BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 25, 2008

personality

::Extremely thinking::

~not only me..but you too~

Personality..interesting topic that I learnt today at psychology class..
Lecturer said that personality colours our behaviour...is that true??Just wanna share some of inputs I got

There are some factors affecting development of personality such as biological factors, social and familial factos, cultural & religous factors..So let us see around us is that true...??

Besides there are also classification of personality:

1) Physical Approach
  • pyknic physique-short & fat
  • asthenic physique-tall & thin
  • athletic physique-intermediate & muscular
  • dysplastic physique-irregular with different combination

2) Social Approach

  • Introvert personality-sensitive, shy, imaginative, work alone
  • Extrovert personality-social, practical, has self confident

3) Trait Approach

  • Obsessive-clean, meticulous, over conscientious, perfectionist
  • Cyclothymic-warm, kind hearted, friendly, moody
  • Emotionally unstable-irritable, exaggerated emotion, dislike critism
  • Hysterical-emotionally immature, suggestible, selfish, attention seeking
  • Schizoid-isolated,sensative,shy, day dreaming, intolerant to frustration
  • Paranoid-excessive feeling of self-importance, dominating, sensitive, suspicious, misinterpreting others

So what do you think??which one is yours??

Thursday, March 20, 2008

::Cintaku padanya::

~He is the Man~
the most perfect one


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Menebal rindu di dada andai lirik nasyid ini dihayati dengan sedalam-dalamnya. Bahkan kerinduan dan kecintaan yang sebenarnya tidak mampu diungkapkan hatta dengan kata-kata sekalipun. Justeru kita sebagai umat baginda seharusnya tidak memandang enteng akan sirah baginda bahkan inilah yang kita harus titik beratkan berbanding isu-isu semasa lain. Jika diimbaskan kembali, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya amat luar biasa, malah kehadiran baginda mengubah dunia yang fana ini dari gelap pekatnya jahiliyah kepada cahaya keimanan.

Dikatakan tak kenal maka tak cinta. Justeru teramatlah rugi seandainya kita tidak mengetahui rentetan perjalanan hidup baginda serta sunnahnya. Namun kita sebagai umat Islam mesti menjauhi sikap golongan kuffar yang mana mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w namun perkhabaran itu bukan menambahkan keimanan mereka terhadap Allah bahkan sebaliknya berlaku iaitu dengan menyemarakkan lagi api dendam mereka yang tidak berasas. Moga hidayah milik mereka serta moga Allah pelihara iman kita juga..

Marilah kita merenungi dan persoal diri. Apa erti kasih apabila kita hanya mengenal budi pekerti baginda tetapi tidak membenihkan rasa taat ? Apa maksud sayang apabila hanya memahami erti pengorbanan dan jasa baginda tetapi tidak mahu ikuti jejak langkahnya? Apa makna cinta apabila kita hanya mengetahui peribadi dan langkah perjuangannya tetapi tidak mahu menuruti sunnahnya? Tidak bersalahkah kita apabila hanya berbangga menyebut tentang kehebatan Rasulullah tetapi tidak berusaha untuk mencontohinya. Firman Allah

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Al-Ahzab:21)

Maka sudah tiada lagi istilah ragu-ragu buat diri setiap Muslim. Malah lebih memalangkan lagi apabila kita hilang sensitiviti apabila ada golongan manusia yang memperlekehkan sunnah dan keperibadian baginda. Jelas seperti yang telah dilakukan oleh sebilangan kecil warganegara Denmark tentang karikatur yang menghina Junjungan Besar kita Muhammad s.aw. Justeru konsep cintakan sunnah dan cintakan Junjungan Besar haruslah diperjelaskan dan dipergilapkan lagi.Namun cinta pada Rasulullah tidak akan bererti tanpa mengotakan apa yang dikatakan tentang baginda


“Tidak patut bagi seorang mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan suatu perkara untuk mereka, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (QS. Al Ahzab: 36)

Tuntasnya menghidupkan sunnah Rasulullah baik dalam ibadah, akhlak, dan dalam semua sendi kehidupan kita adalah sangat-sangat digalakkan, sehigga kita menjadi orang asing di tengah jutaan agama dan bangsa lain masa kini. Sesungguhnya hanya Islam deen yang diredhai Allah. Rasulullah pernah bersabda:

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Teringat pula..Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

KITALAH IKHWAN ITU

ps: apart from dis posting has been publish as an intro 4 kempen amal sunnah Rasulullah

Wednesday, March 19, 2008

International Day


~Welcome~

Mahrajan Addauli::mmg best



Kaherah ,19 MAC- Histo exam is cancelled as our Faculty of Medicine,Cairo University buat julung kalinya telah mengadakan International Day yang melibatkan 13 negara dari benua Asia dan Afrika. Negara-negara tersebut adalah negara Mesir, Afghanistan, Jordan, Eritrea, Bahrain, Saudi Arabia, Sudan, Yaman, Syria, Iraq, Palestin, serta Qatar dan tidak dilupakan juga negara tercinta, Malaysia. Seharusnya semangat warga Malaysia dipuji kerna bertukus lumus menjayakan 'booth'. Inilajh semangat kerjasama dan perpaduan yang kita inginkan.

