BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 22, 2010

Ummi D~Hearty 2

Khas daripada anakmu...


Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Walid dan Ummi sihat? Sahabat-sahabat yang sedang membaca pula macam mana, antum sihat? Sinar harap semua ceria ceria belaka. Jangan sedih sedih ya. Hari ini kena ceria. Baru bersemangat buat kerja (^_^)

Alhamdulillah, 22 Mei menjelma lagi. Terasa baru semalam 2009 meninggalkan kita. Apa yang penting hari ini hari ulangtahun kelahiran Ummi Sinar. Macam sedap je kalau panggil Ummu Hidayah kan (Ummi, Ok tak?).

Segala puji juga bagi Allah kerana Ummi masih sihat dan kuat untuk berubudiyah pada-Nya. Dari jauh anakmu tidak putus berdoa semoga Allah berkati dan lindungi Ummi dan Walid di tanah air.


22 Mei datang lagi (^_^)
Selamat Hari Lahir Ummi
&
24 Mei pun bakal tiba
Selamat Hari Lahir Hanisah

Ummi ratu hatiku, Walid penyeri hidupku

Tahun 2010 sememangnya adalah tahun yang 'special'. Tahun ini keluarga kami banyak melakar sejarah dan kenangan bersama. Ummi sendiri sudah bertambah status menjadi ibu mertua. Awal pula Ummi dapat menantu. Teringat pula dulu dulu kala, disebabkan adik-adik masih kecil, Sinar tak mahu dah tambah adik. Cukuplah yang ramai dan riuh ni. Tapi bila sudah besar, terasa sunyi pula daripada tawa dan tangis anak kecil. Maka mulalah teringin adik lagi. Betullah kata Walid, "Nanti Along yang beria nak adik lagi." Macam biasalah suka menidakkan tapi hati kata, " Ya, nak lagi." Ingatkan dapat baby tup tup dapat adik ipar. Cepat betul adik baru Sinar membesar. Hehe. Lebih tinggi daripada Sinar kot. Again I will be the shortest.


Tiada dalam gambar : Insyirah, Salwa dan Malissa

Walaubagaimanapun, setiap perubahan dan dugaan yang berlaku dalam keluarga, Ummilah orang yang paling tabah menghadapinya. Beliau juga sentiasa bersemangat berhadapan dengan benda baru. Malu pula bila diri 'down'. Ummilah penguat dan pembakar semangat Sinar. She is the queen of my heart. Walid pula sentiasa rasional apabila hati ini meminta pandangan dan nasihat. Ketika Sinar sedih, Walid akan hantar kata-kata motivasi dan sentiasa ingatkan diri pada Allah. Walid lah penyeri hidup Sinar. Kena puji dua dua ni sebab Walid pembaca setia. Nanti ada yang jelous. (Gurau je lek)

Ummi oh Ummi

Kalau nak cerita pasal Ummi, tak tahu bila boleh habis. Boleh kata Ummi ni 'all rounded'. Orangnya ramah. Agaknya Along banyak cakap macam Ummi kot. (^_^) Perasan pula...

Ummi Sinar pandai menjahit. Sinar pun sangat suka kalau dapat pakai baju yang Ummi jahit. Terasa hangatnya kasih seorang ibu. Anak dia ni tak pandai macam Ummi dia tapi minat tu ada. Ummi pernah usik Sinar fasal baju yang Sinar jahit dua tahun lepas sebab masih tak siap siap lagi. Ops, terbuka rahsia. Mana taknya, balik Malaysia je Sinar hilang dari rumah. Nampaknya Sinar layak jahit manusia je kot. Oho, it sound a little bit scary, isn't it?

Banyak jasa Ummi pada Sinar. Lagi lagi bila sudah besar ni, hampir semua benda Sinar rujuk Ummi. Dari hal peribadi hinggalah hal akademik. Dulu Sinar tak pandai sangat meluah perasaan ni. Suka menconteng di dalam diari. Sekarang dah maju sikit. Guna blog pula tapi masih ada batas bercerita. Tak puas la pula...

(Ummi pernah jumpa diari Along kan. Malu sungguh waktu tu. Hehe.)

Sinar anak siapa?

