BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 06, 2010

Pemberian tanda sayang

Hati pastinya berbunga-bunga apabila menerima sebarang hadiah mahupun pemberian. Lihat sahaja wajah anak-anak ketika menerima coklat, duit dan mainan. Tak kurang juga kita apabila menerima hadiah di hari lahir. Ceria dan senyum sampai ke telinga.


Dalam kehidupan ini, ibu bapalah antara insan yang kerapkali memenuhi hajat kita. Dari kecil hingga besar...

Kita mahu coklat mereka belikan
Kita mahu mainan mereka belikan
Kita mahu baju mereka belikan
Kita mahu laptop mereka belikan

Kerana apa? Kerana mereka sayangkan kita. Kerana apa? Kerana mereka cintakan kita. Kadangkala tanpa dipinta mereka sudahpun belikan. Itupun kita masih merungut. Tak nak coklat ni, nak coklat tu. Tak nak mainan ni nak mainan tu. Tak nak baju ni, nak baju tu. Begitulah mungkin masa kecil kita. Susah untuk berpuas hati. Hatta sudah meningkat dewasa pun, ibu bapa kita masih cuba memenuhi keinginan kita.

Dan Hanya Dia Maha Memberi

Namun, tidak ada yang lebih berjasa dalam kehidupan melainkan Allah yang menciptakan. Setiap helaian nafas pasti ada pemberian yang mengiringi. Ketahuilah Allah lah yang lebih banyak memberi. Setiap pemberiannya punya hikmah tersendiri. Kegembiraan, Kesedihan, Kejayaan, Kegagalan. Kesihatan, Kesakitan itu semua pemberian. Tanda kasih pada kita. Cuma terpulang pada kita untuk menerima dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Inilah dinamakan ujian. Melihat ujian dengan positif mampu melihat betapa hebatnya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Pemberian itu mencairkan

Teringat kejadian di dalam kelas...

Uwaa...Uwaa... Jerit si kecil kerana tidak mahu diperiksa. Setelah doktor selesai menerangkan ciri-ciri penyakit yang dialami, si ibu membawa anaknya kembali ke tempat duduk. Kebetulan di sebelah Sarah.

"Ya helwa, a'iz di?" (Wahai adik cumel, nak ni tak) Pujuk Sarah sambil memegang gula-gula. Sarah direnung oleh Si kecil cumel. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan tangisan berkurangan. Sarah menyuapkan gula-gula di bibir kecil itu. Matanya berkaca namun bibir mula mengukir senyuman. Ajaib sungguh!

Nah, setiap manusia punya trick untuk dipikat hatinya.

Justeru marilah melihat ujian sebagai anugerah dan pemberian

Sebagai Pencipta, Allah memberi hambanya ujian untuk merasai nikmat kehidupan dan 'mencairkan' dosa silam. Allah beri waktu sedih untuk muhasabah waktu gembira. Allah beri sakit untuk muhasabah waktu kita sihat. Allah beri ujian untuk menyuntik hati kita dengan jarum keimanan. Dengan ujianlah kita akan dinaikkan darjat di sisi-Nya.

Itulah tersiratnya sebuah ujian. Pemberian tanda kasih sayang Tuhan pada hamba-Nya.

8 comments:

Atiqah said...

sha
kte sllu belikan gula2 utk bdk2 taski
bila sekali kte x bwk gula2 dan dorg tye kte bg jwpn hampa, nmpk la raut wajah sedih dorg..huhu..sian..tp x boleh sllu di'rasuah' gula2 nnt naik lemak dorg..hehe

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Sbb tu tak boleh bagi yang budak2 suka ja..
Cth gula, overdose sgt nnti gigi dia pun rosak..
Sesekali kena jga rotan atau denda kalau buat slh..
Didikan ni byk arah. :)

hood@sunny said...

hehe, slalu ana xbg gula2. ana ske senyum dan sembang ngn derang.

Sbb apa? haha, sbb xde gula-gula nk kasik T-T

Atiqah said...

x lrt nk sembang huda..huhu..kalo sembang x siap keje..bdk2 ni makin di lyn makin byk disoal..nnt x jwb, rse bersalah lak..so diam lbh baik..hehehe..bg gula2 sbb nk suh dorg dgr ckp..x main kat jln raya, dok dlm bilik, tidur, mnum susu..hehe

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Pro la tu smpi leh sembang2...hehe
kalau budak melayu reti juga nak berbahasa basi..ngan arab payah skit..
tapi budak arab cumelll...

me to Atiqah:

Hehe..gaya kak long sungguh :)

haway mutasawwil said...

nice2.gane exam?

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Alhamdulillah...Selamat semuanya.
:) result tak tahu la. Kena tunggu final julai 2011 nanti.
Doakan ya.

haway mutasawwil said...

insyaallah...lehnye.star kam