BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 11, 2009

Dia benar-benar menjadi anak-anak akhirat



Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

~Di sini langkah kami bermula~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna untuk menguruskan rehlah Tahun 3 Ikhwah. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)-dalam keadaan stabil
2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)-masih kurang stabil
3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)-masih kurang stabil
4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)-dalam keadaan stabil
5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

sumber::
Perubatan

~Memori kami semua~

Berita itu

Akhirnya berita secara rasmi dikeluarkan. Barulah ana berani mengajukan entri ini. Syukran pada semua pihak yang menguruskan dan memberi informasi pada ana lebih awal. Tapi jujur seawalnya ana antara percaya dan tidak. Tambahan pula dengan keterbatasan untuk berkongsi cerita sejak awal mendapat informasi ini. Maaf ana tak khabarkan pada antum yang mungkin sangat akrab dengan saudara Ammar lebih awal kerana menghormati pihak disini. Maaf sekali lagi. Pasti pemergian Ummi, saudara Mohsein dan kemudiannya mujahid muda ini benar-benar membuatkan insan di bumi wakafan mengenangkan kembali setiap memori bersama mereka.

Sms daripada Bonda Norizan selaku pendidik merangkap guru Biology kami betul-betul mengingatkan diri..Perlu redha dengan pemergian mereka.

"telah pasti datangnya ketetapan Allah ( An-Nahl: 1) oleh itu marilah sama-sama kita sentiasa sediakan bekalan iman dan taqwa. Allahyarham sangat dekat dihati.Semoga Allah bariskan bersama para syuhada'"

Ameen..dan ameen juga untuk sms dan ym yang lain.



Syukran bonda, mereka pergi dan sudah selesai urusan di dunia. Sungguh sekalipun ajal itu tidak tertangguh. Benar kata bonda, Allah beri peluang pada kita untuk mencari bekal. Kalau tadi mungkin kalian bertemu dengannya di dewan peperiksaan, namun Allah punya segala perancangan.. yang kita sendiri tidak tahu..melihat dia di sini hari ini.. kemudian hilang esoknya pasti berat apatah lagi buat ikhwah dan sahabat yang rapat dengannya. Moga Allah tabahkan hati kalian juga.

Ketabahan seorang ibu

Mengenali Mak Cik benar-benar buat ana tersentuh akan ketabahan beliau. Mendengar suara beliau menerusi corong telefon bimbit dan ym benar-benar menyentuh hati. Tergamam ana mendengar suara seorang ibu. Moga Allah berkati makcik dan ahli keluarga. Beliau redha dengan pemergian mujahid harapan ummah ini, tapi ya kehilangan itu sukar kan. Moga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya. Moga amal islami menjadi saham untuknya dan pertolongannya pada kami selama ini di balas syurga.

Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah kuatkan keluarga beliau. Hanya Allah yang tahu rasa kehilangan beliau sebagai saudara muslim, sebagai saudara seangkatan dan seperjuang..

Terus dan terus doakn mereka



Pada teman-teman yang lain, khusus buat saudara Akram, Aman, Saif dan Fitri di doakn lekas sembuh dan pulih dari kemalangan ini. Moga Gen6 yang ada lengkap kembali . Kami tunggu dengan doa. Kami harap antum kembali di medan ini.

Akhir kalam

Moga kami dapat menyambung perjuangan yang sama-sama kami mulakn bersama mujahid yang sudah pergi, Jasa beliau selaku ketua batch tak mampu terucap dengan kata-kata kami,namun doa yang tak putus dari Ikhwah & akhawat gen6 dan sahibah di sini. Salam takziah buat pakcik Zulkifli dan Makcik Fatimah. Moga ruh beliau tenang di sana.
"Mereka adalah anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat"
................................................................................................
tambahan: Alhamdulillah arwah sempat mengucap kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir, jenazah ammar alhamdulillah berada dalam keadaan yang amat baik, malah kelihatan sedikit tersenyum, insyaAllah beliau tergolong dalam golongan yang benar di hari yang benar, sama2 doakan.
::Moga Allah ukirkan takdir yag tercantik untuk kita~JUST::


27 comments:

MuNsYi^SaMa said...

AlFatihah utk Allahyarhamhu Ammar. Moga ditempatkn bersama para syuhada'.

saffaa-saidatul said...

saya pinjam link kamu untuk entry ini

hood@sunny said...

Innalillahi wainna ilaihi raji3un

teruskan perjuangan permata-permata ma3, duta2 islam..

either menang, atau gugur sebagai syahid..

sinar_islami said...

teruskan doa semua..
ini juga ujian buat kita...
to saffa..silakan..

syumul said...

salam

innalillahiwainna ilaihi raaj'uun..
saya bukanlah insan yg rapat dg Allahyarhamhu, tp dari jauh saya nampak kewibawaannya.. kelembutan bicaranya...

akan lahirkah lagi hamba berjiwa lembut seperti itu?

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"

Ya Allah Engkau gantilah dg yg lebih baik, yg lebih diredhaiMu...

أفيق فواز بن أحمد صالح said...

agak perit menerima seorang lagi mujahid meninggalkan kita..

moga jadi peringatan buat kita yang masih hidup..

MuNsYi^SaMa said...

I already miss him, I really do.

syahr said...

Ya Allah...Kau tempatkanlah dia bersama para syuhada'Mu...

terasa pendeknya kehidupan di dunia ni...

Dr Amad said...

