BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 14, 2010

Patutkah?

Patutkah kita lupa mereka yang dahulu bersusah payah untuk kita generasi kini? Jawapannya pasti tidak. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk membaca novel Islam bertajuk Abu Bakar As-Siddiq. Kalau kita enak melayan novel-novel cinta dan thriller apa kata sekarang beralih pula kepada novel sejarah Islam. Itu lebih baik bukan. Tenggelam dalam sirah yang penuh gemilang lebih baik daripada tenggelam dalam dunia fantasi penuh khayalan.

Watak yang hidup dan terus ‘hidup’ seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Ali Bin Abi Talib, Zaid bin Harithah, Musab Bin Umair, Abu Ayyub Al-Ansari dan para sahabat yang lain tidak harus kita lupakan. Watak Peterpan, Cinderella dan Rapunzel yang menyebabkan kita hanyut dalam dunia penuh keseronokan sedangkan kita hidup dalam realiti yang mampu membinasakan.





Pernahkah anda meneliti peribadi Abu bakar r.a dan menghayati perjuangan beliau bersama Nabi Muhammad s.a.w?Jasa beliau sungguh banyak dalam kesinambungan risalah dakwah hingga hari ini. Tahukah anda beliau seorang pemimpin yang berkaliber dan ‘strategic thinker’ dalam sejarah kebangkitan Islam. Dalam kisah hijrah yang agung beliau telah melantik Abdullah Bin Abu Bakar sebagai penyampai berita dan Amir bin Fuhairah ditugaskan untuk mengembala kambing dan memerah susu. Manakala Abdullah Bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan dan Asma Abu Bakar menyediakan makanan. Kenalkah anda dengan nama-nama ini? Kalau belum, kenal kenallah. Walaupun hanya berhijrah dalam kelompok kecil, perancangan yang kemas dan kerjasama itulah penyumbang kejayaan. Namun abad ini, aspek inilah kita mengalami kekurangan. Kerjasama dan perancangan kita mudah diganggu-gugat.

Justeru tiada yang dapat menandingi Abu bakar.

Kesetiaannya dalam menemani Rasulullah

Kelembutannya dalam menyampaikan dakwah

Keyakinanannya dalam membenarkan kata-kata Rasulullah

Hatta keimanannya pada Allah dan Rasul tidak dapat ditandingi keimanan seluruh ummat.

Abu Bakar bukan calang-calang manusia. Beliau insan terpilih untuk menemani Junjungan mulia Rasulullah. Seawal kelahirannya juga diaturkan oleh Allah dan hidupnya sentiasa dalam pemerhatian serta pemeliharaan Allah. Doa ibunya supaya beliau dijauhi kemurkaan Allah dimakbulkan. Akhlaknya yang baik, menjauhi arak, tidak menyembah berhala dan tidak menuruti amalan jahiliyah menyebabkan dirinya insan yang disanjungi ramai sekaligus Allah mengangkat darjatnya sebaik sahaja memeluk Islam sebagai teman setia rasulullah dan selepas kewafatan nabi sebagai khalifah terawal.

Alhamdulillah, hingga hari ini Islam masih bertapak dihati mereka yang cintakan kebenaran. Ke’izzahan bertamu selaku muslim. Umat Islam disanjung tinggi. Namun saat ini, ummat Islam diasak tanpa belas kasihan. Bukan apa ikhwah dan akhwat yang dihormati. Hanya kerana musuh takut kebenaran menguasai dunia. Ada golongan yang enak menjaga perut dan kuasa dari memikirkan panasnya api neraka,

Patutkah daku benci mereka yang berbuat kezaliman. Hinggakan wanita diperlukan seperti lelaki tanpa belas kasihan. Patutkah? Sedangkan sayang dan benci mestilah kerana Allah kan? InsyaAllah kerana Allah Sinar membenci mereka.

Menelusuri sejarah Mesir yang hingga kini masih bermain teka teki. Perjuangan pemimpinnya goyah. Golongan yang menegakkan kalimah La ilaha illallah dimasukkan ke penjara. Rakyatnya dikaburi debu-debu pemerintahan kuku besi. Ketidakadilan berada di mana-mana sahaja. Membaca buku Zainab Al-Ghazali menerbitkan rasa benci. Benci kepada mereka yang bertopengkan Islam. Sanggup mereka bersumpah diatas nama Allah untuk menegakkan benang yang basah. Apabila berjalan di bumi Mesir ini dan terlihat polis-polisnya, terus kupalingkan muka ke arah lain. Sungguh penderitaan Zainab Al-Ghazali terbayang di mata. Masakan perasaan benci itu tidak hadir. Salahkah perasaan begini?