Justeru dengan wujudnya program sebegini secara tidak langsung mampu merapatkan ikatan persaudaraan antara para mahasiswa dari pelbagai negara serta bangsa.Di samping itu juga pameran yang di jalankan sedikit sebanyak memberi gambaran pada para pengunjung tentang sistem pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan budaya negara masing-masing. Selain itu juga inilah peluang keemasan untuk beramah mesra dan mengenali budaya negara asing walaupun masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke negara mereka.
::Malaysia di hatiku::

::palestin saudara kita::

::Allahu akbar!! Palestin di tangan di hati jangan dilupa::



::Booth arab saudi::

::Warga syria riang gembira::

::tarian~mengagumkan::


::dikir barat menggegarkan bumi mesir ++ seri seginnih::

Saturday, March 15, 2008

::Be a stranger & traveler::

~Kempen cintakan kekasih Allah~
++Anjuran PERUBATAN++

Renungan buat hati yang merindui kalam kekasih hati::


Daripada Ibnu Umar r.a. beliau berkata: "Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan(traveler)."

Ibnu umar telah berkata: "Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu waktu pagi. Dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu."

(Diriwayatkan oleh Bukhari)


~Mari sama-sama kita renungi~


Ada benarnya kan...dan sememangnya benar seperti yg sabdakan oleh baginda dalam hadith tersebut kehidupan mukmin di dunia ni tidak lebih dari laksana orang asing dan pengembara++Justeru selayaknya kita tidak cenderung atau berhajat kepada kemewahan duniawi semata-mata. Bagi diri seorang mukmin cukuplah baginya memperlengkap diri dengan sebaik-baik bekalan.Dan sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa


Dunia bukanlah layak untuk di jadikan tempat pergantungan tapi cukuplah sekadar semaian utk kita tuai di akhirat kelak..maka mana mngkin kita bertangguh dalam melakukan amal kebaikan tambahan pula ajal tidak mengenal usia.


" Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya kesenangan yang memperdayakan"

(Ali Imran:185)


Maka dari situlah pentingnya kita manage kehidupan yang Allah berikan ni..Manfaatkan sebaik mungkin..dan apalah nak dibandingkan kehidupan di dunia yang fana ini dengan kenikmatan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Serta kebahagian dan keseronokan jika bertemu Junjungan Besar,kekasih hati seluruh Ummat..tak teringinkah kita?? Atau kita masih belum cukup yakin dengan kalam baginda serta firman Rabb yang Maha Esa??Sama-sama koreksi diri..dan tak dinafikan selaku makhluk yang bergelar insan kita memang tak lari dari lakukan kesilapan..tapi kita boleh cuba melakukan perubahan..

Islam Boleh!! Maka kita tentu boleh!!

Tuesday, March 11, 2008

Ketibaan & kepulangan

Salam perjuangan buat semua>>lebih-lebih lagi buat warga medic mesir yang bakal 'disambut' oleh final exam tidak lama lagi..tika inilah ujian yang pasti menduga pelbagai aspek..pastinya pelbagai karenah dapat dilihat..so we need to plan our study starting from now as masa kian suntuk~peringatan buat diri sebenarnya. adakah terlau awal utk daku peringatkan..rasanya tidak..Firman Allah dalam surah Al-Asr

Demi masa. Sesunggunya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran


Disamping menghitung hari yang bakal tidak senang duduk dibuatnya seandai berjauhan dengan buku, kami 'diubati ' dan diceriakan dengan kehadiran kedua ibubapa nadiah..:) terpikir juga bila agaknya rezeki ummi dan lek ke mari.. terubat sedikit rindu as terasa seperti mak ayah kita jugak.. namun tak boleh menandingi bahgianya hati seorg anak itu sendiri.. tak lekang manis senyumannya ekoran kehadiran insan tersayang:) Teringat pula akan keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa>>maka hargailah kedua ibu bapa kita