Apabila ada orang mula meneka dan memberitahu muka Sinar mirip Walid atau Ummi, Sinar sudah mula geli hati. Pada yang pernah jumpa mereka berdua, ada yang berkata, "Ni anak Lek ni." dan ada juga yang berkata," Ni anak Ummi dia ni"

Selain tu, kalau kawan-kawan nak tahu, setiap kali Sinar mengangkat telefon perbualan dibawah selalu terjadi.

Kring, kring, kring...
Sinar pun bergegaslah mengangkat telefon rumah. Itupun kalau Salwa tak mahu berebut la.

"Assalamualaikum." Kawan Ummi memberi salam.

"Wa'alaikumusalam. Ye, nak cakap dengan siapa"

"Ha, Sham, ni nak beritahu"

"Jap makcik. Ni Along ni. Mak cik nak cakap dengan Ummi ya?"

"Lah, Along ke. Suara macam Ummi."

"Hehe. Makcik tunggu kejap ya. Along panggilkan."

Setiap kali angkat telefon macam tu la perbualan yang akan terjadi. Dan kawan-kawan Ummi pun memang dah kenal Sinar. Hehe sebab Sinar ni suka benar mengikut Ummi ke program. Sampai makcik-makcik ni pun dah panggil Along. Mesra sikit la kan. Segan juga sebenarnya. Cuma bila menjawab telefon, ramai yang fail untuk mengenali inilah Along. Huhu...

Oh, sebut fasal kawan-kawan Ummi ni. Teringat peristiwa sekitar bulan Februari, beberapa orang kawan Ummi datang ke Mesir sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah. Sinar sempat la berjumpa untuk mengambil barang yang Ummi kirim dan makan malam bersama mereka. Topik perbualan malam tu hanyalah pasal "Along". Ha, Sinar lah tu jadi mangsa. Huhu malu sungguh. Sedang rancak makcik-makcik berbual, sempat pula mereka ni bertingkah.

"Ha, betullah Along ni macam Ummi dia." Kata makcik A

"Eh, tak lah tengok betul betul, macam Walid dia la." Kata makcik B

"Aaa, macam Lek dia."Kata makcik C

Pening juga la Sinar dibuatnya. Macam-macam kan. InsyaAllah semua betul. Sinar ni anak Ummi dan Walid. Muka pun, bila pusing kiri, pusing kanan, kejap nampak macam Ummi, kejap nampak macam Lek. Fair la kan...Hehe...

Tersenyum sendiri bila teringat semua ni. Makin rindu jadinya. Sebagai anak, kita ni tidak lepas dari bayangan ibu bapa. Merekalah yang telah membesar dan mendidik kita. Walaupun muka tidak seiras sekalipun, pasti ada tempias sikap dan tabiat. Bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Syabas buat Ummi dan Lek kerana telah mendidik kami. Kelemahan dan kekurangan itu biasa. InsyaAllah sama-sama kita perbaiki. Yang Along tahu, Ummi dan Lek sedang mencuba yang terbaik. Along sayang kalian berdua. Sayang sangat.

Nampaknya kena berhenti dulu ni. Buat Ummi tersayang, selamat Hari Lahir Along ucapkan. Nanti nak pergi honeymoon tu jangan lupa Along ya. Lagi lagi time tu Along periksa. Doakan Along berjaya dunia dan akhirat. Kenang Along dalam doamu.(^_^)

Sebagai penutup, ada hadiah untuk Ummi. Gambar je la. Baru belajar je ni. Terubat la rindu dengan tulip. Bila la agaknya ada peluang ke Holand mahupun Turki (^_^). Tengah menunggu orang bawa. Banyak sangat hajat dan impian Sinar ni. Moga Allah dengar doa-doa Sinar. Ameen

Hanya untukmu...

Merah untuk Ummi
Biru untuk Walid
Jingga untuk Sinar
Oren untuk kamu
Kuning untuk dia

(^_^)
Maaf atas segala kekurangan.
Salam perjuangan semua.



16 comments:

Atiqah said...

Happy birthday to ur umi...

ummujannah said...

Salam ceria dan salam ukhuwah ukhti habibati:)

Selamat hari lahir buat ummi sha!

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

Khazinatul_Asrar said...

