BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 06, 2010

Tariq Bin Ziyad : Menang atau Syahid

Assalamualaikum wbt... Apa khabar iman kalian? Jom bedah buku nak?

Sekali lagi Sinar mahu membawa diri dan pembaca untuk menelusuri sejarah Islam yang wajar kita contohi dan kita aplikasi dalam kehidupan. Kali ini mari kita mengenali salah satu panglima Islam yang telah memainkan peranan besar dalam pembukaan Andalusia dari kezaliman yang membinasakan rakyatnya.

Dan beliau adalah Tariq Bin Ziyad...


"... seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian. "

Tariq Bin Ziyad
670M-720M/75H-125H

Penaklukan bumi Andalusia oleh bangsa Arab berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah semasa di bawah pemerintahan Khalifah Walid Bin Abdul Malik yang memerintah pada 705-715 Masihi bersamaan 86-96 Hijrah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Walid , Musa Bin Nusair dilantik menjadi Khalifah di Afrika Utara. Maka termaktublah kisah apabila Panglima Julian dari Andalusia datang menghadap Musa bin Nusair. Beliau menyatakan tujuan ingin meminta pertolongan daripada Musa bin Nusair untuk menentang Raja Roderiga iaitu raja mereka di Andalusia yang terkenal dengan kekejamannya. Panglima Julian berharap dengan kedatangan Musa bin Nusair dan tentera Islam dapat menegakkan keadilan dan menghapuskan penindasan raja zalim itu terhadap rakyat. Sebenarnya Panglima Julian merupakan seorang gabenor dan beliau berdendam dengan Raja Roderiga dan tentera-tentera Gotik kerana telah memperkosa anaknya Florinda.

Justeru kerana dendamnya itu beliau sanggup memberikan kerjasama dan menyediakan kapal perang kepada tentera Islam ke Andalusia demi menegakkan keadilan dan menghapuskan kekejaman. Setelah bermusyawwarah, Musa bin Nusair melantik Tariq Bin Ziyad sebagai pemimpin angkatan tentera walaupun ditentang oleh beberapa panglima kerana Tariq pernah menjadi berketurunan Barbar. Namun, Musa Bin Nusair bertegas bahawa hanya keimananlah yang menentukan darjat seseorang di sisi Allah. Bahkan beliau yakin dengan sifat zuhud dan kepahlawanan yang dimiliki oleh Tariq, InsyaAllah kemenangan bakal dimiliki.

Tariq Bin Ziyad kemudian berangkat ke Andalusia bersama 12 ribu orang tentera yang sanggup berjihad dan mereka akhirnya selamat tiba. Mereka adalah tentera yang terbaik di kalangan orang Islam kerana ketika pemilihan dibuat Tariq hanya memilih yang tidak pernah tinggal solah fardu dan witir. Layak tak kita agaknya..? :)

Tidak berapa lama mendarat, keberadaan mereka di Andalusia berjaya dihidu oleh konco Raja Roderiga. Lalu berlakulah pertempuran sengit antara tentera Islam dan tentera Gotik. Laungan takbir terus membakar semangat pejuang Islam.

Tambahan lagi, Tariq Bin Ziyad telah membakar kesemua kapal yang mereka gunakan supaya askar-askarnya dapat berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tariq Bin Ziyad mengumpulkan tenteranya di Gibraltar (Jabal Tariq) dan berteriak dengan penuh semangat,


"Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu!".

Makin berkobar-kobar keimanan mereka dan akhirnya tentera Islam berjaya dalam peperangan sengit pada 19 Julai 711 Masihi itu. Raja Roderiga turut terkorban dalam pertempuran tersebut. Tariq Bin Ziyad terus mengukir kejayaan dengan menakluk beberapa kawasan di Andalusia antaranya Cordoba, Malaga, Granada, Toledo dan perkampungan kecil.

Setelah berjaya menakluk beberapa kawasan, Musa bin Nusair bersama askar di bawah pimpinannya tiba untuk bergabung tenaga dengan tentera pimpinan Tariq Bin Ziyad. Mereka bergabung untuk menakluk seluruh Andalusia. Terjadilah satu lagi perempuran sengit di Ecija. Dengan semangat jihad yang tinggi, mereka akhirnya berjaya membina empayar Islam di bumi Andalusia. Aman damailah rakyat dan bebas merdekalah mereka di bawah pimpinan Islam.