Terselit jua kesedihan :( kerana bakal kehilangan senior2 yang banyak berjasa..Pasti akan terbit kerinduan kerna dahagakan tunjuk ajar mereka dan terutamanya rindu akan masakan mereka:) All da best utk akak2 (Kak Maz, Kak jat, Kak Wani, Kak Masyitah, Kak Min & Kak Sarah) dan tak lupa juga buat abg2 yang sudah pun pulang ke tanah air utk berkhidmat. Moga kalian manfaatkan ilmu yg kalian gali di sini.Curahkanlah pada anak bangsa yg dahagakan sentuhan islami.Buat Kak Maz syukran yang tak terhingga kerna sll take care about us.Moga Akak menjadi doktor Muslimah yang disegani dengan kewibawaan dan kehebatan sebagai seorang daie.Moga yang terbaik utk kalian..maafkan salah silap kami dan tingkah laku kami yang ibarat lagak anak kecil.Doakan kami berjaya juga..Pertemuan dan perpisahan semunya ditangan Allah.

Friday, March 07, 2008

Result!!

~ teruskan berjuang teman-temanku~



seiring musim sejuk yg kian berlalu

terasa sudah kehangatan udara

bertambah lah pula hangatnya

result mid term dikhabarkan keluar pula

Mmm..semalam result 3rd year sudah terpampang

tahniah buat senior..teruskan perjuangan kalian

..today Allah izin kami pula...

Need to put more effort..no play play after dis...

Ummi syukran jiddan for calling...

terharu jua pabila terdengar suara

Naluri kita sama..luv u so much..

(actually bru ingat nak call)

for Lek tak terungkap ucapan trima kasih

as selalu doakn along...

Along redha as mungkin usaha tak semax yg disangka..

And syukur yang tak terhingga...

Kerna masih ada yg Allah uji dengan sebaliknya...

maka layaknya kita jadi insan yg bersyukur



So buat semua teman sekuliah...

tahniah buat semua

dan tak kurang juga sama2 tingkatkan usaha

insyaAllah recovery period masih ada

inilah baru langkah permulaan

bukanlah pengakhiran..

jangan menghukum diri

as Muslims we not only require to get highest mark

what the most important is mardhatillah

Are we are study coz of Him..??

so better we check out our niat..

and now let make turning point...

to be better or even the best one...

TAGGED

flying brain::keep thinking::but the fact is all in HIs hand




Demi seorang sahabat..ku siapkan juga kerja umah ni…Has been tagged by her..Just simple things from me…as I’m an ordinary person nothing special bout me..to my lovely Kiena…here they are..


Tagged by Kiena
1. Maryam Fatin Hanisah
2. Samsiah Binti Jusoh
3. Faten Thaaherah
4. Syed Murzaki Syed Ali
5. Nurulhuda Ahmad Sani
6. Syed Muhammad Solehin
7. Ayah Do
8. Wan Nur Farhana Binti Mohd Yunus
9. Atiqah Amran
10. Nadiah Damanhuri


The questions to be answered..[owh dear dear]


1) How long have you known number 4?
[Syed Murzaki Syed Ali] since I’ve born..He is my dearest father~miss him so much~but not only Him..ummi & truly the whole BIG family–

2) Is number 1 your best friend?
[Maryam Fatin Hanisah]
Aiwah, the most caring person I know..and she understand what I feel..~you alwayz in my heart kak yam~..even her words can let me think twice to do something..

3) Do you have a crush on number 6?
[Syed Muhammad Solehin]
hoho..nothing to say..but as this is my bro..sejak kecik we are twinkle naughty partners…hehe..normal la akak ngan adik kn..I do love him much..can’t explain by words~u are the only one I have..Mga dikau jadi perwira deenul Islam adikku..

4) Would you date number 7?
[Ayah Do]
mmm selalu je..but the prob is>> now he is married..not jelous but I’m hapi coz can meet my cute aunt…hehe…dis is my lovely & daring uncle..

5) How bout number 5?
[Nurulhuda Ahmad Sani]
hehe..of course I want to…hehe since we are now both in Egypt..syukur lillah if I can meet her…a lot of stories will be share

6) If you could pick one nickname for number 8 what would it be and why?
[Wan Nur Farhana]
…let me think 1st.Aha! She deserve to be called as CUTE AMOI..she cute and she has Chinese look. Our face was totally different although we are cousin..

7) Name one inside joke you have with number 10/if you don’t have any for some reason, name a memory you have with number 10?
[Nadiah Damanhuri]
ha ha..knowing her from intec as she was my housemate..and now again we are..jodoh katakan..byk sgt memori ngan dia ni..but I respect her..orgnyer sistematik n berkaliber..tanpa mu saper lah daku…ngeh2..

8)Have you ever been on a trip with number 4?
[Syed Murzaki Syed Ali]
All the time in my life I’m with him, so it’s YES...sangat beruntung if can spend tym with him..so sgt seronok kalau dpt g jalan2.

