BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 27, 2007

Pantun Saifi


...Allah is alwayz with us...


Terbilang sungguh Saidina Ali
Hingga digelar baitul hikmah
Ummah sepi perlukan daie
Bagaimana dakwah paling berhikmah?

Saidina Ali banyak berbakti
Saidina Othman banyak memberi
Ummah sepi perlukan daie
Daie berbudi akhlak terpuji.

Cantik sungguh kembang ditaman
Indah menyerlah dalam jambangan
Wahai srikandi solehah sekalian
Apakah ciri2 muslimah idaman?

Tidak tumbuh tidak melata
Tidak sungguh tidak mengata
Muslimah sejati idaman jejaka
Agama,keturunan,harta & rupa.

Srikandi mujahid cantik berseri
Bekalan ummah sepanjang zaman
Leraikan gundah gulana di hati
Beritahulah kami tanda2 peningkatan iman.

Kembang mewangi bunga melati
Harumnya mekar dalam jambangan
Mari leraikan gundah di hati
Tingkatkan iman bina hubungan.

Muslimah bestari,bidadari gelaran
Asyik bersenda di taman larangan
Lestarikan ukhwah berlandaskan iman
Berilah resepi ukhwah berkekalan.

Mendung berlalu beraraknya awan
Turun hujan membasahi iman
Lestarikan ukhwah berteraskan iman
Berlapang dada resepi insan.

Friday, July 20, 2007

Hidup kita sepenuhnya utk Islam

Alangkah indahhhhhhhnya andai syurga milik kita..Namun banyak lagi tugasan yg tak terlaksana...Layakkah diri namun mampukah diri menghadapi api neraka-Mu?

Marilah sama2 kita mengembara di seluruh bumi melihat realiti ummah hari ini...

Apa khabar agaknya umat islam hari ini??

Sihatkah iman kita??

Apa yg kita sibukkan....????


Gara2 hidup kini kian dipenuhi dgn hiburan dan kesibukan duniawi yg tiada batasan...
Agak payah jugak umat Islam ingin menepis serangan jahiliyah abad kini.Malah antara punca masyarakat menolak islam walaupun bergelar muslim adalah kerana akidah yang lemah menjadikan mereka Islam hanya pada nama shj..Islam juga dagang dijiwa umat islam sendiri lalu mulalah ada golongan yg berani mempertikaikan nilaian syarak..Gersangnya jiwa manusia...Ya Allah Kau lindungi hati2 yg masih mengasihiMu agar keimanan kpd-Mu terus menerus terpelihara..

Maka dari sini kita nampak bahawa perlunya penyerahan diri yg total kepada islam..malah kpd mereka yg rasakan diriya milik islam perlulah dia hidup utk dakwah & tarbiyah agar fenomena yg menimpa umat Islam dapat dibendung..

Sebenarnya Islam hari bukanlah kehilangan penguasaan ekonomi , tanah jajahan atau sebagainya tapi sedarkah kita sebenarnya

  • Kehilangan 'pokok' bukannya 'rantingnya'
  • Kehilangan 'rumah' bukannya 'perkakasnya'
  • Kehilangan 'kualiti' bukannya 'kuantiti'

Justeru sahabat2 harapan ummah kita perlu motivasikan diri ini utk kembali menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar...Antara panduan yg blh kita ambil dan laksanakn dlm kehidupan utk membentuk kepeibadian seorg daie:

  1. memahami tujuan hidup~ubudiyah kpd Allah~(Azzariyat:56)
  2. memahami kewajipan dakwah~khalifatu ardh~
  3. memahami nilaian dunia dan nilaian akhirat dcc Allah~dunia bukanlah segala-galanya tapi merupakan medan menanam namun akhirat jua tmpt menuai...
  4. meyakini dgn sepenuhnya hari perhitungan & perhimpunan
  5. mengakrabkan diri dgn Al-Quran & As-sunah & duduklah dlm suasana yg soleh
  6. Hindarkan diri dari kemaksiatan
  7. Ingatlah kematian itu dtg tanpa diminta~maka kita perlu bersedia~
  8. Memohon pertolongan dan bantuan kpd Allah..

Moga Allah berikan kesempatan utk kita menghampiri mereka yg sebenarnya berhajat pada Islam..kerna mungkin selama ini tiada sesiapa yg ingin menghampiri mereka,maka bangkitlah wahai pemuda & pemudi pejuang Islam..robohkan benteng keegoanmu..Tak sayangkah kita pd mereka.Layakkah kita membenci kerana Allah tidak pernah membenci hambanya..

