BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 23, 2009

Kembara Syria Part 2


~Kembara Syria Part 2~

~Hari Ketiga~

Hari ini kami bercadang ingin mengambil udara dan meneroka kawasan Suk Hamidi dan Masjid Umawi sepuas-puasnya ekoran malam pertama hanya berlegar di bawah sinaran lampu yang kurang puas ana kira untuk menikmati suasana. Ya sungguh cantik, mengalahkan Masjid Hussin. Tapi Mesir tetap juga dihati.


Dari jauh sudah kedengaran azan bersahutan. Hati berbunga bahkan girang rasanya. Masakan tidaknya. Sang pencipta memanggil-manggil. Kita tunaikan kewajipan dengan Allah baru kita meronda kawasan ini. Di antara keunikan masjid ini sehingga sekarang ialah azannya. Pada zaman dahulu setiap muazzin akan berdiri di setiap penjuru. Mereka akan azan beramai-ramai. Maka pada zaman sekarang juga mereka masih mengekalkan cara ini. Seorang ketua akan memulakan azan kemudian akan disahut oleh muazzin yang lain. Kalau tak salah boleh sampai 7 orang yang menyahutnya. Indahkan ?? Kalimah Allah di agung-agungkan. Damai rasanya jiwa. Sungguh Syria berjaya menambat hati ini.


Mari kira kenali Masjid Umawi. Masjid ini didirikan atas arahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Pernah pada suatu ketika ia menjadi tumpuan orang belajar dan berhimpun. Pasti ada barakahnya tempat ini.


Tapak masjid ini memang pernah menjadi tapak rumah ibadat sejak 2000 tahun sebelum masihi lagi. Mereka menyembah tuhan Semitik Haddad. Selepas agama tauhid Nabi Isa sampai ke sini, ia menjadi tempat ibadah. Pada ketika agama Isa diubah, tempat ini menjadi gereja.



Ketika Islam sampai ke Damsyiq pada tahun 636 Masihi, orang Islam juga menggunakan tempat ini sebagai tempat solah. Lama-kelamaan, orang kristian menyerahkan tanah ini kepada orang Islam. Sebagai balasannya, mereka diberikan tanah yang lebih luas lagi ditempat lain. Allah sebaik-baik perancang ana kira. Hingga kita sebagai umat Islam mampu mengunakan keindahan dan keunikan masjid ini untuk mendekati-Nya.


Di katakan ini antara tinggalan kereta pengangkut alatan tentera yang digunakan pada zaman Salahuddin al-Ayubi ketika perang salib.


Ketika melangkah ke makam Salahuddin Al-Ayubi, hati ini terus bertanya, bilakah akan lahir Salahuddin abad ini. Muncullah segera. Gentarkan musuh yang bermuka-muka. Ayuh Jadi Salahuddin abad ini ! Doaku dan harapanku takkan putus.


Di dalam masjid ini juga terdapat kepala Nabi Yahya a.s. Nabi Yahya telah disembelih oleh kaum yang ingkar pada seruannya. Ia kemudian memenggal kepala Nabi yang mulia ini. Kepalanya dimakamkan di sini.


Secara tidak langsung di kawasan ini boleh kita dapati ramai golongan Syiah di sini. Inilah kali pertama dapat melihat rutin dan gelagat mereka dari dekat. Ada sesuatu yang daku kagum melihat mereka. Ya walaupun mereka begitu dan tak sama dengan kita. Tapi ada sesuatu yang boleh kita teladani. Cukup tersirat. Mereka yakin terhadap apa yang mereka percaya dan kita apatah lagi perlu double atau triple teguh dalam akidah yang syumul ini. Jernihkan akidah dan fikrah ya teman-teman.


Makam Sayyidah Ruqayyah juga antara tempat wajib diziarahi oleh golongan Syiah. Memang penuh masjid yang menempatkan makam ini. Dan hanya pakaian warga Malaysia tika ini berwarna-warni berbanding mereka yang majoriti kelihatan hitam serba-serbi.

Makam Saidina Hussin~dikatakan kepalanya di sini



Mereka mengingati dan menghayati jerih perih Hussin


Alhamdulillah, selesai pusing-pusing menimba ilmu dan menambah kenangan, aktiviti bebas pun bermula. Maka akan adanya sesi tawar-menawar. Siap ada translator lagi, Kak Dayah lah mangsa kami. Bahasa mereka lebih lembut berbanding Mesir. Suka pula mendengarnya.


Ketika proses tawar menawar. Sempat juga la ditanya, dalam kekok berbahasa arab Ammi Mesir dengan menukar ke lahjah Syria..Eidesh? dan ayat yang lain nya. Kami ditanya “Anti sunni (ahl sunnah) ?”. Terkejut juga ditanya..Tapi respon kami selamba. Ni memang soalan biasa agaknya di sini, namun bagi kami dari Mesir luar biasa sebenarnya dalam kehidupan pembeli dan penjual soalan ini. Menarik sungguh Syria ini.

Akhirnya sebelum pulang ke hotel, hajat seawal jejak kaki di Damsyiq ini tak pernah dilupakan. Kami nak makan aiskrim tumbuk. Selalu menjadi buah mulut teman-teman yang sudah sampai ke Syria. Sampai kenyang ana kira memakan aiskrim tersebut.

Alhamdulillah selesai sesi siang hari, sepatutnya pada malam harinya, kami sudah bercadang mahu mendengar syarahan Dr Said Ramadhan Al-Buti. Tapi tidak kesampaian. InsyaAllah mungkin lain kali. Berharap sangat untuk menemui beliau. Mungkin bukan rezekiku kali ini. Kemudian pada malam harinya kami bertolak ke Halab dengan menaiki train. Sungguh nyaman suasana syria di malam hari. Ya Illahi peliharalah kesucian hati dalam mengapai redha-Mu.

Wallahu'alam.

6 comments:

Dr Amad said...

Mesir,Jordan dan Syria..entah kenapa lebih tertarik dan tenang membaca article tentang Syria ini...Mendamaikan.

Salahuddin...Gah seindah namanya.Ramai menanyakan,bila Salahuddin akan lahir kembali.Lagi cantik,persoalan itu diterjemah dalam bentuk ajakan...

"Jom jadi Salahuddin!"

Ingat kata-kata Pemimpin Hamas, peranan muslimat lebih besar dari muslimim di Palestine tu...

sinar_islami said...

Aiwah..sungguh ana pun tidak menafikan..dengan izinnya jua di syria ni lah ketenangan dan kedamaian ana temui..tekad utk kembali mengutip bekalan2 yang masih berbaki

turut terasa dkt dengan Rasulullah dan Sahabat2 baginda. Serta rasa dirai dengan kelembutan orang tempatannya.

Saranan yang baik.. moga ramai yang sahut ajakan ini...

Jom jadi Salahuddin

Anonymous said...

=)
bila sampai ke tempat tu sndri.
terasa seolah2 mcm dlygkan balik pde zmn2 tuh.
kesan2 sejarah cukup mmbuktikan camane hebatnye smgt org Islam dlm mmpertahn n amalkan Islam smpai masyhur mcm tuh skali.
hurm.sblm ni bce sejarah Islam pasal khalifah n sket2 tokoh2 Islam je.
tp nmpknye trlalu byk lagi yg xtau.
xsbr nk cuti n mndalami lagi sejarah2 yg trsmbunyi tuh.

sinar_islami said...

Subhanallah.. :) syabas pjot..

aiwah~byk sungguh yg ana sendiri dpt..manis sungguh kembara kali ni

dapat bersama antum dh satu klebihan~mga Allah tautkan ukhwah yang terjalin ni smpi bila2 hingga akhirat insyaAllah

jom kita teroka dan tadabbur bumi Allah ini~ Ya Rabb lapangkn rezeki kami.

Eng Einy said...

weyh aiskrim tumbuk tu aku x abes..tu la tamak sgt beli sorg secawan..

sinar_islami said...

haha..teman ni 2 kali makan..smpi muak..tapi nyesal lak tak abes jga..terigt igt skrg ni