BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 29, 2012

Kembara Indonesia : Jalan-jalan cari makan di Tasik Malaya

Sepanjang duduk di Tasik Malaya, perkara yang Sinar suka cuba adalah makanannya. Walaupun nama masakan hampir sama di setiap kedai, namun rasanya cukup berbeza dan pastinya sedap.

Di sini suami Sinar cukup teliti dalam memilih makanan, baik dari segi kebersihan hinggalah kelazatannya. Memang terbaiklah citarasa suami. Jadi makanan yang saya rasa setakat ini Alhamdulillah memenuhi citarasa saya juga. Sampai saya ternanti-nanti ke mana lagi suami nak bawa.

Beliau pasti tanya, " Nur nak makan apa?"
Saya pasti jawab," Ikut Abang.." Maklumlah nak 'demand' pun bukan tempat kita. Hehe..
Lepas makan pasti di tanya, " Macam mana? Suka?"
Saya pasti jawab, "Sedappp, suka!"

Ok, sekarang biar gambar bercerita. Juadahnya ringkas tapi rasanya ada ummmp! Hingga menjilat jari.

Nasi Timbel Mama Mia. Kedai pertama untuk makan malam setibanya kami di Tasik Malaya.
Tempe dan tauhu goreng antara lauk yang wajib. Daun pisang menaikkan aroma nasi. Ulaman pula membangkitkan selera. Sudah pasti ayamnya sedap!
Kami ke gerai Ayam Penyet Wong Solo pula.
Turut menjual Lele Penyet (^_^) Rangup! Sedap!


Kami datang lagi ke sini. Ayam penyet untuk saya dan Lele penyet untuk abang.
Di suatu petang yang indah, kami singgah di tepi sawah menikmati air kelapa muda di gerai. Fresh!
Kami ke Saung Anyar... Nikmati udara sawah.
Juadah kami;
TO Bakar(Nasi) Ayam bakar madu, Ikan bakar madu, Kangkung goreng, Jus Sirsak (Durian belanda) dan Air Teh O.
Kami ke Saung Anyar lagi. Juadah yang berbeza. Cukup memikat hati.
Makanan tradisi. Ala-ala putu piring kita di Malaysia.
Dasyat sungguh bubur di sini. Penuh!
Murtabak Ramayana.. Antara yang glamour di sini.
Dahla besar, sedap sampai tak cukup untuk kami berdua. Memang makan berdua jadi lebih sedap sebab berebut kan..
Ahha... tiba-tiba saya pula jadi terliur sendiri. Alhamdulillah masih di Tasik Malaya lagi. Sudah pasti saya nak ucapkan seinfiniti terima kasih pada suami kerana cukup mengambil berat perihal makan dan keselesaan saya di sini. Terbaiklah abang! (^_<)v

Kawan-kawan lawatlah negara jirannya ni. Ada banyak persamaan dan perbezaan yang kita patut terokai. Bukan bab makan je ye. (^_^)

3 comments:

Kak Hani said...

sedapnyeee sha :):)
selamat menemani suami, selamat berehat, selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat menempuhi peperiksaan akhir nanti :)

p/s : subang k hani tu, simpan lah dulu yer. belum berkesempatan utk ambik :)

mama ju said...

Salam kenal dan salam sejatera daripda mama

Seronok baca blog ni, hehe mama tak pernah tau pun tasik Malaya, sedap nama tu.Ceritalah lagi pasal keadaan tasik Malaya.
Mama pun dah baca sehingga ttg harga sebuah perkahwinan. Syukurlah, Ada masa mama akan dtg lagi.

sinar_islami said...

me to Kak Hani:

Alhamdulillah, mmg sedap. Kena taste sha kot. Terima kasih Kak Hani atas doanya.

p/s: Hehe, Baik Bos!

me to mama ju:

Salam ziarah mama. Terima kasih sudi hadir di teratak ini. Coretan bersahaja buat kenangan saya di hari tua nanti. :)