BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 14, 2009

Jelajah Jordan~Day 4


Jelajah Jordan~Day 4

Hari ini kata penganjur perjalanan kita jauh~bersiap sedia lah~nak round2 kawasan Petra pun mengambil masa sebenarnya:: tak sabar nak sampai sana~dgr kata unik::Jom kita lihat apa ceritanya hari keempat di Bumi Urdun ini.

Destinasi awal Qasr Qatranah::

Terletak di negeri Karak dan berada di laluan Amman ke Aqabah. Qatranah merupakan sebuah pekan kecil dan majoriti yang menetap di sini adalah Bani Atiah. Di Qatranah terdapat sebuah kota tinggalan kerajaan Turki Uthmaniyah. Tujuan kota ini dibina adalah untuk kawalan dan keselamatan para hujjaj yang datang dari Turki dan Dataran Syams suatu ketika dahulu.

~jemput masuk~

~siapa paling rendah? (^-^)~

~::bhy::~sapa ntah yang mula dulu :)

~ alone::kredit to owner~

Sejernih Mata Air Nabi Musa::

Dikatakan Nabi Musa pernah lalu di kawasan ini dan meninggalkan kesan air ini sebagai mukjizatnya namun dipercayai bukanlah dengan menggunakan tongkatnya. Wallahu3alam

jernih airnya~menyegarkan

Menerokai keindahan batuan di Petra::

Kota Petra terletak di Ma'an, 250km dari Bandar Amman. Ahli sejarah berpendapat kota ini dibina oleh kaum Nabatean atau dalam bahasa Arab Al-Anbad. Mereka adalah satu kaum yang kreatif dan tinggal di selatan Jordan kira-kira 2000 tahun yang lalu. Mereka berjaya menguasai Bosra dan Dimasgh (di syria) serta Sinai dan padang pasir Najaf malah sebahagian besar tanah Arab dengan urusan perdagangan. Kehebatan mereka ini secara langsung telah mengancam Rum.


welcome to petra

~ obelisk Tomb::

Akhirnya pada 106 Masihi Rum berjaya menyerang Petra dan mengambil alih tumpuan perdagangan ke Bosra hingga Petra tidak menjadi tumpuan utama. Dari kurun ke 16 Petra tidak lagi dijumpai dan maklumat mengenainya langsung tidak ditemui. Selepas 300 tahun akhirnya, pada tahun 1812 seorang pengembara Switzerland bernama Johann Ludwig Burchardt berjaya menemuinya dengan bantuan masyarakat Badwi.

Namun ada juga pendapat mengatakan kota ini adalah antara kawasan Kaum Thamud yang diutuskan kepada Nabi Salleh a.s

(Surah Al-Araf 73-74)

[73]Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[74]“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”.

~ini rumah pjot dan rakan-rakannya~

~apa yang dia buat agaknya~

The pride of PETRA~Al-Khazneh (Treasury)

~ baru turun dari rumah~

~ kita jiran rupanya~

Bertolak ke Aqabah::

Bermalam di hotel untuk meneruskan jelajah hari ke-5 keesokkannya~semua penat baik la kiranya kita berehat~tapi sempat pusing2 dan menikmati suasana malam di Aqabah.


~Jumpa lagi~

Wednesday, February 11, 2009

Jelajah Jordan~Day3

Jelajah Jordan~Day 3

Sudah tiga hari kita berjalan mengamit memori, teringat-ingat udara segar bumi Jordan kerana di saat ini perlu menghirup udara Bumi Mesir yang agak berat udaranya, penuh particles dan zarah2 debu. Mmm namun dalam penuh kesyukuran dirafa'kan kerana selamat tiba di Bumi Medical Student's Life ku bermula... Jom kita layari kenangan bersama Jordan Bumi Tenang lagi Nyaman. Tentu bangga rakanku di Jordan bila dipuji lagi2 H...... ^-^ syukran pada antum semua.

::Makam Nabi Yusha::

Makam ini terletak di As-Salt dan dikatakan tapak rumah Nabi Yusha' sendiri. Nabi Yusha bin Nun hidup sezaman dengan Nabi Musa, namanya tidak disebut di dalam Al-Quran namun kisah baginda dinyatakan dalam Surah Kahfi ayat 60. Nama baginda Yusha' Bin Nun Bin Afraim Bin Yusuf Bin Yaakub Bin Ishak Bin Ibrahim. Beliau sentiasa bersama Nabi Musa dalam perjuangan menuntut ilmu. Baginda merupakan salah seorang pemimpin 40 pasukan tentera Bani Israel yang disusun oleh Nabi Musa sebelum baginda wafat. Setelah kewafatan nabi Musa, Nabi Yusha' dan tenteranya berjaya memasuki Baitulmuqaddis dari daerah Arieha dan berjaya menguasainya.