~RENUNGAN HARI INI~
"It is our duty to carry this religion to all people around the world until they understand it, become interested in it, look for it, and enter it in surges as God would like. This is the duty of the Islamic nation. It is a collective obligation for this nation to propagate the message of this religion to the corners of the globe, and it is an individual obligation for the scholars of this religion to propagate Islam in all languages and tongues and be as God said: "We sent not a messenger except (to teach) in the language of his (own) people in order to make (things) clear to them." ::Yusof Al-Qardhawi::

Monday, July 16, 2007

Tautan hati



Puas kurayu,puas kuseru
Jawapanmu tetap yang dulu
Oh sukarnya mengajakmu
Namun kasihku padamu cukup padu
Lantaran itu,
Aku akan terus menyerumu
Pada yang satu
kugenggam kukuh suatu azimat
"Kita hanya penyeru bukan penghukum
Ya Allah,kuharapkan bantuanMu mengiringiku"
Seru terus menyeru
itu tugaS RasulMu
Akan kuteruskan semampuku
Hingga kehujung waktu

~TAUTAN HATI~

Fatimah Syarha Mohd Noordin




Terharu rasanya bila kehidupan seorang daie digambarkan dlm novel ini...bukan senang untuk mengajak manusia hanya cintakan Allah..Malah Asiah Yusro juga mampu memikat sesiapa saja utk kembali mengesakan Allah tanpa langsung memikirkan kepentingan dunia..Benarlah tarbiyah mampu mencorak dan membina keperibadian yang amat mulia ini...Namun buat para rojul & imraah akidah yang masih mencari kekuatan sama2 lah kita mengikat janji

:::Kita takkan gadaikan pandangan Allah semata-mata mahu merebut pandangan manusia yang sementara

::: Kita tak mahu gadaikan akhirat semata nak merebut keindahan dunia yang tiada makna


Buat sahabat2 yang belum membacanya jika berkesempatan bacalah novel islamik ini.InsyaAllah banyak manfaat yang bakal diperolehi,Wallahu'alam


Kalam diri buat hari ini:Mukmin tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan sia-sia,maka fikirkanlah sebelum mengorak langkah dlm sebarang tindakan.



Saturday, July 14, 2007

Kita??


~Allah is always with us~

Masa terus berlalu..tingkatkah keimanan kita?sudah mantapkah akidah kita?Apakah yg telah kita berikan untuk ummah?sudah bersediakah utk mengadap yg Maha Esa????Persoalan demi soalan yg harus dilontarkan..bukan hanya difikirkan ketika ditimpa musibah,tapi harus difikirkan saban waktu dan seiring dgn detik nafas yg bernilai ini..
Yakinlah dengan Allah atas segala sesuatu..
tapi kena ada usaha sekiranya diri ini mengharapkan kejayaan
Dont ever ask why dis happen to me and why Allah dont luv me??
But is dis happen regarding our sins or not?????
Sama2 check diri..kita sentiasa mahu yg terbaik dalam segala sesuatu tapi kita selalu cuai memenuhi hak sebagai hamba Allah apatah lagi tanggungjawab yg dipikul sebagai khalifatul ardh..berapa ramai insan yg telah kita sedarkan agar cintakn Allah dari cintakan duniawi..
Jangan lupa..kita bukan setakat mengejar kejayaan dunia tapi yg paling utama kita kejar kejayaan ukhrawi..

Sama-sama kita kejar redha Illahi
Sama-sama kita kejar cinta hakiki
Sama-sama kita kejar syurga firdausi
Sama-sama kita kejar ketenangan hakiki
Sama-sama kita kejar sinar islami
Sama-sama kita kejar ukhwah islamiyah

KEMULIAAN HANYA DENGAN ISLAM, IMAN, dan TAQWA
di dalam Islam, Iman dan TAQWA"Ya Allah, Hidup dan Matikanlah aku .."

Tuesday, July 10, 2007

Jaulah makan

Pada 8 julai PERUBATAN tlh menganjurkan jaulah maqam..ini lah peluang setelah sekian lama berhajat utk ziarah...


































