BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 16, 2010

Buku Oh Buku...

Sudah lama rasanya tidak berbicara tentang koleksi buku. Kali ini, Sinar tidak mahu membedah buku yang Sinar miliki. Cuma mahu berkongsi beberapa buku yang Sinar mahu dapatkan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia nanti. Semoga Sinar berpeluang. Oh, lama lagi rupanya! (^_^) Semoga panjang umur untuk laksanakan kebaikan dan mencari bekal. Walauapapun harap yang terbaik Allah berikan pada hidup ini.



Setelah ditinjau dan ditinjau, Sinar berhajatkan empat buah buku untuk dijadikan koleksi dan teman peribadi. Senarai awal perancangan cuti musim panas sudah berlegar di dalam peti minda, dan ter'refleks' pula tangan ini mencoretkan di dalam planner. Maklumlah, asyik terlupa sahaja, lebih-lebih lagi barang yang saudara-mara minta belikan. Walaupun masih berbaki 4 bulan tidak salah agaknya berangan dan merancang. Betul tak? Dan entri kali ini mungkin secara tidak langsung Sinar sudah menjadi tukang promosi. Pakat pakat la beli ya. Apatah lagi orang di Malaysia. Baik beli buku daripada shopping tak tentu hala kan. Kalau siapa nak hadiahkan, oh berbunga-bunga hati ini. (^_^) Gurau je. Sinar mahu usaha sendiri.


Gembira hati dibuatnya apabila buku Abu Saif bakal bertemu pembaca Namun seperti biasa, pesta buku tidak dapat la Sinar berpeluang untuk menyertai kehangatan ilmunya. Terkilan tapi sudah adat orang jauh begitu.

.:ATN 3 : Murabbi Cinta:.



Buku ini pastinya tidak akan Sinar lepaskan. Masakan mahu dilepaskan, ATN 1 dan ATN 2 sudah berada digenggaman. Kalau peminat Harry Porter sanggup mengumpul kesemua buku J.K Rowling, apa salahnya Sinar mengumpul hasil tulisan Ustaz Hasrizal kan (^_^)

.:Secangkir Teh, Pengubat Letih:.


Memandangkan Sinar boleh dikatakan gemar 'berjalan'. Travelog ini tidak akan Sinar lepaskan. Kalau dulu Jordan, kali ini Turki pula. Maklumlah Turki belum Sinar jelajah. Sekurang-kurangnya boleh menjadi panduan sebelum Sinar menjejak kaki ke sana. Oh tidak sabar pula rasanya.

,:Sinergi:.


Hilal Asyraf, namanya sudah tidak asing di kalangan pemilik novel Vt dan buku Langit Illahi serta pembaca setia laman webnya Langit Illahi. Sinergi punya kekuatannya tersendiri. Ibarat melayari kehidupan di Jordan dan merasai dunia yang penuh mehnah dan tribulasi. Ukhwah diuji, dakwah diperangi, dan akhirnya kasih sayang Allah itu juga yang Maha Tinggi. Mahu tahu cerita dalam Sinergi. Apa lagi, jom kita beli!

.:Denyut Kasih Medik:.

Sinar baru sahaja berkenalan dengan buku ini. Syukran pada ukhtie Khazinatul Asrar atas perkongsian di blog beliau. Penulis buku ini adalah Dr Farhan Hadi iaitu suami kepada Saudari Fatimah Syarha Nordin. Pastinya ada keunikan tersendiri. Jarang Sinar bertemu buku hasil tulisan doktor muda. Maka apa lagi. Mari dapatkan!!!

Akhir kalam, sudilah kiranya pembaca blog ini berkongsi judul buku yang dirasakan menarik . Maklumlah, buku di Malaysia pun makin bertambah. Ilmu tu banyak dan perkongsian ilmu itu pula sangat indah. Salam perjuangan buat semua. Moga redha Allah bersama kita.

