BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 08, 2010

Nak Chipsmore!

Hari ini entah kenapa Sinar teringatkan Chipsmore. Sedapnya kalau dapat makan. Maka mulalah terkenang kisah-kisah yang berkaitan. Terkenang zaman persekolahan dahulu. Kalau membeli barang untuk dibawa pulang ke asrama, pelbagai makanan akan dicapai tetapi biskut memang tidak berapa digemari melainkan Chipsmore dan yang seangkatan dengannya. Dalam erti kata lain memang sangat meminati 'chocolate chip cookies' especially yang emak saudara Sinar buat. Maka siaplah kalau tibanya lebaran, operasi menjejaki cookies bermula. Janganlah ada yang menghidang. Kesian pula tengok balang kuih perlu diisi semula.


Apabila bercakap pasal Chipsmore, teringat falsafah Chipsmore. Oh ada ya falsafah dia? Ha, bukanlah falsafah sangat pun, cuma apabila sebut ayat ini kita akan terus teringat Chipsmore.

"Kejap ada, kejap tiada"

Seringkali kalau sesuatu perkara tiada ketetapan, mahupun satu aturan agak tidak berkala mulalah ayat ini terpantul daripada mulut kita. Misal kata seorang ahli rumah bukanlah jenis lekat di rumah, biasa bila ditanya kita akan membalas,

"Macam tak kenal dia. Kawan kita tu buzy memanjang. Dah macam chipsmore pun aku tengok. Kejap ada kejap takde!"

Tapi bukanlah ini yang Sinar ingin 'highlightkan'. Apabila diputar semula memori, ditenung kembali kenangan mencari apa itu tarbiyah Islamiyah, apa itu fikrah Islamiyah, banyak kisah boleh dijadikan renungan untuk menghadapi hari muka.

Dalam meniti detik masa yang terus berlalu, timbul persoalan dalam diri. Agaknya berapa ramai daripada para sahabat kita yang berkobar-kobar untuk sampaikan Islam masih bertahan hingga hari ini?

Chipsmore dalam kelansungan dakwah...

Begitulah apa yang Sinar nampak dalam resam hidup ini. Penuh pasang surut. Alhamdulillah makin ramai yang berhajat pada Islam. Namun hari yang berlalu terus diasak kerisauan dan kesedihan apabila ramai juga yang gugur dipertengahan jalan. Walaupun mungkin seorang dua tapi itu tetap menyumbang saham terbesar dalam menegakkan Islam di muka bumi. Keseronokan dan kesibukan dunia sungguh mampu memikat dan membantutkan sesiapa sahaja. Kalau dikenang-kenangkan. Dulunya ramai...

Dulu merekalah insan yang mengajak kita ke masjid,
Dulu merekalah insan yang membangunkan kita di malam hari
Dulu merekalah insan yang memimpin tangan menuju redha Allah
Namun hari ini mereka cukup berbeza
Terlalu jauh mereka pergi...


Dan kini...
Yang dulu kian berkurang...

Inilah peringatan buat diri. Dalam mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, jangan lupa berdoa agar diteguhkan di jalan ini. Hidayah itu milik Allah. Sesiapa pun berhak memilikinya dengan izin Allah dan Allah jualah berhak mencabutnya daripada dada mereka yang diuji. Namun sebagai sahabat, tugas kita untuk sama-sama membimbing menuju syurga Allah. Kalau boleh kita tidak mahu sahabat kita tergelincir bahkan disambar panasnya azab Allah. Na'uzubillah. Ya Allah moga dipimpin dan terpimpin hati ini.

Jangan tertipu dengan budaya kejap ada kejap tiada. Cubalah untuk memimpin diri untuk istiqamah. Iman makin didekati makin manis. Iman makin digilap makin banyak ujiannya.

Pandanglah setiap manusia dengan pandangan kasih sayang. Gapailah tangan mereka dengan sentuhan iman. Takkan rugi kita berbuat demikian. Wallahu'alam

24 comments:

aeshah said...

abg ana pandai buat cookies...hehe
kejap ade kejap xde...biarpun yg mngajak tu ada pasang surut tp biarlah hati ni sentiasa sedar dgn tujuan hidup, mmg payah bila dr ni xde catalyst utk bergerak(ape org kata xde mangkin?)...moga kt sedar yg Allah tu satu2nye catalyst kt...istiqamah? insya'allah...ameeen

EdAlia said...

