BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 18, 2017

Balik Kampung Paling Eksklusif, Syukurillah!

๐ŸŽถOoo, balik kampung..
Ooo, balik kampung..
Hari girang ๐ŸŽถ

Nuha riang ria, tak putus putus tanya bila mahu sampai ke rumah Tokki di Terengganu.

Nah, bukan mudah Tawau-KL-Terengganu. Bajet sahaja sudah besar kalau mahu dibiaya sendiri saat lebaran ini.๐Ÿ˜ Tidak hairan ada kenalan kami yang terpaksa beraya di rantauan, bukan mereka tidak mahu pulang, tapi bajetnya teramat tinggi.

Syukur ada warrant!

Boleh tahan juga penat. 

Nak dijadikan cerita, hampir dua tahun kami di Tawau. Kalau dapat balik raya, memang wow sangat. Sujud syukur. Almaklum, walau kita satu Malaysia, terpisah dek lautan. Terasa juga ala ala oversea gitu.

Alhamdulillah, sebagai penjawat awam, kami disediakan peluang balik ke kampung setahun sekali dengan bajet yang disediakan. Boleh dikatakan first class.

Keistimewaan itu membolehkan kami memilih tarikh untuk perjalanan ke wilayah asal. Kebanyakan memilih hari perayaan mengikut agama masing-masing. Kalau diberi izin bercuti, maka untunglah.

Apa yang bestnya dengan warrant?

Warrant di sini adalah tiket istimewa. Diberikan tempat duduk first class atau hot seat. Boleh masuk awal. Bagasi semaksima yang ada, kalau AirAsia sampai 40kg. Makanan wajib disediakan sebaik mungkin.

Jadi itulah kenikmatan anak rantau pulang ke kampung halaman.

Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua merasa, diberi 4 kerusi paling hadapan, wah Iman pun dilayan ibarat sudah 2 tahun. Kami diberi juga makanan(ops walaupun bulan puasa kan). Makanan kita tapau, anak-anak sahaja boleh menjamu selera dahulu.

Cuma kali ini dapat rezeki pindah, jadi tiket warrant ini yang terakhir untuk kami nikmati untuk fasa ini. Nah sudah pasti bagasi memang kami cuba ambil semaksima yang mungkin. 4 orang, 160kg jadinya.

Syukur, walaupun anak-anak berkarenah dan sedikit ujian di KLIA, kami berjaya juga harungi.

Alhamdulillah kehadiran Ummi dan Lek saya di KLIA sangat membantu. Staff KLIA juga cepat mengambil tindakan untuk membantu kami. Cemas juga kami sebab mengejar masakan..

Di Terengganu pula kami disambut oleh Ibu dan Abah. Penuh Hilux dengan barangan kami. 9 bagasi dan 3 kotak, bergegar tulang 4 kerat gara-gara seminggu urus rumah dan barang pindah.

Alhamdulillah, fasa baru akan bermula tidak lama lagi.

Kepulangan ke kampung dengan perancangan Allah yang baru.

Terima kasih semua.
Doakan kelancaran urusan seterusnya.

Salam Lebaran. Salam Aidilfitri , maaf zahir dan batin.

Saturday, March 04, 2017

๐Ÿ‘ถ๐Ÿผ๐Ÿ‘ง๐ŸปAnak Cerminan Kita๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป๐Ÿ‘จ๐Ÿป

...Allah is alwayz with us...

Anak ini anugerah. Namun anugerah yang penuh cabaran dan ujian.

Waktu berdua, kita teringin anak. Kita pun seronok tengok gelagat anak kecil. Sebenarnya waktu happy, waktu sedih, waktu sakit hanya mak ayahnya yang tahu ragam anaknya.

Nah.. Allah beri anak pertama, seronok tak terkata. Diberi penuh kasih sayang. Masuk anak kedua ketiga, sudah pelbagai ragam. Mak ayah kena kuat kerana memang mencabar emosi sendiri๐Ÿ˜‰

Orang luar sekilas pandang hanya ukur pada luaran. Comelnya anak! Muka siapa ni? Debabnya! Kurusnya! Juruhnya! Nakalnya!

Kekadang kita suka kekadang terguris hati pula.

๐Ÿ˜luaran belaka. Jangan riak, jangan sedih. Telan sahaja kata orang.

