BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 23, 2010

Saya Perokok?

Tahukah anda apa itu rokok...? Pastinya anda tahu. Menjadi satu kepelikan sekiranya generasi masa kini tidak mengenali apa itu rokok. Baiklah, kita tinggalkan dulu persoalan kenal atau tidak anda dengan rokok. Cukup sekadar ingin membuka mata kalian. Bahawa rokok itu bahaya dan merupakan salah satu 'silent killer'. Tak percaya? Cubalah. Kita tengok 10 atau 20 tahun akan datang apa kesannya.

Adakah Sinar juga merokok? Sudah pasti anda terkejut membaca tajuk di atas. Aduh, geleng kepala dibuatnya. Terasa lemas dan sesak apabila hidup dalam dunia masa kini. Pencemaran demi pencemaran. Mujur bumi tidak lekas merajuk. Kalau tidak buruk padahnya.


Baiklah. Biar Sinar bawakan satu kisah terlebih dahulu. Hidup ini penuh dengan cerita cuma tidak sempat dikongsikan bersama. Kehidupan di perantauan sememangnya sangat mencabar kewibawaan diri hatta prinsip kita juga boleh diganggugugat. Di sebalik mutiara yang ada, atmosfera Mesir ini juga sentiasa dipenuhi asap-asap pencemaran, baik asap kenderaan mahupun asap rokok bahkan akhlak juga turut di'asap'kan. Rata-rata negara pun begitu. Tiada terkecuali. Bukan Mesir sahaja, hatta Malaysia dilanda krisis yang sama. Apabila Islam tidak dilaksanakan secara total, beginilah jadinya. Manusia lupa daratan, hilang percaturan dalam mengurus kehidupan.
Moga Allah terus memimpin hati kita.

Baru-baru ini Allah izin dalam perjalanan ke kelas Al-Quran, seperti biasa Sinar akan menaiki microbus atau istilah lainnya adalah tremco (pengangkutan awam seperti teksi tetapi tremco adalah van). Kali ini Sinar dapat duduk di bahagian hadapan, iaitu di belakang driver. Alhamdulillah alunan bacaan Al-Quran begitu mendamaikan kalbu hatta mulut ini turut asyik mengikut alunan itu. Terubat juga kegelisahan dan kepenatan terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Tiba-tiba lagu arab pula bergema. Bingit juga telinga ini mendengarnya. Maka tibalah giliran azan berkumandang. Lebih tenang bila mendengar seruan kebenaran itu. Mujur pemandu punya rasa hormat pada azan. Ditutup radio itu tanpa diarah. Lalu terdetik hati kecil ini, "Masih ada lagi mereka yang menghormati azan rupanya dalam kesesakan sebegini". Jarang Sinar bertemu pemandu seperti ini. Tersenyum melihat tindakannya.

Namun sebaik sahaja hati ini memuji. Pemandu tersebut mengeluarkan sepuntung rokok dan turut mempelawa penumpang di sebelahnya. Maka bermulalah pencemaran udara di dalam tremco tersebut, berkepul-kepul asap menerpa muka. Bukan seorang perokok tapi dua perokok sedang asyik dengan rokok mereka. Bukan sedikit asapnya, banyak hingga terbatuk kecil kami dibuatnya. Di sini kurang adab Sinar kira. Mahu cari sakit, jangan turut beri kesan pada orang lain. Setidaknya, beradablah dengan penumpang lain. Panas hati pula Sinar dibuatnya. Mujur tidak meledak kemarahan kerana mahu memperdengar ayat Al-Quran pada Ustazah pada hari tersebut. Astaghfirullah...Manusia lupa, nikmat sihat itu juga pinjaman daripada Allah.


Ya, saya amat membenci perbuatan merokok. Kerana ia akan memberi kesan negatif pada orang sekeliling. Secara tidak sengaja, kita juga turut menjadi perokok. Perokok pasif, itulah kata nama yang sesuai. Entah buat kali ke berapa bergelar perokok pasif lagi-lagi di Mesir ini. Adakalanya Sinar diam. Malas sungguh mencetus pergaduhan dengan orang arab. Adakala teguran terpantul juga. " Saya tidak suka orang merokok".