Salam..
Alamak sedapnya nampak biskut-biskut tu..:p
Alhamdulillah, ingatan untuk semua. Semoga kita sama-sama istiqamah..

p/s: Terima kasih kerana menyinggah blog. I'm honored! :-)

Atiqah said...

sha igt x dlu kte x suka sgt chispmore..umi kte sllu krim chipsmore dr rumah pastu kte mst bg kat awk atau kwn2 lain..tmbh2 kte kn sllu kgsi locker., mmg awkla org yg sllu mkn chipsmore kte..hehe
smpai skrg kte x mkn chipsmore..

Anonymous said...

Salam ziarah sha~~~
erm...

jauhkanlah diri ini dari chipsmore dalam dnt...

saza s said...

menyelerakanlah tajuk entry nih

analogi yang sungguh baik,pandai sungguh kak sinar membuat perbandingan

'antara amalan yang paling disukai oleh Rasulullah adalah amalan yang berterusan'

pesan hilal di dalm blognya, menjadi juara memang mudah, mengekalkan kejuaraan yang sukar

mendidik diri juga untuk istiqamah serta merindui juga chips more itu

haway mutasawwil said...

allah yg menjaga iman kita.oleh itu mintalah pertolongan dariNya.jaga iman jaga hati ingati mati-)

sinar_islami said...

me to aeshah:

Bila orang jurusan kimia bertandang..
abes catalyst, pemangkin keluar ye (^_^)
tapi tersangat la betul ukhtie...
itulah pentingnya wa'yul islami (kesedaran islam) sebagai pengerak atau pemangkin kita dalam meneruskan perjalanan ini...
semangat je..lekas padam..
mungkin dulu semangat sbb kawan ramai..cubaan juga tu..
InsyaAllah, sama-sama tajdid niat..

p/s: wah ukhtie, ana nak tempah sebalang la macam tu..tapi nak yang ukhtie buat ye...awat la tak habaq awai awai...

me to EdAlia:

waktu ana menulis ni pun, banyak saliva dirembeskan, stomach pun berkeroncong siap irama balada kot..
InsyaAllah...sama-sama mendoakan dan sama-sama usaha untuk istiqamah..
Islam boleh,kita boleh!
Doa doa dan doa...

p/s: sama-sama...nice to meet u in blogger's world...

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Ingat..hehe malu pula bila ingat..
Syukran sangat tau..
tapi bagus juga kita ada kan..
idaklah pembaziran berlaku..(^_^)
tu pentingnya sahabat..
kekurangan sahabat dia tolong topupkan..hehe
pastu ukhtie ingat tak, kalau biskut selain chipsmore tu, ana makan yang antunna punya je...
kalau beli sendiri tak sedap...
kerana ukhwah semua jadi manis...
banyak sungguh kenangan...

me to Arms:

selamat datang arms...
Alhamdulillah anti dapat point ana...
Moga sama-sama mengingatkan...
Kekadang mai gelombang lemah tu, semua orang mungkin terkena...
hatta kita pun kena selalu beringat..
Syukran ukhtie..
Jadilah sahabat saya (^_^)
Saling ingatkan tau..

sinar_islami said...

me to saza s:

Nak chipsmore ke? =)
kalau anta buat mesti enak dimakan begitu sahaja...

Sebenarnya banyak benda dalam kehidupan ni boleh mendidik kita...
sebab tu dianjurkan tadabbur...
Banyak lagi kelemahan ana ni...
Sedang usaha menilai setiap kejadian dengan kaca mata dan nilaian Allah..
Moga hati kita sentiasa terdidik dan tidak keras...
Betul kata-kata hilal tu..
Nak jadi juara pun bagi ana dah sukar...apatah lagi mengekalkan..
kalimah istiqamah..senang disebut namun banyak cubaan untuk melaksanakannya..
Syukran atas nilai tambah..
Moga anta jadi doktor muslim mukmin 'amilin yang hebat!
Harapan ana tu...

me to haway mutasawwil:

lama akak tak dengar berita kamu..
Jazakallah atas tambahannya..
Pesanan yang ringkas tapi tinggi nilainya..
Allah jangan kita lupa! (^_^)
Ameen

Khazinatul_Asrar said...

betul tu ukhti. kadangkala kita sibuk duk DF orang lain, dakwah sana, sini, tapi kita kadang lupa untuk minta pada DIA agar ditetapkan langkah kaki dan iman di jalan ini.

ya Allah,moga semoga segala kekurangan dianggap sebagai ujian utk memperbaiki diri dan sebagai tarbiyyah diri sendiri.

sinar_islami said...

Ameen...
Peringatan kita bersama...
selagi bergelar manusia..masih manusia dan kekal sebagai manusia...
Kita tak lepas dari kelemahan...
Yang Kuat tu Dia je..
Sama-sama memohon...diteguhkan...
Moga terus thabat...

Fatin Nazmin Mansor said...