~:+:~


::Makam Nabi Syuaib::

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Madyan adalah nama putera Nabi Ibrahim yang kemudiannya menjadi kabilah yang terdiri daripada anak cucu Madyan. Nama Nabi Syuaib ialah Syuaib Bin Mikyal Bin Yasjar Bin Madyan Bin Ibrahim Al-Kholil dan diangkat menjadi nabi sekitar tahun 1550SM. Baginda amat mahir di dalam pidato dan terus menerus menyambung risalah nabi terdahulu.


::Peperangan Karamah (1968)::


Al-Karamah terletak kira-kira 65 km dari Amman. Karamah meninggalkan kesan sejarah yang besar kepada rakyat Palestin apabila di tanah inilah berlakunya peperangan antara rakyat Palestin dan Israel pada tahun 1968. Akhirnya kemenangan di pihak KITA kerana Israel mengundur diri di bawah arahan dan kuasa tentera Jordan.


~signboard pun jadi la~

Terik sungguh~jom teman syuhada' ni

::Laut Mati::



~Ayuh kawan-kawan~

Amat dikenali sebagai kawasan yang terendah di dunia. Laut ini terletak kira-kira 50km dari Amman dan merupakan kawasan yang bersempadan dengan tanah palestin yang kini diduduki oleh Yahudi Laknatullah. Laut ini merupakan tasik garam yang meninggalkan banyak catatan sejarah untuk dijadikan renungan. Bala Allah terhadap kaum Nabi Luth cukup memberi pengajaran yang sangat besar apabila manusia cuba mengingkari dan mencabar kuasa Maha Esa dengan tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk itu. Sama-sama buka lipatan sejarah..lalu beristighfarlah

~masin teramat~


::Jabal Siyagha (Mount Nebo)::

Terletak kira-kira 8 km dari bandar Mandaba. Bukit imi pernah menjadi persinggahan Nabi Musa a.s di dalam perjalannya ingin ke tanah Palestin. Nabi Musa a.s telah melihat Al-Quds dari tanah tinggi tersebut. Pada ketika ini, kawasan ini telah menjadi tempat suci bagi agama Kristian kerana terdapat sebuah gereja lama telah di bina di bukit tersebut. Namun sebagai umat Islam kita lebih berhak melawat kerana pernah disinggahi oleh para anbiya terdahulu dan kita beriman kepada Nabi dan Rasul-Nya.

::pilih nak ke mana::

~Kalimah Allah takkan hilang dari lubuk hati mereka yang beriman~

Tuesday, February 10, 2009

Jelajah Jordan~Day 2

Jelajah Jordan~Day 2

Alhamdulillah masih bernafas dan melalui pagi yang cukup indah, sempat berjumpa dengan-Nya seawal yang diinginkan. Mungkin ini ekoran keterujaan untuk terus mengeksplorasi alam ciptaan dan melihat kesan tinggalan buat renungan dan pedoman. Tak sabar rasanya.

Jelajah kali ini diteruskan ke Qasr Kharranah, Qasr Amrah, Gua Ashabul Kahfi, Philadelpia (Jabal Qal'ah) dan Muzium Kereta Di-Raja Jordan

Mari kita ke Qasr Kharranah::

Qasr bermaksud istana dan Kharranah pula bermaksud Arnab padang pasir. Dikatakan suatu masa dahulu kota ini pernah dipenuhi oleh arnab padang pasir maka nama Kharranah diberi. Kota ini dibina ketika zaman kerajaan Islam pada era pemerintahan kerajaan Umawiah(antara tahun 661-750 Masihi). Berkeluasan 35m persegi dan paling menarik kota ini mempunyai 61 buah bilik. Hebatkan. Dari dekat nampak macam kecik tapi banyak bilik rupanya. Ada pendapat mengatakan kota ini dibina untuk tujuan pertahanan tapi disangkal kerana lubang yang ada tidak menepati ciri-ciri arrow slipt sepertimana di kota Ajlun kerana lubang di sini kedudukannya yang tinggi dan mengiring sesuai untuk pengudaraan dan beberapa alasan yang lain.

