BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 11, 2011

Tuah di Bumi Mesir : Pulang semula

Pejam celik pejam celik mahu sebulan juga bercuti di Malaysia. Alhamdulillah hari ini Sinar sudah pun berada di meja study yang dirindui. Siapa sangka Mesir tiba-tiba bangkit menuntut hak dan kami pula dinasihatkan pulang. Pasti ada hikmah dan rahmah yang tersembunyi. Alhamdulillah keberadaan di Malaysia dimanfaatkan sebaik mungkin walaupun ada beberapa tempat wajib tidak sempat dikunjungi. Maafkan Sinar kerana tidak dapat tunaikan janji. Jujurnya terselit perasaan resah apabila teringatkan pengajian yang tertangguh. Mengenangkan buku-buku di rak tidak bersentuh menambahkan galau di hati. Nak tak nak, bila dapat arahan kenalah jugalah balik apatah lagi perjuangan belum selesai.

Pintu pagar sekolah setia menanti.

Minggu terakhir di Malaysia berderet kem yang harus Sinar sertai dari Tamrin Perantau, Kem SPIES anjuran Kerajaan Negeri Selangor hinggalah Program Wacana Intelektual aka BTN. Setiap kem ada objektif tersendiri dan insyaAllah banyak pengalaman dan ilmu ditimba. Alhamdulillah setidaknya mendidik Sinar untuk menilai realiti kita. Matang dalam menerima input dan maklumat.

Ketika BTN itulah sudah dimaklumkan kebarangkalian bahawa kami mahasiswa tajaan JPA akan dihantar pulang pada 9, 10 atau 11 Mac. Antara sedih dan gembira menerima berita tersebut. Walauapapun bersyukur kerana ada yang sudi menaja tiket pulang.

Setiap hari juga membuka emel dan menelefon pihak bertanggungjawab. Itupun jenuh digesa Ummi. Sinar bukanlah rajin mana untuk online di Malaysia, apatah lagi apabila tiada perkembangan mengenai tiket tersebut. Mungkin JPA masih dalam peringkat penyusunan. Hinggalah pada waktu tengahari 8hb Mac, barulah tergerak hati untuk melihat emel terkini penghantaran pulang ke Mesir. Bergolak hati apabila mendapat tahu perlu berkumpul di KLIA pada malam itu juga. Maklumlah 'unprepared'. Tepuk dahi kerana barang belum dikemas dan dibeli. Sepantas kilat Ummi pula mengajak keluar. Haha, tapi hati ni sungguh berat mahu meninggalkan Ummi, Lek dan adik-adik.

Sempat lagi menyiapkan jahitan leher dua helai baju yang Ummi jahitkan. Ada juga yang panggil mata lalat tapi kami suka panggil karipap. Sebenarnya beza panggilan berdasarkan berapa lilitan yang dibuat. Bila 3 lilitan namanya mata lalat, bila 5 namanya karipap. Disebabkan kami dari kecil melihatnya macam karipap, kami memanggilnya karipap hingga kini walaupun mengunakan 3 lilitan. Sejak kecil lagi sudah terbiasa dengan jahitan ini. Comel pun comel. Hasilnya, cantik dan selesa dipakai (^_^). Orang sibuk kemas beg, Sinar sibuk menjahit. Oh lupa ada orang panggil 'tikam leher'. Mati mati Sinar ingat orang nak tikam leher. :) rupanya istilah sahaja berbeza.

Kain Cotton jadi pilihan. Selesai sahaja Ummi jahit baju giliran Sinar 'tikam leher'. Lucu pula bila guna ayat ini.

Ummi yang pilih. Terima kasih jahitkan.

Packing... Packing... Yeah! Dapat baju baru!

Pada 9.15 malam kami bergerak ke KLIA. Alhamdulillah Ummi dan Lek pun sudah ke Mesir tempoh hari. Maka tidak perlulah bawa banyak barang ke Mesir. InsyaAllah 20 kg yang dibenarkan oleh JPA memadai untuk penerbangan kali ini. (Ini ayat orang mahu balik lagi. Hehe)
Kalian permata hatiku. Sedihnya nak tinggalkan.
Senyum untuk cover....
Gurau dengan lek, " Siapa ye nak menangis dulu ni?"
Balas lek sambil senyum, " Lek ada dua kesedihan."
Berkaca sudah mata kami.
Speechless...
Terima kasih dan maafkan segala kesalahan Along ya.
Terima kasih JPA dan MAS. Layanan dan makanan BEST!
Cairo Airport sekali lagi kami jejaki. Macam tak percaya.
Zuppp... Sejuk... Inilah angin Mesir yang Sinar suka.
Sabar menanti bas. Apalah agaknya khabar rumah?

Terkejut!

Inilah kerja rumah yang ditinggalkan oleh 'makhluk kasar'

Kesian 'dia' terperangkap sedangkan kami terlepas selama sebulan... (^_^)

.................

Allahuakbar... Setiap yang bernyawa itu pasti mahu mencari jalan keluar bila menghadapi kesulitan... Wallahu'alam

.................

Begitulah coretan tentang cuti-cuti Malaysia -Mesir kali ini.

Doakan yang terbaik untuk kami ya. (^_^)

Salam perjuangan semua.

7 comments:

Khazinatul_Asrar said...

selamat meneruskan perjuangan sha :)
Makhluk kasar dan dia yang dimaksudkan tu siapa ?

mamawana said...

Selamat studi moga terus sukses...

hood@sunny said...

ehem, da ada handbag cik sinar~:P

Doakan ana flight mlm ni..

sinar_islami said...

Khazinatul Asrar :

Selamat meneruskan perjuangan juga.. :) walaupun medan berlainan insyaAllah matlamat akhir kita sama..
Makhluk tu cik T namanya.. dia pun nak merusuh..hehe..

mamawana :

Syukran mama. Doakan Sinar selalu

hood@sunny :

tunggu orang bagi lambat sangat..
sebab dah rasa tua beli sendiri la..huhu

Moga slmt smpi. Dapatlah teman ana kat sini. Aih la sedih pula.

haway mutasawwil said...

jolo dh akak faris jupo ritu.heee

segan nk tego time kat surau tu tkut kak xlayan.wee.

doakan faris juge dpermudahkn blajar

nia said...

salam kakak :D

insyaAllah masih berbaki 2 sebelum ke tanahair kedua ;p

ehmmm, mesir msih sejuk ke anginnya?

sinar_islami said...

me to faris :

Tak aci sungguh akak tak cam faris. Tegur je la lain kali. Akak manusia still berperikemanusiaan. Layan je semua saudara seislam seadanya InsyaAllah. Moga Allah mudahkan urusan faris. Doakan akak juga ya.

me to nia :

Salam insy. Ooo..ni tinggal milah sorang2 kat Mesir la ye. Hehe..
Masih sejuk apatah lagi bumi Alex tu. Best!