BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 20, 2010

Hanya kita dan Dia

Situasi satu:

Kertas soalan peperiksaan sedang diedarkan. Dewan sunyi bertemankan sepi. Masing-masing gementar. Jauh di satu sudut, kelihatan Sarah menadah tangan berdoa. Debaran di hati Sarah hanya Allah yang tahu. Sarah tidak putus berzikir.

Melihat kertas soalan yang berada di tangannya, dia menarik nafas lega. Pena dicapai dan Sarah terus menulis jawapan ibarat mencurah ilmu yang ada di setiap helaian kertas. Sedang asyik menulis, mata ligat membaca soalan seterusnya.
Mulutnya membaca perlahan, "Discuss withdrawal manifestations of opiate dependence."

"Allah, aku ingat benda ni. Cuma turutan dalam buku tidak kemas dalam ingatan. Ya Rabb kembalikan ingatanku." Bisik hati kecilnya sambil jari jemarinya memusingkan pen.

Sarah berhenti sebentar. Zikir dan fikir. Mindanya ligat mencari maklumat. Allah dengar rintihan hatinya. Dengan rahmat Allah justeru tangannya ligat kembali menulis. Alhamdulillah bisik hati kecilnya.

Situasi 2

Zul seorang pelajar yang rajin dan konsisten dalam mengulangi pelajarannya. Setiap hari dia akan menelaah pelajaran. Setiap latihan dan soalan 'past year' sebolehnya akan dijawap. Tiba hari peperiksaan dirinya tidak gemuruh seperti pelajar lain. Dengan penuh yakin. Zul melangkah ke dewan peperiksaan.

Saat dia menerima kertas soalan. Dibelek-belek setiap helaian. Hatinya gusar. Kebanyakkan soalan adalah mirip soalan-soalan tahun sebelumnya. Namun susah untuk dirinya mencurahkan apa yang dia tekuni selama ini.
...

Inilah antara realiti musim peperiksaan. Hakikatnya peperiksaan, 'imtihan', 'examination' adalah dialog di antara seorang hamba dengan Pemilik diri dan segala ilmu. Sejauh mana pun kita berusaha, Allah jua yang memberi ilham dan mengekalkan ingatan terhadap apa yang kita belajar dan usahakan. Ketika inilah, hubungan kita dengan Allah memainkan peranan.

Kadangkala kita tersilap percaturan kerana meyakini dengan habisnya kita mengulang 2-3 kali pembacaan sudah memantapkan ilmu di dada. Saat peperiksaan segala-galanya boleh bertukar wajah. Ada segelintir kawan Sinar tidak sempat pun mengulang kaji subjek hingga ke kulit belakang tapi keputusannya jauh lebih baik. (^_^) Sungguh Allah yang banyak membantu.

Sinar sendiri sebenarnya terlalu banyak berhutang dengan Allah. Malu rasanya bila berhadapan dengan-Nya. Tapi Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan kita. Bahkan memang menyeru agar hamba-Nya berpaut pada-Nya.

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dan dina."

(Surah Al-Ghafir : 60)


Menyahut seruan inilah, Sinar dan kalian perlu terus berdoa. Cuma kadangkala, tidak semua yang kita hajat kita akan miliki. Itu realiti.

Rasulullah saw bersabda:

“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, ada kalanya disegerakan di dunia, ada kalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.

Cantikkan penyusunan Allah. Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan lekas putus asa berdoa. Harapan masih ada. Bila dan bagaimana, itu urusan Allah. Sememangnya hidup ini adalah urusan kita dan Allah. Hanya kita dan Allah. Bila mana kita menjaga hak-hak Allah, InsyaAllah Allah akan menjaga kita.

Ya Allahu Ya rabbi, Ya Allahu Rabbi...Bantulah diri ini. Bantulah kami.

"Ya Allah! Bukalah pintu hati kami sebagaimana orang bijaksana dan kurniakanlah kepada kami kefahaman para Nabi dan pemeliharaan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu. Ya Allah! Jauhilah kami dari kebingungan, muliakan kami dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukalah kepada kami ma'rifat-Mu dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurnia-Mu. Ya Allah! Bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu. Ya Allah sesungguhnya aku serahkan apa yang aku baca, faham dan hafal kepada-Mu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa di atas segala sesuatu."

