BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 07, 2015

G2P1 at 36 weeks : a break of muhasabah

...Allah is always with us...

Syukur wal hamdulillah... Sudah 36 minggu membawa insan kecil bersama diri. Tak sepi menemani hari-hari sebagai seorang ibu kepada  Kak Longnya, Nuha, isteri pada suami tercinta serta penjawat awam kepada rakyat Terengganu. Pejam celik pejam celik 36 minggu berlalu. (^_^) proudly to be gravida 2 para 1, and praying everything gonna be well till deliver.

Bukan senang.. Walaupun frasanya negatif, itulah hakikatnya..

Memang mudah bergelar seorang ibu, tetapi memenuhi ciri-ciri ibu mithali itu memerlukan mujahadah yang tinggi. Perlu kesabaran yang tiada tara. Anak kecil semenangnya belum lagi mampu memahami dan menyelami erti sabar biarpun pandai mengajuk ' sabar.. Sabar' dengan ayunan tangan comel mereka. Namun dengan kecomelan merekalah membuatkan kita terasa bodoh melayan amarah atau kehendak kita semata๐Ÿ˜…

Dulu surirumah, sekarang..

Kali ini cabaran mengandung bertukar 360 darjah, kalau dulu sibuknya menyiapkan urusan rumah, sekarang hospital pula menjadi tempat utama beraksi. Kaki ini menjadi saksi hingga penghujung hari mulalah bengkak munculkan diri. Apabila siang sudah beranjak malam, Nuha sudah pun syahid setelah 'penat' menunggu Papa dan Bundanya muncul. Itulah pengorbanan seorang anak doktor yang tidak mungkin difahami oleh mereka yang sekadar melihat dari 'tepi'. Nuha telah secara tidak langsung berkongsi dan meminjamkan kedua orang tuanya kepada masyarakat yang punya pelbagai persepsi terhadap bidang kedoktoran hari ini.

Akhirnya terkena juga..

Sudah lama saya bermujahadah untuk membawa kereta apatah lagi apabila postnight shift and postcall, berapa kali terlelap, pernah sekali ditahan polis. Lucu tapi berbahaya. Akhirnya dalam keadaan segar, masih diawal pagi.. Saya memandu ke hospital, hari ini dalam sejarah kemalangan berlalu. Sungguh tidak berbau. Nah, kerja Tuhan siapa tahu. Muhasabah saya sejenak. Masih diberi umur, di'tampar' sedikit oleh Allah, tidak lama lagi bertambah lagi amanah Allah, taubat sudahkah? Doa maksimakah? Memaafkan sudahkah? Terasa banyak perkara pula yang belum selesai..

Sungguh detik 36 minggu ini muhasabah untuk saya. Bila bila saya anakanda kedua muncul. Doakan kelahirannya lancar, tiada lagi komplikasi.. Pada yang mengenali, halalkan makan minum dan maafkan salah silap saya ya. Moga redhaNya selalu bersama kita semua..


0 comments: