BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

Muhasabah Waktu

Muhasabah waktu-waktu ku~Pasca peperiksaan


PAGI!!!
Maha Suci Allah Yang Menghidupkan kita hingga hari ini.
Kenapa diucapkan kalimah pagi kerana di pagi hari kita sentiasa bersemangat untuk memulakan sesuatu dan melaksanakan pekerjaan. Maka ucapkan pagi selalu. Pagi !! Bersemangat wahai teman- temanku

Alhamdulillah selangkah musim berlalu mengiringi detik dan jua waktu. Akhirnya fatrah peperiksaan yang mengetirkan jiwa setiap penuntut ilmu di ardul kinanah ini juga berlalu.

Namun cuba kita putarkan kembali saat-saat itu. Kita berpagian dengan tahajud kemudian jadual harian dipenuhi membaca, ibadah, makan dan minum. Kitaran masa kita berlegar hanya di situ. Tidak dinafikan padat rutin harian kita ketika peperikasaan dengan kalam-kalam yang baik dan ibadah yang berterusan. Justeru menjadi persoalan buat jiwa manusia yang sentiasa lemah dengan dugaan. Bagaimana kondisi iman dan status ibadah kalian ketika ini? Adakah kalian mengganti tidur yang tidak mencukupi? Amalan bagaimana? Meningkat? Atau dipenuhi dengan marathon movie dan ‘games’? Maka apa sebenarnya yang menggerakkan kita untuk beribadah selama ini?Adakah semata-mata ingin meraih kasih Allah supaya keputusan peperiksaan nanti cemerlang. Hanya sekadar itu kah?



Hari-hari yang berlalu adalah imtihan,

hari-hari yang mendatang jua adalah imtihan.

Maka tidak dapat tidak mujahadah itu sentiasa diperlukan.


Jika kita hendak membuka mata hati kita, mata yang dapat menembus apa yang tidak dapat ditembus oleh mata kepala, mata yang sentiasa mengatakan kebenaran, mata yang mencintai yang haq, mata yang dapat memahami pesan-pesan Allah swt dan rasul-Nya, seharusnya kita dekatilah kalamullah. Peringatkan diri sentiasa kerana manusia itu mudah lupa.

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada".
(Q.S. al-Hajj : 46)

Teringat kata-kata seorang Tokoh Mujahid Islam Dr Abdullah Azzam dalam sebuah bukunya :
“Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi ( untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa KECIL.”
Oleh yang demikian, teman-teman sentiasalah berhati-hati dalam mengurusi masa kalian. Hatta kecemerlangan sudah digenggami ketahuilah masih panjang perjalanan ini. Jangan cepat berpuas hati.

Dalam konteks seorang pelajar kita mungkin cemerlang. Namun seiringkah apa yang ada di dalam hati. Ingin melihat Islam berkibar diseluruh dunia namun hakikat diri kita tidak selari. Kita mengecilkan jiwa kita dengan maksiat dan dosa yang majoritinya kita sendiri mudah terlepas pandang.

Ayuh syabab sekalian! Sesiapa pun kita, apabila ber’tittle’kan Muslim. Ciptalah peluang untuk dirimu mengenal Khaliq yang Maha Besar. Itulah tujuan utama kita diciptakan

Org yg lemah - menunggu peluang.
Org yg pandai - memanfaatkan peluang
Org yg berjaya - mencipta peluang

Dalam tempoh waktu kita bercuti ini, rancanglah cuti kita sebaiknya. Di situ wujudnya peluang meningkat diri tak kurang juga mampu membunuh potensi diri kita. Bijaklah memilih dan mengisi masa lapang dalam usia muda ini dengan program-program tarbawi.

Rasulullah saw bersabda, “ Ada dua nikmat, di mana banyak orang yang tertipu dengan keduanya ; nikmat sihat dan waktu lapang
(H.R Bukhari dari Ibnu Abbas)

Justeru sahabat-sahabat yang dikasihi. Bangunlah diri agar sentiasa merasai pengawasan daripada-Nya. Anda bukan muslim, mukmin dan amilin separuh masa tapi sepenuhnya. Jangan memilih waktu untuk beribadah. Kalian akan menyesal.

Sinar~Islami
20th July 2009
Publish~The Zikr

3 comments:

criestz said...

wah cute nye pic tu.. cm2 ea sahibah kalu kelangkabot stdy?? gaaa~ =P

aeshah said...

bila hidup ni adalah imtihan
sudah tentu resultnya di akhirat nanti, btol x sha?

sinar_islami said...

me to criestz::
camtu la agaknya (^_^)
so cute la kan..
mujahadah tu yg penting..
gmbr cute je tk jadi

me to aeshah::
u are totally right
so...kita kena sama2 usaha..
biar apa pun berlaku..
penat,jemu kena lawan utk kesenangan akhirat.. (^_~)