Salam, gejala falsafah chipsmore dalam dnt perlu dikaji. Kadang2 ada di antara kita mengabaikan dakwah fardiah, antara sebab goyahnya dakwah jamaie..Semoga kita terus thabat...

sinar_islami said...

me to Kak Fatin Nazmin:

Betul kak...
Masih ada banyak kekurangan yang perlu kita baiki...
Manusia mudah terlepas pandang...
Moga saling takmil wa istikmal
Moga semua terus thabat...

lyannayahya said...

kkyana suka chipsmore jugak~

tapi-xank jadi chipsmore.

doakan kita semua thabat pada jalanNya.

sinar_islami said...

me to lyannayahya:

geng la kita...
tak nak jadi chipsmore kita jadi chipmunk la nak...rajin cari makan, pandai nyayi pula tu...gurau je.. (^_^)
InsyaAllah, sama-sama mendoakan...
Selalu nasihatkan ana ye.. =D

aeshah said...

insya'allah...second round kt jumpa ana try buat tuk sha cookies yg pling sedap!!!

p/s: kena beli oven nmpaknye nih

sinar_islami said...

hehe..anti lagi buat kuih untuk ana..
tak yah susah susah (^_^)
hari tu puding jagung..ni cookies pula..hebat..
turun selangor datang umah ana ye..

p/s: beli jangan tak beli

mamawana said...

calam caiyang

Mama pun cam chipmore gak...kejap gi mesjid kejap tak gi. Rakan2 mesjid cakap " engko ni cam biskut chipmore, kejap ada kejap takda? huhuhu.....

sinar_islami said...

me to mamawana:

salam sayang kembali

Mama dah jadi chipsmore ke..(^_^)
InsyaAllah, kita cuba yang terbaik untuk perbaiki...

Mai Sinar kongsi cerita pula...
Kalau Sinar balik Malaysia selalu ikut ummi Sinar pergi pengajian di masjid tapi selalu juga on off sebab ikut program mahasiswa kat tempat lain..hehe..kena juga la keadaan mamawana..

Apapun, janganlah satu kebaikan kita tinggalkan untuk membuat perkara sia-sia...
Sama-sama muhasabah dan pertingkat diri...
Wallahu'alam

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Salam ziarah kak sha :)
Bila amalan ibarat sungai yang mengalir, kadangkala deras dan kadangkala perlahan arusnya tetapi tetap mengalir walaupun perlahan.

Beramal sedikit dan istiqamah itu lebih baik daripada beramal dengan banyaknya tetapi hanya sekali dua :)

Tapi...hehe,
boleh juga jadi seperti chipsmore, sebab sedap..Jika dilihat di sebalik tabir, susah juga nak buat cookies yang sedap, lbh-lbh lagi chipsmore tapi hasilnya, SEDAAP!

:) Bersusahlah dalam beramal di jalanNya, semoga keSEDAPan itu ada pada akhirnya..

Syukran ya ukhti sha..pengisian yang menarik, mmbuat amal tfikir banyak perkara..Subhanallah.

Semoga Allah bg ilham pada akak, amal dan penulis-penuis blog yang lain bagi berjuang di jalanNya dalam bntuk penulisan. Semoga kita istiqamah.

:)

Humayra' said...

baca entry kali ni jadi lapar pula.. (^_^)sedap2 gambar choclate chips tu.

moga Allah tetapkan hati2 kita supaya sentiasa dalam nikmat iman dan Islam ni, tanpa jemu ya.. kita, dan semua yg berada dalam perjuangan ni.

kalau nt perasan ana terleka tegur2 ye.. mahu sama2 sampai ke negeri abadi nnt, insyaAllah..

may Allah bless

sinar_islami said...

me to Amal Athirah:

Syukran atas nilai tambahnya...
Walauapapun perumpaannya...
InsyaAllah sekadar renungan bersama...
Renungan yang harus dibumikan dalam amalan...
Kita perbaiki..
Kita memang tak leh lari dari kelemahan.
Apatah lagi syaitan dan nafsu 24hours memerangi kita..

Dalam beramal..moga kita istiqamah..
jangan jadi mcm chipsmore on off..
tapi bab memakan chipsmore..no hal dek..tafadhal !!(^_^) akak pun nak makan..

sinar_islami said...

me to Humayra':

Ana pun dah lapar dibuatnya ukhtie..
Semua pakat kata menyelerakan..hehe

InsyaAllah. Kita takmil wa istikmal ya...
Kalau ana pun terlalai, jangan segan buzz di ym or tegur direct ya..
Uhibbukifillah..

Anonymous said...

Mohon izin untuk dikongsi dengan rakan :) jazakallah khairan