BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 10, 2010

Kapal Berdosa

Apabila Allah memberi peringatan, hati mana mampu mendustakan?

Hati oh hati... Apa khabarmu?


Hati yang dibelenggu? picture byaddicted2love at deviantart



"Sesungguhnya pernah ditanyakan: 'Siapa orang yang paling baik itu? Maka Nabi s.a.w menjawab : " Setiap orang mukmin yang bersih hatinya." Lalu ditanya lagi : "Apakah erti hati orang yang bersih itu?" Nabi menjawab : " Iaitu orang yang bertakwa, bersih, tidak ada kepalsuan padanya, tidak ada penganiayaan, tidak ada khianat, tidak ada kedengkian dan tidak ada pula iri hati."

(Hadith bersumber dari Abdullah bin Umar dengan sanad Sahih)

Allah.. Allah... bersihkah hati ini?

Beberapa hari ini, hati cukup teruji. Gelisah dan tidak enak rasanya. Dalam perjalanan ke Hayyu Sabie3 siang tadi, Allah izin sebuah bangunan berbentuk kapal membuka minda untuk berfikir. Maka timbul analogi yang bermain-main dalam fikiran hamba-Nya yang lemah ini...

Pelayaran yang harus kita tempuh, selamat atau karam? : picture by Jujika at devianart

Bayangkan diri kita adalah sebuah kapal layar yang ingin menuju ke satu destinasi ( syurga) dasarnya adalah lautan dalam, mimpi ngeri (neraka) buat si kapal layar. Ya inilah dia pelayaran (kehidupan) yang harus kapal lalui. Kapal perlu diisi dengan keperluan dan bekalan seperti minyak, makanan dan pelbagai kelengkapan yang lain. Jika ada perhentian, kapal akan berhenti untuk menambah bekalan. Namun si kapal tidak boleh membawa muatan lebih apatah lagi sesuatu yang tidak diperlukan. Jika terlebih akan tenggelamlah ia. Jika ada kerosakan (dosa) perlu dibaiki bukan dibiar sahaja kerana jika dibiar melarat akan punahlah kapal.

Ya itulah dia...kita persis sebuah kapal. Pelayaran perlu diisi dengan keperluaan bukan kerakusan. Kehidupan perlu diisi dengan amalan kebaikan bukan nafsu serakah dan duri dosa yang memusnahkan. Sebuah pelayaran perlu pergantungan dan keyakinan yang tinggi pada Pencipta Alam. Itulah kita manusia. Kita berhajat pada Allah Yang Menciptakan.

Manusia berdosa seperti mana kapal yang rosak strukturnya, bisa tenggelam bila bila masa sahaja... Kapal berdosa, itulah analogi untuk kurenungkan... boleh juga untuk kalian.


"Jom kita basuh dosa kita dengan taubat!" kata-kata yang cukup membuatkan diri terdiam sejenak, mengalir mutiara jernih...Allah, layakkah aku menjadi tetamu-Mu... Jawapan dan jalan sudah ada, hanya tinggal.... PILIH!

8 comments:

soliloquy said...

ouch!
terasa...

sinar_islami said...

huhu, ana lgi terasa.. sama2 ubah apa yang patut.. Allahummaghfirlana Ya Allah...

haway mutasawwil said...

"Jom kita basuh dosa kita dengan taubat!"...nice quote..


bgus kak sinar(xingt namo sbnr dh)

mata mlihat alam ht mlihat tuhan.alhamdulillah

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

:) utk sama2 kita renungkan..
Moga2 hati kita x buta menilai dunia...

Mana la nk igt, dah nama kak sinar yg slu dipanggil. Tak kesah pun asal panggilan tu mendoakan akak.

Anonymous said...

Saya suka artikel ini. Message yg simple tapi sangat menginsafkan. Terdayakah kita memperolehi hati yg bersih itu?