Kat 4 penjuru masjid ni terdapat 4 ruang yg menjadi tmpt pengajian 4 mazhab














Salah satunya..ialah mazhab maliki














haza maqam Imam Shafie

















Maqam imam waqi'..guru imam shafie
















maqam As-syahid Imam Hasan AlBanna













tempat saiyidah nafisah bersendirian beribadah kpd Khaliq yg Maha pengasih & penyayang












Haza maqam Abdullah ibni Abi Jamrah
Alhamdulillah banyak makam yg lawat..maaf tak dapat uploadkan banyak2..yg penting ibrah tu yg kena ambik...antara lain2 maqam yg pg maqam saiyidah zainab,saiyidah sukainah,saiyidah ruqayyah,sultan hanafi(bukan sultan tapi mendpt gelaran krn mengikut mazhab hanafi),saidina Hussin,maqam sheikhul azhar & ect..Wallahu'alam..

Monday, July 09, 2007

usirkan kekosongan

at ...Allah is alwayz with us...

Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gosip dan desas-desus yang tidak bermanfaat. Itu, kerana aqal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. Dan...

Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur)...(At-Taubah:87)

Saat paling berbahaya bagi aqal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri.

Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana; dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesal kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu, membuat aqal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu, saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional, sedangkan aqal anda adalah perwiraan yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu! Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan . (Dipetik dari buku La Tahzan)

The Pharaonic village

A nice trip and wonderful moment to tied ukhwah between us...never forget Allah..this will InsyaAllah enhance our belief to Allah....





we travel by the ferry














Life of da' ancient egypt














How to make perfume traditionally...












what's that???...mumia














u know the papyrus paper??so dis how they make it using the papyrus...












ni la daun papyrus....but deme guna btg papyrus utk buat kertas..daun lak buat perahu n some other creative handcraft...













dari dekat...a lot can be seen along the nile river
















disebalik lukisan..ader ceritanya...














mmm..actually there are a lot of things that I want to share with u guys..but I think that enough 4 this time..so sama2 ambik pengajaran..kat cni jgk banyak replika firaun but x penting sgt kot utk diupload..better come n see..hehe..pengembaraan meluaskan pandangan n persepsi utk tmbhkan keimanan..yg mana baik sama2 la kita manfaatkan n yg buruk jadikan sempadan...walllahu'alam....

Sunday, July 08, 2007

Salam

...Allah is alwayz with us...


4 Julai 2007

Assalamualaikum wbt....Akhirnya musim peperiksaan berlalu jua..Berlalulah jua resah dijiwa…kekalutan yg mmg disangka..ketegangan yg tak terkata…buku yg menanti dibaca..buat sekian lama blog ini insyaaAllah akan di updatekan jua..

Benarlah suasana ketika exam ini merupakan medan pengorbanan dan medan ujian..yg bukan hanya menguji mentality tapi menguji emosi…time nilah Allah uji dgn pelbagai perasaan..maklumlah kebanyakan pasti akan menerima tekanan,…Cuma bezanya bagaimana setiap individu mengawal dirinya…Ada yg menumpukan 100% pd madah tanpa memikirkan yg lain..Ada yg masih sempat bermain…namun Alhamdulillah masih ada memberi ruang buat dirinya kembali pada tuhan disamping usaha dan tawakalnya pada Allah Rabbul jalil...malah fokusnya pd mardhatillah..indahnya golongan ini..pasti mereka mumtaz pd kaca mata Allah biarpun tidak pada manusia…

Time ini lah diri akan dinilai.Mampukah dri menjaga segala hak yg terpikul di bahunya..hak pd Allah,hak pada ahlel beit,hak pada diri,hak sebg seorg anak..???
mmm…Cuma ketika ini yg mampu dilakukn hanya berserah pd Allah kerna natijah itu miliknya..Dia tahu apa yg terbaik buat diri kita yg lemah ini…

5 Julai 2007

menyingkap sejarah silam bumi anbiyak yg jua bumi firaun laknatullah...kehadiran kami di pyramid membawa seribu keinsafan..biarpun golongan ini memiliki kecerdikan yg tinggi namun memilih kekufuran yg hanya merugikan diri...sejarahnya boleh disingkap dlm Al-quran sendiri..surah taha..yg mana menceritakan ttg nabi musa,harun dan firaun sendiri berdialog..dan keislaman ahli sihir firaun setelah Allah memperlihatkan mukjizat yg ada pada Nabi Musa..Namun kerna kekerasan hati yang dimiliki firaun ttp kufur…

~ Dari jauh~

1st largest piramid

2nd piramid



Monday, April 30, 2007

medan kita

terkesan dihatiku..maka ingin ku kongsi dengan kalian..maximumkah usaha kita utk menggapai cinta Rabbul Izzati..??

