BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 29, 2010

Walid D~Hearty 2

29 June akhirnya bertandang kembali. Alhamdulillah, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bernafas hingga ke hari ini. Hari ini merupakan hari yang istimewa buat Sinar, Ummi dan adik-adik. Hari ini merupakan Hari Lahir Walid Sinar. Tanpanya tidak lengkaplah keanggotaan keluarga kami.


Nak bercerita memang tak cukup satu entri dan tak cukup hanya dengan coretan ini. Terlalu berharga pengalaman bersama Walid atau mesranya kami anak-anak memanggil beliau Lek.

Lek oh Lek

Panggilan Lek sahaja sudah cukup unik untuk Sinar. Ramai juga yang masih pelik dengan panggilan tersebut. Bagi Sinar, ini satu kebiasaan kerana dalam keluarga besar iaitu kami yang berketurunan Syed dan Sharifah selalu menggunakan Walid untuk ayah, Ummi untuk emak dan Ammi untuk pakcik sebelah ayah.

Waktu di sekolah dahulu, kawan-kawan terasa pelik bila mendengar Sinar bercerita pasal keluarga. Walaupun Walid adalah bahasa arab dan Sinar bersekolah di sekolah berasaskan Bahasa Arab, mereka masih pelik terhadap penggunaan kalimah ini. Hinggakan pernah timbul satu cerita lucu di sekolah ketika sedang menelefon walid di asrama. Sudah pastinya ketika itu tiada telefon bimbit hanya menggunakan pondok telefon yang menjadi rebutan ramai.

"Lek, lek. Nanti balik kita gi jalan ye." Lepas tu bercampur gelak tawa. Mana la orang tak salah anggapkan? (^_^) Haru sungguh!

Habis je bercakap dengan telefon, terus adik-adik yang sedang menunggu 'turn' pandang pelik dan mujur ada yang bertanya.

"Akak telefon siapa tu?"
" Ayah akak." sambil tersenyum sebab sudah mengagak mesti mereka salah paham
"Oh, ingatkan...."
"Ingat akak telefon ikhwah ke, nama khalid? Akak panggil ayah akak Walid. Short form Lek."
"Ooo. patutlah. Maaf akak, salah sangka tadi." Sambil tersipu malu

Tersenyum sendiri bila teringat cerita-cerita di sekolah dahulu. Dah lali rasanya. Tapi kena juga la terangkan. Menjadi makhluk berbaju biru sudah pasti punya amanah dan perlu menjadi khudwah. Maka jika 'badan pencegah jenayah sekolah' melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sekolah, sudah pasti di pandang serong. Apatah lagi kalau bergayut dengan telefon kan. InsyaAllah bersih dari rekod itu walaupun Sinar juga punya kelemahan tersendiri. (^_^)

Dialah lelaki pertama

Lek jugalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup ini. Yang kedua ialah Solehin, adikku yang sudah pun beristeri. Yang ketiga? Tunggu dan lihat sahaja. Kalau ada, adalah dia. Maka, insan yang bernama lelaki merupakan subjek dan entiti yang kurang Sinar fahami. Watak, penampilan dan perasaan mereka sudah pasti berbeza dengan wanita. Namun Lek banyak membimbing dan mendidik perihal golongan mereka ini. Banyak nasihat dan peringatan yang Lek berikan. Tidak pernah jemu.

Sebelum mengakhiri entri ini Sinar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir khas buat Lek tersayang. Moga hari-hari yang lalu menjadi muhasabah dan pemangkin untuk masa hadapan. Moga makin bertambah usia makin bertambah juga bekalan ke negeri abadi. Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan tanpa henti pada kami sekeluarga. Jazakallahu kheir juga atas setiap nasihat dan sokongan yang diberikan. Moga Allah membalasi setiap keringatmu. (^_^)

Ingin berkongsi sms yang Lek beri setelah ucapan Hari Lahir kulayangkan...

"Wahai anakku, sesungguhnya dirikanlah solat, buatlah kebaikan, cegahlah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu. Sesungguhnya itu ketetapan daripada Allah. Jangan pernah angkuh, sombong dan bangga diri. Bersederhanalah"

Besar pesanan itu. Jazakallahu kheir Lek. (^_^)

8 comments:

haway mutasawwil said...

1st comment.dh lame xsmpt jd no 1.hehe

sanah helwah buat ayh kak sinar yup

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

(^_^) tahniah3 jadi first commenter..
Orang tu sibuk menuntut ilmu kan..
Syukran atas wishnya..

Munsyi said...

Happy belated birthday to your dad. Semoga dilimpahi rahmat atas dia dan seluruh keluarga kamu. :)

sinar_islami said...

me to MuNsYi SaMa:

Ameen..Moga Allah dengar doa akh..

haway mutasawwil said...

sape laki yg ketiga tu kak?jgn malu2.weee

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Itu kena la tunggu bila masanya tiba...
Doakan la ye... Kalau ada jodoh dan Allah panjangkan umur, adalah orangnya (^_^)

Mohammad Izwan Mohd Isa said...

Bahawa Tuhan akan merahmati hati yang tunduk. Dia akan datang insyAllah dari kalangan manusia yang terbaik untuk kamu. Kerana zuriat yang soleh atau solehah terpancar daripada mereka yang soleh dan solehah.

sinar_islami said...

me to Mohamad Izwan Mohd Isa:

Namun susah untuk trus kekal menjadi soleh dan solehah kan.
Perlu istiqamah dan mujahadah yang tinggi.
=) Syukran atas nilai tambahnya.