Benar secara luarannya kita turuti perintah Allah... Kita berpuasa. Kita bayar zakat. Kita pergi menunaikan haji. Kita dirikan solat 5 waktu dan macam2 solat sunat. Kita bangun di waktu malam hari bermunajat kpd Allah. Kita solat tahajud. Kita baca Al-Quran. Kita semak makna dan belajar tafsir/tajwid ayat2 suci Al-Quran. Kita luangkan banyak masa, tenaga dan belanjakan wang ringgit pergi ke masjid, ke kelas2 agama untuk mencari ilmu akhirat/agama dan mendapatkan keredhaan Allah swt. Kita motivate diri kita untuk menjadi hamba Allah yang "sami'na wa ato'na" dan 'takut' kapada Allah. Dan macam2 lagi kita usahakan tapi...malang sekali.... hati kita tidak dapat mengikut rentak luaran kita. Kaki boleh melangkah jauh ke tempat2 yang "bersih" tapi hati tetap di takok lama. Malah... ada hati yang semakin tenat... semakin banyak titik hitam... walaupun si empunya hati semakin meningkat amalan nya.


Setuju dgn Sinar. Jom kita basuh dosa kita dengan taubat! Cuma saya nak tambah ... jom kita cuci hati kita dengan menjadi hamba Allah yang redha dalam segala hal - tak kira samada yang menggembirakan kita apatah lagi yang memberi kedukaan mendalam kepada kita. Antara ubat pembersih hati yg patut dipraktikkan:
1. Hanya dengan perasaan redha sahaja... redha lah dalam apa keadaan sekali pun
2. Hanya dengan menerima qada' dan qadar Allah (rukun islam ke 6) sahaja...
3. Hanya dengan percaya Allah sangat sayang kpd hambaNya. Dia hanya memberi yang terbaik kepada kita. Kalau yang kita terima itu bukan yang kita kehendaki, kita percaya adalah hikmah disebalik kejadian yang kita tidak sukai itu. Allah menduga kita dengan apa yang kita sanggup tanggung sahaja
4. Tanamkan dalam hati - belum tentu yang kita suka itu baik utk kita dan belum tentu yang kita tak suka itu tak baik utk kita. Allah yang Maha mengetahui.
5. Jauhkan diri dari mengumpat. Bila nak mula mengumpat ingatkan hati dan diri kita. Ingatkan juga org2 sekeliling kita... Mengumpat seolah2 memakan daging saudara sendiri
6. Akhir sekali... Campakan jauh2 perasaan sakit hati sesama manusia. Buang rasa benci, dendam dan yang sekategori dengannya sesama umat Islam. Tanamkan hanya yang baik2 sahaja dalam hati kita.

Mudah2an titik2 hitam dalam hati kita akan semakin berkurangan dan seterusnya hilang lenyap. Insya Allah.

sinar_islami said...

me to Anonymous:

Terima kasih atas nilai tambah yang cukup berharga buat Sinar.
Terharu pula membaca komen begini.
InsyaAllah moga kita benar-benar menyucikan hati kita.
Biar mengikut rentak amalan kita.
Ramai sekarang berlumba membuat amal supaya dikenali manusia tapi lupa penilai utama adalah Allah..
Na'uzubillah moga kita dijauhkan dan kalau kita pernah berniat sedemikian, moga Allah ampunkan kita.
Syukran syukran atas perkongsian anony...

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

makanya, kapal kita perlu sebuah kapal yg boleh diupgradekan...untuk bawa amalan...dan tarik kapal orang lain yg kita nak ajak....tapi jangan kapal yg kita bawa itu tenggelam oleh bahaya riak, ujub dan ghurur dan yg lain2 yg merosakkan amalan kita...nauzubillah...Allahumma taqabbal...

sinar_islami said...

me to Abdul Halim:

Betul, ana stuju dengan pendapat abg halim. Kapal itu persis manusia, bila baik isinya, penjagaannya, maka baiklah keseluruhnnya.