BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 12, 2011

Dedikasi buat SAHABAT


Hari ini merupakan hari bersejarah buat sahabat saya. Ani nama gelarannya. Walaupun mungkin saya bukan siapa-siapa ( its feel better I feel I'm nobody rather than somebody) tapi kehadiran dia punya makna besar dalam hidup saya. ( Sebak pula tapi saya sungguh gembira kerana dia gembira) (^_^)

Pertemuan saya dengan dia adalah pada tahun 1999. Sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat saya terpaksa pindah ke Perak mengikuti ayah. Keputusan penuh masih belum dikeluarkan. Risau sungguh saya risau dan sedih meninggalkan sekolah lama. Tahun itulah saya dari Utara Malaysia pertama kali menjejaki Perak sebagai budak baru di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh. Berbekal hanya keputusan Bahasa Inggeris yang dikatakan bagus oleh pihak sekolah yang baru, saya dimasukkan ke kelas pertama 5 Kualiti. Di situlah segalanya bermula...

Budak baru sudah sinonim ibarat makhluk asing. Berpuluh mata akan melihat diri ini. Janggal sungguh berada dalam komuniti yang tidak bercakap, hang, hangpa, habaq. Maka saya memilih untuk menjadi seorang yang pendiam. Namun dia dan seorang sahabatnya menegur saya, diajak saya meninjau kawasan sekolah ketika waktu rehat dan kami akhirnya menjadi akrab. Hinggakan kami mempunyai nickname masing-masing. Ani, Kat dan Sha. Maka di situlah sebenarnya lahirnya nama Sha. Bagi saya itulah tanda dan kenangan persahabatan kami. Secara tidak langsung ada juga yang tersalah anggap bahawa saya dan Ani adalah kembar. (^_^) itu menjadikan kami lebih rapat saban hari. Usah dikenangkan saat persekolahan kami, walaupun kami pengawas kami juga berlari-lari seperti anak kecil lain di sekolah itu. ( Saya tersenyum)


Ya kami bertiga ibarat belangkas. Bila mereka terpilih sebagai pengawas saya juga turut terpilih. Aneh sungguh sedangkan saya hanya budak baru. Sungguh Allah itu Maha Besar dan DIA sebenarnya sedang mendidik saya. Saat persahabatan ini bermula sungguh saya rasa akan ada perubahan besar dalam hidup saya. (Sebak)

Apa yang membuatkan saya cukup terharu, KLCC menjadi saksi persahabatan kami bertiga ketika kepulangan saya ke Malaysia baru-baru ini. Walaupun saya tidak dapat bertemu dengan mereka lama. Sepanjang perjalanan pulang saya sebak mengenangkan persahabatan kami. Saya kerap bertemu Ani berbanding Kat. Saya terharu dapat bertemu Kat. Sungguh Allah pelihara dia menjadi muslimah solehah. Sha doa Kat selalu. Hari itu menjadi saksi pertemuan 12 tahun tidak berkumpul bersama. Moga Allah rahmati kalian, sahabatku.

Dengan Ani, sebaik sahaja tamat sekolah rendah, dengan izin Allah kami berdua terpilih ke Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah. Di situlah percambahan cinta saya pada Islam terus mekar. Mempunyai sahabat yang baik membuatkan saya bahagia. Saya makin menghargai apa itu Ukhwah Islamiyah. Saya tidak suka persahabatan biasa-biasa tapi saya mahu yang luar biasa. Di bumi itulah saya temua cinta hakiki, cinta yang takkan saya lupa. Saya makin mengenali apa itu hakikat Iman dan Islam. Saya sangat bersyukur pada Allah kerana menghantar dia untuk mengenali bumi wakafan itu. Tanpa izin-Nya, tanpa dia saya bukanlah saya yang sekarang. Syukur pada Allah. Moga Allah terus pelihara sahabatku dan pelihara diri ini. Sungguh saya lemah tanpa pengawasan dan ihsan Rabbul Izzati.

Sebak... kerana hari ini saya tidak mampu bersama dia secara nyata untuk meraikan hari bahagianya. Apa yang saya mampu bak kata sahabat saya yang turut saya sayang," Berdoalah untuk dia." Dan itulah yang sentiasa saya lakukan sebenarnya.

Buat sahabatku Ani, moga fasa baru yang bakalmu tempuhi menjadikan dirimu wanita yang mulia di sisi Allah, suami, keluarga dan ummah. Moga dirimu tetap teguh dengan panji Allah, menyebar luas kecintaan dan kemurniaan yang Islam bawa. Sebarkan bicara kebenaranmu. Moga hayunan langkahmu sebagai srikandi terus dan terus hingga negeri abadi. Sungguh Sha rindu dan sayang kamu. Uhibbukifillah ya ukhtie.



بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير


(^_^) Moga Allah permudahkan urusanmu.
Moga Allah berkati dan redha-Nya sentiasa bersamamu.

6 comments:

sal said...

sahabAT YANG BAIk adalah hadiah yg berharga buat kita...moga sahabat dan sinar sentiasa sejahtera dan dirahmati Allah selalu hendaknya..

sinar_islami said...

me to ibu sal :

Ameen. Moga Allah berkati kita semua dan ampunkan salah silap kita.
Itulah ibu. Apa2 yang berlaku pada sahabat kita, kita pun terasa juga.
Moga Allah sentiasa beri kita kepuasan hidup dalam redha-NYa

husna said...

Sebak ana baca pos ni..apatah lagi bila ana dengar cerita antum daripada ija sendiri. Kagum dengan persahabatan antum. Ana sendiri macam tidak percaya antum boleh jumpa kembali.

Sungguh susunan Allah sangat hebat.

Menanti kisah ija plak.. :)

sinar_islami said...

me to Husna

Allah sebaik-baik perancang. Moga Allah berkati semua sahabat ana. Masing-masing ada kelebihan :)

Moga Allah rahmati ukhtie selalu...

amy zek said...

salam kak sya~
bukan setakat sebak jer nak nangis teros adlh...
mmg indah jika persahabatan itu kerana ALLAH^^

sinar_islami said...

me to amy zek :

Salam :)
Doakan moga ukhwah islamiyah itulah menjadi kekuatan di antara kita umat Islam. Kalau ikutkan Kak sha sendiri banyak kekurangan. Mengharapkan doa dan bimbingan daripada sahabat2 :)