Alkisah ada yang teringin. Jadi diusahakan la barang dan Bunda pun masak lah. Nak test power air fryer membaking. Selalu kami air fryer untuk bahan yang nak digoreng. Ok. Terimalah kek pertama di dalam air fryer. Syukur ada kertas comel roti. Loyang kita muat. ✨Mini Burn Cheese Cake✨ Cream Cheese 225g (dikeluarkan awal dari peti supaya lembut) Gula Kastor 70g 1 biji kuning telur 2 biji telur penuh 1 sudu kecil esen vanila 115g whiping cream 1 sudu besar tepung naik sendiri/kek ditapis terus ke dalam bekas (saya guna tepung blue key) Satukan semua bahan di dalam bekas mengikut turutan yang ditulis. Gaulkan setiap bahan selepas ditambah bahan baru. Pastikan kacau/whist hingga sebati. Nak blend pun boleh๐ค
Acuan boleh dimasukkan ke dalam loyang saiz 6 inci atau kertas roti kecil untuk digunakan dalam air fryer Nak bakar guna oven boleh. 200 darjah selama 50 minit. Boleh la kome kurangkan ke masa kalau tal suka nampak hangit terlajak. Tapi nama pun burn cake kak☺️ Saya bakar guna Twin Turbo Star Philips Air Fryer dengan suhu 180 darjah selama 20 min. Saya pun buat acah acah brown je. Kalau hitam sangat anak saya tak makan atas tu, dipisahkana pula. Alhamdulillah.. Lepas berbuka puasa, licin semua kek๐ sikit pun anak tak tinggalkan.
Showing posts with label SiNaR's Kitchen Corner. Show all posts
Showing posts with label SiNaR's Kitchen Corner. Show all posts
Sunday, May 03, 2020
Friday, March 30, 2012
SiNaR's Kitchen Corner : Pavlova
Assalamualaikum wbt.
Salam jumaat semua. Moga Allah pelihara kalian selalu.
Sudah pasti cuti hujung minggu sangat dinantikan oleh Sinar dan mungkin pelajar tahun 6 khususnya :) Satu kenikmatan bila hadirnya cuti. Masa boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara. Alhamdulillah, Sinar sudah lunaskan beberapa perkara pagi ini.
Lama sungguh tak kongsi sesuatu. Maka, mahu berkongsi resepi Pavlova pula :) Pertama kali makan adalah di rumah kawan. Memang kawan Sinar ni suka mencuba dan InsyaAllah sedap semua masakannya. Termimpi-mimpi Pavlova tu. Alhamdulillah ulangtahun kelahiran tahun ini dihadiahkan Pavlova. Terharu sangat.


Ini hadiah Pavlova daripada Nik.
Terima kasih Nik.. Hadiah buat Sinar dan Ina (^_^) Sedap!
Kalau orang bagi lagi sedap daripada buat sendiri.. Hehe Kenapa ye?
Terima kasih Nik.. Hadiah buat Sinar dan Ina (^_^) Sedap!
Kalau orang bagi lagi sedap daripada buat sendiri.. Hehe Kenapa ye?
Semalam sempat pula buat Pavlova bersama junior. Menjadi chef amatur, walaupun baru kali kedua membuatnya. Alhamdulillah menjadi dan pagi ini mereka pula mencuba sendiri. Maka ada dua Pavlova hari ini.
Tau tak apa itu Pavlova? Mai Sinar kongsi sikit fasal makanan ni. Pavlova atau nama 'nickname'nya Pav (^_^) adalah sejenis pemanis mulut atau sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.. Nyum nyum.. Manis dan masam bila bergabung memang ummmp.
Nak jadikan cerita masih wujud berdebatan tentang perintis utama makanan ini sama ada New Zealand mahupun Australia. Menurut riwayat wiki dan beberapa laman lain, Pavlova dinamakan sempena Anna Pavlova seorang ballerina daripada Rusia. Ketika itu beliau sedang melawat kedua negara tersebut pada tahun 1926. Nostalgia sungguh kan. Takpe, sekarang satu dunia dah pandai buat dan ramai yang suka. Terima kasih pada kedua-dua negara ini. Ada tak siapa siapa nak namakan makan sempena nama Sinar? Hehe..