Ammar,anta telah letakkan satu tanda aras yang tinggi buat sahabat-sahabat terkemudian. Anta cintakan mati dijalanNya,dan sekarang anta telah dapatkan.

Kita pula bagaimana?

Semoga berjumpa di syurga ya Ammar

Atiqah said...

sha..teruskan sisa perjuangan awk & yg dia tgglkn utk shbt2 dia di sana..laksanakan amanah yg bakal digalas...

husna said...

Indahnya jika syahid di jalan Allah.
Peringatan buat kita semua bhawa kita ini sgt2 fragile..bila2 msa boleh dipanggil pulang oleh Allah..
Moga ruhnya ditempatkan di kalangan para solihin..

saffaa-saidatul said...

perginya seorang mujahid...
maksudnya kurang lagi satu tenaga...
batu-bata asasnya masih tinggal untuk kita...

dan juga maksudnya..
kita perlu gandakan usaha...
jangan hanya jadi pemerhati gerhana...
jadilah yang berusaha merubah gerhana jadi cahaya...

kita perlu lebih kuat untuk ummat ini...

sinar_islami said...

me to syumul & syahr::
ameen..
Moga seorang akh Allah ambil..
digantikan sepuluh yang lain..
walaupun perit..
tapi Inilah sunnah org berjuang..
silih berganti...pemergian beliau dirasai ramai tapi Dia Tetap Milik Allah kan..

me to afiq::
pasti terselit hikmah terbesar disebalik smua ini...

me to Dr Amad & MuNsYi::
Moga Allah pertemukan antum di syurga sana...Moga kita yg mengenalinya ahlul jannah...ameen

me to atiqah::
kami usaha untuk buat yg terbaik..
mendambakan doa kalian...

me to husna & saffa::

Atallah biqalbin saleem i-allah
perjuangan dia dimuka bumi ni dah selesai...dia syahid i-allah...dan benarlah dia melihat dunia dari jendela akhirat skrg

syukrn pada antum..aiwah jgn hanya jadi pemerhati gerhana..ubah persepsi dan tingktkn kualiti...

me to all..
beruntung beliau ada shbt2 yg mendoakn..dan mga rahmat keatas keluarga beliau

Asyila said...

moga arwah ditempatkan bersama mereka yg solihin.

kami sntiasa doakan arwah.

juga buat saudara Akram dan lain2, moga cepat sembuh.

Fatimah Azahra said...

Allah lebih menyayanyinya~
& lebih tahu yg terbaik buatnya~
alfatihah..

c's said...

Inna lillah wa inna ilaihi raji3un

kakak2.. abang2.. jaga diri ye..

kami adik2 sayang kamu sume!

sinar_islami said...

kami sayang antum juga..
Moga Allah redha sekelumit hdup kita disini..saling mendoakn

zulfahmiharon said...

Al-fatihah untuk arwah..
first time jumpa arwah masa jadi fasi dlm kump dia masa minggu suai kenal di cairo..
Kami di Tanta baru sahaja sudah menyempurnakan solat sunat ghaib untuk arwah..

sinar_islami said...

Syukran akh..sama2 doakn beliau..
dan teman2 kami yang msih di hospital..
Moga Allah membalas usaha kalian..

criestz said...

awalnye ko g tinggalkan ak ama.
kite baru je ckp psl besday kite kn ama kn.. kite nk smbot besday kite same2 kn ama.. knape ko xtepati jnji ama.. trase rindu lak ak kt ko.. rindu sgt2... rindu nk sembng ngn ko.. jumpe ak dlm mimpi ak nnti ye ama.. skali je pon xpe ama.. ko xpenah skali pon mrh kt ak.. skejap je kn 9 tahun ama.. besday kite nnti ak lwt ko ok.. skg ko akn sntiase brade dkt ngn ak n ak akn slalu lwt ko ok.. jgn jaoh2 lg dah dgn ak ama... jgn tinggalkn ak dah !!! kite jmpe nnti..da xlame dah...slamat ama..
kak pah jgn nanges2 da ama xsuke...

sinar_islami said...

terharu plak ana..
insyaAllah cuba.. syukran..
mga kita terus dan terus berusaha utk gapai redhaNya...

humaira' said...

semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin ya Rab.

criestz said...

xpe2..
skg ama da ade sntiase dkt ngn ak so bile2 mase ak ley lwt ama..
xsia2 ak mintk trnsfer ke uitm penang.. bile dpt trnsfer ak rase mnyesal.. tp ak yakin mst ade hikmah kalu ALLAH brjayekn prmohonan ak.. n skg ak btol2 nmpk hikmah die.. ak akn dpt tgk wajah ama kali trakhir sbb skg ak ade kt png.. n ak ley sntase lwt die n jumpe die.. tp ak sorg je y boley brckp.. ama da xnk ckp dgn ak..huhu~

syahr said...

perginya dirasa seisi dunia...
ayuh sama-sama kuatkan langkah...
perjalanan ini perlu diteruskan....
bersabarlah duhai hati-hati...

sinar_islami said...

Ayuh kuatkan langkah...
umi dan waled pesan...jangan biarkan semangat juang ammar turut pergi dengan pemergiaannya..

terus mendoakn shbt2 kami..

criestz said...

smangat juang ama xprgi ke tmpt y xsptotnye.. tp smngt ama g kt kwn2 ama y akn troskn prjuangn ama..
ama.. rindu sgt~

sinar_islami said...

mga mcm tu la criestz..terus dan terus
mga kesedaran dan smgtnya membara dlm jiwa teman2 seperjuannya..