22 comments:

haway mutasawwil said...

slm.1st lagi n.ho3.n la yang akak katakan tu murabbi cinta.kulit depan pun pink.suke2.2 dah khatam.kalu khatam yg n faris leh kawen dh la.akak pn sama.-).tapi sedihnye xdpat pegi pesta buku tu sbb cuti kat klantan.taun lps dpt pegi dan jmpe ustaz hasrizal.ngee.siap ada autograf lg.Denyut kasih medik kene beli ni sbb tkut2 jdoh dgn pljr medik ke.ho.syukran kak ats pkongsian.smga dipermudahkn utk kak beli nanti

nadia amalina said...

assalamualaikum..saya ada beberapa koleksi buku yang rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama akak.Antaranya:
~SYABAB MUSAFIR KASIH (Fatimah Syarha)
~SALJU SAKINAH (Zaid Akhtar)
~RONA BHOSPHORUS (Zaid Akhtar)
seandainya akak punya masa,kongsikanlah beberapa buah buku lain dengan saya!!

Atiqah said...

sha..buku denyut kasih medik tu kte bru bce beberapa page kat umah akak halaqah kte few days ago..just few pages, dh pun menambat hati kte..rse nk bli je..sllu bce novel dr sudut insan biasa, pekerjaan biasa (mostly psl business), so this time pendekatan dr sudut perubatan, di tulis oleh seorang doktor ..pasti menarik utk dibaca dan dihayati msg yg terkandung..

saza s said...

salam kak sinar...apa khabar?

alhamdulillah , list buku sudah bertambah...dakwah memlalui tinta makin berkembang insyaAllah
buku kak sinar bila pula ya?

erm...ini permintaan awal...
memandangkan ana insyaAllah bakal menghabiskan cuti musim panas di bumi anbiyak ini....ingatnya nak minta belikan untuk ana nanti...
itu pun kalau tak keberatan

sinergi,denyut kasih medik dan terasing

apa-apapun confirm lainlah ya kak sinar....

maaf klu menyusahkan n arigato gozaimasu

may Allah bless u

hood@sunny said...

mahu2 juga~ :D

kering la kocek ana cuti nih~

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

(^_^) Tahniah3...
akak kena bagi hadiah ke ni...asyik first je kan...

Khatam buku, tak semestinya boleh kahwin tu...kena hadam juga isi-isinya dan dengar juga pengalaman orang yang dah melangkah ke alam rumahtangga...
alam praktikal & teori...sangatlah berbeza...lagi2 ujian kita mungkin berbeza...

apa lagi,beli jangan tak beli...
Denyut kasih medik tu insyaAllah sesuai untuk sesiapa sahaja =)

buka je mata hari ini..dapat sms...
ummi akak pula dah offer untuk belikan lebih awal...berbunga2 je hati...macam tau tau je..
ni bertambah sayang ummi akak...

sinar_islami said...

me to bintang hati:

Syukran adik..
nampaknya akan bertambahlah koleksi akak...
Syabab musafir kasih dah ada...
yang lagi 2 tu nampaknya akak kena mencari... =)

me to Atiqah:

Anti buat ana tak sabar nak beli buku tu...
Ana rasa ummi ana akan belikan..hehe..
tunggu balik ni baca je kot...
nanti bila2 kita jumpa...boleh la bincang2...bedah buku sama2...

sinar_islami said...

me to saza s:

Buku ana? Allah belum izinkan lagi...
Ana pun biasa je bab-bab penulisan ni...
Doakanlah yang terbaik...

InsyaAllah boleh je nak belikan...
Ha... ana rasa ana tercicir satu buku Hilal...

BUKU LANGIT ILLAHI 2:Kembara Hamba Mencari Cahaya

Ni mesti nak juga kan =)
Nanti apa2 bagi tau ana ye...
Ana masukkan dalam senarai beli dan tempahan.. (^_^)

InsyaAllah tak de susahkan pun...Siap dapat pahala lagi kalau membantu saudara kita kan...

May Allah bless u too

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Memang akan kering la kak uda..
nanti ana nak bawa anti p kedai buku kat wisma yakin..
biar kocek anti kemarau terus..
sebab rambang mata dibuatnya..
tapi silalah ke rumah ana terlebih dahulu..hehe
anti masak dan ana makan...

Khazinatul_Asrar said...

alhamdulillah, list buku kita sama la ukhti,mcmana ni :D. nampaknya ukhti la kena bedah buku tu nnt, since balik utk bercuti di mesia kan :). hehe.