~Pintu Utama~

Inilah Qasr~bentuknya petak~


Singgah pula ke Qasr Amrah::

Qasr ini dibina oleh Khalifah Umawiyah iaitu Walid 1 dan berfungsi sebagai Hamaam( rumah atau bilik mandi). Terdapat banyak lukisan atau mural pada dinding dan silingnya. Hebat namun lukisan itu ana cukup yakin bukanlah dilukis pada zaman Islam. Kenapa kata begini. Sila la lihat sendiri ^-^ pegi ya..

outside view~langit yang cukup indah

~kecil sahaja bangunannya~

::the bath ^-^::

Bertemu pemuda di Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda::

~sign~

~ berhampiran masjid~

Selesai solah Jumaat dan solah Istisqa' , sambil dalam hati memohon bertemu salji dan hujan turun sambil itu juga kaki mengorak langkah menuju ke kawasan berhampiran masjid. Disinilah kami bertemu pemuda-pemuda yang tersiar kisahnya dalam Al-Quran. Secara maya. Sebetulnya hanya gua sahaja yang kami jumpai. Mereka sudah pasti tiada. Namun berada di sini menyebabkan hati turut terusik untuk menyelak kembali halaman dalam Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 9-26. Sama-sama lah kita selak kembali ya. Lokasi gua ini terletak kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan. Sebenarnya terdapat banyak pandangan bahawa kisah ini turut berlaku di Turki , Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. namun Gua di Abu Alanda ini menepati ciri-ciri di dalam Al-Quran


~Zzzzz~

~entrance~

~rumah ibadat~

~tembikar, duit , lampu dulu dulu kala~

1. Surah Kahfi ayat 17~Jom tadabbur
Justeru gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda mempunyai lubang dari atas gua yang akan dimasuki cahaya ketika matahari dan ketika matahari terbenam

2. Surah Kahfi ayat 21~Jom tadabbur
Di atas gua terdapat rumah ibadat yang dibina pada zaman tersebut.

3. Surah Kahfi ayat 17~Jom tadabbur
Gua tersebut luas dan lapang.

Alhamdulillah puas rasanya. Rasa hidup ayat-ayat tersebut kerana secara realitinya juga kakiku sudah melangkah ke kawasan ini. Betul bila kita sendiri menjejaki, kalamullah itu lebih terasa.


Singgah pula di Jabal Qal'ah::

~Kuil Hercules~Tak da sinar~malap

~kami jajah~

Kesan sejarah menunjukkan Jabal Qal'ah pernah dijajah oleh pelbagai zaman antaranya Rum, byzantium sehinggalah kerajaan Umawi. Kota ini juga merupakan antara salah satu Decapolis bahkan pernah menjadi pusat pentadbiran setelah Gerasa pada masa dulu.

~ heading to Jordan Museum~

~inside the museum~

Berakhir di Muzium Kereta Di Raja::

Muzium ini terletak di Hadaiq Hussein Bin Talal, Ibu Negeri Amman. Muzium ini merupakan yang pertama diwujudkan di negara Alrab. Terdapat 80 buah kereta dan motosikal diraja yang pernah digunakan oleh raja-raja mereka dipamerkan. Keantikan dan kemewahan jelas dengan kehadiran Poche pelbagai siri dan berjenis-jenis hingga tak tersebut namanya.

~Ferrari~

~porsche~

Monday, February 09, 2009

Jelajah jordan::Day 1


Jelajah Jordan~Day 1

Uhuk uhuk..Berabuk sungguh blog ini. Maaf buat Walid, Ummi, adik-adik dan jua teman-teman. Sungguh lama menyepi kerana terpaksa menyendiri untuk exam yang menghampiri. Akhirnya tiba saat ini menandakan exam sudah pun melabuhkan tirainya. Tapi perjuangan belum henti ya.

Sudah 2 tahun berlalu akhirnya. Cuti winter ketiga bertandang pula. Kalau dulu Tahun 1 menghabiskan cuti di Kaherah, merawat jiwa:: Tahun 2 ke Bahriya, padang pasir dan batuan pelbagai mencetus bicara:: Tahun 3 ke mana pula ? Mesti seronok kalau mengembara bersama teman-teman, Akhirnya 5 srikandi bersepakat memilih Jordan sebagai destinasi kemudian Syiria dan berura-ura ingin ke Lebanon tapi mission ke Lebonan gagal.

Ummi dan walid separuh terkejut kerana terus ingin berangkat seusai sahaja peperiksaan tamat esok harinya. Hehe..udah kabo tapi along lupa remind agaknya.

::Jordan~here we come::

Hashemite Kingdom of Jordan atau ringkasnya Jordan mempunyai 12 muhafazah atau negeri iaitu Ajlun, Al-Aqabah, Al-Balqa, Al-Karak, Al-Mafraq, Amman, At-Tafilah, Az-Zarqa', Irbid, Jerash, Ma'an dan Madaba. Negara ini merdeka di bawah British pada 25 Mei 1946 dan diperintah oleh Raja Abdullah II Bin Hussein kerana mengamalkan sistem kerajaan Raja Bermonarki. Justeru bermulalah pengembaraan di Hashemite Kingdom of Jordan

~Kawasan-kawasan yang bakal kami jajah~

Hari pertama menjanjikan kami Umm Qays, Kota Ajlun dan Kota Jerash

::Umm Qays::

Apa ye kisah kota ni ? Menurut catatan sejarah, kota ini turut dikenali sebagai Kota Gadara dan merupakan salah satu bandar dalam Liga Decapolis. Decapolis merupakan himpunan 10 buah kota di bawah pemerintahan Rum yang terdapat di Timur Tengah. Kota ini pernah dikuasai oleh 4 empayar besar iaitu Greek, Rum, Byzantium dan Islam yang kita yakini. Unik bukan..