Sepanjang 4 tahun dalam kuliah perubatan, tidak dapat tidak memang sudah terang, jelas dan nyata perbuatan merokok boleh mengakibatkan sebahagian besar penyakit. Bahkan timbul persoalan dalam kotak fikir ini, kenapa ada juga doktor yang merokok? Parah bukan? Mahu mengajak masyarakat membina gaya hidup sihat akan tetapi doktor pula tidak mengamalkan. Buat bakal doktor, harusnya kejadian di 'operation theater' dan pembedahan yang kita lihat menjadi pengajaran supaya kita menghargai kesihatan yang Allah berikan. Untung sebenarnya mereka yang sedang berada dalam bidang perubatan. Kita dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat umum. Maka hargailah.

Dewasa ini merokok telah menjadi satu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat. Bahkan tabiat ini telah menjadi norma yang membanggakan terutamanya bagi Kaum Adam dan sudah mula menjadi 'trend' bagi Kaum Hawa. Tidak macho tanpa rokok katanya.Tambah pula di negara arab seperti Mesir ini wujud pula Shisha yang mempunyai pelbagai perasa.

Sejarah rokok jangan kita lupa.

Pada asalnya tembakau ini digunakan dalam ritual agama. Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa Indian di Amerika. Mereka menggunakan rokok untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah meneroka benua Amerika, sebahagian daripada penjelajah Eropah itu terikut untuk mencuba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian budaya merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Namun bezanya dengan bangsa Indian yang merokok untuk keperluan ritual, di Eropah orang merokok hanya untuk keseronokan semata-mata. Abad 17 para pedagang Sepanyol memasuki Turki dan saat itu budaya merokok sudah menular ke negara-negara Islam. Lihat, jauh rupanya rokok ini datang ke negara kita. Banyakkah kelebihan rokok ini sebenarnya, hingga terkenal satu dunia?

Kandungan rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di 'kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.


Nikotin, seperti dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Bahkan gas ini boleh melemahkan keupayaan otak kita berfikir dan penyumbang kepada budaya lupa.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan merokok pada kesihatan.

Merokok bukan sahaja memberi kesan kepada penghisap atau perokok aktif. Mereka yang hidup di sekeliling turut menerima tempias daripada tabiat ini. Antara kesan buruk merokok adalah kecenderungan untuk mengidap sakit jantung, kanser peparu, kanser salur pernafasan, ulcer di dalam perut dan rokok turut menjejas bayi dalam kandungan hingga boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan. Lihat! Rokok bukan seindah yang disangka. Pada asalnya dilihat dengan merokok dapat menyelesaikan masalah dan tekanan hidup, itu hanyalah mimpi sahaja. Anda akan berhadapan dengan masalah kesihatan yang kronik bahkan anda sendiri akan menyesal di kemudian hari. Jika ada masalah dalam kehidupan, maka selesaikanlah sebaik mungkin bukan dengan melarikan diri. Ibarat anda lari dari bayangan sendiri. InsyaAllah setiap masalah ada jalannya.

Kami tidak mahu bergelar Perokok Pasif

Selama ini kita sering dimaklumkan mengenai bahaya merokok tetapi tahukah anda kesan yang mungkin didapati oleh penghidu asap rokok adalah lebih tinggi berbanding perokok itu sendiri.

Laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar California pada 1997, menganggarkan 147 hingga 251 orang bagi setiap sejuta perokok pasif di California mati akibat penyakit membabitkan tembakau. Jika kadar yang sama digunakan oleh Kesatuan Eropah, kematian membabitkan perokok pasif boleh menjangkau 55,000 hingga 94,000 mangsa setiap tahun manakala di China boleh mencatatkan kematian sebanyak 185,000 hingga 317,000 orang.

Berhenti itu sukar, tapi cubalah dan usahalah

Sedih juga memikirkan apabila mereka yang sudah tahu kesannya tapi tidak mahu berhenti. Cubalah berhenti. Usahalah. Setidaknya hargailah mereka yang menyayangi dirimu dan sentiasa mendoakan perubahanmu. Ya, saya tidak membenci kalian yang merokok. Saya membenci tabiat itu. Untuk golongan perokok saya masih berlapang dada dan berharap anda berubah. Saya menyokong seratus peratus. Saya tahu sangat susah untuk diri kalian berubah. Jika niat sudah ada, maka perlunya kesungguhan. InsyaAllah moga Allah bantu kalian. Kalau bukan sekarang bila lagi. Sebelum segala-galanya terlambat... Sebak pula diri ini... Harap pembaca faham apa yang Sinar mahu sampaikan...