Medan berkata-kata tidak sama dengan medan beramal;
Medan beramal pula tidak sama dengan medan beramal + ikhlas;
Medan beramal + ikhlas pula tidak sama dengan medan beramal + ikhlas + istiqamah(berterusan)"

Fathi Yakan:

"Sebahagian orang menyangka mereka telah banyak/hebat melaksanakan kerja-kerja dakwah, sedangkan mereka itu tidak lain hanya bermain-main di pinggiran dakwah."
(Bahtera Penyelamat)

Muhammad Ahmad al-Rasyid:

Para perawi telah meriwayatkan kepada kita dari seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang telah dijamin masuk syurga, iaitu Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi r.a. Beliau telah berkata: “Cukup jadi keaiban pada seseorang bila dia duduk diam di rumahnya.”

Tiada seorang pun ulama’ yang terkemuka yang redha dengan sikap demikian. Contohnya Imam al-Ghazali, beliau berkata:

“Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya telah melakukan kemungkaran. Bagaimana mereka boleh duduk saja-saja tanpa membimbing manusia, tidak mengajar mereka dan tidak membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar manusia masih jahil tentang syariat hinggakan syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung pedalaman. Di antara mereka ada orang Arab Badwi, Kurdis dan Turki serta berbagai golongan etnik lagi.

(Al-Muntalaq: Bab: Ahli Ibadat Yang Bermain-main)

Tuesday, April 17, 2007

sakinah imaniyah


He alwayz Watching us
Ya Rabb peliharalah imanku dlm menjadi hambamu

Bayangkan kehidupan tanpa keluh kesah. Apabila ujian melanda, ianya diterima dengan penuh kesabaran...maka ia menjadi medan ubudiyyah dan medan membuktikan kecintaan dan kepasrahan kepada segala keputusan Allah. Apabila nikmat melimpah ruah maka segalanya mengingatkan diri kepada Kemurahan dan Sifat kasih sayang Allah SWT...maka hati tidak putus-putus mengucapkan syukur di samping memanfaatkan segala kebaikan untuk Islam tanpa berlebih-lebih. Inilah keajaiban hidup beriman. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW "Ajaib sungguh segala urusan orang yang beriman (Mukmin). Setiap urusannya baginya baik. Jika diberikan kebaikan maka ia bersyukur, maka ianya menjadi baik baginya. Apabila ditimpakan musibah padanya maka ia bersabar, maka itupun menjadi baik baginya..."Inilah Sakinah Imaniyyah iaitu ketenangan yang lahir dari keimanan; keyakinan pada janji-janji Allah dan segala hikmah yang terkandung dalam setiap urusan Allah SWT. Hati menjadi tenang kerananya, tidak ada keluh kesah apatah lagi kekecewaan dalam kehidupannya. Hari-hari yang dilaluinya adalah ruang dan peluang untuk membuktikan keimanan. Fajar baru menjanjikan kebaikan dan kebahagiaan. Inilah yang dihajati oleh setiap insan sekiranya mereka mengetahuinya...terutamanya dalam kehidupan hari ini yang mengenepikan kemanusiaan apatah lagi kasih sayang dan rasa persaudaraan.

::::sesungguhnya dlm kalamullah itu berupa peringatan::::
"Wahai orang-orang Beriman, BERTAQWAlah kamu kepada ALLAH dengan SEBENAR-BENAR TAQWA dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu MUSLIM"
(3:103)


"Hanya sanya Allah menerima Amalan dari orang-orang yang BERTAQWA"
(5:27)

"Wahai orang-orang beriman, Jika kamu bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu Al-FURQAN (upaya membezakan antara Al-Haq dengan Al-Bathil) dan menghapuskan segala kesalaha-kesalahan dan mengampunkan dosa-dosa kamu.."
(8:29)

Friday, April 13, 2007

rehlah

...Allah is alwayz with us...

