BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 27, 2009

.:Orang Jahat Bagi Anak Kecil:.

Beberapa hari sebelum madhrasah Ramadhan tiba, sempat melayan karenah dan cerita Salwa yang sudah pulang lebih awal dari sekolah. Celotehnya sedikit sebanyak menarik minat ku.



" Along, Along tau tak kawan Salwa kan dia JAHAT ," bersungguh-sungguh dia bercerita.

"Ish, tak baik Salwa kata camtu. Apa yang dia buat sampai Salwa kata dia jahat?" tanyaku hairan, cepat sungguh si kecil ini melabel kawan-kawan dia. Terangkat keningku sebaik perkataan jahat dituturkan bibirnya.

"Ye la dia jahat. Apa la Along ni. Dia kata Allah tu Tak Hebat. Allah tu HEBATkan" Sedikit ternganga mendengar jawapan si kecil ini sambil mengangguk mengiyakan. Ya la mana tidaknya, jarang berjumpa anak-anak kecil mampu berfikir sebegini apatah lagi dia baru masuk Darjah Satu. Pengaruh kawan bisa mengubah peribadi yang ada. Alhamdulillah dia masih pintar dan moga di kekalkan. Cukup risau.

Risau mengenangkan zaman ini

Beberapa hari di awal Ramadhan yang nikmat sihat Allah tarik seketika lebih banyak memberi masa untuk kaki ini rehat di rumah. Melihat adik-adik sehari ke sehari. Banyak sudah berubah. Melihat buku-buku, di belek satu persatu. Mana kalam-kalam berharga moga menjadi penawar rohani juga. Kadangkala siaran tv juga bertukar-tukar channel. Bosan juga menatapnya.

Dapur menjadi pilihan tempat melepak walaupun bulan puasa menjelma. Wujud kotak hitam di situ. Bukan makanan yang menjadi tarikan. =) Namun di situ la kerisauan bermula. Melihat bermacam rancangan dan sajian mata yang terhidang. Mungkin kehebatan Allah tidak nampak di mata anak-anak kecil. Cerita-cerita seram sudah ada slot tetap. Ya benar di awal dan akhir episod ada ayat Al-Quran yang mengingatkan. Tapi terfikir sejauh mana keberkesanan dan apa arah tuju drama dan filem sebegini.

Bahkan perbualan dengan Salwa itu sebenarnya ingatan daripada Allah buat diri ini. Kekadang diri sendiri lebih memuji makhluk-makhluknya. Profesor tu hebat la. Mat salleh tu mantap la. Boleh buat penemuan begini dan begitu. Tapi siapa sebenarnya Maha Hebat. Allah, dan Dialah yang mengalirkan sedikit kepandaian dan kehebatan dalam diri manusia. Bukan untuk dikagumi sewenang-wenangnya tapi di ambil pengajaran dan bekalan. Wallahu3alam. Betulkan andai ada salah bicara.

Di samping itu juga, menjadi kerisauan. Apakah yang membuatkan ada anak kecil beragama Islam menuturkan Allah itu tidak Hebat. Salah siapa kah disitu. Mencari salah sampai bila takkan berkesudahan. Baik solusi difikirkan. Ini merisaukan diri ini. Bagaimana caranya mendidik anak-anak zaman ini. Ramai hangat bercinta. Ramai yang boleh melahirkan anak. Tapi mampukah kita membentuk anak yang sedar. Bahkan bilangan murtad pula entah berapa angkanya di Malaysia. Moga Allah pelihara daku, keluargaku dan kalian. Sungguh masa depan itu satu kerahsiaan.
Memiliki hati yang sejahtera
Mencari solusi di dalam SoLuSi

Hati yang sejahtera adalah

  • hati yang kenal dan mencintai Allah s.w.t dan takut kepada-Nya
  • meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya, secara konsisten
  • dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan Allah.
  • bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan
  • dipandu oleh nilai-nilai murni dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain
  • sentiasa tawaduk dan merendah diri
  • ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan.

