BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 08, 2010

Dunia Baru, Hidup Baru, Orang Baru?

Tajuk entri kali ini sahaja sudah mirip mirip tajuk drama di tv. Namun bukanlah itu yang Sinar mahu kupaskan. Tak pandai pun jadi pengkritik filem tanah air ni (tapi kuat juga mengomen). Untuk permulaan entri ini, mari kita lakukan senaman muka terlebih dahulu. Cuba kita senyum dahulu. Wah, cantik dan kacaknya pembaca hari ini. (^_^) Kan bagus senyum begitu.


Mari mulakan hari ini dengan senyuman...
Senyumlah dalam apa jua keadaan...
(^_^) Onigiri ini pun mampu tersenyum...


Yang baru itu sentiasa muncul

Nak tak nak, jika Allah izinkan esok masih ada untuk kita dan hari ini kita melaluinya, sudah pasti akan ada benda baru yang akan kita lalui. Mahu tak mahu, suka atau tidak. Kita terpaksa melalui. Di situlah kita akan teruji. Allah nilai segala-galanya.

Lulus atau tidak kita melaluinya?
Redha atau tidak kita melaluinya?
Syukur atau tidak kita melaluinya?

Tidak kiralah yang baru itu adalah mendapat durian runtuh atau menerima khabar mendung dari kutub utara. Bibir senang menuturkan "Aku redha, aku redha" Hati siapa tahu. Lihat sahaja realiti apabila peperiksaan selesai, macam-macam gelagatnya.

"Aku tak puas hati doktor tadi tolak markah aku"
"Syukur doktor tadi bagi markah full"
"Susah giler doktor tadi"

Senyum sendiri melihat telatah kawan-kawan. Sungguh debaran berhadapan dengan doktor dalam ujian lisan, ibarat mahu terkeluar jantung dibuatnya. Tapi sehebat itukah ketakutan kita dengan nilaian Allah terhadap apa yang kita rasa, terhadap perasaan kita, terhadap rungutan kita? Ya, sungguh ramai yang mahu menjadi yang teratas dalam segala hal kebaikan tapi apakah benar niat kita? Kerana apa kita bersungguh-sungguh? Perkara ini harus kita muhasabah sentiasa.

Berakhir dan bermulanya kisah

Yang berakhir akan ada pula yang menyusulnya. Siap kita melewati satu ujian. akan ada ujian seterusnya. Siap kita menghadapi peperiksaan, akan ada peperiksaan seterusnya.

Alhamdulillah, Sinar sendiri sudah pun selesai peperiksaan akhir tahun semalam. Berakhirnya sebuah peperiksaan dan hibernasi panjang tapi bukan pengakhiran untuk kita terus menembak doa. Moga Allah berikan yang terbaik untuk diri ini.

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari universiti, bersusun program yang mahu dilakukan. Semalam juga telah bertungkus lumus berpindah randah. (^_^) Berentakan satu rumah dibuatnya. Dan rasminya hari ini juga Sinar sudah pun memulakan hidup baru di bilik baru bersama orang baru. Agak janggal juga kerana sudah lama single di bilik sendiri. Sudah masanya mendidik diri untuk lebih berkongsi. Kini Sinar berdua di bilik baru dan kami masih berlima di rumah lama. Yang buat diri ini teruja, Kami berlima masih kekal dalam rekod gen6 akhwat yang mengekal status 'rumah kekal'. Inilah yang menambahkan kecintaan pada housemates Sinar. Rumah yang cukup happening orang kata..hehe hai pening juga la..Gurau je ya kawan-kawan.

Hati ini juga tidak sabar mahu pulang ke Malaysia. Menghitung hari orang kata. Tidak sabar berjumpa dengan keluarga. Sudah pasti balik ini Sinar mahu meluaskan jaringan ukhwah. Sudah pasti ramai orang baru akan hadir dalan hidup Sinar. Kita merancang dan Dia juga merancang.

Fleksibel dan positifkan dirimu!

