BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 28, 2010

SiNaR's Kitchen Corner : Puding Roti Pelangi

Salam sejahtera dan salam Jumaat semua...

Kawan-kawan tengah buat apa tu? Mesti tengah study kan? Kalau dah tak larat, apa kata buat aktiviti yang bermanfaat. Di samping tu dapat juga menenangkan fikiran dan regangkan otot. Pada yang sudah bekerja, mesti ramai yang bercuti hari ini kan? Apa agaknya aktiviti yang sesuai ya? Erm, bersenam dah, kemas bilik pun dah. Ha, memasak belum lagi. Nak masak tak?

Kalau sudah mengisi hari jumaat dengan membaca Al-kahfi, Seronok juga kalau kita memasak untuk teman-teman atau ahli keluarga. Teringin nak berkongsi salah satu resepi yang Sinar dapat daripada housemate iaitu puding roti. Sinar terpikat dengan warna-warni masakan ini. Menceriakan si pemasak dan yang bakal memakannya juga. Ada pelbagai cara dan resepi yang berbeza untuk membuat puding roti, tapi yang ini Sinar rasa yang terbaik pernah dipelajari.

Sebelum pergi lebih jauh. Sebenarnya hari ini teringin nak lakukan sedikit kelainan dalam blog ini. Bermula pada hari ini, InsyaAllah Sinar akan berkongsi beberapa masakan. Itupun sebagai selingan santai dan mempelbagaikan lagi perkongsian di sini. Cuma perihal berentap di dapur ini Sinar lebih gemar beraksi di dapur daripada mencoret di medan maya. Benda praktikal terutamanya memasak kena duduk di dapur dan berguru. Kemahiran perlu di asah di medan sebenar. Lagi ummp dapat belajar dari orang-orang lama macam mak kita, nenek kita, mak cik-mak cik kita dan tak kurangnya ayah kita. Kaum lelaki pun hebat ni.

Baiklah, resepi kita hari ini adalah Puding Roti Pelangi. Ops, nama ni bukan official. Saja Sinar letak namanya begitu. Walaupun namanya pelangi, tetapi hanya tiga warna yang digunakan. Pelangi itu indah kan?. Jadi, simboliknya puding ini juga enak dipandang dan sedap di makan. Jazakillah kepada sifu saya. Identiti beliau dirahsiakan. Ke nak kena bagitau ye? Hehe...


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

10 cawan air
Satu peket agar-agar (20-30 gm)
3 cawan gula
Pewarna ( Merah, Hijau dan Kuning)

Bahan-bahan yang dikisar:

1 buku roti (lebih kurang 15 keping)
1 kotak susu (1 liter)
3 biji telur

Cara memasaknya:
  1. Masukkan roti, telur dan susu ke dalam pengisar. Pastikan sebati dan ketepikan. Sebolehnya proses ini dilakukan sebanyak 3 kali - 5 keping roti dikisar bersama susu dan sebiji telur dan disatukan dalam bekas yang sesuai eg.mangkuk besar.
  2. Masakkan agar-agar bersama air hingga mendidih dan hancur. Digalakkan air mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan agar-agar. Kemudian masukkan gula dan kacau hingga larut.
  3. Tuangkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam agar-agar yang mendidih. Kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 adunan yang berbeza warna dalam bekas dan sediakan acuan atau loyang khas.
  5. Letakkan setiap adunan yang berbeza warna secara berselang seli ke dalam acuan. Biarkan sejuk.
  6. Lebih enak di masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.


Selamat mencuba!
(^_^)
Ceria-ceriakan diri anda dengan senyuman dan sentuhan di dapur.
Wahai Cik Sinar, sila sambung study!

23 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Cantiknyaa dan sedap! ana suka puding ni. mak ana baru buat tp yg guna castard. hehe. Kalau ana bertandang, bolehlah ye sajikan ni?^_^

Bittawfiq wannajah sinar & kwn2 di mesir ;)

hamada hamdi said...

wah, semua pakat nak buka dapur kat blog sekarang ni.

nanti bole la kongsi resipi2 menarik.

-sifu- said...

bgus2 ank muridku..he3..
nex resepi ape plak ye?..=D

Unknown said...

waA.. cantik nye puding roti sinar!!!

hihi mesti cuba nie... (^_^)/

sinar_islami said...

me to Khazinatul_Asrar:

Aiwah...Ada juga ana tengok resepi yang guna castard..
banyak kan resepi =) so struktur puding pun akan ada perbezaan..
Ummi ana punya pun lain skit..
tapi ini kira mudah. yang penting sedap (^_^)
cakap je bila anti nak datang, boleh sangat nak buatkan..jemputlah datang rumah..
padahal anti tu lagi terror..
ana serbu gombak je la ..bolehkan..?

me to hamadahamdi:

ni kesan terstimulate la kot..
tapi bukanlah bidang ana pun.biasa2 je (^_^)
sekadar menjamu selera dan berkongsi rasa..

sinar_islami said...

me to -sifu-:

bangga sifu datang..hehe..terharu tuh..
Jazakillah atas instruction..
Alhamdulillah jadi, walaupun terkapai2 kat dapur kan sebab sifu tak sihat.
Erm,next donut.. (^_^)gurau je..
tengoklah apa yang mulut ni teringin..

me to Sinar Cahaya Pertama:

*blushing*
jangan puji, takut tak jadi pula lepas ni..Apapun terima kasih..
Kena banyak2 doa juga time masak..
Yang penting jangan lupa perasa kasih sayang ya (^_^)
Selamat mencuba..