9) Have you ever had a sleepover with number 5?
[Nurulhuda Ahmad Sani]
ha ha even we slept at balcony together..

10) Do you think number 9 is hot or not?
[ Atiqah Amran]
bombastic person I’ve meet..nice and ada daya tarikannye sendiri..miss u tqam am

11) Have you ever met number 3’s parents?
[Faten Thaaherah]
selalu jer..tido umh dia pun pernah..Ibarat mak ayah kita jugak..nasihat mereka sgt berguna buat diri…

12) Have you ever hugged number 8?
[Wan Nur Farhana]
mmm…pernah je…dari kecik main sama2..

13) Do you miss number 7 right now?
[Ayah Do]
~truly yessss..when can I see him??

14) If you could say any one thing to number 9 without any consequences, what would it be?
[Atiqah Amran]
Allah is The OnLY One we have..no matter what prob u facing rite now..just remember that we have HIM as our protector…Jagalah imanmu..n finally good luck 4 your future..no matter what you take..I will alwayz beside u.You are never alone!!

15) Would you ever makeout with number 6?
[Syed Muhammad Solehin]
he he it’s my bro..tau2 je la camna yer..sbg akak hidup ini utk memberi =)

16) How about number 10?
[Nadiah Damanhuri]
Ngeh2 tak sesuai…yg penting jg hubungn kerna ukhwah itu penting

17) Do you have any pictures of number 1?
[Maryam Fatin Hanisah] uish..tak terbilang dek jari..since primary n secondary we have born together
~uhibbuki fillah~

18) Do you have a crush on anyone on this list?
Biasala dalam perhubungan itu ada pahit manis..but those are among my starz & my hopez..so whatever they do I really wanna support them..

19) Do you miss anyone on this list?
yeah, I do…tak terpikul dah

20) Have you ever hugged anyone on this list?
..yez..


at last it comes to an end..ho ho so the next 3 people I’ll tag are – Nadiah , Aimi and Chep…have fun but do it if u have tym..tiada paksaan dlm agama..salam buat semua!!!
and Allah knows best..
wallahua’alam..

Thursday, March 06, 2008

Bowling


Although the tym has pass
~>...<~
...Allah is alwayz with us...



Ber'sc' sambil bermain bowling..Syukran pada semua:)

Yang penting matlamat jangan lari..
dapat eratkan ukhwah tuntutan Illahi
tuntutan syarak jangan diketepi
kerna itu tunjang kekuatan peribadi
berhibur tiada salahnya
kerna hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah...





~masing2 mencuba~


~inilah pasukan kami~

Alhamdulillah 2 tym strike..hopefully next game ada improvement

When will be the next??:) hakikatnya tak blh main sll..hak masa perlu dijaga dengan seamanahnya..tuntutan lain lbh byk...

Wednesday, February 27, 2008

~Kewajipan remaja~

"He Alwayz with us"


~Kewajipan remaja muslim pada hari ini~



Sudah jauh kita melangkah. Makin jauh juga masa meninggalkan kita. Dulunya kita masih keanak-anakan namun tiba jua masa keremajaan. Justeru adakah kita sedari dan ketahui bahawa fatrah ini merupakan tempoh kekuatan dan tempoh pengislahan serta turning point dalam kehidupan??..mmm..sama ada kita memilih untuk menjadi pejuang keadilan mahupun pendokong kezaliman…maka pilihan terletak pada tangan kita sendiri..tepuk dada tanya Iman..

Namun aiyuhal ikhwah wa akhawat, hamba selaku insan yg kerdil ini, ingin sekali mengingatkan diri..ajal tidak mengenal usia..bahkan masih banyak kewajipan serta tanggunjawab yang harus kita lunaskan...masa yg kita ada barangkali tidak cukup utk melunasi semua amanah itu..jadi adakah untung kita membazirkan masa sedangkan bekalan ke 'negeri abadi' masih tidak mencukupi??

Pastinya sahabat2 sekalian sudah pun menghadam buku karangan Dr. Yusof Qardawi yg bertajuk kewajipan remaja muslim pada hari ini..atau arabnya Wajibul Syabab Al-youm..

Beliau menghighlightkan 4 kewajipan yang ana rasa sgt penting utk keutuhan ummah pada masa hadapan seiring dengan pemuda sebagai nadi penggerak deenul Islam.

