BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 27, 2010

Wad Kecemasan, satu permulaan

Teori dan praktikal merupakan dua medan yang berbeza. Baik sebagai Muslim mahupun pelajar kita akan dikelilingi oleh dua medan ini. Kita tahu hikmah sabar, kita tahu hikmah solat, kita tahu ganjaran taat pada Allah namun sejauh mana praktikal kita dalam mengendalikan marah dan melakukan amal kebaikan. Sungguh banyak yang kita tahu, tapi berapa banyak yang kita mampu lakukan?

Perbezaan inilah yang Sinar rasakan lebih-lebih lagi apabila menuntut ilmu di bidang perubatan. Bidang ini memerlukan gabungan teori dan praktikal yang padu. Barulah akan lahir seorang doktor yang mahir. 4 flat dan mumtaz dalam peperiksaan bukan jaminan utama seorang doktor mahir dalam melaksanakan tugas. Namun memperolehinya merupakan bonus.

Apabila berhadapan dengan pesakit, kita bukanlah ingin merawat penyakit tetapi menyelamatkan pesakit. Matlamat ini sahaja akan mebezakan keputusan yang bakal doktor lakukan apabila berhadapan dengan situasi di wad. Di sinilah 6 senses di perlukan. Ya, dan ini semua memerlukan kekuatan dan petunjuk daripada Allah. Di saat ramai orang ingat doktorlah penyembuh, kita pula harus mengingatkan diri Allah sahajalah Penyembuh. Kita hanyalah duta-duta kecil Allah untuk membantu merawat pesakit.

Bukan senang mahu menjadi doktor yang mahir dan alim. But nothing is imposible (^_^). We can InsyaAllah.

Apa yang perlu ialah usaha yang berterusan dan istiqamah dalam menimba ilmu dan pengalaman. Kombinasi terbaik adalah, pelajar + pemerhati + pekerja = kejayaan

Menyedari kekurangan sebagai mahasiswa luar negara dalam membiasakan diri dengan sistem di Malaysia, adalah lebih baik memanfaatkan cuti di hospital yang ada. Maka semenjak 9 September hinggalah kelmarin, Sinar dan dua teman lagi telah meluangkan masa di Hospital Ampang selaku pelajar elektif di wad kecemasan. Turut bersama kami seorang pelajar dari Ukraine, Faizal namanya. Alhamdulillah kami banyak belajar antara satu sama lain.


Dalam kenangan... InsyaAllah bertemu lagi

Pengalaman 3 minggu di wad kecemasan semestinya memberikan seribu satu peluang untuk mengasah diri dengan dunia perubatan sebenar. Di sinilah sinar pertama kali mengambil darah pesakit, menyuntik ubat, mengambil suhu, mengambil tekanan darah, menjahit luka dan pelbagai lagi. Di sini kami bebas berinteraksi dengan pesakit dan komuniti kerja selagi mana tidak melebihi batas seorang pelajar elektif.

Warga wad kecemasan turut melayan kami dengan baik dan sentiasa merai kedatangan kami. Baik doktor pakar, MO, HO, PPP, PPK, JM hinggalah pelajar seperti kami, tidak segan meluangkan masa bersama kami. Walaupun keadaan tegang mereka tetap mampu menceriakan suasana. Mereka tidak jemu memberi tunjuk ajar. Sungguh mereka banyak bersabar dengan kami. Jika ada sahaja prosedur yang mereka percaya kami boleh lakukan sedangkan kami tiada kemahiran mereka tetap beri peluang.

“Tak pe jangan takut, dekat sinilah kamu nak belajar.”

“Kalau bukan sekarang bila lagi. Ambik je darah patient tu. Awak boleh je. Best jadi dracula sementara ade peluang.”

Terngiang-ngiang kata-kata mereka. Boleh senyum sendiri. Kalau ikut perasaan takut mencuba memang sia-sialah Sinar di sana. Alhamdulillah banyak benda baru yang kami terokai.

Di bawah pengawasan Dr Azlina, kami diajar basic history taking dan sistem yang diguna pakai di wad kecemasan. Orangnya kelihatan tegas dan lincah. Itu penting untuk melayakkan diri sebagai pakar kecemasan. Namun beliau tidak lokek memberi semangat, dorongan dan teguran membina. Bak kata beliau, “Kalau tidak pandai kita belajar, tapi kita bodoh bila kita tidak bertanya.” Maka kami sedaya upaya, berkata tidak tahu apabila kami cetek ilmu. Bahkan reaksi positif kami akan terima. Dan semua staff sanggup membimbing kami.

Sungguh setiap detik di hospital punya cabaran tersendiri. Pelbagai kerenah pesakit kita akan temui, bahkan sekali sekala emosi kita turut tercabar.

