menikmati suasana malam di Aqabah.


~Jumpa lagi~

2 comments:

Atiqah Humairah said...

macam pernah nmpk je kota ni dlm filem inggeris..igtkn dibuat2 for the purpose of the film..upenye wujud..

sinar_islami said...

Biiznillah~Kat mana2 shaja pasti Allah ciptakan makhluk yang akan sentiasa mengingati-Nya, kalau manusia lupa Tuhan Yang Menciptakn, pepasir & batu sentiasa ada utk bertasbih padaNya. Insaf bila lihat ciptaan~sekeras-keras batu keras lagi hati kalau masih dustakan Allah

^-^ mmm..kalau tak slh ana aritu tourist guide kat petra ni kata pernah ada filem wat kat cni, Gladiator & Indiana Jones