Pertamanya kewajipan memahami Islam secara sahih…masakan kita dapat mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Islam sekiranya tanpa ilmu..Justeru perlunya mengetahui hakikat islam yang syumul serta jelas apa yang ingin disampaikan oleh Islam serta pelaksanaannya dalam kehidupan

Kedua ialah kewajipan beramal dengan Islam..Justeru ilmu sahaja tidak memadai andai amal tidak menuruti.Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal. Saidina umar pernah meminta perlindungan dengan Allah dari org munafik yang alim. Kemudian beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, bolehkah seseorang itu menjadi munafik dan alim?,” kemudian beliau menjawab “Ya boleh.Seseorang yang alim pada lidahnya dan jahil pada hatinya”

Lidahnya pantas berkata namun ibarat debu yg berterbangan amalnya hilang tanpa bayangan.

Ketiganya pula ialah kewajipan berdakwah kepada Islam. Inilah rentetan dari perjuangan para anbiyak..tugas menegakkan yang makruf dan cegah yang mungkar terletak dibahu kita selaku generasi pada masa kini. Kalau bukan kita siapa lagi?? Biar pun nampak berat tapi jika ada kesatuan insyaAllah dipermudahkan. Setidak-tidaknya khudwah yg baik sudah menjadi titik tolak dalam permulaan dakwah. Firman Allah dalam surah fussilat:33

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata: Sesunguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)"

Last but not least ialah kewajipan bersatu atas jalan Islam. Sesungguhnya tiada disana gerakan kerja dalam Islam secara solo ataupun bersendirian.Sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai. Malah bakal tersangkut dipertengahan jalan atau tiada pewarisan dalam meneruskan kerja dakwah. Islam mementingkan semangat kesatuan & ukhwah serta gerakan kerja secara berjemaah. Sedangkan Rasulullah ditemani sahabatnya..maka alangkah indahnya sekiranya jalan kebaikan disulami kasih sayang atas dasar keterikatan akidah yang satu. InsyaAllah dakwah tersebar dengan penuh kehangatan ukhwah Islamiyah

Sunday, February 24, 2008

Bersama Warga Utara

23 feb kita berjaulah
dengan harapan tereratnya ukhwah
Jejak Sri Kandi mengorak langkah
Anjuran Keluarga Perlis Darul Sunnah
Warga Akhawat Berjalan sudah
meredah Port Said dan Dumyat di ardul kinanah



Oh bila nak sampai::asyik jumpa polis je::Berdebar2 hati ni::Alhamdulillah tak jadi apa2 dah la teman ni tak bawa pasport::Kekalutan pada hari sebelumnya menyebabkan terlupa nk bwa dokumen penting::Alhamdulillah Allah pelihara

::Akhirnya.. nak sampai::

Gahnya kapal...tersegam indahnya masjid..Kenapa tiba2 teringat putrajaya??::mmm


~Port Said~


Ferry oh Ferry..menyeberang ke Port Fuad


~Teringat Pulau Mutiara~

kejap je..tak sempat nak duduk pun..dah kena masuk van blk..
tapi..Subhanallah udara sgt segar..


~solah & lunch di masjid di Port Fuad~


~Jejak Sri Kandi~


Ra'sul Bar~Dumyat..pertembungan Sungai Nil dan laut

Di kejauhan::merenung masa hadapan Ummah::

Sunday, February 10, 2008

AMAL


Tomorrow..tomorrow..tomorrow
cepatnya masa berlalu..



Firman Allah:
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian



Saidina Umar r.a berkata:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab,timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbangkan

Duhai perwiraku


Duhai perwiraku..



duhai perwiraku

kau la harapan ummi dan walidku

sama-sama kita mengharungi

dunia penuh cubaan dan tribulasi

zaman berzaman kita merentasi..

ranjau penuh onak duri

andai ku punya waktu

teringin sekali kuberbual denganmu

banyak sungguh bicaraku

melangit harapanku padamu

kerna dikau mutiara agama

bakal pengegar dunia

tegakkan islam diserata dunia

moga syarak kemudi hidupmu

bahtera iman penguat rohanimu

syukur...

wahai adikku

andai dirimu seindah namamu

solehin..hebat namamu

moga tertingkat ketakwaanmu

itulah harapanku..

Moga Allah lindungimu

kau tetap satu yang bertakhta

dalam doa dan kalbuku


Ingatkah kau akan besar jasa ummi mu?