Ucapan khas hari ini: Selamat Hari Bapa kepada Walid yang tersayang dan tidak lupa juga kepada Tokki, Ami-ami, pakcik-pakcik, Abu Ahmad, Abu 'Ammar, Abu Umar, Abu Salman dan semua ayah yang kukenal.

Suka lihat lek senyum (^_^)

Hati terusik dengan balasan sms daripada lek,

"Slm. Slmt Hari Bapa. Mga jasamu diberkati Allah. Syg Lek"

"Tq. Hanya satu yang lek risau iaitu mcm mana nak bawa anak lek, umi dapat bersama dalam syurga."

Jauh kutermenung. Bukan senang mahu hidup dalam jiwa hamba apatah lagi memimpin keluarga. Moga Allah berkatimu dan permudahkan jalanmu.

11 comments:

Ami Farhani MNA said...

terima kasih sinar untuk entri yang bermakna dan kena pada masanya ini. buat menenangkan hati saya yang sedang gusar =)



p/s::semoga sinar dianugerahkan bakal bapa untuk anak2 sinar nanti...seorang yang dapat memimpin keluarga sinar ke syurga =p
amin

sinar_islami said...

me to Ami Farhani:

Teruskan melangkah ami...
Tabahnya kita, sabarnya kita..itu semua Allah yang kasi...
So teruskan memohon...
Mungkin kejayaan kita delay...
But tiada noktah untuk kita berhenti berusaha...
Selagi badan bernyawa, kita harungi hidup tanpa putus asa..

Semangat!

Uhibbukifillah..

p/s: Saya tertarik dengan wish kamu ni (^_^) ameen. Moga Allah dengar. Saya pun mahu menjadi sayap kanan bakal suami dan Ummi yang baik pada anak2 nanti. Doakan..

EdAlia said...

Salam,

Aduh terusik juga dengan balasan sms Walid Sinar tu, dalam sungguh maksudnya.
Semoga dipermudahkan urusan kalian dalam peperiksaan. Berusahalah sehabis baik, urusan seterusnya serahkan sajalah pada Allah, hanya dia tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Syukran ukhti atas peringatan..

p/s: nak tumpang aminkan doa Cik Ami diatas ini, Ameen.. :p

gadisberbajubiru said...

kak sha,exam dah habis ke?good luck! :)

pray for me tOO (^_^)

sinar_islami said...

me to EdAlia:

Salam ukhtie..
Tu la, kita ni kena fikir jauh..
Bekalan hari ini untuk akhirat sana..
Syukran ukhtie atas doanya..
Moga Allah rahmati nti

p/s: Bab2 tu laju je nak amin ye.. (^_^) tapi tak pe..penting juga tu..Kenang daku dalam doamu

me to gadisberbajubiru:

Ye saya (^_^)
ha..lama tak nampak orang tu drop comment..
hehe..belum lagi, lusa kak sha exm..
Abes exam 7 julai..
Masih menembak doa dan berusaha menongkah arus..
Mujahadah sungguh belajar dalam musim panas..Bahangnya terasa..

InsyaAllah moga Allah berikan yang terbaik utk kita

haway mutasawwil said...

lupa ari bapa.
xwish pn kat abah.erm

kak sinar.hkmh allah xmakbul doa kita ad 4 kan?ingat 3 je.satu lg ape?ingt yg
1-utk mjauhkn mudarat
2-nk ganti yg lbh baik
3-bls nanti di akhirat

satu lg xingt.mnta btulkn.erm

aeshah said...

exam....exam...exam....ayah....ayah...ayah...sinar...sinar...sinar...gudluck!!!!...

sal said...

salam.Hadapilah exam dengan tenang.Moga Allah sentiasa memberkati usaha dan doa kita.gudluck untuk sinar..

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Takpa..anta boleh je nak wish..
Hari hari adalah hari ayah=)
Erm, maaf la faris, akak pun tak tahu..
Nanti dah ingat kongsi di sini ya..

me to aeshah:

(^_^) Kenapa tu aishah..
kena penyakit rindu ke?
Doakan ana ya..

me to sal:

Salam cikgu..Syukran atas doanya..
Moga Allah beri yang terbaik..

soliloquy said...

yep. agreed.
ujian kertas itu sebenarnya lebih pada ujian iman dalam hati. :D

sinar_islami said...

=) betul ukhtie..
apa2 pun..sama2 kita doakan yang terbaik..