BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 10, 2011

Demam Malaysia : Ketidakstabilan Dunia.

Semenjak dua menjak ini makin menjadi-jadi pula sindrom berpantun. Mungkin inilah cara meluahkan apa yang terbuku di hati dan perkara yang menganggu fikiran. Rangkaian ayat dalam pantun yang tidak seberapa mampu membuatkan hati ceria :) InsyaAllah dikongsikan sesi berbalas pantun di Fb bersama junior yang disegani. Abaikan sesetengah pantun yang tidak memenuhi syarat ya.

S:
Malaysia kini apa nak jadi,
kami di sini risau sendiri.
Berita kian menjadi-jadi,
bilakah mahu sedar diri?

Ermmm...
Malaysia, Mesir, Libya, Syria tak stabil belaka. Salah siapa? Inilah ujian buat kita.

A:
Mesir kini apa nk jadi,
Sebelum revolusi takde la cam ni.
Curi-mencuri menjadi-jadi,
Mungkinkah arab akan sedar diri?

S:
Lapang sungguh jelapang padi,
Penat si adik berlari-lari.
Padanlah gempa selalu terjadi,
dek manusia tak sedar diri.

Menongkat daku memegang dahi,
bukan meneka bukan menilik.
Hidayah itu kepunyaan Illahi,
biiznillah yang 'buta' bakal 'celik'.

A:
Gempa bumi membawa tsunami,
bersamanya juga kesan radiasi.
Lupa diri sifat insani,
semoga Allah sentiasa memberkati.

Mencengkam pinggan membengkok tekak,
menilik meneka jadi sempadan.
Adakah kita buta dan pekak?
Kekuasaan pencipta jadikan teladan.

S:
Lemahnya manusia sifat azali,
untuk melihat kuasa Illahi.
Hargailah peluang walau sekali,
Moga kita Allah kasihi.

Biar buta mata, jangan buta hati,
Kalau pun mati, biarlah syurga menanti.

A:
Peluang mendatang akan dihargai,
kasihnya Tuhan jangan dipersiakan.
Kuasa Allah telah terbukti,
Moga Inayah-Nya tidak dilupakan.

Jika celik mata, Harus celik hati,
Indah banyak harta, Perit sungguh mati.
Untuk akhirnya....

Sayang negara mana tidaknya,
itulah tanah besarnya kita.
Kalau rasa sayangkannya,
Ubahlah Malaysia dan diri kita.

Apa yang mampu doa, usaha dan berubah :)

Moga perubahan diri membawa tranformasi pada negara yang lebih Allah redhai. Ameen...

Sekian sahaja(^_^) Mohon maaf atas kekurangan entri kali ini.
Demam berpantun kerana demam Malaysia :)
Mari hidupkan budaya melayu yang indah ini.
Menyampaikan sesuatu dalam bahasa yang cukup indah.
Sedang belajar walaupun tidak sepandai kalian berpantun :)

8 comments:

bintu salra said...

mabruk2! ^_^

sinar_islami said...

Ops! (^_^) Bukan ada apa pun Aina... Main pantun je tu.

saza s said...

salam sejahtera kata diatur
sudah lama tidak terhibur
pantun melayu tak pernah lebur
di hati kita sentiasa subur

sinar islami semakin sibuk
tahun lima seperti menakutkan
tapi laman blog tak pernah berhabuk
sempat juga berpuisi sakan

kalau berpantun haruslah ingat
cantik bahasa indah tersurat
tapi biarlah terkandung hikmat
agar semuanya beroleh berkat

rangkap terkahir jadikanlah pantun
nampak macam sedikit tergantung
sambil menulis menghulur santun
agar tiada yang terus murung

salam ziarah ~

sinar_islami said...

Ahlan Saza. Berbakat juga ya. Boleh gilap lagi ni...

Sudah berlari berhenti rehat,
Berdiri di tebing terasa gayat.
Pantun melayu, kaya nasihat,
buat pedoman sepanjang hayat.

Hidup di dunia untuk berkhidmat,
kerana hidup akan tamat.
Sinar Islami sedia berkhidmat,
kerana akhirat itu matlamat.

Hadirnya duka berselang tawa,
Blog di'update' hati gembira.
Meluah rasa, mengubat jiwa,
Bukanlah semata penglipur lara.

Kalau terkurang itulah hamba,
kalau tersalah itulah manusia.
Sinar Islami masih mencuba,
agar peringatan tidak sia-sia.

(^_^) Moga Allah berkati kita semua. Ameen

haway mutasawwil said...

slm.lame xziarah.hee.ade fb dah ke kak?gane faris xtaw?heee.nk add

sinar_islami said...

me to faris :

Hehe :) Dah ada. Camna nak add tu? Biasa2 je. Nak trace balik kawan2 lama. Moga dapat kebaikan di situ pula.

haway mutasawwil said...
This comment has been removed by the author.
haway mutasawwil said...

da add dh akak.hee