BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 04, 2010

SiNaR's Kitchen Corner : Ayam Halia Ala Misr

Kalau bercakap fasal makanan. Memang sedap bunyinya. Perut pun mula berbunyi menyanyikan irama indah. Tambahan pula jauh dari tanah air. Kalau kepunan kena la masak sendiri. Teringat pula char kuew teow, tapi kali ini Sinar's Kitchen Corner bukan mahu berkongsi cara-cara memasak kuer teow kerana tiada kuew teow yang best di sini. Tunggu Sinar balik Malaysia dulu ya. Cuti hari tu berkali-kali juga masak, tapi terlupa nak bergambar. Hehe.

Ok.. Kawan-kawan pernah makan Ayam Masak Halia? Memang bagus untuk mereka yang sentiasa berangin. Memang membantu sistem badan anda. Orang tua kata, kalau nak buang angin kena makan halia. Sebab tu sekarang produk teh halia banyak di pasaran. Lebih lanjut pasal khasiat halia boleh rujuk sini. Dah baca? Bagus.. Maka mari kita memasak pula.

Resepinya mudah sahaja. Setelah mengalami beberapa evolusi maka terhasillah Ayam Halia Ala Misr hasil gabungan idea Beit Aisyatur Rodhiyah ini. Maklumlah duduk di Mesir ni kena kreatif, bukan semua bahan ada seperti Malaysia.


Nampak macam sup kan, tapi rasanya tak sama...

Bahan-bahannya adalah :

separuh ekor ayam (5-6 ketul ayam)
1 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah (Dihiris halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebatang lobak merah yang dipotong bulat
Daun ketumbar ( dipotong halus)
Tepung jagung
2 cawan air
Garam secukup rasa
Stok ayam jika mahu

Cara memasaknya ialah:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris halus.
  2. Setelah tumisan kelihatan keemasan, masukkan ayam, lobak dan tambahkan air.
  3. Biarkan mendidih barulah dimasukkan tepung jagung (dilarutkan dalam setengah cawan air dahulu). Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.
  4. Apabila kuah kelihatan pekat, masukkan hirisan daun ketumbar sebagai penaik bau dan rasa.
  5. Kacau seketika dan hidangan siap untuk dinikmati bersama 5 ahli rumah yang tercinta. (^_^)
Mudah bukan, sangat 'koboi' rasanya memasak resepi ini. Pandai-pandai la antum ubah ye. Itu sekadar anggaran kasar dan cara santai daripada Sinar. Ok, selamat mencuba semua. Jangan tak cuba. Dah tahu ilmu kena amal (^_^) Selamat memasak!

Oh, lupa. Kalau ada resepi best. Jangan segan untuk kongsi. Nak juga cuba untuk pikat hati orang rumah.

15 comments:

ummujannah said...

Salam,

InsyaAllah boleh cuba ni.

Ermm..tak lama lagi boleh kawen ni dah pandai masak :) saja kaco Sha comel ni :)

Khazinatul_Asrar said...

Wah,sedapnya! Lain kali ana bertandang ke sana, boleh lahhh yaa ^_^

Rindu! ;)

Anonymous said...

waa... kak sha.
nanti datang sini boleh la buat ye ;p
tapi mmg senang n mmg nampak mcam sup.
insyaallah akan try :)

sinar_islami said...

me to Iman Aisyah:

Cuba jangan tak cuba...
Alah akak lagi hebat...
Boleh ye? Hehe doakan ya. Cumel je akak ni..

me to Khazinatul Asrar:

Jemput la datang lagi..tak puas sembang aritu. Lagipun tak sempat masak untuk anti kan.

me to NIA:

Ye Insy..
Haha, ramai sangat chef kat alex. Tak perlu la akak masak.
Ni resepi cepat untuk orang sibuk dan bakal sibuk.. (^_^)

Atiqah said...

sha
resipi ni umi kte sllu wat..ktorg pggl kalo mkn ngn mi pggl mi kuah..sbb ayam halia tu dh cmpur air dh nk mcm sup je..hehe..mmg favourite la..kte igt ayam halia versi goreng upenye ayam halia awk sme ngn kuah 'halia' yg sllu dimsk kat umah kte..hehe....sng je resipi ni kn..

