BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 30, 2010

Bakal doktor, muhasabahlah!

Sudah seminggu Sinar di sini. Hidup bersama debu-debu Mesir dan panasnya mentari mendidik diri untuk bertahan dan bersabar. Ya inilah ujian di sini. Walau se'ekstrem' mana pun cuaca di bumi empat musim ini perjuangan harus diteruskan. Sesekali lelah juga. Namun menyerah kalah bukanlah pilihan seseorang yang mengaku dirinya Muslim. Alhamdulillah, teruja untuk belajar. Sesi pengajian di mulakan dengan internal medicine. Fuh, masih banyak yang perlu diulangkaji.

Bimbang.. Bimbang..

Seolah-olah tidak percaya diri ini sudah menjejaki tahun-tahun akhir di kuliah perubatan. Tahun 5 merupakan tahun kritikal bagi Sinar. Tidak dinafikan, diri sudah tidak sabar untuk pulang berkhidmat. Namun jauh di sudut hati wujud kebimbangan.

Cukupkah ilmu?
Layakkah aku?
Mampukah aku sesibuk itu?

Mungkin ramai yang kita lihat mampu menjadi doktor yang baik. Namun diri kita, masih menjadi persoalan. Setiap manusia Allah ciptakan lain keupayaannya. Walaupun hasil keluaran universiti yang sama, tidak menjamin persembahan yang sama. Ada yang rajin ada juga yang malas berusaha. Ada yang akademiknya power tapi skillnya kurang. Ada yang skill power tapi akademik biasa sahaja. Ya manusia itu tidak sama.

Maka usaha perlu dilipatgandakan :) Go sinar go.. Go kawan-kawan go..

Manusia manusia, kenapalah suka berkira...

Apabila bertemu rakan-rakan kuliah pelbagai cerita dikongsi. Tidak kurang juga pengalaman masing-masing pulang bercuti. Ada yang menghabiskan masa di hospital untuk menambah ilmu dan mengasah kemahiran. Ada yang dipuji ada yang dimarah membuta tuli. Sudah pasti hati akan terguris bila mana manusia-manusia berkata

"Ni keluaran mana? Itupun tak tahu!"
"Universiti awak tak ajar ke?"

Kalau Sinar automatik Sinar jawab,

"Maaf doktor, kami memang tak belajar sebab baru nak masuk tahun 5. Silibus lain."

Nyatakan yang benar. Kalau lupa cakap lupa. Yang penting be humble jangan arrogant tak tentu hala.

Tidak pernah pula disindir sinis begini cuma apabila mendengar cerita terkilan dengan sikap manusia. Oh, kalau terkena pada diri mahu menangis dibuatnya. Pernah juga disindir cuma berbeza. Cuba pandang dari sudut positif. Alhamdulillah setakat ini, kalau diri tidak tahu, tidak segan berkata saya tidak tahu. Bahkan Allah menyuruh kita belajar jika tidak tahu. Belajar daripada siapa? Sudah pasti orang yang lebih tahu. Maka orang yang lebih arif dan tahu janganlah berlagak sombong. Allah nak tarik ilmu sekejap je. Jadi bila tua nanti bila kita dah ada tittle Dr, Pakar ke, Prof ke janganlah kuat menyindir. Sikap kita jaga. Harap-harap keluaran Mesir buat perubahan besar dengan sistem yang ada.


Generasi perubah :) Ini doa...

Ya, banyak sebenarnya Sinar dengar tentang sikap Melayu. Apa salah berkongsi ilmu. Apa salah mengajar orang tak tahu. Kalau bangsa kita dihina, melenting bukan main. Tapi nak berkongsi ilmu payah pula. Allah Allah. Maka, jika kita tidak suka diperlukan begitu, semoga di masa hadapan kita bukanlah orang yang lokek berkongsi ilmu.

Tiada kaitan dengan orang terdekat, cuma penat mendengar cerita tentang sikap. Ubahlah jangan tak ubah. Bila mana kita hormat orang lain, automatik orang lain hormat kita hatta kita bukanlah pandai mana. Gelaran Dr tak menjadi apa-apa bila attitude tak jaga. Allah itu Pengawas Utama.

Fuh, jauh lagi perjalanan. Moga Allah bimbing sikap dan kelakuan kita.