Kekadang sebagai ibubapa waktu anak-anak kelihatan comel buat kebaikan kita duk puji atau monolog hati.

'Anak aku la tu'

Kalau dia buat perangai? Hehe dua dua tak mengaku.

Nah.. muhasabah. Moga moga kita dapat mencorak mereka sebaik mungkin. Anak buat perangai, kita muhasabah, apa la salah aku hari ni. Istighfar. Then baru kita tengok pengaruh environment luar.

But no no, jangan tengok anak orang kita judge pula ye.. Jaga keluarga kita baik baik. Keluarga orang ada batas dia.

Ada anak lelaki, kena jadikan dia seakan-akan panglima agama. Nah si ayah kena perkuat pegangan agama, masjid diusahakan jejak, Al-Quran diusahakan baca, masa diluangkan bersama anak dan isteri tercinta. Sekuat mana ayah kerja tak mampu beli masa lalu pun kan.

Ada anak perempuan, kena jadikan dia seakan-akan ibu untuk ummah. Nah si ibu terapkan kasih sayang, ubudiyah pada Allah, kena jaga aurat, jaga suara dan tingkah, terangkan batas pergaulan dan kebersihan diutamakan.

Anak kecil ni memang banyak tanya. Pening juga kita nak menjawab sesuai dengan usianya.

Nuha pernah tanya
'Bunda, kenapa mama dia tak pakai tudung tapi anak dia pakai?'

Nah.. Sudah! Nak jawab apa?

Makin berkembang zuriat kita makin banyak persoalan daripada mereka dan ujian daripadaNya.

Maka yang single perkuatkan hubungan dengan yang Esa sambil doakan kawan yang dah berumahtangga.

Yang dah berkahwin doakan yang single diberi masa yang terbaik.

Nak kata, happy kan diri sebab apapun status kita akhirnya persoalan akhirnya dengan Allah jua..

Adakah kamu orang paling beriman dan sabar?

#CatatanBundaNuha

Monday, January 09, 2017

JANGAN SAMPAI UMMI LEK TIADA



๐Ÿ˜ข sedih, sunyi... lalu bilik Ummi Lek tidur semalam. Tiada orang..

Sunyi sepi rumah, apatah lagi anak-anak tidur.

Tu baru Ummi Lek dan adik-adik pulang dari bercuti di rumah kami..

Kalau lek ummi betul betul tiada apa perasaannya..
.
.

๐Ÿ˜ฅ pasti pasti sangat sedih..
-----------------------------------------

-Pemberian kasih sayang-

'Nah Along ambil ni' beberapa helaian dihulurkan..

'Eh Lek takpe, tak yah. Along ada.'

'Takpe Along guna untuk makan-makan kami di sini.'

Ya Allah telitinya Lek. Nak menangis saya. Sebab apa, sebab saya tahu susahnya cari duit. Mungkin Lek pun tahu cabaran zaman berkeluarga. Apatah lagi, bukan senang nak bagi kesenangan yang kita ada pada orang.

Disebabkan itu saya mengingatkan adik-adik saya tentang peluang yang hanya ada sekali..

Kita mungkin rasa selesa sebab Ummi Lek kita ada. Mereka tak biarkan pun kita kelaparan, pakai baju compang camping sebab diorang usaha untuk selesa. Benda yang kurang penting pun diorang tolong belikan.

Jadi, selagi masih bujang. Ada masa, tolonglah mereka dari sisi yang tak perlu keluarkan modal.. Tak pula mak ayah suruh kita kerja selagi belum sampai masa..

Ribu raban dah habis untuk kita..
Mungkin adik-adik bongsu saya tak sempat pun bagi duit pada Ummi ke Lek nanti, jadi berkhidmatlah di masa sekarang tanpa berkira. Sebab kita tak tahu juga amal mana yang dikira masuk syurga.

Sebelum terlewat.. Lakukan sesuatu yang kamu rasa Ummi Lek suka walaupun sekejap.

Nanti kita dah ada anak, tahulah macam mana suka duka menjadi isteri dan ibu. ๐Ÿ˜‚ anak mencebek kita kena juga senyum, anak senyum kitalah yang senyum sampai ke telinga..

Rahim Ummi kita masih berbekas..

Maaf, Along memang emo sikit kan.. ๐Ÿ™ˆ

Saturday, December 31, 2016

Gaji ibarat pungguk rindukan bulan

...Allah is alwayz with us...

๐Ÿ˜”Gaji ibarat pungguk rindukan bulan..๐Ÿ˜ถ

Nikmat mendapat gaji, hanya Allah yang tahu..

Semua orang ternanti hari gaji kan, lain daripada orang bekerja sendiri. Leganya hati sebab boleh bayar itu ini..

Kalaulah gaji lambat masuk? Allah Allah pedih pilu hati..

Masih teringat kisah tadi..

Sedang saya menanti giliran di atm Maybank,
Hati tertarik melihat pak guard dan pasangan cina yang sedang membantunya di mesin ATM sebelah kiri saya.

'Macam mana ya mahu tengok baki dan keluarkan duit?' Tanga pakguard yang sedikit berusia.

'Begini pakcik...' bantu pasangan cina. Hingga ke password diajarkan tekan..

Pak guard kelihatan kecewa, baki tertera dalam Rm 20.

'Pakcik mahu keluarkan ka?' Tanya anak muda tersebut.

'Belum masuk lagi wangnya, tidak boleh juga bawa keluar kalau Rm 20 sahaja.' Dia pun berlalu pergi dengan kadnya. Tersipu sipu malu dirinya...

Allah, Allah pastinya pakcik menyembunyikan rasa kecewa kerana belum lagi masanya menerima hasil bekerja.

Saya segera keluarkan amount yang saya hajatkan dan mencari kelibat pakcik, namun hilang disebalik lorong bangunan. Kelibatnya tidak kelihatan.

Kami pun pulang, tapi masih berbekas di hati.

Ketika kita rasa tidak cukup dengan duit yang kita ada, ada lagi yang susah dan lebih memerlukan.

Saya berdoa majikannya atau sesiapa sahaja masukkan wangnya tepat pada masa.

Hati dihiris sembilu melihat pakcik. Mungkin sahaja pakcik perlukan wang segera, mungkin sahaja keluarganya dalam kesulitan, dan segala kemungkinan yang memerlukan wang..

Mencabarnya hidup di zaman ini..
Segalanya perlukan wang..๐Ÿ˜‚

Saya salute pakcik,  biarlah kerja guard asalkan wang dapat melalui jalan yang halal..

Ya Rahman, Ya Rahim, jangan kau sempitkan kami dengan harta dunia, lapangkan hati dengan nikmat imanMu, kurniakanlah rezeki dari arah yang tidak disangka dan jadikanlah kami hamba yang bersyukur. ๐Ÿ˜ญ

Ameen..

#catatansinarislami

Wednesday, December 21, 2016

Perantau Di Sabah

Setahun di Sabah,
Sejuta Rasa, Sesegar Cinta

Bah.. Dari mana mahu pula?
Setahun sudah tidak bercerita. ๐Ÿ˜‰
Alhamdulillah, masih dikurniakan masa untuk hidup di bumi pinjaman ini.

Masih bekerja sebagai penjawat awam. Dari Hospital Tawau sudah bertukar pula ke klinik kesihatan.

Sudah beranak dua. Nuha dan Iman Alhamdulillah, aktif, cergas dan cerdas. Kehadiran mereka sangat menguji emosi dan stamina ๐Ÿ™ˆ Alhamdulillah setakat ni berjaya menyediakan juadah sarapan, lunch dan dinner buat keluarga. Saya amat teruja.

Hobi masih tak berubah, suka menulis jadi aktif di fb. Suka menangkap gambar jadi aktif di fb dan instagram. Suka melancong, masih lakikan bila ada masa dan rezeki. Suka kecantikan dan kesihatan, maka shaklee jadi pilihan.

Impian, nak menunaikan haji, pergi umrah, bercuti bersama keluarga ke beberapa negara seperti Indonesia (Bandung) , Britain, Turki, Mesir, Jepun. Kenapa? Sebab ada keterikatan jiwa dengan negara-negara tersebut. Maka tersangat suka nak berniaga untuk menjana pendapatan untuk melakukan semua aktiviti. Jadi doakan saya bertemu dan konsisten dengan perniagaan ya. Doakan semua berjalan lancar dan rezeki saya melimpah ruah.

Perancangan, mahu berpindah ke semenanjung, sambung belajar. Tolong doakan ya.

Sunday, February 14, 2016

Air Mata Bunda

Air mata Bunda

Anak di mata Bunda, ibarat permata. 
Pasti ada air mata yang mengiringi pembentukannya

Air mata tawa

Teringat pertama kali mendapat cahaya mata, gembira tak terkata hingga air mata kesyukuran mengalir tanpa sengaja. Melihat redup mata Papa, kesakitan dan kepahitan dari komplikasi bersalin biasa yang ditakdirkan terasa ringan, walaupun masih ada kesan di hati dan fizikal ini.

Air mata panahan kasih

Mengharungi detik-detik pantang pertama, berambu air mata, Nuha yang tercinta asyik menangis hingga terpaksa berjaga malam, Bunda pula masih lagi trauma dan untuk bertukar posisi sungguh payah sekali. Setiap kali terjaga, perlu bergerak mendekati si kecil, menangis Bunda terasa tidak berdaya, tapi digagahkan jua melihat dirimu lagi tak berupaya, malah tidak tahu apa apa. Papa memberi semangat, hinggalah satu ketika barulah tahu helah si kecil, awalnya kami tempatkan di katil berbeza, mana tidaknya menangis. Justeru tahulah kami tidur mahu ditemani rapat, mahu kehangatan Bunda dan Papa.

Anak kedua, alhamdulillah.. Si kecil tidak banyak ragamnya cuma kisah masih milik Nuha. Nuha terbukti tahu statusnya, sudah pandai beradik-adik, tahu cakna dan pandai bawa diri. Cabarannya Nuha pula yang meragam apabila tiba waktu malam atau mengantuk. Dia sudah biasa disusukan dan dimanjakan, kini Bunda pula beralih perhatian. Susu badan sudah pastinya tidak boleh diberikan, hak adik bertukar tangan. Sedih Bunda apabila Nuha tak putus putus merengek minta disusukan, menangisnya Nuha bukan kepalang, hinggalah Bunda akhirnya menangis dan terpaksa mengeraskan hati, aduh pedihnya hanya Bunda yang tahu..

Air mata kecewa

Melihat Nuha membesar, banyak yang kami belajar, Allah banyak membentukmu menjadi anak cerdas dan cergas serta mendidik kami untuk lebih sabar dan perbaiki seni keibubapaan.

Diawalnya Nuha tidak banyak kerenah, senang mengikut kata, tidak mudah 'tantrum'. Beranjak usia setahun setengah, Nuha sudah pandai merajuk dan menunjukkan ketidaksetujuan. Apabila dimuhasabah, terlepas juga suara tinggi kepadanya. Terasa sungguh kebodohan orang tua. Bukan sengaja, apabila penat bercampur kecewa itulah yang terjadi. Kenapa kecewa, kerana mengharapkan anak menjadi begini dan begini, apabila tidak seperti diharapkan mulalah kita terasa hati, terlepas dengan suara tinggi, si anak di marahi. Sebaik sahaja terlepas suara tinggi, Bunda pula menangis sekuat hati, kecewa dengan diri sendiri kerana berasa hati dengan anak kecil sendiri, dan gagal mengawal diri untuk membentuk anak yang diharapkan. Justeru setiap kali, saya berusaha mendidik diri untuk terlebih menjadi apa yang diharapkan sebelum mengharapkan anak menjadi sebegitu dan sebegitu.

Air mata keinsafan

Menjadi Bunda, bukanlah senang.. Dengan tugas terhadap masyarakat bukan sekali dua Bunda terasa anak Bunda terkena tempiasnya. Kurang masa bersama, kurang pehatian dan kurang kasih sayang. Tiada yang faham melainkan dirimu wahai anak yang merasai. Dirimu sudah banyak berkorban kerana berorang tuakan kami pegawai perubatan.  Justeru Bunda sungguh terasa jika tidak mampu mengembirakanmu dengan keterbatasan waktu. Disebabkan itu, tangisanmu sebolehnya tidak mahu Bunda dengari, biarlah tawamu mengubat lelah diri. Mendengar suara lunakmu mengatakan ' Sayangggg Bunda, sayanggg Papa' sudah cukup membuatkan kami lega, kerana kehadiran kami ada juga bekas di hatimu.. Setidaknya kasih sayang kami mengalir padamu. 

Housemenship zaman kita semua

...Allah is alwayz with us...



Dr : Housemenship zaman kita semua. 

Zaman lalu kalau dikenang, memang ada masam manisnya. Namun Alhamdulillah mampu mengurut dada, melepas lelah sebatuk dua sambil mengesat air mata kerana berjaya melalui zaman itu. Antara zaman kritikal dalam mengejar cita-cita adalah zaman bergelar houseman. Fuh.. Jangan dikata, nak menangis sepanjang masa tapi kena la tunjuk kuat juga ๐Ÿ˜ 

Apa yang kita rasa, kadangkala tak semua mampu diluah. Yang negatif terutamanya.. Biarlah disimpan sebanyak mungkin. Kalau dikongsi jadi aura negatif la pula. Habis yang asalnya  gembira dan semangat jadi down, sedih dan bermuram duja.

Apapun untuk 'survive' ada beberapa tips untuk mengurangkan stress di zaman ho ini. Jangan kata tidak stress.. Memang stress ye.. ๐Ÿ˜‚ 

1. Pilih kediaman yang kondusif 
- rumah/bilik sewa kena kemas
- baju kena basuh dan lipat , angan tangguh lebih dari 2 hari. Hari-hari basuh lagi baik. Kuman hospital ni boleh tahan aggrasivenya.
- balik kerja penat, biarlah pemandangan dalam rumah itu bertepatan dengan pepatah rumahku syurgaku. Allah kan suka bersih.

2. Pilih ahli rumah yang positif atau tinggal dengan keluarga yang memahami
- mampu membantu sekiranya susah
- ada pendengar untuk kita luah perasaan dan kongsi suka duka

3. Datang kerja, betulkan niat.
- pergi awal pagi dan review patient sebaik mungkin (usaha untuk tahu sejarah pesakit by heart)
- pulang tepat masa kalau sudah habis kerja (susah sebenarnya hehe). Kalau belum siap tengok rasional ke tidak nak passover. Patient kritikal yang perlu pemerhatian jangan lupa ingatkan kawan shif seterusnya.
- anggap patient macam keluarga
- selalu offer untuk bantu mo/collegue terutama ketika prosedur sebab bukan semuanya kita selalu buat
- bunuh persepsi orang kata makan gaji buta. So kerja sebaik mungkin. Maka kata-kata mereka  menjadi fitnah sama sekali. Relaks, dosa masing-masingkan.. Pahala pun. So jom  kita hias kubur sendiri dengan amalan.
- moship nanti memerlukan pengalaman hoship kita terdahulu. Tidak wujud orang dewasa melainkan menjadi bayi diawalnya. So chill ya! Pakar ke mo ke dia pun ho dulu. Pernah buat silap. Apapun hormat orang atasan, sayangilah kawan dan orang bawahan ๐Ÿ˜‰

4.Allocate cuti untuk hargai diri
- sekurang-kurangnya biarlah sebulan  sekali ada percutian. Nak jimat dalam negeri, ada rezeki lebih ke luar negara. Hehe ada lebih duit, yang solo ajak mak ayah sekali. 
- yang bekeluarga lagilah kena pergi bercuti. InsyaAllah ada moment yang boleh dikenangkan nanti.

5. Menangislah bila perlu
- tanda hati hidup
- mengingatkan kita pada Pencipta
- selingkan doa, insyaAllah makbul. Hehe lagi lagi ketika ada orang khianati kita. Faham faham je la kerja dengan pelbagai ragam ni. Kadangkala kita dikambing hitamkan.

Biarlah 5 sahaja dulu. Rasanya zaman mo pun ada suka dukanya. Lain jabatan lain peratus stressnya. So hormat collegue di jabatan lain ya. Jadi orang rendah diri tapi tinggi ilmu di hati.

Thursday, December 24, 2015

Sabah, dunia baru... Cabaran baru..

Rezeki anak, pengorbannya juga

Alhamdulillah.. Bakal bertugas Isnin ini secara rasmi di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tawau Sabah. Doakan terus bertabah dan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin.