Teringat kejadian di suatu petang, sedang hebat polis-polis sini menangkap golongan soleh ini, Sinar juga berada ditempat kejadian. Sedikit pun mereka tidak mendengar rayuan pemuda berjambang itu. Hampir terjatuh ketika diseret memasuki track biru yang memuatkan belasan atau kira-kira puluhan ikhwah yang lain. Nyaris pemuda itu terjatuh selepas terlanggar daku yang ingin meneruni tangga. Secara tidak langsung, kejadian ini meninggalkan kesan padaku.


Anda pasti tahu, bagaimana Zainab Al-Ghazal diseksa. Dihumban ke penjara. Dipisahkan dari suami tercinta. Diperintah oleh pemimpin Mesir ketika itu untuk diseksa seperti lelaki. Dibiarkan hidup bersama anjing-anjing lapar. Diberi makanan yang tidak selayaknya dimakan oleh manusia. Dibiarkan hidup dalam penjara berair bersama luka-luka sebatan. Dipaksa mengikat janji dengan mereka yang berdusta. Tapi beliau sesekali tidak tunduk akur. Adakah golongan yang menyeksa beliau ini manusia. BINATANG pun tidak sebuas ini. Namun apa yang Zainab Al-Ghazali pilih? Dia memilih akhirat dari tawaran dunia. Dia memilih kebenaran daripada memilih kebathilan.

Kata-kata dalam buku ‘Hari-hari Dalam Hidupku’ ini tersemat dihati

“Kita bukan mengejar masa. Masa yang bertahun-tahun, puluhan tahun, ratusan tahun, bukan perkara penting bagi umur dakwah dan umat. Tetapi yang penting ialah kita mesti bertahan di atas jalan kita dengan penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran”

“Wahai manusia! Islam itu bukan hanya pengakuan tapi islam ialah iltizam dan mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w”

Hebat bukan. Sinar hanya membaca dan menghayati sebaik mungkin. Namun Zainab merasai dengan tubuhnya sebagai wanita. Badannya terseksa tapi hatinya cukup sabar dan terus teguh menahan akidah.

Hingga saat ini. Mesir tidak pernah berubah. Patutkah kita berdiam diri dan terus tidak peduli? Tambahan pula Mesir tika ini sangat bersangkut paut dengan isu Palestina. Mahu diwujudkan tembok? Itu satu bentuk kezaliman terbaru Mesir diperingkat antarabangsa. Siapa sebenarnya yang mengapalai? Ulama sudah pun bersuara akan pengharaman tembok itu. Mesir sahaja masih dengan pendiriannya. Mereka sudah tidak peduli apa kata umat Islam.

Apabila berkhabaran isu Palestina sampai ke telinga dan memasuki peti inbox di dalam telefon. Rombongan Viva Palestina disekat dan beberapa warga Malaysia yang menyertai turut terkandas. Mengucap panjang dibuatnya. Namun tidak banyak yang daku ketahui selepas itu. Alasan? Tidak mampu nyatakan kerana tiada alasan untuk itu. Moga Allah ampunkan saya. Dalam beberapa hari ini daku cuba menggali info. Anda pula bagaimana? Kita berada di Mesir tapi tidak tahu menahu mahupun kurang tahu. Memalukan bukan.

Syukran buat sahabat yang mengingatkan diri tentang sikap peduli. “Jangan sampai dijangkiti ketidakpedulism.” Hampir menitis air mata. Tapi ditahan. Itu peringatan dari Allah. Terus kucari dan berbincang dengan sahabat-sahabatku di sini. Syukran sahabat-sahabatku sekalian.

Ya tidak ada alasan untuk diri meloloskan diri daripada tidak mengikuti perkembangan Palestin. Hatta Mesir sendiri yang membuat onar. Sakit sakit pun masih boleh ke kuliah, masih boleh masak dan makan. Rutin sahaja diteruskan tanpa mengambil nilai tambah isu semasa. Perlu diperbaiki. Adakah kerana berada di Mesir kita jadi tidak peduli dan sibuk dihangatkan dengan isu lain persatuan la, kahwin la, exam la. Perlu ada keseimbangan. Jangan kita dibutakan oleh sistem yang hakikatnya kita sendiri tidak suka.