Banyak sbnrnya buku dalam list, cuma kena buat short list betul2 ikt yg mana benar2 boleh dibaca dalam masa cuti nnt. takut2 jd mcm thn lps, beli byk tp br dpt hbskan akhir tahun tu. kekangan masa atau tidak tahu manage masa? aduh,tepuk dada tanya lah diri sendiri;)

Ana sangat dan amat menyarankan agar bakal2 doktor khasnya dari timur tgh agar dapat membaca novel denyut kasih medik tu. sangat2 bermanfaat ;)

Semoga menjadi doktor Muslim yang soleh/ah dan Musleh! ^_^

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

thanks sha..dah ada idea nak beli buku ape time book fair nanti..hehe

sinar_islami said...

me to Khazintatul asrar:

Nak wat camna ukhtie..tersama pula..
Gerak hati Allah izin sama la tu..
Tu pun ada yang terlepas untuk disenaraikan..
Alhamdulillah buku Denyut Kasih Medik tu ummi ana dah belikan.. (^_^)
Seingat ana, just pesan buku ust has tak sempat lagi nak tambah list..
berkobar2 lak ummi ana..belum start bookfair lagi..sanggup pi carikan...
Tu pun mesti sebab baca blog ni..
kasih ibu kan...
(hehe sayang ummi saya)

InsyaAllah, hajat nak bedah buku time cuti, tak semua at least ada la 2 @ 3 akan dikongsi di blog ini..

Harapnya buku tu bukan sekadar perhiasan tapi dibaca dan dicerna sebaik mungkin...

me to Afeefah:

ha..jangan lupa hadiahkan mana2 buku untuk ana.. (^_^)

syumul said...

ehem ehem
siapakah yg menemani saat pertama kali menjejakkan kaki ke kedai buku di wisma yakin itu?
hehe =)

nak join juge bersama kak uda
boleh la pulak bertandang ke rumah yg terdekat itu, hehe

jom jom plan
haduss, masuk aje sem 2 terus malaysia dalam kepala
fokus jgn lari sudah

sinar_islami said...

me to syumul:

hehe..akak gi ngan sapa ye...LUPA lah.. (^_^) pura2 tak tahu...

Jom3 kita p sekali lagi...
then tido umah akak pula...

tu la...orang nak final exam..
kita duk citer pasal balik msia pula kan...ish3...hehe...
doakan ana ye..moga semua dipermudahkan..imtihan dan kehidupan...

haway mutasawwil said...

jgn lupe la beli adiah nanti balik mesia kat faris.-P.

insyaallah akan dihadam sblm kawen ni.lmbt ag kot dgr nasehat kak aritu.doa2 kn lah

kalu buleh nk beli sume tp entahla bajet xckup lg n.he3.tngu kwn2 beli la dl pastu faris pinjm2 je.ngee

oo n mesti ummi kak bc post akak n.syukurlah ade org nk belikan.nnti kak boleh beli buku lain

sinar_islami said...

InsyaAllah...ingatkan akak ye...

Perkemaskan apa yang kurang sebelum menginjak ke marhalah seterusnya..Tuntut ilmu, topup apa yang patut..bgs juga kalau dalam bab2 ilmu ni, sharing dgn kawan2...

Aaa...adik ana kata ummi baca..hehe..Alhamdulillah syukur sgt sebenarnya..Moga Allah rahmati keluarga akak...

nurizbhr said...

salam...
nama ana jgn lupa masukkan dlm list tempahan ye..
mau kirim juga

sinar_islami said...

=) betul ke cik izzah nak tempah...
ingat nak balik sekapal..bukan gitu ke wahai ukhti...(^_^)

nurizbhr said...

msuk je nama dlm senarai dlu..
blik tu blum cnfrm lg..
kalo jd tu rezeki namanya..

sinar_islami said...

tahta amrik...
InsyaAllah...nanti kalau ada perubahan, inform la ye..
tapi ana doa la anti boleh balik...baru best..

Humayra' said...

assalamualaikum ukhtie..
(^_^)

lama jadi silent reader kat sini..
ada satu buku yg ana nak syorkan kat nt.. buku Versus by hlovate. Novel malay yg islami, tapi disampaikan dgn gaya yg sangat bersahaja.

kalau nak baca sinopsis ada di blog penulis..
http://hlovaterror.blogdrive.com/

buku2 lain tu pun ana sedang buat koleksi. cuma belum lengkap lagi.

btw.. balik msia nnt inform ye.. kalau ada peluang boleh jumpa.

may Allah bless!

sinar_islami said...

=)
syukran ukhtie...
InsyaAllah nanti ana cari juga buku tu..
Setakat ni biiznillah ana bercadang balik julai nanti...
Ada jodoh dan atas izin-Nya kita berjumpa...