Entah apa cabarannya. Debar juga. Nuha semakin besar, semakin mencabar untuk ditinggalkan. Ada sahaja pertanyaannya, hinggakan pernah berkata,
'Nuha pun nak gi kerja jugak!'

Agaknya dia pun tahu masa Bundanya dihabiskan di tempat kerja.

Itulah perjuangan dan pengorbanan jiwa si kecil beribubapakan doktor yang dicacihina media. Huh.

Perjuangan! Terus, jangan pandang belakang.

Rumah sewa pertama

Ha.. Ini jugalah pertama kali hidup dalam nukleus kecil sendiri. Masih membuat senarai dan merangka undang-undang hidup rumah.

Banyak juga harus difikirkan. Ummi, Ibu, Lek dan Abah tidak putus-putus memesan dan mengingatkan keperluan yang harus dibeli. Namun, disebabkan kekangan bajet yang terhad, kami harus membeli secara berkala dan memilih yang utama. Alhamdulillah 'rumah kecil' kami makin berfungsi. Yang penting saya perlu 'organise' dan memastikan kekemasan rumah terpelihara. Haha hanya adik-beradikku tahu spesis apakah diri ini. Salah channel, sampai batas, boleh meletus juga.

Hanya Dia hidupkan segalanya

Moga Dia terus memandangku dengan kasih sayangNya. ๐Ÿ˜Ž Yang di Atas memerhati, yang di bawah ini hanya hamba. Lemah serba serbi. Tapi aku akan terus belajar dari alam yang misteri ini. ๐Ÿ˜‚

Monday, November 23, 2015

Zero to Hero.. Ho to Mo

Setiap perkara, bermula dari titik pertama. Begitulah hidup. Dari tiada kepada ada. Alhamdulillah setelah dua tahun bergelar Ho, kini selangkah lagi ke alam misteri, penuh tanggungjawab dan soal jawab. Mendebarkan... Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat intelek yang kian banyak rujukannya. Itu tandanya, perlu lagi pembacaan dan tambah pengalaman.

Belajar dan belajar .. 

Dulu rasa jangkal melangkah ke alam kerjaya. Hari demi hari, Alhamdulillah ada sahaja perkara baru yang dipelajari.  Terima kasih pada senior , Mo dan pakar yang disegani. Tak lokek ilmu dan  didikan setiap hari.

Tahan sahaja, masam manis itu ada

Kena marah, perli benda biasa dalam hiraki perkerjaan.  Perkara biasa yang harus dikikis sebenarnya kerana itu bukanlah cerminan Muslim. Saya sendiri takut melihat fenomena yang ada. Boleh jadi tabiat ini menjadi ikutan tanpa sedari. Nauzubillah. Moga dijauhi. Memilih khudwah dalam pekerjaan  itu perlu. Apapun perlu memilih dengan  mata hati dan iman sebagai asas diri. Ya, bukan mudah menjadi ikan di laut masin. Kekal enak isinya, tidak masin dipengaruhi air yang didiaminya.

Keluarga, jasa dan pengorbanan

Bukanlah saya seorang sahaja yang menempuh alam ini. Apabila memilih bidang kedoktoran, keluarga anda juga terjebak di alam sama. Apatah lagi yang sudah bersuami dan memiliki anak. Merekalah yang banyak berkorban. Ketika kerja shift malam,  si suami terpaksa berjaga malam. Ketika shift petang, si anak bertanya-tanya di mana ibunya, sedangkan anak kecil lain riang ria di taman permainan.

Zero to hero... Ya ayat mudah untuk dituturkan tapi penuh ranjau untuk dilaksanakan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Melihat kedua anak kecil yang ada, terasa luka yang dalam sukar diubati.. Sukar memahamkan mereka yang tidak mengetahui. Apapun terus.. dan terus melangkah.

Monday, June 29, 2015

29 Jun; Hari Bapaku dan Anakku, dalam sejarah!

...Allah is alwayz with us...

Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Begitulah.. Dia Pencipta dan penuh kesempurnaan. Alhamdulillah dengan berkat dan ihsannya jua dapatlah saya menempuh kandungan kedua ini yang sudah berusia 39 minggu hari ini.

29 Jun bukanlah calang-calang hari. Hari ini pada tahun 1961 lahirlah walidku, tanpa beliau mustahil wujudnya saya. Sanah helwah ya abi, ya walidi, ya ra-iisi, ya habibi... Alhamdulillah, bertemu ummi, dengan izinNya lahir pula saya ke ardullah ini.