Kota ini juga turut melalui peperangan salib dan sekaligus menjadi rebutan di antara tentera Islam dan kristian pada kurun ke-12. Tentera salib pernah menguasainya dan kota ini pernah menjadi sebahagian dari kerajaan Jerusalem ketika perang salib kedua dan berfungsi sebagai medan pertahanan untuk menghalang tentera Islam.Namun ditinggalkan apabila berlakunya gempa bumi

Menjelang kurun ke 19,Gadara masih kosong.Terdapat juga penduduk setempat yang hidup secara nomad.Sehinggalah kerajaan Turki Uthmaniah menguasai Tanah Syam dan juga kota Gadara.

Perbezaan binaan kerajaan Greek-Rom dan kerajaan Islam Turki Uthmaniah adalah dari aspek batuan dan binaan tiang. Dan ini jelas bila dilihat Greek-Rom menggunakan batuan hitam (Igneous) dalam binaan mereka manakala kerajaan Turki Uthmaniah menggunakan batuan putih yang dinamakan 'limestone' . Tambahan pula Greek-Rom suka akan binaan Road system dan Podium monument.


~Ustaz Hazimin tak jemu bercerita~


~Pasar tinggalan Greek-Rom~

~Kenapa pendek tu?~

~Antara 2 zaman~

Apa yang putih apa yang hitam?


~Pernah gempa dulu~

::Bukit Golan (Jaulan ) dan tasik Tobari:

~Bukit Golan~

Puas mencari mana la tasik tobari~samar-samar je ekoran kabus menutupi. bukit Golan nampak la juga. Tahukah anda Bukit Golan pernah menjadi rebutan antara Jordan, Syiria dan Israel. Cuba teka kenapa? Ini adalah disebabkan tasik Tobari. Negara yang memiliki Bukit Golan sekali gus akan menguasai Tasik Tobari dan secara realitinya mendapat sumber bekalan air.

Yang sedihnya..Kini Bukit Golan dimiliki oleh Israel selepas berlakunya peperangan Yum Kippur pada tahun 1970. Namun syiria turut memiliki kaki bukit Golan di bahagian Timur. Secara amnya Israel menguasai penuh Tasik Tobari tersebut. Bijak sungguh mereka merancang.

::Kota Ajlun::

Kota ini dibina oleh Panglima Izzudin Usamah anak saudara Salehuddin Al-Ayubi. Tujuan kota ini dibina adalah untuk pertahanan dan memantau perjalanan lombong besi di persekitaran pergunungan Ajlun.

Pada asalnya ada dua pandangan tentang tapak kota ini. Pandangan pertama yang menyatakan kota ini adalah rumah pendita bernama Ajlun ditolak selepas kajian dibuat mendapati tapak kota pada asalnya adalah tinggalan Rom dan kemudian Izzudin mengarahkan tawanan tentera salib membina kota tersebut.Kota ini cukup indah dan hampir setiap penjuru mempunyai arrow slit untuk tujuan memanah. Ini turut menguatkan pandangan bahawa izzudin membina untuk tujuan pertahanan.


insyaAllah hujan akan turun (^-^)

Sembang tarbawi :) syukrn awi~nice shoot

::Kota Jerash::

~Hadrian's Arch~

Build to commemoratethe visit of the Emperor Hadrian to Gerasa in129 AD

Kota ini pernah ditakluk oleh Alexander The Great.Pada 63 sebelum Masihi, Jerash dikuasai oleh Jeneral Pompei dari empayar Rum dan nama Jerash ditukar kepada Gerasa.Pada tahun 395 Masihi kota ini dikuasai oleh Byzantium dan agama Kristian menjadi agama dominan di Jerash. Pada 614 Masihi, Jarash telah diserang oleh Parsi dan mereka binasakan hampir kesemua binaan Rum. Ia juga pernah dirampas semula oleh Raja Hercules dan kerajaan Ghassan dilantik oleh Rum untuk menjaga Jarash.

~South Gate~

~Oval plaza~

~south theatre~

Pada tahun 636 masihi, Islam menguasai Jerash dan zaman kegemilangan pada zaman Umawiyah.Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa serta kawasan industri tembikar. Kota ini juga adalah antara Kota Decapolis dan merupakan kota tinggalan Rum yang terlengkap diluar Itali kerana merangkumi semua kemudahan pada sebuah bandar lama Itali.

Sekian sahaja untuk hari ini.