Memiliki buku ini hampir setahun membuatkan hati tiba-tiba tersentuh saat menjumpai trailer filem ini di Youtube. Kisah Tsunami yang melanda acheh tidak pernah disangka mampu difilemkan semula oleh Indonesia. Justeru ingin dikongsikan review yang saya simpan tentang buku 'Hafalan Shalat Delisa'. InsyaAllah tidak rugi... Untung sudah ada filem boleh menjiwai :)
Selesai sahaja membaca buku ini, terbit perasaan untuk diri seberani, secekal dan setabah anak kecil,Alisa Delisa. Adaptasi dari peristiwa itu Tere Liye selaku penulis mampu menggarapkan cerita dengan baik walhal dia tidak pernah merasainya sendiri peristiwa tersebut.
Watak Delisa si anak kecil berusia 6 tahun bersama 3 orang kakaknya cukup menyentuh hati. Saat beliau berusaha menghafal bacaan solah untuk ujian praktikal solah pelbagai kesukaran ditemui bahkan kerap kali terlupa sambungan. Namun beliau bersungguh dan termotivasi apabila ibunya menjanjikan rantai sebagai hadiah.
Memiliki ibubapa yang penyayang dan menjaga agama membuatkan dirinya sedar akan tuntutan sebagai Muslim. Hubungan rapat dengan keluarga membuatkan Delisa bahagia walaupun ayahnya sentiasa berjauhan kerana kerja perkapalan, namun ayahnya sentiasa mengambil berat perihal keluarga. Ayahnya juga tidak lupa memberi sokongan untuk terus menghafal melalui telefon.
Tibalah saat ujian praktikal, debaran Delisa makin terasa. Delisa mengusapkan Takbir memuji Yang Maha Kuasa 'Allahu akbar'. Ketika itu Banda Acheh sudah mula ditimpa tsunami. Ranap semuanya hinggalah tiba giliran perkampungan Lhok Nga di saat Delisa khusyuk membaca hinggalah tiba kalimah 'wa-mamati', lantai sekolah bergegar, papan tulis jatus menghembas lantai dan air deras menghentam bangunan sekolah. Maka, musnahlah segalanya.. Hanyutlah Delisa dan orang-orang yang beliau sayang.
Pulanglah si ayah dari tengah lautan kerana mendapat berita Acheh dalam keributan, hati mana tidak gundah bila mana hidup mati keluarga masih tidak dapat dipastikan. Sayunya hati bila hanya menjumpa Delisa seorang diri dengan kehilangan kaki kanannya, hafalan solahnya juga hilang dan yang lainnya sudah tiada dimuka bumi... Allah, sebak sungguh apatah lagi Delisa kerap bermimpi ibunya di sebuah taman indah. Dan dalam kepayahan menerima hakikat kematian orang tersayang, Delisa dan ayah terus maju kehadapan mencari redha Illahi.
Mahu mengetahui cerita penuh, dan mahu selami... Bacalah bukunya dan Alhamdulillah kini sudah ada filemnya. Moga kita sekental anak kecil ini...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemberi buku 'Hafalan Shalat Delisa' hingga mengenal watak-watak setabah ini. (^_^) Ada sebuah buku novel yang belum saya baca tapi tertinggal di Malaysia.. Kena baca mana tau nanti difilemkan juga. Seronok! Bukan Harry Potter je boleh difilemkan.
20 comments:
bleh la malaysia nak hasilkan filem yg ber'genre' seperti filem
Hafalan Shalat Delisa
laskar pelangi
ble*
InsyaAllah masanya akan tiba. Bila yang faham dan ada fikrah ada peluang untuk hasilkan filem. Setakat ni pun banyak islamic shortfilm yang berjaya ambil tempat di kalangan remaja kita.
Tak pun apa kata M. Hasyimi jdi pengarahnya.
lagi satu filem yang bisa berhasil membuat kita menangis...Alangkah Lucunya negeri ini...tema2 berat korupsi ....kesusahan anak2 yang tak berpendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=PvyALMxonwQ
ulasan prof abu hassan hasbullah tentang fenomena kelesuan filem di malaysia ....mungkin jangan mudah kita salahkan pengarah filem di malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=Fz-vT6ug8pU&feature=related
dan banyak lagi filem2 hebat indonesia
1. Mata pena mata hati raja ali haji
2. Serdadu kumbang
3. Semesta mendukung
4. Pengejar angin
5. Sang pencerah...dan lain-lain
huhu maaf jika menyibuk....he3
tertinggal...