Dalam seminggu dua ini, Allah menguji dengan masa dan nikmat kesihatan. Pergerakan terbatas dan fokus pun kurang. Sakit itu nikmat juga (quote tajuk entri Hilal). Dalam melayan sistem imuninasi yang lemah ini, sempat juga membedah 2 buku yang membuka mata, Novel Sejarah Islam: Abu Bakar dan Zainab Al-Ghazali: Hari-hari Dalam Hidupku Disamping itu juga, banyak perkara yang tidak dapat diri ini lakukan sebaik mungkin dan banyak juga isu dan perkara yang harus dicakna dan diambil perhatian kurang Sinar lakukan. Moga Allah ampunkan. Akhir kalam, moga Allah suburkan semangat juang saudara-saudara Palestin dan kembangkan zuriat para pejuang serta campakkan rasa gerun di hati musuh Islam.

Tidak patut kita lupa mereka !!!
“Sungguh Israel tidak akan pernah berhenti melawan rakyat Palestin sehinggalah benar-benar Palestin menjadi milik mereka. Justeru mereka tidak akan mahu menerima resolusi Majlis Keamanan PPB dan tidak akan pernah mematuhinya,” kata Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan
Mereka tidak pernah putus asa. Semua orang menyedarinya. Maka kita juga jangan putus asa berdoa dan terus salurkan bantuan. Kemenangan akan tiba.

Mari kita bergabung dengan kalimah ini B.R.O.T.H.E.R.H.O.O.D

15 comments:

Atiqah said...

huhu sha..awk ckp psl cinderella, hr ni kuliah ktorg akan sentuh psl cinderella..
kena kaji cite cinderella ni dr sudut sastera...

sinar_islami said...

Ye ke...
takpe la ukhtie..
dah silibus study anti..
lepas ni anti kaji sejarah islam ye dan bukukan in English..

(^_^) apa2 pun kita study lihatlah dgn kaca mata iman..

Atiqah said...

insyaAllah..doakan la kte ni terbuka hati skt..Allah bg petunjuk ke jln kebenaran..dh makin sesat dan lagha ni..halaqah pun liat je nk g..
insyaAllah doa sahabat yg baik pasti didengari Allah kn...

sinar_islami said...

(^_^) sm2 mendoakn...
Yang penting dlm hidup ini, kena ade kejelasan matlamat...
dan dlm apa jua lapangan...ilmu ke...kerjaya ke...kena buat sunggh2...
InsyaAllah tqah blh optimumkn tenaga utk contribute for our deen..

hafizulfaiz lan said...

salam..ana suka artikel ni..menarik..teruskan berkarya..=)

Dr Amad said...

Terasa tanda masih punya rasa...

Article yang amat menarik

sinar_islami said...

me to hafizulfaiz:

ahlan...kalau ada kritikan membina sudi2 la hulurkan... =)
Doakn amal yg sedikit ini Allah trima

me to Dr Amad:

Moga Allah trs thabatkn diri ini..

Anonymous said...

salam ukhuwah..

saya pelik tentang satu perkara.
kenapa 'orang kita' suka peduli palestina daripada tanah sendiri?

saya berpendapat...palestina jauh lebih merdeka dari malaysia.mati tapi jiwanya selamat.hidup tapi jiwa ke neraka.oh!

sikap peduli diletakkan diposisi yang salah.mungkin.

maaf pendapat peribadi.

sinar_islami said...

pendapat ana yang serba kekurangn ini pula.. =)

tidak menulis mengenai malaysia tidak bermaksud ana tidak peduli ukhtie..
isu malaysia sllu sunggh berlegar dalam kitar hidup ana..

negara sendiri ana pasti peduli..
gejala sosial, runtuhnya akhlak, politik semua mengambil tempat..
dan antara core business hidup ana adalah usaha kearah meng'islah' masyarakat..mahu menjadi agen perubah...

sekarang ini ana berada di bumi yang bernama MESIR, jiran kepada PALESTINA.. dan isu ini berbangkit di sini..

sebagai manusia dalam aspek peduli tiada peratusan tetap..isu Ummah isu kita..isu manusia isu kita..

Ramai blogger @ penulis menulis fasal Palestina kerana sudah merasakan Islam itu bukan dipisah mengikut negara..

kita sayang ibu tak bermaksud kita tak sayangkan ayah..

dan maaf ukhtie ana pun byk kelemahan...penulisan ana masih byk kekuragn..dalam certain isu ana kurang pengalaman utk mengulas..kerana menulis perlukan ilmu & pengalaman..bukan mencurah sesedap rasa.. =) setiap apa yg kita tulis ada nilai disisi Allah..yg penting NIAT dan adab menyampaikan...Wallahu'alam

syukran atas pendapat ukhtie...tak perlu minta maaf...
ini menunjukkan byk lagi yg perlu ana pelajari...
sama2 kita koreksi diri...(^_^)