Ingatkah kau akan tingginya budi walidmu?

selagi mana kita tak merasa isi hati mereka

mungkin susah jua utk kita menghayati

keperitan membesarkan insan kecil ini

kelemahan bukanlah penutup kebaikan

kerna jasa mereka tiada ukuran

"Ya Allah lembutkan hati2 kecil ini

tempatkan lah keluarga ini di syurgamu...

tampunglah kekurangan dengan makfirahMu"
Berkatilah usia adikku~selamat hari lahir~

Saturday, February 09, 2008

Berlalulah sudah

Dari jauh sahabat Jordan melangkah
menziarahi mesir ardu kinanah
Kembara Bahriya berlalulah sudah..
Karnival Perubatan terlaksanalah indah
Madrasah Yusuf Al-Qardawi,ilmuNya dicurah..
utk hamba2Nya menadah bekalan buat akhirah
mmm..Maka selesailah sudah
Adakah barakah waktu cutiku??
Namun..
Sang cuti ingin jua melabuhkan tirainya
Sesi pengajian pula bakal membuka tirainya
Alangkah rindunya suara pendidik yg menusuk kalbu
rindu akan kot putih peneman setia dikala praktikalku
ternanti ingin bertemankan mayat dikala anatomy
special sense akan kita temui dikala physio nanti
byk lagi metabolism yg bakal kita ketahui
Benar..perjuangan takkan terhenti
selagi nyawa dikandung badan
selagi itu amanah kau wajar lunasi...

AYUH PERSIAPKAN DIRI..


MENEROBOS SEGALA ONAK DURI..


"Cita2 menghendaki perjuangan,Perjuangan menghendaki pengorbanan,Perngorbanan menghendaki ketabahan & keikhlasan hati.. Orang yang tak tahan dikerumuni lebah, tak akan dapat manisan.. Kalau mahu cita2, mesti tahan derita.... "Dr.Nurul Faaiqah Jainuddin

~geng jeep 3::bahriya in memory


~hidup cairo 2::karnival PERUBATAN~



::Antara aktiviti yg ada ketika karnival::

::Madrasah Dr. Yusuf Al-Qardawi::

Tuesday, January 29, 2008

Kembara di Bahriya

Team PERUBATAN::meredah bahriya


26 Jan 2008

Seawal 5.45 pagi bas sudah menunggu di hadapan Abu Shaqra.Namun pastinya ada juga yang terlewat…perkara biasa yang berlaku sekiranya bergerak secara rombongan.Lebih kurang setengah jam kemudian barulah bertolak ke destinasi yang kami sendiri tak pasti apakah keadaannya…tapi apa yang jelas di pemikiran ini hanya ada padang pasir & ada kawasan oasis..mmm ni la first tym nak merasa melihat kawasan oasis & padang pasir dengan pancaindera sendiri..Yaaa..bahriya nantikan kehadiran kami..seramai 46 orang ‘bakal doctor’ akan menerokai dirimu..nantikan ya

Monologku sendirian.."Jauh juga perjalanan ni..rasa macam nak balik kampung pulak..bezanya kiri kanan penuh ngan padang pasir.. "Alhamdulillah setiapa detik kuhayati..Agungnya ciptaan Allah..dari jauh lihat bersih dan halusnya alur2 yang terbentuk pada pasir2 yang Allah ciptakan..walaupun jarang sekali terlihat flora dan fauna namun tersingkap satu penciptaan yang maha unik..akan ku jejak dan sentuh pasir itu..sempat jua dlm perjalanan ini,bas berhenti di suatu perhentian & pastilah tak sama ngan R&R di Malaysia..tapi syukur kerna masih ada..mmm sebenarnya diri sendiri pun rasa kagum..ada juga rupanya masjid dan hentian di sepanjang jalan tapi jarak diantara satunya jauh..namun kesyukuran dipanjatkan..jejak je kaki kat luar..angin terus menerpa..fuh,sejuk tapi masih boleh disinggap dengan kata2..tertipu rupanya dek pancaran matahari yang terik,ingatkn panas..tapi hembusan angin sejuk mengalahkan pancaran matahari..Tak tahan rasanya lama2 kat luar..cukup la sekadar ambil angin segar..Hebatkan kuasa Allah…Subhanallah





Perjalanan diteruskan..Ehh..banyaknyer pokok..takjub pulak..mana tak nya bas sedang menuju ke arah kawasan yang seolah-olah ada komuniti manusia tapi kiri kanan hanya ada padang pasir..mmm..ingatkan fatamorgana tadi..teringat tym belajar fizik dulu..bila kat padang pasir..walaupun tak da air nampak cam ada..hehe..tapi ni reality..bas pon lalulah kat kawasan penempatan…ooo cam ni ke kawasan oasis.. mmm rumah dia pon ada yang tak pernah nampak kat kaherah dan kwsn lain yang pernah pergi..


”Boleh jugak manusia tinggal kat sini kan??”kataku lalu Sal menambah”Ye la sedangkan cacing dalam batu pun boleh hidup.” “Betul jugak tu,takkan la Allah nak biar makhluk yang dia ciptakan.Mmg kita kena syukurkan.”Tambahku pula..masing-masing mengangguk..

Akhirnya lebih kurang pada pukul 11.20 pagi,we arrived & check in at Western Desert Hotel..lama juga baru sampai..tym ni tak tau lagi yg sebenarnya bahriya ni kat mana..still wondering about it..but we will find out later..Wait & see..