Semalam merupakan hari terakhir sinar di sana. Terasa sebak dan berat hati saat melangkah pergi dari hospital ini. Akhirnya Sinar meninggalkan hospital dengan kenangan terakhir menjahit kulit kepala pesakit yang luka. Terima kasih kepada Nadiah dan Pana yang sedia memberi galakan dan semangat untuk melakukan pelbagai prosedur. Tanpa kalian, siapalah saya. Hehe...


Bersama Dr Azlina

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Ridzuan, Dr Azlina, Tuan Haji Samad, Dr Shahrul, Dr Taufik, Dr Nandini, Dr Shuba, En Musa, En Sam, En Yen, En Fahmi, En Ridhuan, En Zulhusni, En Firdaus, En Roslimi, En Syazman, Kak Adiba, Kak Lanny dan seluruh staff di Emergency Department Hospital Ampang. Ramai sangat yang berjasa pada Sinar. Terhutang budi rasanya. Maaf kerana mencuri masa kalian dan terima kasih di atas tunjuk ajar dan nasihat. Beruntungnya Sinar kalau dapat bekerja dengan kalian di masa hadapan. Kalian ceria dan menceriakan suanana. Walaupun situasi tegang kalian tetap tenang. Moga Allah berkati kalian selalu.

14 comments:

halawatul iman said...

salam sya..
bagi kak masa praktikal lah kak dapat tahu kelemahan yang perlu di perbaiki dan kekuatan yang perlu di pertingkatkan lagi..insyaAllah..

kak doakan semoga sya jadi Dr muslimah bukan sekadar merawat, menyelamat bahkan dapat meyakinkan patient akan pergantungan dengan Allah..subhanallah mulia sungguh pekerjaan Dr nie =)

segelasair said...

salam..

all the best in your life as a doctor..:)

sinar_islami said...

Me to halawatul iman;

Ameen. Terharunya...
terasa jauh lgi perjalanan dan banyak lg persediaan yg sha perlu lakukan.
Doakan sha tau.

Me to segelas air:

salam mahabbah ^_~
syukran. May Allah bless you

Anonymous said...

nak jadi pesakit dr sinar boleh?

sinar_islami said...

me to anonymous:

:) tersenyum ana..
Jujurnya sbg bakal doktor, ana tak nak manusia ni sakit selagi mampu jaga hak badan, jagalah
Bukankah sihat tu nikmat..
Tapi kalau dah sakit, insyaAllah siap utk berkhidmat.

aeshah said...

sudikah anda menjadi doktor keluarga saya??? hehe...

sinar_islami said...

me to aeshah:

Boleh!
Janji belanja makan...hehe gurau je

haway mutasawwil said...

slm.10 tahun lagi mungkin kalu faris apnjang umor kalu pergu hospital mane2 mesti jumpa dr yang faris knl kot coz ramai sgt kwn2 akak2 abg2 yg knl amek medic.

smoga org yg faris knl akn mnjd doktor yang mahir dan alim bab kata kak sinar.ngeee.doktor yg xknl pn same.smoga mahir dan alim juge=)

Atiqah said...

wow bestnye sha dpt pengalaman yg sgguh berharga..yg x leh thn tu, "jd dracula skjp"..hehe

nnt kalo kte nk kena ambil drh, kte nk g kat awk la sha..kte ni tgk drh pun dh pitam tu blom Dr ambik drh kte btol2..huhuhu

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Alhamdulillah, moga Allah dengar doa faris.
Doakan kami jadi doktor muslim mukmin ya :)
Banyak lagi yang kami perlu belajar

me to Atiqah:

Pengalaman seciput je ukhtie, doakan kami ye..
Hehe, dracula dracula..
memang ketagih juga ukhtie..
Mai sini ana ambik. huda pun ada, tapi jangan pitam sudah..nanti kami jual

Lek said...

Renungan:
Jika doktor yang sakit siapakah yang akan mengubatkannya. Jawapanya ialah dalam Surah Asy-Syu'ara': 80

sinar_islami said...

me to Lek:

Syukran lek atas peringatan yang bermakna :)

Nida said...

Assalamualaikum wbt.

Saya Nida, 4th year medical student in Uni College Cork, Ireland. Saya pun ada plan nak buat elektif kat Hospital Ampang. Google2, termasuk pulak kat blog cik Sinar ni..

Boleh tahu tak prosedur utk apply buat elektif kat hospital Ampang? Sinar ada hantar borang apa2 ke utk di sign etc?

Kalau boleh, pls reply to my email a.s.a.p ye..idaman0805@yahoo.com.

Jazakillah! :)

sinar_islami said...

InsyaAllah nanti ana emel ya. Just isi borang dan tunggu jawapan pihak hospital. Seeloknya dalam tempoh sebulan sebelum tarikh kita nak mula kursus elektif.