Pada Sinar, untuk menerima perubahan, hidup kena fleksibel dan positif agar kita tidak melatah berhadapan suasana baru. Cerianya suasana berbalik pada respon kita juga. Muramnya suasana bila kita murung orangya. Maka, anjakan paradigma kena ada. Apabila kita ceria, mereka di sekeliling pun ceria. Tidak dinafikan, bila entri Sinar berbaur sedih, habis semua sedih. (^_^) Prihatin pembaca blog ini. Terima kasih sudi membaca. Moga Allah berkati kalian.

Moga akan ada keceriaan dan kegembiraan di sebalik semua kejadian.

NK

  1. Alhamdulillah peperiksaan sudah tamat, keputusan pula satu debaran.
  2. Menghitung hari mahu berjumpa rakyat Malaysia yang berbilang bangsa... (^_^)
  3. Dunia baru, hidup baru dan orang baru yang mampu membuatkan senyuman terukir.
  4. Jangan lupa senyum apabila sudah membaca entri ini.
  5. Uhibbukumfillah...Doakan Sinar ya.

12 comments:

aeshah said...

tahniah...home sweet home:))))

terry bogart said...

selamat kembali ke Msia

[maaf , kain rentang lambat tempah, xsempt gantung..hu3]

sinar_islami said...

me to aeshah:

Doakan semua selamat...
Syukran ukhtie...
tunggu ana kat airpot ye (^_^)

me to terry bogart:

Wah, sampai nak bentang kain rentang ke!
Tunggu ana blk for good 2 tahun lagi, time tu takpe la nak gantung bunga kat airpot pun boleh..
Doakan perjalanan ana selamat semuanya...

Atiqah said...

salam sha
de mse kte jmp ye bila2..bln 8 insyaAllah kte de kat umah..kalo nk rse air tgn kte meh la sggh..mne tau leh sme2 ziarah ke perlis..insyaAllah, kte merancang je.. (tbe2 terfkr nk bermusafir ke perlis dgn awk) hehe

EdAlia said...

Salam,
Setiap perubahan dan dugaan yang diharung itu membentuk siapa kita. Hidup ini singkat, kita harus belajar dan hadapi semuanya dengan positif, insyaAllah.

Yeay, Cik Sinar dah nak balik Malaysia! (Kenapa ana yg over excited?) :p
Alhamdulillah, terubat rindu keluarga ukhtie di tanah air. Semoga perjalananmu dipermudahkanNya, ameen..

hood@sunny said...

yeah~ kali ini ana hantar nt lg ke airport..

eh setiap tahun eh ana hantar nt kat airport? XD

Anonymous said...

tak sabar nye nk jumpa sha ngan uda~~~

selamat pulang wahai perantau....

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Oh, cuti ke atiq? Ana no hal tapi 3 minggu pertama ana ada attachment kat Hospital Ampang.
InsyaAllah awal ogos ana pergi perak, mungkin dari Ipoh ana boleh ke Kuala Kangsar tido umah nti (^_^)

me to EdAlia:

Hakikatnya perubahan itu memakan masa, pastinya keimanan dan kesabaranlah tunjang untuk melalui segala rintangan

(^_^) happy ye dia ana nak balik.
Ni pun duk kemas rumah dan beli barang nak balik Malaysia.
Doakan semua selamat ya =)

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Hehe, kak una ada bagi tau semalam...
Sukanya ana...Jumpa kat airport nanti.. =)
lagipun takde orang hantarkan ana...sob3

me to Arms:

Tak sabar juga nak jumpa anti...
Nanti kita gi jalan2 lagi...
Tunggu kami wahai rakyat Malaysia...

Shifa said...

salam..
k.sha akademik dulu kn?
tq akk ,post ni mnceriakan hati sy=)

ван нур фархана said...

nurul,heee...dengar dr mama yg nurul balik isnin depan n sabtu depan =), hehe..happy 4 u..ha..nanti dtg shah alam bgtau la,leh mlwat kt..kt susah nak balik rumah lepas ni,huhu..

sinar_islami said...

me to NurulShifaMohdNawi:

Aiwah...Kak sha la ni...
dah tua dah...orang lama...
ceria mcam mana tu =)
jemput datang lagi syifa...

me to farhana:

Wah wah..lama sungguh kazenku tidak meninggal jejak...
InsyaAllah, datang la rumah nanti tau...Doakan nurul selamat sampai...