Alhamdulillah ari ni pegi rehlah kat azhar park
best sangat..lihat ciptaan Allah & sambil tadabbur dan exactly blh releasekan kebuntuan dan keresahan di benak ni..

sambil merapatkan ukhwah sesama junior n senior medic..
lihat bunga yg kembang pasti makhluk ciptaan Allah ni sentiasa memuji-Nya..bahkan tak putus2..kagumnya..
kita ni yg sebaik2 makhluk ni pon kadang2 tak nak rasa bersyukur & selalu lak lupa nak puji + zikir padaNya..

Syukur sgt,at least sebelum nak bergelumang ngan final exam blh la bergembira ngan kawan..
apapon kena ada keseimbangan..hak badan dan rohani jgn diabaikan..
Allah ciptakan kita supaya kita amanah ngan apa yg di beri..
dan tak bermakna core business kita dilupakan

Bicara Illahi buat hari ini..



Mafhum ayat Al baqarah 216::
boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik untuk mu
dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk untuk mu..sesungguhnya Allah Maha mengetahui
Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih dari perancangan kita..




Wednesday, April 11, 2007

MOIC 07


MODEL OF ISLAMIC CONFERENCE 2007
DIALOGUE AMONG CIVILIZATION
6-9 APRIL 2007
.......Briefly...........
6-7 APRIL 2007
POSITON OF MUSLIM MINORITIES IN EUROPE

POINT OF VIEW: SUBTOPIC:

:: Religious discrimination
:: Racism
-Defamation campaign against Islam
:: Political marginalization
:: Social marginalization
-poverty (unemployment)
:: Culture challenges


9 APRIL 2007
DIALONGUE AMONG CIVILIZATION
(Prospect & Challenges)

:: Defining dialogue
:: Significance of dialogue
:: Is dialogue important or not?
:: Challenges facing dialogue
:: Condition for effective dialogue
:: Mechanisms needed for effective dialogue

Some information that can be share….My opening speech

Dialogue among civilization will be a good approach in order to make a new step for west and Islam and also other civilizations. Hopefully this opportunity will develop new idea and can build tolerance between civilizations as we now are in the global area. Thus respect and mutual equality should be considered in order to have an effective dialogue. This dialogue is must and indeed a moral & human duty and it will also contribute largely to bring human and nation together to solve misunderstanding.

Definition of dialogue

Actually defining concepts is considered one the most daunting and challenges tasks. Concepts are mostly formulated according to the perception of each thinker.
As Muslim in my opinion it should be guide by our truly source ‘Al-Quran & Hadith. Thus based by what all delegates have agree and defining it the most broad way is:

Dialogue is peaceful interaction process among free represented base on diversity, mutual respect and mutual tolerance and equal expression.

Challenges

1)Mutual recognition
2)Different language
3)Imbalance power
4)Different interest
5)Misconception
6)Generalization
7)Goal & dialogue
8)Colonization
9)Comperacy theory
10)Religious background (particularities)
11)Extremisms



~nice to cooperate with u all~


Briefly,it was such an percious moment..& it will be an experience that I will never ever forget...we have been spend a lot of time together...discuss about ummah..and hopefully it can be benefit us as platform to be khalifah in dis world...even though sometimes we have fun...today it like turn to be sad...coz we have finish our conference...mmm,biiznillah we meet in moic 08...May Allah assist us all da way through.keep on working and study hard for becoming exam...By the way thanks to all of you especially to Hend,Bassant,Lamis,Nora & my delegation(Human Right watch)..Rabbuna yusahil

Sunday, April 01, 2007

Ya Rasullullah



::Tanpanmu tiadalah sinar islami kan menyerlah di muka bumi

andai diri leka mendamba cinta insani

ketuk lah pintu hati moga cinta pada baginda lebih dahulu bersemi..

dan pastinya cinta Illahi cinta hakiki::


Malu rasanya mengatakan cinta...

kepada dia kekasih Allah,

Kerana dirinya insan mulia

sedangkan diriku insan biasa...

ku pujuk jua hati dan jiwa

meluahkan rasa cinta membara

dalam pujian ucapan selawat

tanda keikhlasan seorang umat

selagi upaya..kuturuti ajarannya

apa terdaya kuamalkan sunnahnya

moga di dunia mendapat berkat...

di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona

kerna budinya aku jatuh cinta

rindu ku padanya tiada terkata

nantikan lah daku di taman syurga..


~Kullu sanah wentu toiyibah~

Friday, March 30, 2007

moic:last session




::mEMbErS::
~MOIC 07~

...Allah is alwayz with us...