Untuk memudahkan kalian, boleh cuba lihat video di bawah. InsyaAllah lebih mudah memahami bagaimana membuatnya...
Berikut pula sedikit ubah suai daripada saya;
Bahan A (kek) :
4-5 biji putih telur (selalu saya guna 5 biji)
1 cawan gula halus (200g)
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
Bahan B (topping) Lebih masam lebih sedap sebab bahan A manis...
Sour cream atau 1 cawan whipping cream
1 cup yogurt buah-buahan
Hirisan buah seperti strawberry, kiwi, peach ect (ikut cita rasa)
Cara-caranya:
- Pukul telur putih menggunakan mixer dalam kelajuan sederhana hingga soft peak form .
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan tingkatkan kelajuan mixer.
- Adunan akan kelihatan makin bersinar-sinar. Pastikan gula sebati.
- Pukul hingga tepu iaitu kalau diterbalikkan pun tidak jatuh, tandanya buih anda mantap.
- Kemudian tambah esen vanila, dan pukul adunan lagi.
- Setelah sebati, bolehlah campurkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan dengan senduk kayu ataupun spatula. Untuk saya.. saya pukul je dengan mixer dengan perlahan. InsyaAllah sebati.
- Kemudian buat bulatan, petak atau ikut citarasa (bayangkan pun tak pe) saya biasa buat bulatan ala-ala 15 cm sebab Pavlova nampak lebih tebal.
- Letakkan adunan dan kemaskan ikut bentuk yang anda mahu.
- Panaskan oven dalam 150 darjah untuk 10-15 minit.
- Sebelum adunan dibakar, turunkan kepada 130-140 darjah.
- Bakar 30 minit hingga sejam. Ikut setakat mana anda mahu struktur pavlova. Ada yang suka cruncy dan ada yang kurang.
- Setelah siap, biarkan sejuk di dalam oven. Buka sikit pintu oven ya :)
Untuk topping pula (terpulanglah pada anda)
- Campurkan sour cream atau whipping cream dengan yogurt, pukul hingga kembang.
- Kalau kat Mesir guna serbuk whipping cream Dreem yang telah dipukul dengan susu cair-kurangkan susu cair dari yang diarahkan kerana kita nak campurkan dengan yogurt. Make sure cream ini pekat. Hehe kalau tak memang buah kita nanti mengelongsor..
- Hiaskan dengan hirisan buah-buahan
- Akhir sekali sejukkan dalam peti.
- Siap untuk makan.
Pavlova with strawberry's yogurt
Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba!
Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba!
Posted by sinar_islami at 3:38 PM 10 comments
Labels: SiNaR's Kitchen Corner
Thursday, May 26, 2011
SiNaR's Kitchen Corner : Agar-agar Seri Malam.
Dalam hangat hangat cuaca di Mesir, rasa seronok pula kalau ada agar-agar atau puding. Itulah antara makanan kegemaran Sinar. Teringat pula Puding Karamel yang Ummi buat. Sedap! Dengan izin Allah hari tu ada kawan yang bawa ke kelas. Terubat la rindu. Hari ini bukanlah nak kongsi resepi Puding Karamel. Mungkin lain kali. Rasanya banyak sangat kot resepi yang ada kat internet ni. Cuma terasa pula nak kongsi resepi agar-agar yang baru dicuba.
Alkisahnya gara-gara mahu mereka resepi, cubaan pertama rasanya kurang manis untuk dimakan begitu sahaja. Maklumlah 'taste buds' pula merajuk waktu itu. Maka perlu dibuat kuah. Selepas dua kali mencuba akhirnya, kali ini tidak perlu dibuat kuah. Tapi kalau mahu buat kuah pun sedap. Hehe itupun pandai pandailah kalian merasa ketika buat resepi ni. Tak pandai nak bagi sukatan dalam timbangan yang tepat (mg, ml & ect) sebab tiada penyukat. Maka main agak je ikut deria seorang chef yang tak seberapa. :) Nama pun masih belajar kan?