Namun hasrat Tariq Bin Ziyad untuk menyebar Islam di Eropah terkubur kerana beliau di panggil pulang ke Damsyik di bawah arahan Khalifah Walid. Tidak lama kemudian beliau meninggal di sana.

Nampaknya masih ada misi untuk kita...

Ermm, hebat bukan panglima kita. Ayuh perbaiki diri, didik iman dan penjarakan nafsu agar Islam terus tersebar di bumi yang kita pijak.

Selamat membaca semua. Beli jangan tak beli kalau belum ada lagi.

13 comments:

doc to be, iA said...

salam,

berkenaan dengan penulis ini... salah satu buku nya ade silap faham ttg sirah... karangannya berkenaan khalid alwalid or umar alkhatab x silap... mintak rujuk balik...

so, sblm nak bace buku yg ditulis ini... elok bace sirah yg mashur dulu supaya tidak terjebak ngan silap faham...

btw... nice sharing

sinar_islami said...

me to doc to be: Rabbuna yusahhil insyaAllah...

InsyaAllah, dibedah kitab2 yg sahih.
Syukran atas nasihat yang diberikan..

Ana sebenarnya tak de koleksi Khulafa Arrasyidin dan shbt muktabar by this author..
Yang ada hanya ini dan Sultan Muhammad Al-Fateh..
:) mgkn saat ni teruja utk kenali sejarah sepanyol dan turki..
Bila dlm bentuk novel ni, enak dibaca.. Cara utk trik remaja..

Incase Doc to be dh tahu tjuk yg mana, sudi2lah kongsikan apa slh fhm yg dimaksudkan, ana pun teringin nak tahu... :)

sila beri tnjuk ajar dlm sirah ya.

AA said...

yea..buku bru yg bakal dimiliki..hehe.
thanks sha for promoted..jom slg promote buku2 yang terbaik utk dimiliki, dibaca, dan dihayati...

sinar_islami said...

me to Atiqah :

Yeap tqah. :) Mari hidupkan budaya membaca. Kalau ada bku best, kongsikan jga tau..

Noor Asyila said...

kak sha! sy suke buku ni~~

sy angkut buku ni dari Malaysia.hehe
curi senanye, buku org lain, sy culik bawak ke Mesir. ;)

haway mutasawwil said...

faris bc buku pasal imam syafei je krgn pak latip n.mnarik2.bersemangat baca.adalah peransang2 dlm tulisan beliau

kak sinar bila mahu mnulis buku?weeee.faris org 1st g beli..-p

sinar_islami said...

me to Noor Asyila:

Ish2.. Kesian tuan buku tu.. Diculik bukunya..
Janji baca, kalau tidak sia2 penculikan dilakukan...hehe

me to faris:

Ana? Belum sampai seru. Hehe..takde orang kot nak publishkan. Cukuplah blogspot sudi terima akak men'conteng'. :)
Faris tu bila? tak pun kita duet la faris.. hehe

haway mutasawwil said...

faris tngu akak publish dl.heee.bduet?idea yg baik.tp faris xlyk kot.ho2

n ado sdikit tjemahan ktb yg frs bg ke kak aritu yg kaler ijau.tp xfull lg org len terjemah n.n link

http://www.4shared.com/document/Xy3DgvTl/01_Muhimmah_1-3.html

sinar_islami said...

me to haway :

layak je tu :) tpi entah bila la kan dapat berduet tu...

Wah, bagus ni... syukran faris. Nanti kalau ade kitab2 best, kongsi ye..

sal said...

semangat perjuangan wira Islam dulu dijadikan contoh tauladan untuk menyemarakkan semangat perjuangan hari ini walaupun berdepan dalam situasi yg berbreza..

Amermeftah said...

Sesuatu yang menarik tentang Maghreb, pada zaman awal pembukaan orang Berber cukup keras menentang Islam. Banyak kali berontok. Cukur keras.

Akhirnya terbukti, cara yang lembut juga yang mencairkan orang Berber.

sinar_islami said...

me to Amermeftah:

Jazakallah Abg Akmal atas nilai tmbh..
Dan Allah jugalah yang membuka hati mereka...

sinar_islami said...

me to sal:

Moga2 begitulah..
Belajar dari sejarah dan cuba aplikasikan...bukan duduk diam dan membatu ~ hehe..baik tak yah baca macam tu~