Time passed and it will still running and leave us behind...Therefore,2nd Model of Islamic Conference will be held next week..and today is our last session..for sure,I will miss you all..but our mission doesn't complete yet...and praise only to Allah,bcoz He the only one that can help our Ummah..Glad to be one of the members. As many other models the session of the ACs were held regularly,and the OCs continued their efforts to succeed this model..hopefully Allah bless us..Thus I hope that we are still not forgeting what has been faced by Muslims whole over the world.Thus we are not supposely to live happily pretend that nothing happen to Islam.."they " insult us..should we just stand and do nothing..??open your eyes..and play your role in the community..Dont just talk and discuss coz it doesnt not change anything..but we must do something..How dare us to allow our enemy treat us in such a terrible way..??Although the give bad expression on us,we must be patient and try harder to prove that Islam is the best way of life..We are the image of Islam..Islam is beautiful..Thus dakwah n tarbiyah will be the best solution..but Muslims, themselve must know their position n responsibility...We have to wake up from our sleepWe should do something..Innallaha ma'ana

See you guys in the conferrence



~The Only 'thing' we need is Allah~


Thursday, March 29, 2007

~peliharalah ukhwah ini~

ukhwah fillah
Ya Allah, menjelanglah kini malam ciptaan-Mu,
beredarlah sudah siang-Mu,
inilah keluhan suara dan permintaan dari hamba-Mu maka oleh itu ampunkanlah daku.
Ya Allah
Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eretkanlah ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar.
Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.Amin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

Thursday, March 22, 2007

kemenangan



...Allah is alwayz with us...


mungkinkah senyum itu penawar duka..tika ada yg tertawa tidak semestinya pemilik hati ceria..masing2 ada kisah duka..ada masa suka dan duka..itulah lumrah kehidupan.takkan lari dari diuji..tika nilah pastinya kita perlukan lebih pergantungan terhadap yg Maha Esa..Dialah pencipta hati..Mmm,kejayaan dan kegagalan jua sentiasa melingkari kehidupan manusia..wahai diri,hidup ni ibarat roda,kau takkan selalu senang dan takkan pula Allah membiarkan hambanya gagal sekiranya dia menjaga hak dia sebagai hambaNya.Sebagai mana firman Allah:


"Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, dan sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebaikan, supaya kamu mendapat kemenangan." (QS. 22:77)


Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Allah di atas, perubahan dan kemenangan yang hakiki tidak hanya dapat dicapai dengan iman, tunduk dan ibadah kepada Allah semata tanpa direalisasikan dengan amal usaha yang nyata.Usaha itu penting..but natijah tu serah pada Allah.


"dan perbuatlah kebaikan!." Sesungguhnya kemenangan atau perubahan itu tidak akan diperoleh dengan berpangku tangan sambil berangan-angan kosong, dan tidak akan datang hanya dengan menadahkan tangan ke langit.
Kemenangan atau perubahan hanya akan datang selepas sulitnya perjalanan dan kerasnya rintangan dan tentangan.


Jadi WaHAi diri jangan bermalas-malasan..kaulah generasi harapan Islam.

Tuesday, March 20, 2007

Sedarkah kita??


Islam itu indah Islam itu Suci...
Imbaulah masa-masa yang telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yang didokong oleh pahlawan Islam, pimpinan-pimpinan Islam dan orang-orang yang solleh.

Namun, setelah beberapa generasi berlalu, umat Islam diselubungi kelekaan. Akibatnya umat Islam itu ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan mereka dirampas,
Iman menjadi lemah,
neraca kehidupannya bertukar
dan hukum al Quran dihindari.

Mereka juga mendidik keturunan orang-orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempesonakan.

Begitulah pewaris-pewaris Fir’aun telah memperdayakan umat kita;

“Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada Deen Allah SWT.”
Fi Zilaalul Quran


Adakah kita harus selesa dengan keadaan yg menyelubungi hidup kita ini...?? Bangunlah wahai diri..bangunlah dari lena bangunlah dari mimpi...sama2 kita mara demi islam yg dicintai..tingkatkan usaha dalam bidang yg kau ceburi sekali kau gagal pasti ada kejayaan yg menanti..kalau bukan dlm akademik may be sahsiah kau terpuji..but moga mampu didik diri jadi insan yg terpuji+ dapat redha Illahi...Ameen Ya Rabb...Buat sahibah2 yg disayangi doakn ana di sini..moga sama2 kita berusaha seperti kita berada di bumi wakafan ma3...kejayaan pasti diharapkan tapi biarlah kita lalui marhalah hidup ini dengan penuh keredhaan dan sentiasa ada pergantungan..nasihat kalian ana harapkan sebagai peringatan dalam perjalanan....Moga Allah permudahkan kita semua...