1. Ummi Aminah
2. Negeri 5 menara
me to Pemenang:
InsyaAllah saya dapat sesuatu dengan kehadiran kamu. Syukran atas tambah nilai.. Banyak lagi kita kena fikir fikirkan:)
Takkan lahir kemajuan kalau bukan dari kelemahan dan kesilapan...
Oh btw, anta ada ke filem2 tu. Mendidik la kan? Nak boleh?
Assalamualaikum,
Bagus sekali info ini. Teringin juga mendapatkan buku Delisa ini. Insya allah.
me to mamawana:
Wa'alaikummussalam
Tak rugi. Mungkin boleh juga hayati melalui filemnya nanti. :)
salam..saya amat teringin nk memiliki novel ini..telah saya cari di MPH dan Popular namun xjumpa..boleh sy tahu dimana owner blog dapat novel ni?trima kasih:)
Ada teman kasi dari indonesia.. :) Cuba cari di Fajar Ilmu Baru, Wisma Yakin (Jalan Masjid India). Kemungkinan ada sebab kat situ banyak buku2 dari indonesia.
saya pun pernah baca buku ni.Kawan saya yg syorkan. Mula2 bila tengok buku ni crita pasal budak palestin. Masa tu tergerak ugak kat hati, "Nipis ja, best ke??. Saya paksa diri saya buka m/srat prtama. Macam biasa2 ja, tapi bila baa msa Delisa truskan jgak hafalannya walaupun h ada tsunami.. Masa tu kak dia.jrit nama dia. Tapi dia truskan jugak. Masa tu mgalir ar mata saya.. ;(.. Bila tahu ada kat filem, rasa cam btul2 x pcaya.
Moga Allah terus hidupkan hati kita untuk peka pada insan yang diuji dengan musibah.. Kita pun setidaknya kena syukur dgn khidupan yang Allah beri.. Kena didik diri jadi sebaik-baik hamba Allah.
filem ni mmg sedey... menitik air mate mase tgok... pas ni nak cri novel dye pulak... tgok la filem ni x rugi pon...
masih banyak novel dari tere liye selain hafalan sholat delisa yang patut dibaca juga:
1. bidadari-bidadari surga
2. moga bunda disayang Allah
3. daun yang jatuh tak pernah membenci angin
4. serial anak-anak mamak (tetralogi, terdiri dari empat buku)
novel lain oleh penulis lain:
1. negeri 5 menara
2. ranah 3 warna (sekuel kedua dari trilogi negeri 5 menara)
3. 5 cm
4. tetralogi laskar pelangi (laskar pelangi, sang pemimpi, edensor, maryamah karpov)
5. buku-buku habiburrahman el shirazy (bumi cinta, ketika cinta bertasbih, ayat-ayat cinta, diatas sajadah cinta, dalam mihrab cinta, pudarnya pesona cleopatra, dll)
bagus juga tuh film-film yang menginspirasi:
1. Sang Murobbi
2. laskar pelangi
3. negeri 5 menara
4. Sang Pemimpi
5. King
Waktu jalan di bandung.. di toko buku :) Jumpa aje buku2 tu. Tidak semua... Hehe cuma keperluan pada buku yang lain dahulu. InsyaAllah bakal beli. Terima kasih buat listnya. Mudahlah Sinar cari nanti.
novel 'BIDADARI BIDADARI SURGA' pon bes gak.. so touching..!!! versi movie pon dah ada, lakonan nirina zubir dan nadine chandrawinata.
Di bawah ini filem terbaru Indonesia yang sangat menginspirasi:
1.Tanah Surga Katanya (kritik sosial)
2.Cita-citaku Setinggi Tanah (kisah anak2)
3.5 Cm
4.Atambua 39 Derajat Celcius (karya terbaru Riri Riza)
5.Perahu Kertas (di sutradarai oleh Hanung Bramantyo)
6.Soegija (film epik sejarah yang di sutradarai oleh Garin Nugroho)
7.Demi Ucok (kisah yang mengangkat adat pernikahan Batak,Sumatera Utara)
Post a Comment