Atiqah said...

wow sha...bgus2 ltk resipi.
nnt leh copy dan paste utk msk kat dri sndr..hehe..
since dh keje ni x sempat nk msk yg special2..msk simple2 je asal kenyang isi perut mkn..

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Masak jangan tak masak..
Untuk masa depan juga..
Sebut pasal makan ni kan..
nanti nak tomyam yang anti buat..
nak yang fresh dari kuala kangsar tau(^_^)
pastu ana teringat ikan masak tempoyak mak anti..asalnya tak makan sebab bau durian tapi bila mak anti masak..ummp..sedap..
aduh..terlapar pula..
sampaikan salam rindu pada ummi anti ya =)

puteri_islah said...

sedap dan menarik tu kak Sya..
hanta tanta sket~ \(^_^)/

Atiqah said...

nk tomyam kte ke?? insyaAllah boleh je, jgnkn tomyam, laksa pun kte buat fresh dr kuala kangsar..hehe insyaAllah doakan punye waktu dan kesempatan utk itu

nk msk mskn umi kte kena la dtg sni..hehe
insyaAllah kte akn smpaikan salam awk

Munsyi said...

dah macam rancangan masakan bunyinye..hehe

nk ambik resepi ni. Look so tasty.

haway mutasawwil said...

Wahai Cik Sinar, sila sambung study!
nice.he2

comey kaler puding.tenang tengok

hoodsunny said...

woh~ sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa:P

ok, nnt ana dtg umah buatkan eh..

kene belajar ngn sifu..
xummph la belajar alam maya ni.. x pun wat video ^___^ (joking*)

sinar_islami said...

me to puteri islah:

Bila la nak pi tanta lagi ni =)
Tak da delivery la..hehe
Datang la cairo, tido umah akak pula..

me to Atiqah:

Nak nak nak...
Tu la Atiq, macam kena spend masa kat kuala kangsar je..
Kena tengok jadual semula ni..
Lagi2 sekaya mak anti pun sedap..
Doakan ya ana dapat manage masa waktu cuti nanti..

me to MuNsYi SaMa:

Menarik cadangan tu..
Pasni buat tv~kitchen corner..entah bila la tu..
Silalah ambil resepi, buat jangan tak buat..
Cuma waktu nak letak adunan yang lain2 warna tu,pandai2 la ya.Nak mengajar kat blog tak tangkap each step pula..
Make sure adunan tidak terlampau pekat..

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Baiklah encik faris,
Cik Sinar p study..
Jangan tengok je, cubalah buat..
Sesekali tolong ummi di dapur =)

me to hoodsunny:

Boleh sangat..
Kita buka slot Hood&Sha in the house..(^_^)
Bila entah nak datang..
Hehe masing2 pekse..
Oho,tak mau la buat video..Malu..
Cukuplah video bebola palestin tu..
Well hood, all da best exm..

princess kacang said...

sya! bestnye hehe.npe xckp klu x sye dtg semlam hehehe.;p

sinar_islami said...

me to princess kacang:

Alhamdulillah ada lagi puding ni waktu kamu datang..
Hehe..kenyang tak?
Nanti kamu pula buat ye..Sha nak rasa..
Boleh dapat 2 loyang tu..Jangan lupa sha ye

Khazinatul_Asrar said...

Allahuakbar, segala puji2an kembali padaNya. Tidaklah teror, sekadar mencuba dan mengisi masa lapang. Lagipula, kan bagus utk seorang muslimah ;)

nak serbu gombak? inshaAllah boleh saja. Bagitahu saja bila, inshaAllah akan cuba penuhi ^_^

sinar_islami said...

=) betul, muslimah kena usaha melengkapkan diri..

InsyaAllah, kalau ke gombak ana inform ya...
Sebab memang hajat nak panjangkan langkah ke UIA Gombak dan kawasan sekitar...
Moga Allah berkati enti selalu..

hoodsunny said...

xtahan la sha,
lambat lg nk abis exam nk g umah nt nk tggu nt watkan....

ana dah wat kat umah..
jzkk for da recipe.. tp lupa nk selangseli byk kali.. haha

lepaih ni nk wat perisa coklat dan kuning plak~

btw~ jemput dtg umah eh ^___^

sinar_islami said...

bagus2...buat sendiri baru mantap =)
InsyaAllah ada rezeki, ana sampai ke sana..

puteri_islah said...

dah makan, kak uda dtg semalam bt dkt umah..hehe...
mintak izin copy resepi :)

sinar_islami said...

me to puteri islah:

amboi3...buli kak uda ye..
mentang2 kak uda dah abes exam (^_^)
hehe..sila2..lepas ni buat untuk kakak-kakak ni pula...