BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 21, 2010

Kita Tewas?

Sudah sepertiga Ramadhan berlalu. Sekejap sungguh!

Apa khabar iman kita?
Apa khabar amal kita?
Apa khabar tadarus kita?
Apa khabar mulut kita?
Apa khabar telinga kita?
Apa khabar mata kita?
Apa khabar kaki kita?
Apa khabar tangan kita?

Wah, banyak rupanya yang perlu kita tanyakan dalam seharian kita menghirup nafas apatah lagi sekarang dalam madhrasah Ramadhan.

Sudah menjadi tradisi yang berpusu-pusu ke masjid adalah golongan tua. Kita yang muda mudah benar malas dan culas. Kebanyakan yang muda enak bercanda di restoran bahkan ada yang melangsaikan hisapan rokok yang di tahan di siang hari. Hadirnya bulan Ramadhan sudah menjadi kebiasan untuk manusia meningkatkan amal. Namun ramai yang hanya memahaminya sebagai menahan diri dari hal yang membatalkan puasa.

Tewas atau tidak diri kita di bulan Ramadhan ini, kita perlu melihat 3 perkara yang mana menjadikan kita hamba yang akan terus patuh pada-Nya. Sekaligus menjadi hamba rabbani bukan hanya hamba ramadhani.

Pertama, berjaya atau tidak kita menahan diri dari hal-hal membatalkan puasa?

Kedua, berjaya atau tidak kita meningkat diri dengan amalan fardhu dan sunat yang Allah suka?

Ketiga, berjaya atau tidak kita merasai setiap tingkah laku di bawah pengawasan Allah?

InsyaAllah, masih ada masa untuk kita perbaiki diri. Tidak cukup hanya sekadar berlapar dan dahaga sedangkan besar hikmah kita berpuasa. Yang Allah mahu, biar nafsu ditundukkan oleh iman yang sempurna. Jangan disempit ibadah kita. (^_^) Selamat berpuasa dan memproses hati.

Wallahu3alam

4 comments:

haway mutasawwil said...

salam.first komen ke n?da lame dg xjd no 1.ngee.

Apa khabar iman kita?
Apa khabar amal kita?
Apa khabar tadarus kita?
Apa khabar mulut kita?
Apa khabar telinga kita?
Apa khabar mata kita?
Apa khabar kaki kita?
Apa khabar tangan kita?
+Apa khabar perut kita?

soalan yang bukan memerlukan jawapan tapi tindakan kan kak?

semoga sisa yang berbaki ini dpt kta gunakan utk mncr keredhaannya.
slmt mneruskn amalan di bulan yang mulia ni kak.truskn berkongsi2 ye.=)

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

tahniah2..
ha, pandai adik ni buat kesimpulan..
tindakan yg perlu kita kemaskan..
semoga Allah permudahkan urusan faris dan moga menjadi hamba rabbani

harlymdono said...

selamatkan diri dengan berpuasa.
menyelamatkan puasa dengan taqwa.
selamat berpuasa..
Allahumma taqabbal shiyamana...

sinar_islami said...

me to harlymdono:

Allahumma ameen..
Selamat berpuasa juga..
sama2 pertingkatkan amal di malam2 terakhir