SANAH HELWA utk ummi sinar :)
tu adik ke?
muka enti sama sebiji macam ummi enti. anak ummi rupanya ^_^

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Syukran atiq..
Nanti sampaikan salam pada ummi anti juga ya..
Walaupun dah lepas, wish kan ye..(^_^)

me to Iman Aisyah:

Salam ukhwah bersulam kasih kembali kak tasha (^_^)
Ameen..
Jazakillahu kheir 4 the wish..
Moga Allah rahmati akak selalu

me to Khazinatul Asrar:

Aiwah, tu adik sha..
Muka dia lebih pada walid..

Ana? macam ummi? (^_^)
Dah anak ummi nak wat camna kan..
Tapi saya mix...anak ummi & anak walid
Sebab ada yang kata cam lek juga..
Pening3..hehe..senang kata campur je la kan...

hood_sunny said...

ehehehe, kemana tumpahnya kuah kalo x ke nasi??

dpt pun baca entry nt ^__^

sanah helwa ya ummu hidayah :)

moga Allah redha~

sinar_islami said...

ada betulnya pepatah tu...
tapi kadang2 kuah jatuh luar dari pinggan..hehe

Bagus3...semangat nak baca ye...

Bila panggil Ummu Hidayah ni macam best pula.Doakan ana jadi anak dan muslimah solehah.

Moga Allah redha kamu juga...

aeshah said...

so sweet =)...

sinar_islami said...

me to aeshah:

=) apa yang sweetnya..hehe..
May Allah bless u aishah..
Nak tulip ke?

soliloquy said...

selamat hari lahir untuk ummi sinar juga.
jeles kerana ummi sinar mempunyai 'banyak bekal yang tak akan putus'.
may Allah bless sinar n family. :)

Unknown said...

Assalamu'alaikum Sha..

Selamat hari lahir juga buat Ummi Sha...rindu dan teringat pula pada Ibu akak di Malaysia :-)

Wahhh, tak sangka adik akak yang sorang ni, berbakat buat bunga tulip dari kertas...creative and beautiful indeed! suka2! ;-)

Selamat maju jaya in ur final exam ye Sha..Moga Allah mudahkan segala urusan Sha dan beri yang terbaik..ameen

Jaga diri dan kesihatan ye!

Sayang Fillah dr bumi UK:
-Kak Faiza-

sinar_islami said...

me to Saffa:

Jazakillah Saffa atas doanya...
Doakan sha dapat jadi anak yang solehah...
Jom usaha jadi hamba yang Allah redha..
Moga Allah sayang saffa selalu..
Moga Allah jadikan saffa seorang muslimah dan bakal ibu yang mithali..
Biar bidadari syurga pun jeles kat Saffa (^_^)

sinar_islami said...

me to Kak Faiza:

Wa'alaikummussalam wbt...
Salam sayang buat akak...
Lama tak nampak akak tinggalkan jejak..
terharu pula..

Akak, Syukran for the wish...
InsyaAllah akan disampaikan...
Sampai rindu ya? takpe...mereka layak kita rindu selalu.
9 bulan bawa kita dalam perut.
Hebat kan...Kita pun belum tentu dapat menandingi mereka..

Akak nak bunga tulip ke, tapi akak dah berpeluang tengok yang realkan [jeles pula =)]
Hehe..boleh je kalau nak sha buatkan...
Waktu nak exam pula gatal tangan nak buat..
Akak doakan sha tau..
Jazakillahu kheir atas ingatan..
Sayang akak (^_^)

Hamba Asrar said...

alhamdulillah... sihat2 sahaje.
sanah helwa kepada ummi sinar ye..
salam ukhwah kembali dari ana..
:)

sinar_islami said...

me to Hamba Asrar:

Syukran kathira...
=) Moga Allah berkata ukhtie selalu..

haway mutasawwil said...

sanah helwa utk ummi kak sinar.

oren utk kamu dan kuning utk dia
dhomir kamu dan dia utk siape?ha2

lek tu walid ke?

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Syukran kathira atas ucapannya..
amboi..nak korek pula..
siap pertekankan pasal dhomir..nahu siap..
RAHSIA (^_^)
Aiwah, lek tu walid..kami panggil lek je..