Friday, March 09, 2007

tinta kembara

Tinta kembara..

Alangkah indah andainya setiap kalam,setiap budi bicara ,setiap tutur kata, mampu ku relatekan dengan Maha Pencipta.Barulah terasa bahgia dan manisnya kehidupan ini.Melihat kepada reality kehidupan dari jillul quran hingga jil skrg..Tidak dapat dinafikan setiap insan perlukan perhatian +++perhatian?perhatian dari siapa?+++dari Rabb yg Maha Penyayang dan yang menaungi arasy ini…bukannya kita perlu selalu harapkan bantuan dan perhatian dari manusia kerna bantuan mereka tidakkan kekal lama..yang pasti bagi golongan manusia yg meyakini bahawa Allah itulah yg berkuasa pasti mereka menyerahkan seluruh kehidupan pada Allah…maka bagi mereka hanya ada Allah dan Rasul sahaja..tentu bahagiakan hidup dalam situasi begini..bila segala-galanya kita serahkan pada Allah pasti jiwa takkan gelisah dan akan sentiasa tenang tak kira ombak atau badai datang melanda..tentu hati ni akan redha dgn segala-galanya..Tika inilah ku sedari betapa pentingnya tarbiyah hati..hati perlu sentiasa diproses,perlu di beri nutrient yg sesuai agar kondisinya tiada symptom yg blh menjauhkan diri dari tuhan..Hati perlu selalu di peringati..sengaja ku ulangi peringatan yg sama buat diriku yg sering leka dgn angan2 dunia..

Perjalananku masih jauh
Kemanisan menunggu ayuh
Perjuangan penuh dugaan
Namun tekadlah dlm keyakinan
Membangkitkan semangat tujuan
Mewarnakan kemanisan iman
Demi Ummah seluruh alam
Demi Islam panji kemenangan
Walaupun tiada teman
Yakinlah redha Allah dlm tangan
Tika kau keseorangan
Pasti ada yg meneman..
hakikatnya kau tak bersendirian
Andai kau ikhlaskan hati
pasti Allah berada di sisi
Membantu kau meniti
segala onak duri...


Ya Allah justeru itu kau bebanilah aku dgn sesuatu yg aku mampu...
Bahkan sesuatu yg tidak melalaikan aku dari mengingatiMu...
Malah yg memberi kekuatan untuk ku dekatiMu...

Sunday, March 04, 2007

Islam & the western

This was my 1st assignment for moic~::
glad to join this group as it can keep me to think about ummah..
and can mix with the egyptians and try to change opinion among them..they are such a good frenz..

ISLAM AND THE WESTERN FROM ASAD’S POINT OF VIEW

Introduction
Who was Mohammad Asad?
Western prejudice towards Islam and Muslims
What can Islam offer to the world?
Is it possible for the west to turn towards Islam?
Blind imitation of west: the greatest danger for the Muslim
Islamic civilization
Andalusia – The gateway for the Islamic civilization to the west.

Introduction

Without doubt, Western civilization dominates the world today. There are numerous positive qualities that this civilization has given to the human race, especially in the fields of science and technological development. For sometimes the Islamic world has been experiencing decadence which has taken hold of numerous spheres of its life. Unfortunately, it is the bitter truth that Muslims of today are lagging behind economically, scientifically, technologically, politically and educationally. What are the reasons for the decadence? Why were the Muslims, in the first centuries of Islam, so advanced and progressive? The opinion offered by Mohammad Asad, a man who embraced Islam is very interesting.

Who was Mohammad Asad

Before converting to Islam, Muhammad Asad was known as Leopold Weiss. He was born in 1900 in the city of Lwow in east Galacia, which at that time was possession of the Austro-Hungarian Monarchy. He comes from a very respected and learned Jewish family. In his research for the truth he converts to Islamic 1926 and changed his name to Mohammad Asad. Some of his work such as ‘The Road to Mecca’ and ‘Islam at the Crossroads’ have been translated into Bosnian and the translation and the commentary of the Quran in English entitled The message of the Quran , is considered his life work. Mohammad Asad passed away in 1992 and was buried in a small Muslim cemetery in Grenada, Spain.