17 comments:

Munsyi said...

Saya perokok pasif juga. Mujur saja mereka faham tentang penyakit saya.

sinar_islami said...

=) nak mengelak menjadi perokok pasif susah sungguh...
asthmatic ke?

hoodsunny said...

hehe, ana baru nk tulis pasal rokok ni.. maklumlah baru belajar public health

hehe intention kita sama =P

haway mutasawwil said...

slm.faris dikelilingi kwn2 yg perokok dulu tyme asasi.rumate plak tu.adoi.diorg taw kne pnykt ape n sume.erm.yg al-hafiz pn isap gak xtahannye.sedih2..skrg da cuti dah xde dah la.alhamdulillah tak terjerumus.hampir2 dah aritu..

nk tny.kwn faris kat mesir ramai yg isap syisya?kak knl kn syisya tu?mebahaya jgk ke?

syumul said...

hhm, nice :-bd

sedang belajar respiratory system
semua sebab rokok (mostly)

sinar_islami said...

me to hood:

tulis la huda...
mesti banyak lagi anti boleh kupas...
i'm counting on you...

me to haway mutasawwil:

Alhamdulillah, Allah sayang faris...
Sekali dah terjebak susah nak mengelak...
Bak kata Prof dalam lecture aritu....Shisha lagi berbahaya...dan boleh sebar penyakit T.B...
(^_^) akak rasa baik kita isi masa dengan benda lain..
merokok = membazir
tak pun belanja akak makan mcm lagi best kan...dapat pahala..

me to syumul:

akak melepaskan apa yang terbuku je..
huhu bila baca semula..
apa la yang akak bebel tu kan.. =)
Moga2 ilmu yang kita dapat benar2 membuahkan kesedaran..
erm...apa cara terbaik untuk bantu mereka berhenti ye? sedih juga tengok habit tu..

haway mutasawwil said...

yup,allah syg lg.ho3.
ooo kne tb br taw.time kaseh kak.
btul mmbzr je.da la nk cr duit ssh.
beres kak blanje tu.brp rnggit sgt.ngee

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Sama2..nanti sama2 tambah pembcaan pasal isu ni ya...

Wah, Ni buat akak tak sabar balik msia!!!
apa ye akak nak faris belanja (^_^)
tpi better la menabung utk masa hadapan...

Munsyi said...

yup. asthmatic. ujian dr Allah. Ade kebaikannya jgak. :)

Anonymous said...

Salam dari tepian Mediterranean,

Merokok dengan TB ni adik-beradik. Hari ni 24 Mac 2010 ialah 'World Tuberculosis Day'

Kita2 ni yg xde lesen lg nak practice, the least we can do ialah provide health education utk public..
Tak guna tau bnyak tp x buat kan...kalau tak tau, meh nak tolong bagi tau...ye sha =)


::alexa::

sinar_islami said...

me to MuNsYi SaMa:

(^_^) Allah tahu apa yang terbaik...
Penyusunan Allah tu la yang cantik...

me to ::alexa::

Bagus2 ingatkan pasal world Tb day...
Mengingatkan smua...bahawa
Prevention is better than cure..
kena ambil langkah berjaga-jaga..

Betul2 at least kita sebar apa yang kita tahu..tu pun banyak lagi yang ana tak tahu..
Aiwah, lesen mmg tak da lagi...
ni jela yang mampu setakat ni...
alexa nak tambah info pun boleh..will be my pleasure...
sama-sama lakukan yang terbaik untuk ummah...

My Heart said...