PEMENANG said...

hurm..bace x abes .nanti ah nak abeskan

fuh~power gile...penuh berisi dengan emosi2 yg bagus....

prihatin dengan isu semasa..bagus2

semarakkan pedulisma anti hedonisma..hehe

hurm....

zionis melayu ade gak ape?

rasenye mende2 cam korupsi..rasuah..salah gune kuase..penjare org suke ati....ialah suasana serata dunia....cume tak ramai pemimpin yang berani memberishkan sebab bukan mudah
..kene ade sorang yang brani bukak mulut nanti yg lain 2 ikut r
.......

kalo ade pemimpin yang brani pon tengokla nasib dia..kena serang je memanjang contohnye kat msia

cume kene ingat gak bukan sume kafir, kafir harbi ade sesetengah yg zimmi...mereka masih ade nilai2 kemanusiaan dan ini peluang dakwah....

cam isu viva palestina tu baik ikut kafir zimmi gi tolong derang nih... dari ikut si muslim yang ..ntahla

fuh...cam bagus plak diri nih

(tapi rasa penulis nih memang pelik sket la sebab cam tulisan orang dewasa ...pelik camne boleh jadi camtuh ek?)

nanti ade mase nak kutuk gak pos2..takleh puji je

lyannayahya said...

salam,sha.

yg penting dalam diri kita mesti ada sifat peduli.jgn jadi ananiah.asalkan hidup kita ok-sudahlah.Itu yang kita tak nak.

satu teguran yang bermakna.

kagum juga dengan zainab al-ghazali.begitu sekali nak memartabatkan agama Islam.Begitu sekali nak bawa Islam.Sehinggakan membiarkan sahaja anjing-anjing menyeksanya-maruah tetap dijaga.

Subhanallah~

masih tak faham dengan kerajaan Mesir.Dari dulu sampai sekarang.Kenapa terlalu takutkan seorang wanita-kenapa terlalu takut dengan orang-orang yang ingin membawa Islam?

Sekarang-Untuk apa ceracak besi itu di Gaza?Untuk menjamin masa depan Mesir?Untuk memastikan populasi rakyat miskin di Mesir berkurang?Untuk memstikan GDP rakyat meningkat?Atau untuk apa?

ah~!

[maaf-kalau ada yang kurang senang]

sinar_islami said...

me to pemenang:

"semarakkan pedulisma anti hedonisma"

nice words pemenang...suka pula kata2 ni...

Kat mana2 pun Allah akan hadirkan satu golongan utk tegakkan kebenaran..
hidup takkan pernh sunyi selagi kebenaran tidak tertegak..
dan semmgnya jahiliyah dan iman tu takkan selari..
Islam tu agama mawaddah, siapa2 je yg baik dan tidak menganggu gugat islam kita beri layann yg baik..
btw syukran atas lontaran pendapat..

ps::blh je pasni tak nak puji..kritikan membina sgt2 dialukan..

sinar_islami said...

me to lyannayahya:

Bila manusia bertuhankan dunia..yang ditakuti adalah orang yang bawa agama..
sebab dengan agama nafsu tidak boleh dituruti..
Moga Allah beri hidayah pada mereka..
Kita benci dgn tindakan mereka,namun ini tidak menutup peluang utk mereka berubah..

syukran kak lyanna atas nilai tmbhnya..
moga sikap peduli tidak hilang dari kita..
at least antara kita pun kena cakna..ukhwh gen6 dan selebihnya..

ummu said...

Salam Ukhtie
Hijrah 1431 ini ..rupanya sudah lama kan, Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita. Syukur pada Allah tas nikmat Iman dan ISlam yang dirasai kini. Sesungguhnya perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat assabiqunal awwalun amat mahal harganya. Emas sebesar Gunung Uhud pun tak dapat menandingi pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat...

Karya zainab Al Gazali itu memang menyentuh rasa dan jiwa.

sinar_islami said...

Salam Buat Um. Masyitah

Syukran atas ziarahnya...
Sudah lama um. tapi tidak bermakna ditelan zaman. Ini satu2nya sosok pimpinan yang evergreen...
Yang mana kalau kita teringtkan baginda dan generasi awal boleh menitis air mata..
Merekalah khudwah @ rolemodel kita..
Maka kita pun kena berdiri di atas landasan yang sama..

Betul Um.. Zainab Al-Ghazali adalah antara srikandi abad ini.. Walaupun beliau sudah pergi..Beliau telah memberi kesan bahawa wanita punya peranan dalam dakwah.
Moga akan lahirnya jutaan srikandi yng lain...
Moga redha Allah bersama kita...