~inilah hotelnya~


Kagum~ada hotel yg comel kat pdg pasir..ini bukan katil tau tapi batu-bata yg diletakkn tilam~kreatifkan



After one hour took rest & our lunch (rice with chicken + syurbah), we made local trip around the oasis to visit the date and palm tree gardens..Know what..we travel by jeep..Mmm just a short tour in the gardens and our tourist guide and he is actually the tourism manager for FARAH TOURS, Mr. Emad El Homary shown us mata air…subhanallah..suam2 airnya…menabjubkan ada juga punca air..no wonder bcoz this area is an oasis..yang selebihnya hanya tgk kebun2 tu dari dalam jeep je..Bergegar naik jeep ni..ini la pengalaman..cannot forget it..alhamdullah driver pon best (ammu Muhammad) dan musyrif pon best jugak>>abg akmal..banyak peringatan yg diberikan..semuanya ada 6 jeep.and we are in jeep 3..org2nya semua cool2 belaka + riuh la jugak.Tak lupa juga buat musyrif-musyrif lain>>abg Zul,yasir,eckm,aman dan hafiz.Syukran yang tak terhinga buat mereka ini kerana melayan setiap kerenah kami..



~6 buah jeep berpadu tenaga~







~lihatla air mengalir~



Terpikir lagi kat mana la sebenarnya bahriya ni..tanyala abg akmal..katanya rasa still kat Giza..Giza ni besar..Mmm..kat giza rupanya luas betul kawasn giza macam dari kl nak pergi penang..Mmg betul la as we were astonished to find a poster informing us that the "oasis are administratively under the governorate of Giza." Somebody quipped: "We drove hundreds of kilometres from Giza only to find ourselves still in Giza~Erm mmg tak sgka..tapi percayalah..then>>tempat seterusnya ke English lake or salt lake..sejuk sangat & kena pulak tym tu hujan..masin air hujan tu..dari tasik tu jgk kot..Subhanallah kejadian alam mmg ada hikmahnya..pemandangan kat sini cantik kerana tasik itu dihiasai dgn pemandangan English mountain..





After that we cross the sand dunes towards the Pyramid Mountain then we drove to the English Mountain to take sunset photos.Part yang tak blh dilupakan..on da way heading to English Mountain,jeep kami terkandas mmg perlu ada teknik pemanduan di padang pasir ni..ammu Muhammad sgt motivated..terus mencuba..but tak berjaya.so kami lalu jalan lain..maka jadilah kami jeep yg terakhir sampai.At the English mountain, there is a place known as bayt al-ingelise (the house of the English), where a control post had stood during World War II, then Mr.Emad said it belong to Sir William. He was a general... The building, hewn out of the stone, is pitched at the top of a black mountain of volcanic rock.Bijak sungguh org putih ni yer. They had good strategy to control the oasis..one more thing he said that mostly of the mountain actually once have been a volcano..Hebat sungguh kuasa Allah mentransformasikn sedemikian hingga dapat dilihat sbg sebuah pemandangan yg sangat indah.Mmmm,enough for dis day and overnight in hotel..






~Kibarkan jalur gemilang~pyramid mountain~




~pyramid mountain didaki~





27 Jan 2008

The Sun shown it self..4 sure this day, there are a lot of things we will discover. I’m so excited but thanks to Allah bcoz He still give me opportunity to breath. At 9.00 o’clock we take our breakfast then make the next move…we have to prepare well as today we will overnight at desert. Interesting right??

Firstly we leaved the oasis crossing Madi sand dunes to visit the black desert>>Black Mountain.Then we went to hzed,last stop for the bahriya area..Then we will heading to siwa..On the way we make a long rest at a small Bedouin village el-Hez for praying and our lunch.




~black mountain~







~makan jangan tak makan::lunch tym:: ~





Macam2 jadi hari kedua ni..ada ja jeep yang tersanggut..tak boleh nak bergerak..termasuk la jeep yang kami naiki sendiri(jeep 3).Jeep kami berkali-kali memecah rekod paling lewat tiba…sblm tiba kawasan perkhemahan tersesat plk..mmm,kami bawa bekalan air..ada juga dikalangan kami berkata …tak pe je kalau kita terpisah pon blh hidup as long as source of water ada kat kita..apa lagi riuh la jeep dengan gelak tawa


~jeepku..tgh berusaha menekan minyak sehabis daya~

Berlari2 Mendamba kasih Illahi..Kagum melihat pemandangan>>terpaksa berjalan kaki menanti jeep gara2 ada jeep yg terkandas





Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan kami melalu white desert.Boleh tertipu jugak dibuatnyer…sekali lihat macam salji..ada la yang berkata..bgs jugak ni kalau tangkap gambar tunjuk kat family.lps tu kata mesir ada salji..baru depa nk dtg mesir ni..tergelak kami dibuatnyer.memang banyak lime stone...then ada mushroom desert..batu bentuk cendawan pun ada,macam telur dalam sarang pon ada,macam unta pun ada..mcm-mcm ada..