Ini antara bekalan untuk mencari resolusi. Bekalan daie perlu lebih. Pergantungannya kena mantap. 10 ciri-ciri amilin harus diperhatikan. Koreksi diri itu perlu.

Merasakan Dia Hebat

Tidak lain ingin merasai Allah itu hebat, kita lah seawalnya tidak membesar diri dan merasai diri ini Hebat. Hanya Dia. Kalau anak kecil wajar merasakan Allah itu hebat kerana daripada kecil di asuh dan mudah mendengar kata. Kita yang sudah besar dan terdedah pada ideologi yang pelbagai kekadang mudah terpesong gara-gara takabbur, nafsu dan syaitan yang lebih menguasai. Moga Allah lindungi. kadang-kadang kita sedar kadang-kadang tidak.

Maaf celoteh bersahaja. Melihat kondisi ummat dan perbualan itu mengingatkan diri jangan mudah berasa selesa. Ujian demi ujian akan bertamu. Entah apa nasib ummah kira terus leka. Kiranya bukan adik kita, kakak kita, abang kita hilang konsep hidup, tapi seharusnya kita turut menangisi kondisi ummat kerana kita SATU.



" Who you are, determines how you see"

8 comments:

PEMENANG said...

ade kaetan ke? dengan sains dari barat yang terlampau menekankan menda2 yang nampak sahaja sehingga menafikan kuasa ghaib.....cube 'kaji' epistemoloji sains derang.....kadang2 manusia (sy sendiri kot) cam terlupa perkara2 ghaib seperti setan malaekat tuhan......

pe kaetan plak dengan orang timur yang terlampau caye perkare2 tahyul...

kalau tengok kartun2 barat diorang akan menekankan aspek2 teknoloji dan futuristik mekanikal mende2 cam gitu lah

manakala kartun2 timur contohnya dari jepon akan menekankan aspek rohani, dewa, kuasa majik dan laen2...

Tidak lain ingin merasai Allah itu hebat, kita lah seawalnya tidak membesar diri dan merasai diri ini Hebat.----menarik2 dan menginsafkan

saje lontarkan idea....

so persoalannya ialah

BENARKAH PENGAJARAN SAINS HARI INI MEMBAWA MANUSIA SEMAKIN JAUH DARI PERCAYE KEPADA KUASA GHAIB( TUHAN) DISEBABKAN PENEKANAN KEPADA ASPEK YANG BOLEH DILIHAT OLEH PANCAINDERA YANG LEMAH?

sori panjang plak ..tak tahu nak carik jawapan kat ne...ni antara usaha nak carik jawapanla nih...

ihsan incalescence said...

who i am??
who i am??

argghh i dunno !!!

(aiceh cume script dr movie saje)

Dr Amad said...

Kanak-kanak,sering kali tutur kata mereka mengukirkan hal yang benar. Tulus dari hati dan cerminan didikan yang diterima samaada di pihak sana "Allah tidak hebat" ataupun dipihak sini "Allah Maha Hebat".

Anak-anak kecil yang kurang ajar kerana mak ayah di rumah kurang mengajar. Itu hakikat. Jangan sekali-kali tolak faktor guru pertama manusia ini.

Kita hebat kerana Allah sembunyikan kelemahan kita...itu keypointnya...

Salwa u are the "man"...can replace by girl,i think...=)

sinar_islami said...

me to pemenang::

persoalan demi persoalan..(^_^)
ini pandangan hamba yang masih juga belajar dan sedia dibetulkan andai ada salah bicara...

Bismillah...