Hari tu Lecturer untuk research ada juga bercerita tentang rokok, katanya, perokok primer kurang merbahaya berbanding perokok sekunder iaitu orang yang menghidu asap rokok daripada perokok primer, kiranya kita yang terdedah ni lagi merbahaya. ye x? tapi, takkan timbul perokok sekunder jika tiada perokok primer. Kiranya sama sahaja tahap merbahaya kerana membuka peluang kita untuk menghidu. Betul x doc? =)

saza s said...

benci perokok benci asap rokok dan benci rokok.

tetapi setiap benda diciptakan dengan manfaat serta keburukan. tertanya-tanya apa kebaikannya.

say no to smoking. Belajar respiration pun bergelumang juga dengan benda ini

salam ziarah kak sinar

sinar_islami said...

me to My Heart:

Betul dah apa yang lecturer anti cakap tu..
Hatta ada kajian mengatakan..
perokok pasif 3 kali ganda bahaya daripada perokok aktif..
lagipun asap yang dilepaskan ke persekitaran tu lagi byk kandungan berbahaya..then kita pula yang hidu...
segan plak ana..future doc to be la tkah..not yet a doctor..doakan tau...

sinar_islami said...

me to saza_s:

tahukan dalam daun tembakau ada nicotine...so, manusia pun start mengkaji effect nicotine pada sistem saraf dan ect...

waktu pharmacology nanti kita akan jumpa...kita akan belajar...
banyak drug yang ada zaman skrg asalnya mereka dapat formula dari kajian tumbuhan atau bahan semula jadi..

nak katanya...Allah ciptakan sesuatu tu tak pernah sia-sia

=) dengan wujudnya tembakau juga kita dapat tahu kesannya pada manusia...baik ke buruk ke...so dapat la kita mencegah, dapat la kita awasi penggunaan dalam kehidupan.. (^_^)

bila kita belajar medic ni..macam2 kita jumpa..smpi insaf tgk orang sakit...

Moga Allah berkati saza...
Syukran sering berkunjung ke sini...

Faridrashidi said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kamu juga seperti saya. Bencikan rokok. Saya sangat benci akan asap rokok sehingga menyesakkan dada dan nafas.

Adakah tanda-tanda sesak dada bila bau rokok sesuatu yang kritikal?

Hukum tentang rokok pernah saya tulis dulu.

sinar_islami said...

wa'alaikummusalam...

Kritikal atau tidak itu terpulang kepada sejauh mana anda mengalami symptom tersebut (sekejap atau lama @ terlampau teruk hingga muka anda kebiruankah)

Cuma pengamatan awal, mungkin alahan (allergy). Manakala untuk pesakit asthma mereka mudah sesak nafas dan ini sama sekali tidak boleh dibiarkan. Jika anda bimbang, boleh rujuk doktor untuk kepastian.

(^_^) masih banyak ana kena belajar sebenarnya. Doakan agar dikurniakan kefahaman dan kemahiran.

Cuma dari apa yang ana belajar dan hasil pembacaan dan kajian setakat ini...

Hampir setiap tanda atau symptom itu pastinya bersebab...

Contohnya batuk...batuk merupakan petanda..kritikal atau tidak terpulang pada keadaan...

misalnya batuk (reflex coughing) sendiri sebenarnya adalah salah satu mekanisme yang Allah jadikan sebagai pelindung sekiranya sistem pernafasan kita diganggu oleh benda asing seperti asap, makanan tersalah masuk ke salur pernafasan & ect. Subhanallah,cantik sungguh kejadian Allah jadikan.

batuk yang berlarutan (persistent cough) juga boleh menjadi petanda badan kita dalam kondisi tidak baik(masalah peparu dll)

Di sini ana kongsikan sedikit journal perubatan untuk dinilai bersama...

"Second-hand smoke is also called
environmental tobacco smoke (ETS). It is a mixture of the smoke given
off by the burning end of a cigarette, pipe or cigar, and the smoke exhaled from the lungs of smokers. This mixture contains more than 4,000 substances,more than 40 of which are known to cause cancer. Many of them are also strong irritants.

Second-hand smoke has been classified by the U.S. Environmental
Protection Agency as a known cause of lung cancer. It is also a health risk that affects an estimated 150,000 to 300,000 children and kills 53,000 non-smokers each year.
People who have asthma and/or allergies are at a greater risk of having their symptoms worsen upon exposure to ETS.

Asthma and allergies result in airways that are over reactive to environmental irritants. Exposure
to ETS, an environmental irritant, can result in symptoms of cough,
wheeze, chest tightness, difficulty breathing, nasal congestion, postnasal drip or sneezing"

By Stanley Goldstein, MD (2005)

Wallahu'alam...Maaf atas segala kekurangan =)

Sesiapa ada info lagi, sila tambah ya..