BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 19, 2010

Palestina tanah kita!

Menjejak kembara Palestina melalui maya, sentiasa membangkitkan rasa sayu dihati, kadangkala geram pada diri sendiri kerana tidak mampu membantu mereka secara langsung. Semangat mereka mengalahkan kita yang hidup dalam keadaan aman. Walaupun dihujani peluru, peribadi yang lahir dari tanah itu jauh berbeza dari tempat kita. Setiap hari akan lahir puluhan malahan ratusan hafiz Al-Quran. Kita pula masih merangkak mahu membaca Al-Quran apatah lagi menghafal. Bukan mengecilkan potensi tapi mahu menjentik diri untuk terus melangkah beribu tapak ke hadapan.



“Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.” – Khalil Ismail al-Haya ketika mengunjungi Malaysia pada tahun 1998

Besar nilai sebidang tanah itu. Bukan hanya milik mereka. Milik kita yang mengaku saudara. Siapa kata kita tidak boleh melakukan apa-apa. Kita tidak harus kecut dengan ancaman zionis durjana. Doa dan sumbangan kita masih belum terlambat untuk mereka. Dilihat masih ada saluran untuk terus menyumbang. Benarlah kita bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri terasa. Ayuh buktikan kita saudara mereka!

Kempen Lifeline 4 Gaza, Ayuh Sahut!

Alhamdulillah, semangat kental saudara Islam diluar Palestina mengubat hati ini. Sesungguhnya kita bukanlah diikat dengan semangat bangsa tapi atas dasar akidah yang satu. Mampu terukir senyuman dibibir yang lesu. Setidaknya kita mampu melakukan sesuatu dari tunduk kecut berhadapan dengan taghut. Dan saat ini, sungguh saya terasa bersyukur, masih ada ruang dan harapan. Janji Allah pasti.


Tahukah anda ketika ini, sebuah kempen sedang dijalankan hampir di seluruh dunia. Para sukarelawan sedang rancak mempromosikan Kempen Konvoi Talian Hayat Gaza (Lifeline 4 Gaza) di merata tempat termasuklah di Amerika, United Kingdom, Ireland, Greece, France, Germany, Indonesia, Malaysia, Brunei dan Venezuela. Turut dicatatkan di laman web Lifeline4Gaza mengatakan 42 negara menjayakan projek mega ini. Hatta di akhbar Malaysia juga tidak lepas membicarakan isu ini.

Kempen Lifeline 4 Gaza merupakan misi keempat dalam menerobos tembok besar Gaza. Kempen ini adalah rentetan daripada misi-misi sebelumnya. Misi pertama adalah pada tahun 2006. Misi kedua adalah pada Julai 2009. Manakala misi ketiga telah berjaya sampai di Gaza pada 6 Januari 2010 setelah memulakan misi ini pada 6 Disember 2009. Bahkan setiap misi ada ujian dan rintangannya tersendiri. Moga misi ini dipermudahkan Allah.

Justeru Konvoi talian hayat Gaza (Lifeline 4 Gaza) adalah bukti kecintaan kita pada bumi Palestina. Misi ini akan diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Turki, Foundation for Human Right & Freedom & Humanitarian Relief (IHH). Misi kali ini adalah misi pertama menggunakan jalan air melalui Laut Mediterranean sehingga ke perairan Gaza. Misi ini juga merupakan konvoi yang terbesar dengan kapasiti 10 000 penyertaan dan sebanyak 20 kapal yang akan berkonvoi dengan kutipan sumbangan yang disasarkan sebanyak RM10 juta. Apa yang menarik adalah misi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Edrogan. Justeru kelantangan seorang pemimpin itu sangat perlu untuk menegakkan kebenaran. Moga akan lahir ribuan pemimpin sebegini.

Hulurkan bantuan

Justeru bagi pembaca yang ingin turut serta menyumbang buat teman kita di Gaza, kalian bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke dalan akaun Lifeline 4 Gaza dengan butiran di bawah :


Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"

Nombot akaun : 5-644-902-085-28

Bank : Maybank Berhad

Ikuti perkembangan Lifeline 4 gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook fan Page


11 comments:

haway mutasawwil said...

salam.syukran atas makluman.nk g gaza pun xleh doh.baiki diri di sini dulu sbg kecintaan kpd pejuang di sana.beres kak sinar

sinar_islami said...

=) tu la nak pergi setakat ni belum ada peluang...
InsyaAllah tanamkanlah...moga moga peluang itu datang...
Yeap..sama-sama perbaiki sambil tu boleh juga kita menyumbang...
setiap bulan letakkan portion duit saku untuk kita infaq...
Setidaknya menjadi saham kita di akhirat kelak..
Moga Allah perkemaskan peribadi insan yang bernama faris ini...

p/s: tahniah, anda first =)

halawatul iman said...

salam sya..mohon copy n paste yer..
jzkillah

sinar_islami said...

sila2...sebarkan ya...
Syukran akak...

Unknown said...

Assalamu'alaikum Sha...

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...

Moga Allah merahmati, memudahkan segala usaha-usaha untuk membantu saudara2 kita di palestin itu...

Sangat terharu dengan khabar ini...lagi2 dengan berita bahawa, perdana menteri Turki juga turut sama dalam misi tersebut, Alhamdulillah...Kita amat memerlukan peranan serta kerjasama dari ketua-ketua negara yang sedar akan pentingnya untuk membantu serta menyelamatkan palestin...

Sha, Akak minta izin untuk copy paste artikel ni di blog akak ye...InsyaAllah, moga ramai saudara-saudara Islam kita yang membantu untuk menyumbang...

Jazakillah khair diatas perkongsian ini Sha..

Palestin tanggungjawab dan amanah kita bersama...

Allahu Akbar!

aeshah said...

selalu terlupa mengenai saudara nan satu ni...ya Allah teruknya!!!!
thanks sha kerana ingtkan...

sinar_islami said...

me to kembara insan mencari Tuhan

Wa'alaikummusalam wbt...

Tu pentingnya memilih pemimpin.
Pemimpin yang dapat memandu rakyat taati Allah itulah sebaik-baik pemimpin...
Tegas dan selalu tegakkan neraca Allah...
tapi susah nak jumpa akhir zaman ni..banyak korupsi

Moga-moga Allah pandang usaha kita, doa kita...(^_^)
Dan moga lebih ramai Salahuddin abad ini lahir...
Silalah akak...boleh je..
pakat pakat sebar...

me to aeshah:

kami yang duduk mesir ni kalau lupa memang kena check balik imanlah...
kita kena ambil tau hal ummah..tak leh pejam mata...
(^_^) afwan.. jom bertindak..
Silent is not an option!!!

Munsyi said...

InsyaAllah. Same2 sebarkn dan moga dapat balasan di Akhirat kelak.

sinar_islami said...

Betul...itulah tindakan bijak...
Sekalipun kita tak mampu turun padang setakat ini...
masih banyak lagi kita boleh fikirkan untuk salurkan bantuan... =)

Anonymous said...

Assalammualaikum syarifah..ini frdaus kwn husna ...frdaus suka sgt blog,byk perkara yg menyedarkan kt yer...bleh ker frdaus dpkan email syarifah...?

sinar_islami said...

Wa3alaikummusalam wbt...
Selamat datang dan terima kasih sudi ziarah...
erm...ada apa2 yang firdaus nak tanya ke? urgent & important?