Ini cubaan pertama lalu dihantar ke rumah junior atas.
Sebelum dipotong. Kalau mahu tenggelamkan semua 'dadu warna-warni' pun tak pe.
Lebih kemas bila potong nanti.
Kenapa namanya seri malam? Kerana dapat idea malam hari dan Sinar harap kalian berseri-seri macam warna agar-agar tu. Untuk cubaan kedua, ditambah perisa jagung, sebab itu kalau kalian perasan warnanya lebih kuning. :) Tapi untuk cubaan pertama, kuah tu yang berperisa jagung. Sekurangnya adalah rasa jagung sikit. Lebih sempurna kot rasa agar-agar ni. Terpulanglah pada lidah masing-masing. Hehe hakikatnya Sinar suka warna-warni dalam masakan.
Semua seia dan sekata. (^_^)
Cuma dadu warna-warni itu kena lebih terang.
Sendiri masak, sendiri kritik.
..............................................
Bahan A (Hiasan)
20 gram agar
6 cawan air
1 cawan gula
- Masakkan agar-agar hingga mendidih dan larut kemudian masukkan gula. Kacau hingga larut.
- Setelah agar-agar masak, bahagikan agar-agar ke dalam 3 bekas berlainan. Kalau ditapis lebih baik. :)
- Setiap bekas diletakkan warna yang berbeza. Kuning, merah dan hijau.
- Biarkan sehingga sejuk dan keras.
- Apabila sudah keras, agar-agar tadi dipotong halus seperti dadu
- Taburkan potongan-potongan kecil agar-agar tadi ke dalam loyang.
- Barulah anda lakukan langkah seterusnya.
Bahan B
30 gram agar
6 cawan air
500 gram susu cair
2 biji telur
perasa jagung
sudu teh esen vanila
1.5 cawan gula
- Susu cair, telur, esen vanila dan perasa jagung dipukul atau di'blend' kemudian diketepikan dahulu.
- Masakkan agar-agar bersama air hingga mendidih dan hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau hingga larut.
- Perlahankan api kemudian masukan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau tanpa henti.
- Setelah agak pekat, tutup api dan tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang sudah ditaburkan agar-agar kecil (dadu warna-warni) tadi.
Ok. Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba dan salam perjuangan. Maaf atas kekurangan. Doakan Sinar dapat jawab dengan baik untuk exam Ahad ni dan kejayaan dunia akhirat umumnya. Harapan Sinar dapat jadi superwoman, superwife and supermom. Doakan juga ya. Semuanya lillah InsyaAllah.
Posted by sinar_islami at 8:45 PM 4 comments
Labels: SiNaR's Kitchen Corner
Thursday, November 04, 2010
SiNaR's Kitchen Corner : Ayam Halia Ala Misr
Kalau bercakap fasal makanan. Memang sedap bunyinya. Perut pun mula berbunyi menyanyikan irama indah. Tambahan pula jauh dari tanah air. Kalau kepunan kena la masak sendiri. Teringat pula char kuew teow, tapi kali ini Sinar's Kitchen Corner bukan mahu berkongsi cara-cara memasak kuer teow kerana tiada kuew teow yang best di sini. Tunggu Sinar balik Malaysia dulu ya. Cuti hari tu berkali-kali juga masak, tapi terlupa nak bergambar. Hehe.
Ok.. Kawan-kawan pernah makan Ayam Masak Halia? Memang bagus untuk mereka yang sentiasa berangin. Memang membantu sistem badan anda. Orang tua kata, kalau nak buang angin kena makan halia. Sebab tu sekarang produk teh halia banyak di pasaran. Lebih lanjut pasal khasiat halia boleh rujuk sini. Dah baca? Bagus.. Maka mari kita memasak pula.
Resepinya mudah sahaja. Setelah mengalami beberapa evolusi maka terhasillah Ayam Halia Ala Misr hasil gabungan idea Beit Aisyatur Rodhiyah ini. Maklumlah duduk di Mesir ni kena kreatif, bukan semua bahan ada seperti Malaysia.
