Sunday, February 06, 2022
SAF : 10 dekad bersama
Posted by sinar_islami at 9:08 AM 0 comments
Wednesday, January 05, 2022
05 Januari 2022
...Allah is alwayz with us...
Alhamdulillah.. Sapphire to Emerald Towards 💎 InsyaAllah Dan semoga ada juga segulung sijil lagi. |
Posted by sinar_islami at 9:22 PM 0 comments
Syafakillah Hana
Sangat selesa untuk pesakit dan penjaga. |
Suka dapat jumpa Papa. Masuk pun malam jadi kelaparan. Syukur Papa hantar bantuan. |
Are you ready? |
Ketiduran selepas berceloteh.. |
Alhamdulillah, lepas masuk OT sudah boleh makan.. |
Posted by sinar_islami at 9:16 PM 0 comments
Friday, December 10, 2021
Syafakillah Nuha sayang.
Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah beri. Syukur atas nikmat sihat yang Allah pinjamkan..
![]() |
Sebelum xray.. |
![]() |
Bunda menunggu Nuha di OT |
Posted by sinar_islami at 9:12 PM 0 comments
Monday, April 12, 2021
Ramadhan Kareem 1442H-2021M
Masa terus berlalu, hari demi hari..
Bulan demi bulan..
Direnung kembali kalimah agung..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah : 183)
Alhamdulillah bulan dinanti sudah tiba.
Hadirnya dirai, ibadah berganda.
Perbaiki diri, mardhatillah dicari.
Doa dan harapan, insan Rabbani.
Kerana RahmatNya kita kehendaki.
Husnul khatimah dambaan kini.
Ramadhan Kareem ya isdiqa-i!
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang pernah kita lalui 💐..
Posted by sinar_islami at 9:03 PM 0 comments
Sunday, April 04, 2021
Nak jadi orang baik!
Posted by sinar_islami at 11:25 PM 0 comments
Labels: Booster Dose
Wednesday, March 03, 2021
Vaksin Covid Dos Pertamaku
Posted by sinar_islami at 11:08 PM 0 comments
Friday, July 17, 2020
Sanah Helwah Iman
...Allah is alwayz with us...
Kami doakan Iman menjadi anak solehah, muslehah dan berjaya dunia akhirat.Posted by sinar_islami at 1:54 PM 0 comments
Sunday, June 14, 2020
Kita Semua Frontliners
...Allah is alwayz with us... Kita usaha jaga kita semua..
Masa terlalu singkat. Namun harapan masih ada. Cahaya akan muncul jua. Mari terus menjaga.. Kita semua ada keluarga kan.. Jadi jagalah.. Bunda pun ada keluarga.Posted by sinar_islami at 10:43 PM 0 comments
Sanah Helwah Nuha
Alhamdulillah. 09.06.2020 Cahaya mata pertama sudah 7 tahun usianya.
Doakan menjadi anak solehah dan muslehah.. Membantu ummah di masa kini dan hadapan.. InsyaAllah syurga tempat kami kembali.Posted by sinar_islami at 8:58 PM 0 comments
Sunday, May 03, 2020
Mini Burn Cheese Cake
Alkisah ada yang teringin. Jadi diusahakan la barang dan Bunda pun masak lah. Nak test power air fryer membaking. Selalu kami air fryer untuk bahan yang nak digoreng. Ok. Terimalah kek pertama di dalam air fryer. Syukur ada kertas comel roti. Loyang kita muat. ✨Mini Burn Cheese Cake✨ Cream Cheese 225g (dikeluarkan awal dari peti supaya lembut) Gula Kastor 70g 1 biji kuning telur 2 biji telur penuh 1 sudu kecil esen vanila 115g whiping cream 1 sudu besar tepung naik sendiri/kek ditapis terus ke dalam bekas (saya guna tepung blue key) Satukan semua bahan di dalam bekas mengikut turutan yang ditulis. Gaulkan setiap bahan selepas ditambah bahan baru. Pastikan kacau/whist hingga sebati. Nak blend pun boleh🤗
Acuan boleh dimasukkan ke dalam loyang saiz 6 inci atau kertas roti kecil untuk digunakan dalam air fryer Nak bakar guna oven boleh. 200 darjah selama 50 minit. Boleh la kome kurangkan ke masa kalau tal suka nampak hangit terlajak. Tapi nama pun burn cake kak☺️ Saya bakar guna Twin Turbo Star Philips Air Fryer dengan suhu 180 darjah selama 20 min. Saya pun buat acah acah brown je. Kalau hitam sangat anak saya tak makan atas tu, dipisahkana pula. Alhamdulillah.. Lepas berbuka puasa, licin semua kek😂 sikit pun anak tak tinggalkan.Posted by sinar_islami at 10:08 AM 0 comments
Labels: SiNaR's Kitchen Corner
Saturday, March 28, 2020
Covid 19 : Wabak Baru Untuk Ditangani Bukan Disalahi.
Mercov? Nipah? SARS? Covid19? Dari mana dan siapa la tukang sebar ni kan? Tujuan mencari tahu untuk mencari solusi. Kita contact tracing untuk masalahah umum. Wabak ni Allah nak bagi kita belajar, belajar untuk tangani masalah bukan maki hamun. Biarlah dirancang, atau muncul tiba-tiba, apa kesannya untuk langkah awal ini? Yang sihat pasti tak mahu dijangkiti dan mati kan? Orang jiwa besar, lihat peluang dan usaha mencegah, membendung dan merawat. Merasai hikmah di sebalik dijangkiti dan berbuat baik ketika masih sempat. Orang jiwa kecil, mencari salah sambil senam jari. Kalau dijangkiti, rasa salah orang bukan diri, lepas tu tak kisah tolong sebar sana sini. Datang klinik cerita pun belit sana sini. Ketika inilah kita boleh lihat bukan salah bangsa, bukan salah agama.. Tapi individualistik dan ketuhanan egois yang mengakar dalam diri. Kalau kita asyik salahkan orang.. Budak lagi bijak bertanya soalan.. 'Covid19 ni Allah yang jadikan ke?' Siapa boleh jawab? Nah, dari jawapan itu kita akan lebih berhati-hati menyentuh sebarang isu. Tak perlu lebih agama dan lebih melayu untuk isu ini. Cukuplah jadi manusia yang berperikemanusiaan. Apa yang dah kita buat untuk Covid19?
Posted by sinar_islami at 11:21 AM 0 comments