BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 25, 2013

Catatan Dr : Bermulalah alam kerjaya..

Sekali lagi saya berubah fasa kehidupan. Yang ditunggu akhirnya tiba. Selesai fasa bergelar pelajar, kini tiba masanya menjadi penjawat awam.

Sebagai memenuhi syarat perkhidmatan di perkhidmatan awam, kami perlu menghadiri Program transformasi Minda (PTM). Alhamdulillah selesai berkursus selama 5 hari di Hotel Crystal Crown Harbour View Klang dari 19-23 Ogos. Nuha pun diterbangkan pertama kali ke Selangor. Rasa janggal musafir tanpa suami ketika Nuha ada. Pastilah lebih seronok kalau Papanya ada. 

Rakan seperjuangan, berbeza kaum dan juga hospital.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Ummi dan adik-adik berjaya melatih Nuha menggunakan botol susu ketika mengasuhnya. Bukan mudah rupanya mengawal emosi ketika berjauhan dengan anak. Risau memanjang. Alhamdulillah sokongan daripada suami dan keluarga membuatkan saya lebih tenang.

Nuha asyik bercerita.. Terpesona Bunda dengan gelagatnya. Mana tak berat hati ini..
Selesai sahaja PTM, hati ini tak sabar bertemu Nuha dan Papanya. Namun hati juga sudah mula berdebar tapi masih dapat dikawal. Sebaik sahaja pulang, Teruja melihat Nuha masih gembira dan baik baik sahaja di bawah jagaan Ummi dan adik-adik. Besar sungguh jasa mereka. 'Terima kasih. Sungguh Along sayang kalian.' Malam 23hb itu juga saya dan Nuha terbang ke Terengganu. Walaupun masih tidak puas bermanja dengan Ummi, tak sabar juga mahu bertemu 'separuh diri saya' di Marang. Alangkah terkejutnya saya apabila kepulangan saya di sambut oleh sejambak bunga. Terharu dan gembira tak terkata. 'Jazakallahu kheir Abu Nuha. You are so adorable.'

Hari ini pula saya selesai mendaftarkan diri di hospital dan Alhamdulillah masih berpeluang untuk pulang lebih awal. Inilah juga pertama kali Nuha bersama pengasuh. Nuha pun sudah pandai bawa diri memandang ketika PTM, Nuha sudah dijaga oleh keluarga saya. Mulai minggu depan jadual akan lebih padat. Apapun minggu ini kami akan sibuk menyesuaikan diri dengan sistem kerja yang sememangnya sangat baru dengan kami. Doakan semuanya berjalan lancar dan saya mudah 'adapt' dengan alam kerjaya ini. 

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah!. Selamat melangkah ke alam pekerjaan yang kian mencabar. Jangan lupa pula kawan2 yang masih lagi berjuang di bumi ambiya'. Sama2 doakan mereka gar selamat menghadapi ujian kehidupan dan peperiksaan.

sinar_islami said...

Syukran :) Terus mendoakan kami. Moga redha Allah bersama kita semua.