"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan"

Sesungguhnya semua ilmu yang ada itu milik Allah, cuma sentuhan manusia hambar tanpa sentuhan Illahi...

pengajaran sains hari ini kalau guru atau tenaga pengajar hanya stick pada buku semata tanpa olahan mendekatkan dengan Maha Pencipta memang kesannya kita akan menjauh..

even kalau org yang CERDIK dan CELIK, blh check balik teori BIG BANG tu..Al-Quran dah lama dedahkan..

pendekatan pembelajaran itu yang perlu diubah..bahkan keEGOAN manusia yang suka memikirkan sesuatu berdasarkan logik akal dan keterbatasan pancaindera...itulah yang menjauhkan..kalau harapkan nikmat mata sahaja..tanpa akal yang Allah kurniakan..biiznillah microskop pun tkkan tercipta..bagi ana..akal kalau tak digunakan sebaiknya manusia takkan hebat..so gunakanlah pandangan hati dan akal utk teropong kebesaran Allah dengan kekerdilan kita sbg hamba..

manusia ni byk kategori...
ada pihak mengagungkan aspek keintelektualan..so menjadi kebanggaan dan satu kemegahan bila aspek IT dan kemajuan di ketengahan hasil ciptaan manusia..

ada pihak...org timur especially suka benar bermain emosi..so lahirlah pendekatan menakut dan ditakutkan, menyedih dan disedihkan..citer2 seram pun muncullah..citer2 sedih ala2 hindustan pun keudaralah..

=) filem2 ni macam2...kita sendiri kena tapis...nak control media, kita bukan pihak berautoriti..

hakikatnya keseimbangan dalam 4 aspek IQ, EQ, SQ dan PQ..
tak salah beremosi, biar kena cara..
tak salah kita gol intelektual, dapat sumbg tenaga utk ISLAm
tak salah kita gol mementingkan spritual...itu perlu utk hadapi jahiliyah
tak salah kita ada badan yang sihat, kerana itu tuntutan utk optimumkan ibadah...

Nah setiap inci dalam kehidupan ni mmg ada permenant link dgn YANG MAHA BESAR..cuba kita je menyempitkan deenul haq, padahal ISlam tu meliputi segala aspek..Tak pernah sempit..

kewujudan setiap , makhluk, sel,organism, microorganism hatta nano..PASTI ada PENCIPTA..

Wallahu3alam

sinar_islami said...

me to criest::

Ma rabbuka?

(ni script malaikat dalam alam nun di bawah sana..)

Dari mana kita didatangkan?
Kenapa kita didatangkan?
Ke mana kita akan pergi?

the only keyword...ALLAH..

so the only answer...SERVANT of Allah.. =)

sinar_islami said...

me to Dr Amad::

Fitrah mereka suci, ibubapalah yg akan mencorak mereka...Sebaik2 acuan adalah acuan Allah juga..

Betul,kita hebat kerana Allah tutup kelemahan kita...
orang nampak kebaikan kita as Allah tutup keaiban kita...Maha Suci Allah yg sentiasa kasih pada hamba-Nya yang lupa..

=) cantik ulasannya. Jzklh

ummu said...

assalamualaikum,salam ramadhan buat saudari.
entry ini mengingatkan saya pada pengalamans aya denan adik2 dan dengan anak sendiri.situasi 15 tahun lalu tak sama dengans ekrang.alangkan dulu,saya sudah 'pening' dengan rungutan adik-adik tentang sekolah.kini anak saya apatahnya lagi.faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan anak-anak.namun,semoga pendidikan awal terhadap anak-anak kita/anak-anak saudara kita moga2 Allah bantu sebagai benteng ketahanan akidah yang ampuh.
ayat anak saudara saudari,"Ye la dia jahat. Apa la Along ni. Dia kata Allah tu Tak Hebat. Allah tu HEBATkan"..
seperti anak saya,dia mengadu rakannya mengatakan Ultraman lagi hebat dari Allah.

sinar_islami said...

salam ramadhan kembali..

betul...pendidikan awal tu penting..tapi bukan lah satu jaminan juga..as byk sungguh anasir jahiliyah yang melata. Maka kita pun kena hati2, tidak sepatutnya kita take for granted..
kena selalu berdoa pada Allah agr dipelihara sllu...

disebabkan pengaruh yg pelbagai ni lah, ultraman, superman, batman menjadi HERO anak2 zaman sekrag..
Allah, Rasul dan sahabat2 dilupakan..geleng kepala memikirkan..