11 comments:

hood@sunny said...

salam, dropping by to turn my holiday mood to study mood =)

tetiba rasa xnk keje doktor, nk bukak home business.. haha XD

Jumpa d mesir nnt~ Insha Allah

Eh word verification ni tulis melesseo (suh ana duduk malaysia ke? :P)

Ummu 'Ammar said...

Salam Sinar,

Ummi doakan sinar berjaya mengejar cita-cita yang murni ini dan berjaya melepasi segala ujian yang mendatang, Insyaallah.

Mudah-mudahan Gen 6 berjaya melakukan perubahan yang diidamkan ini kerana generasi ini merupakan doktor yang paling ramai dikeluarkan U Kaherah.

Ummi menumpang kegembiraan kejayaan anak-anak semua terutama Gen 6.

Anonymous said...

sha:
All da best doktor..
moga bisa merawat fizikal dan rohani pesakit yg makin dahsyat penyakit2...

huda:
ehem2....
bisnes jom! hehe

sinar_islami said...

me to hood@sunny:

Bau orang Malaysia datang :)
Ahlan..

Ish2..tak boleh..kena ambik tajuk citer jangan pandang belakang..so kena move forward je untuk kejar impian (^_^)

homebussines tu part time takpe. Ni gaya macam tak mau mai sini je. Cepat tukar mood holiday tu. Khidmat anti diperlukan di sini. Urgent!

sinar_islami said...

me to Ummu 'Ammar:

Salam Ummi.

Ameen...
Jazakillah atas sokongan dan ingatan ummi. Doakan kami di sini ya. Makin suntuk rasanya untuk perkemas diri sebelum bergelar doktor.
Beruntung Gen6 ada yang mendoakan. =)
Moga Allah berkati ummi sekeluarga

me to Arms:

Moga Allah dengar doa anti (^_^)
Btw nak buat business tu, sila la ajak sha ye...Buat ramai2 lagi berkat..

saza s said...

a doctor..are we?

lamanya tak menulis di sini
tetapi tidak pernah lupa singgah setiap kali entry baru di post

thn dua yang makin mencabar
mohon doanya
semoga sinar islami terus maju jaya
bersama penanya dan jarumnya

sinar_islami said...

me to saza s:

soalan yang baik utk renungan bersama...

Jazakallah kerana membaca secebis penulisan... biasa2 shj ana rasa..

InsyaAllah anta mampu mengharungi tahun 2.. u are the chosen one..
Doakan ana juga ya..
Moga Allah mudahkan jalan kita..

Atiqah said...

melayu melayu...di mana2 sahaja ada je sikap mereka yg dibincangkan..jgn kata org luar je, family sndr pun mcm tu..melayu dan mengaku Islam..tapi berpecah belah.

sepatutnya sama2 lengkap melengkapi..tapi tidak..bila salah dicaci, bila lebih dengki..apalah salahnye lontarkan sikit kata2 pujian buat penyedap hati..

teruskan perjuangan sha..bila2 pulang ke malaysia, mudahan kita ketemu lg..rasanye kepulangan awk kali ini Allah izin dapat bertemu awk byk kali..reunion gen11, PLM..pasni mgkn di kenduri kawin..siapa punye kenduri?? ehemm2..hehe

haway mutasawwil said...

go kak sinar go

smoga dpermudahkan belajar di sekolah taun 5.ngee.keep going

n ada quote dlm internet.best2


"You must be strong now. You must never give up. And when people make you cry and you are afraid of the dark, don't forget the light is always there.

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Sebenarnya Allah cipta setiap bangsa ni ada kelebihan dia...ada juga kelemahan dia..sebab tu kena taaruf dengan bangsa lain...baru dapat tahu kelemahan sendiri dan perbaiki..kalau tidak mmg kita ditakuk lama :)

Jom kita jadi melayu, muslim yang Allah redha...

Ahaks...tak puas jumpa ye..InsyaAllah ada jodoh, panjang umur kita jumpa ya..For sure kenduri awak la...haha..

sinar_islami said...

me to faris :

Huhu..terharu akak..
Jazakallah..doakan tau..
Nice quote..akak nak share ngan orang lain jga la..
Moga Allah permudahkn urusan faris juga..