Siku sana, siku sini, pukul sana, pukul sini, tendang sana, tendang sini.. Itulah rencah si kecil yang masih dalam kandungan. Interaksi sihat antara si anak yang masih dalam rahim dengan Bundanya.
Alhamdulillah hari ini genap 38 minggu. Kandungan sudah matang. Hanya menunggu hari untuk si kecil soleh wa musleh ini melihat dunia. Gembira itu semestinya kerana mahu melihat muka insan yang suci dari dosa ini. Terselit kerisauan untuk si kecil menghadapi dunia yang sememangnya banyak cabaran untuk menghidupkan iman. Untuk itu, saya dan suami wajib menjadikan diri kami ibubapa yang soleh dan rabbani untuk dijadikan ikutan dan zuriat kami diberkatiNya. Bertepatan dengan pengisian usrah hari ini tentang keperluan menjadi insan rabbani karangan Dr Majdi Hilaly. Ada 7 semuanya mengapa perlunya menjadi insan Rabbani.
- Untuk mewujudkan kebahagiaan
- Untuk mendapatkan perlindungan Allah
- Menjamin masa depan anak
- Keselarasan dengan fitrah
- Mengembalikan ilmu yang hilang
- Mendapat pertolongan Allah
- Dekat di sisi Allah di akhirat
Saya tersenyum kerana sememangnya kita tak pernah rugi apabila kita mendekati Allah. Aura kebaikan akan terpancar pada orang sekeliling kita. Itulah hikmah menjadi orang Rabbani. Menjadi insan soleh setidaknya memberi tempias pada zuriat dan keluarga kita. Saya sentiasa berharap dan berdoa, Allah tidak pernah lepas mendidik kami sekeluarga untuk terus berada dalam jagaan, rahmat dan pengampunanNya.
38 minggu sudah berlalu.. Akan hadir satu detik mengubah status kami berdua menjadi ayah dan ibu. Alhamdulillah Dia berikan kesabaran untuk menantimu. Moga bertambah juga keberkatan, kesejahteraan, kecintaan dan kesabaran dalam rumahtangga yang telah kami bina. Doakan kebaikan sentiasa mengiringi kami (^_^) Terima kasih atas doa-doa yang tidak putus kalian titipkan.
3 comments:
salam adik sha, lama betul tak dengar khabar...moga status baru kelak bakal menambah saham ke syurga kelak...doakan kakakmu di medan akademik kini...
saya pun tak sabar!
me to Kak Fatin Nazmin Mansor :
Rindunya pada akak.. Hajat nak jumpa lagi :) Mungkin di Terengganu ke? (^_^)
me to Dekna :
Sabar tau.. Doakan Along dan baby selamat semuanya nanti..
Post a Comment