Western prejudice towards Islam and Muslims

To find a truly convincing explanation of this prejudice, one has to look far back into history and try to comprehend the psychological background of the earlier relations between the Western and the Muslim world. What occidentals think and feel about Islam today is rooted in impressions that were born during the Crusades.

Is it possible for the west to turn towards Islam?

One may at all times receive new, positive influences from a foreign civilization without necessarily abandoning his own. An example was the European Renaissance. There we have seen how readily Europe accepted Arab influences in the matter and method of learning. So it has proved that west have took benefit from Islamic civilization.


Blind imitation of west: the greatest danger for the Muslim

Blind imitation of west and the aspiration to adopt Western ideas and ideals in the Islamic world have catastrophic consequence.

In order to achieve the regeneration of the world of Islam, the Muslim must
1) Before adopting any measures of reform, free themselves entirely from the spirit of apology for their religion and social structure.
2) A Muslim must live with his head held high
3) He must realize that he is distinct and different from the rest of the world and he must learn to be proud of his being different
4) Building self confidence and belief in the validity of our own cultural and civilization values-important factor overcoming Muslim decadence

Islamic civilization

*it is a civilization of balance and moderation that united science and faith
*established a balance between spirit and matter
*Islamic civilization drew man and God closer together
*Conjoined the earth with heavens, subjugated this world to the Hereafter

Andalusia – The gateway for the Islamic civilization to the west.

There is no doubt that the Muslim played a great role in the development of world civilizations. Today every the world are benefiting from the numerous achievements of Arab civilization
As we can see from history, Andalusia owing to its universities and the enthusiasm for learning which was shaped by the scholars and was the part of the Islamic world which had a decisive role in the transmittal of the heritage of the Arab-Islamic civilization to the west

Comment by some of the European Researchers on the role of Andalusia played in the European Renaissance:::

1) Prof Albendet Nehru when describing Arab scientist, he said,” They are truly the founder of modern science”

2) In the work Legacy of Islam, a group of authors orientalists say the following:
“It is known for a fact that, while Europe was staggering under a heap of misfortunes and the material and spiritual neglect, while the Muslim of Andalusia were building a brilliant civilization and economically well-organized life.

Conclusion

As Muslim our mentality must be focusing on Allah, belief and trust only to Allah because our destiny was in His hand. What ever other nation do just be patient and try to treat them in a good way. try to develop a natural .Muhammad Asad himself try to describe the phenomenon that occur around the Muslim because majority of Muslim still didn’t realize their condition and what they are really facing right now. So we have to improved ourselves and still develop a good communication with the west in order to build a harmony relationship and prevent any misunderstood between two nation.

Reference
Safwat M. Halilovic, Islam and the western from Asad’s point of view, first edition,2005

Saturday, February 24, 2007

protokol ke-!0 Yahudi

PROTOKOL KE SEPULUH YAHUDI....

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8perkara....

1.song
2.sex
3.smoke
4.sport
5.fun
6.food
7.female
8.fashion

mmm...betapa terancangnya yahudi laknatullah..setiap aset yg ada kita ada yg boleh digunakn untuk kebaikan dia manipulatekan untuk sesatkan kita...lihat la...mereka merancang dan melaksanakan dengan jayanya...bila kita pikir2 balik...kebenaran yg tidak terancang blh dikalahkan dengan kebathilan yg terancang...mmm...so kita kena merancang...tapi mana letaknya kekuatan kita sekiranya umat islam sendiri saling.........i mean tak nak bersatu...tu la yg yahudi cuba ambik peluang...takut jugak ana berbicara ni sebab Allah akn soal apa yg kita ..bukannya cakap atas angin n tunggu bantuan Allah je...usaha kena ada...Ya Allah bantu lah aku dan janganlah sia2 kan usia ku..moga ada usaha ku ke arah menjulangkan nama Islam yg pasti sentiasa Kau pelihara...

Itu baru protokol yang ke 10......yanglain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia.... .tapi lebih cintakanALLAH....... .... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......
DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....letakkan syarak di hadapan untuk memandu kehidupan walaupun kita pasti melakukan kesalahan...itulah namanya INsaN..