Hari ini 29 Jun, saya pula bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua. Sudah pun berada di hospital, menanti giliran dioperasi . InsyaAllah giliran yang ketiga. Subhanallah berdebar tak usah di kata. Bercampur baur perasaan. Cuma satu diharapkan, Allah memudahkan urusan saya, mengampunkan dosa-dosa saya, memudahkan urusan doktor dan mengampunkan dosanya juga. Moga moga rahmatNya mencucuri proses kelahiran nanti ๐Ÿ˜‚ tersangat berharap dijauhkan dari sebarang komplikasi.

Justeru di saat-saat akhir ini. Saya, ingin memohon jutaan maaf pada mereka yang mengenali, terguris hati samada sedar atau tanpa saya sedari. Maafkanlah jiwa yang lemah ini. Doakan keselamatan saya dan bayi yang bakal dilahirkan ini. Doakan kami selamat dan kami suami isteri terus diberi petunjuk untuk mendidik anak-anak kami dengan cahaya Illahi. Mohon ya doakan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat kami☺️ Uhibbukumfillah

Salam sayang dari PRIBA, HSNZ ๐ŸŒท

Sunday, June 07, 2015

G2P1 at 36 weeks : a break of muhasabah

...Allah is always with us...

Syukur wal hamdulillah... Sudah 36 minggu membawa insan kecil bersama diri. Tak sepi menemani hari-hari sebagai seorang ibu kepada  Kak Longnya, Nuha, isteri pada suami tercinta serta penjawat awam kepada rakyat Terengganu. Pejam celik pejam celik 36 minggu berlalu. (^_^) proudly to be gravida 2 para 1, and praying everything gonna be well till deliver.

Bukan senang.. Walaupun frasanya negatif, itulah hakikatnya..

Memang mudah bergelar seorang ibu, tetapi memenuhi ciri-ciri ibu mithali itu memerlukan mujahadah yang tinggi. Perlu kesabaran yang tiada tara. Anak kecil semenangnya belum lagi mampu memahami dan menyelami erti sabar biarpun pandai mengajuk ' sabar.. Sabar' dengan ayunan tangan comel mereka. Namun dengan kecomelan merekalah membuatkan kita terasa bodoh melayan amarah atau kehendak kita semata๐Ÿ˜…

Dulu surirumah, sekarang..

Kali ini cabaran mengandung bertukar 360 darjah, kalau dulu sibuknya menyiapkan urusan rumah, sekarang hospital pula menjadi tempat utama beraksi. Kaki ini menjadi saksi hingga penghujung hari mulalah bengkak munculkan diri. Apabila siang sudah beranjak malam, Nuha sudah pun syahid setelah 'penat' menunggu Papa dan Bundanya muncul. Itulah pengorbanan seorang anak doktor yang tidak mungkin difahami oleh mereka yang sekadar melihat dari 'tepi'. Nuha telah secara tidak langsung berkongsi dan meminjamkan kedua orang tuanya kepada masyarakat yang punya pelbagai persepsi terhadap bidang kedoktoran hari ini.

Akhirnya terkena juga..

Sudah lama saya bermujahadah untuk membawa kereta apatah lagi apabila postnight shift and postcall, berapa kali terlelap, pernah sekali ditahan polis. Lucu tapi berbahaya. Akhirnya dalam keadaan segar, masih diawal pagi.. Saya memandu ke hospital, hari ini dalam sejarah kemalangan berlalu. Sungguh tidak berbau. Nah, kerja Tuhan siapa tahu. Muhasabah saya sejenak. Masih diberi umur, di'tampar' sedikit oleh Allah, tidak lama lagi bertambah lagi amanah Allah, taubat sudahkah? Doa maksimakah? Memaafkan sudahkah? Terasa banyak perkara pula yang belum selesai..

Sungguh detik 36 minggu ini muhasabah untuk saya. Bila bila saya anakanda kedua muncul. Doakan kelahirannya lancar, tiada lagi komplikasi.. Pada yang mengenali, halalkan makan minum dan maafkan salah silap saya ya. Moga redhaNya selalu bersama kita semua..