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Masak ni kena kreatif. Asas memasak ni lebih kurang. Lagi2 lauk pauk ni. Ubah2 skit, boleh makan dengan mi makan dengan bihun. Hehe.. no doubt la makanan msia ni pelbagai. Tu yang asyik terkenang makanan je. Oho, teringat ikan patin dan pau kaya yang ummi anti masak.

harlymdono said...

ada petua sikit leh kongsi...masukkan ayam selepas semua bahan rebusan tadi dan sebati dengan kuah...insyaallah rasa ayam tadi tak ilang...ini petua org pattani masak...
then...ayam atau ikan yg beku dalam peti...jangan rendam dgn air...nanti rasa manis hilang...biarkan cair sendiri...

sinar_islami said...

me to harlymdono:

wah orang pndai masak dh dtg. Okeh akan dicuba petua ni. Syukrn abg halim. Tak de resepi tomyam asli dri thailand ke? Kalau ada kongsi. ^_^

saza s said...

salam kak sinar
resepi koboi yang memang sesuai untuk org2 mesir yg koboi2 ni

sbnrnya , ana dtg mesir inilah kali pertama makan char kuew tiow dan ana rasa itulah yang paling sedap pernah jumpa (ana tak pernah makan di malaysia)

jadi ... dtglaa ke rumah kedah di sabiek utk menikmatinya (skrg mugkin tak de sbab kicap manis sudah habis stok)

apapun ... jazakillah untuk perkongsian

pesakit hep A ni kena tunggu lama sikit baru boleh try resepi nih

sinar_islami said...

me to saza s:

Salam :)

Resepi ni pun main campak je.. Hehe kan dah kena tgur ngan abg halim..
Ada rupanya char kuew teow kat sini...Terliur ana... Erm tak sllu sangat gi sana...

Syafakallah ana ucapkan.
Lepas ni kena waspada dan kawal makan. Kebersihan kena perhati..

hood@sunny said...

wah~ sha ngn resepi baru..

^___^

mahu cuba2.. huhu kering idea dah ni ahli bet x leh mkn pedas :D

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

kongsi makan tak boleh, kongsi resepi boleh...
dalam bahasa thailand...
tom = rebus
yam = campur

isi air
rebus...serai,bawang besar,lada kering,tomato,daun limau,halia,lengkuas,bwg putih,lada hitam,ketumbar sampai didih...bau dah sebati...masuk ayam...sayur apa2..ayam dah masak...garam...then, masa hidang daun sup sikit,daun bawang sikit,daun ketumbar sikit, perah limau nipis...
ini cara bujang laki2 la...

ada resepi baru dapat nama tom kha...ni lagi sedap..

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Mana ada barunya hood..
berzaman sudah..
Selagi ade halia hidup, mmg best la memasak ni..
ni gara2 no idea utk menulis..
Idea makan tu ade, so share la..hehe

me to Abdul Halim:

Ye ye...Kongsi resepi.
Dah terbayang2 tomyam best..
Erm, yang halia, bwg, lengkuas tu tumbuk ke?
Koboi2 pun ikhwh mesir mmg terror masak..

Wah,tom kha? apa tu?
Kongsi2..

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

halia,lengkuas,bawang tak yah tumbuk...bwg cuma potong 4, kt mesir pakai halia serbuk pun boleh je,
kat mesir ade lengkuas kering...arab panggil 'kolunggan'...tu kena rendam lama sikit...

tom=rebus
kha=lengkuas
masakn ni leceh sikit...kena bawa buku pelajaran sambil kacau santan...
rebus...lengkuas(lebih),serai,bawang putih(lebih),lada kering,daun limau,asam keping dengan air yg sedikit...suku periuk lebih kurang...rebus lama sampai naik bau lengkuas...masukkn santan...bwg besar belah4...santan mendidih...bau dah sebati...masukkan ayam...ayam dh masak,masuk garam...masa hidang perah limau dan hirisan daun ketumbar...baca doa makan...
insyaallah sedap bangat..

sinar_islami said...

me to Abdul Halim:

Perghh...terbaik (^_^)
Dasyat juga senior2 ana ni..
InsyaAllah akan dicuba.. lengkuas pun ada lgi..