~White desert~




Late in the evening we arrived and we camped in Al-Aqabat, which is marked out by huge limestone rocks that look like mountains. We were amazed to discover that they contained broken sea shells from remote geological ages.At night before waiting our barbeque dinner..ada slot tazkirah atau pengisian ringkas dari abg akmal..Banyak yg diperingatkan..apa makna tadabbur>>pikir2 kan<<

setiap apa yang dikatakan oleh beliau ada benarnya.Niat kita berjalan ni mesti diselaraskn dan setiap kali kita memuji cantiknya pemandangan itu selayaknya kita lihatlah siapa pula penciptanya..Mmm..tidakkah bertambah ketakwaan kita...Yang mana baik selayaknya kita kongsi..Yang mana yang buruk tu dijadikan sempadan.Saat yang paling tak disangka,ada juga persembahan dari musyrif..hehe teringat waktu tadika dulu bila lagu2 itu didendangkan.selepas itu ada juga yg mendendangkan lagu negeri masing2…Maklumlah setelah penat posing sana sini..ramai yang mengambil peluang ini utkk menghiburkan hati dan tak kurang jua ada yang menyepikan diri..barangkali mentadabbur alam yang indah ini..


Akhirnya makanan tersedia jua..tak terlarat dibuatnya,ayam rubu’ ada kambing bakar lagi serta ada juga sosej bakar..tapi mmg sedap…Selepas makan ada yang terus ke khemah berhibernasi dan tak kurang juga ada yg masih berenergi utk main game ’mafia & the villagers’..

28 Jan 2008

Tidurku terganggu gara2 kesejukan yang melampau hingga terasa cold pain..teringat physio pulak..mmm..setiap jam terjaga tapi akhirnya pada kul 5 am kena juga terus bangun..Inilah pengalaman bila pegang barang pon tak terasa..dan waktu tika solah subuh terketar-ketar..Lepas solah mathurat tak dilupakan dan kemas tempat tidur mmm apa lagi tunggu sun rise sambil dok atas batu besar memuji kebesaranNya..Walaupun sang Matahari belum memancarkan sinarnya, cahaya sang bulan sudah cukup menerangi..Indah pemandangan di kala itu .Kira-kira pukul 7 am kami breakfast dan sejam setengah kemudian kami meninggalkan tapak perkhemahan utk meneruskan perjalanan…sementara menunggu semua selesai berkhemas smpat juga hati2 yang berhajat utk sama-sama berdiskusi, berbicara , bertazkirah sambil mentadabbur alam ini..Rugi rasanya kalau apa yang kita dapat hanyalah gelak tawa serta bergambar shj sebagai kenangan tapi tiada peningkatan iman..seharusnya kembara kita mendekatkan diri pada Maha Pencipta..menyedarkan kita akan hakikat perngabdian yg total padaNya..Terisi jua rasa kekosongan dihati..syukran pada teman2 kerna sedia berkongsi apa yg terbuku dihati.



Looks like chicken.. right!and beside it like mushroom



Perjalanan diteruskan..Singgah sebentar di lime stone yang berbentuk chicken ..then singgah di satu tempat yang ada banyak batu2 yang cantik>>flowers desert…ada yang bentuk bunga ros..ada bentuk silinder..ada bentuk cam dinosaur dan macam2 lagi.Next stop is the crystal mountain..but we cannot take the crystals..kecewa dibuatnya..Subhanallah mmg sgt cantik..Antara sbb tak bg ambik kerana ada satu tmpt je kat ctu & merupakan khazanah Negara mesir..





~Tiada Kalam melainkan..Subhanallah..unikkan bentuknya~


~crystal~




Then last station singgah kat hot spring di sebuah kampung.Sampai di hotel terus bersiap & lunch.Lbh kurang pukul 2.45 kami kena check out dr hotel..teruskan perjalanan pulang ke cairo dengan bas..sedih+berat hati utk meninggalkan tempat yang banyak memberi pengajaran buat diri..Tapi itulah pengalaman yang menyedarkan diri bahawa setiap penciptaan tidaklah dicipta dengan sia2..even batu2 dan padang pasir itu sbg wasilah utk kita lebih mendekati kebesaran PenciptaNya..Ya Rabb tingkatkan lah keimananku serta sahabat2ku ini..