Bahan-bahannya adalah :
separuh ekor ayam (5-6 ketul ayam)
1 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah (Dihiris halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebatang lobak merah yang dipotong bulat
Daun ketumbar ( dipotong halus)
Tepung jagung
2 cawan air
Garam secukup rasa
Stok ayam jika mahu
Cara memasaknya ialah:
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris halus.
- Setelah tumisan kelihatan keemasan, masukkan ayam, lobak dan tambahkan air.
- Biarkan mendidih barulah dimasukkan tepung jagung (dilarutkan dalam setengah cawan air dahulu). Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.
- Apabila kuah kelihatan pekat, masukkan hirisan daun ketumbar sebagai penaik bau dan rasa.
- Kacau seketika dan hidangan siap untuk dinikmati bersama 5 ahli rumah yang tercinta. (^_^)
Mudah bukan, sangat 'koboi' rasanya memasak resepi ini. Pandai-pandai la antum ubah ye. Itu sekadar anggaran kasar dan cara santai daripada Sinar. Ok, selamat mencuba semua. Jangan tak cuba. Dah tahu ilmu kena amal (^_^) Selamat memasak!
Oh, lupa. Kalau ada resepi best. Jangan segan untuk kongsi. Nak juga cuba untuk pikat hati orang rumah.
Oh, lupa. Kalau ada resepi best. Jangan segan untuk kongsi. Nak juga cuba untuk pikat hati orang rumah.
Posted by sinar_islami at 3:09 AM 15 comments
Labels: SiNaR's Kitchen Corner
Friday, May 28, 2010
SiNaR's Kitchen Corner : Puding Roti Pelangi
Salam sejahtera dan salam Jumaat semua...
Kawan-kawan tengah buat apa tu? Mesti tengah study kan? Kalau dah tak larat, apa kata buat aktiviti yang bermanfaat. Di samping tu dapat juga menenangkan fikiran dan regangkan otot. Pada yang sudah bekerja, mesti ramai yang bercuti hari ini kan? Apa agaknya aktiviti yang sesuai ya? Erm, bersenam dah, kemas bilik pun dah. Ha, memasak belum lagi. Nak masak tak?
Kalau sudah mengisi hari jumaat dengan membaca Al-kahfi, Seronok juga kalau kita memasak untuk teman-teman atau ahli keluarga. Teringin nak berkongsi salah satu resepi yang Sinar dapat daripada housemate iaitu puding roti. Sinar terpikat dengan warna-warni masakan ini. Menceriakan si pemasak dan yang bakal memakannya juga. Ada pelbagai cara dan resepi yang berbeza untuk membuat puding roti, tapi yang ini Sinar rasa yang terbaik pernah dipelajari.
Sebelum pergi lebih jauh. Sebenarnya hari ini teringin nak lakukan sedikit kelainan dalam blog ini. Bermula pada hari ini, InsyaAllah Sinar akan berkongsi beberapa masakan. Itupun sebagai selingan santai dan mempelbagaikan lagi perkongsian di sini. Cuma perihal berentap di dapur ini Sinar lebih gemar beraksi di dapur daripada mencoret di medan maya. Benda praktikal terutamanya memasak kena duduk di dapur dan berguru. Kemahiran perlu di asah di medan sebenar. Lagi ummp dapat belajar dari orang-orang lama macam mak kita, nenek kita, mak cik-mak cik kita dan tak kurangnya ayah kita. Kaum lelaki pun hebat ni.
Baiklah, resepi kita hari ini adalah Puding Roti Pelangi. Ops, nama ni bukan official. Saja Sinar letak namanya begitu. Walaupun namanya pelangi, tetapi hanya tiga warna yang digunakan. Pelangi itu indah kan?. Jadi, simboliknya puding ini juga enak dipandang dan sedap di makan. Jazakillah kepada sifu saya. Identiti beliau dirahsiakan. Ke nak kena bagitau ye? Hehe...
10 cawan air
Satu peket agar-agar (20-30 gm)
3 cawan gula
Pewarna ( Merah, Hijau dan Kuning)
Bahan-bahan yang dikisar:
1 buku roti (lebih kurang 15 keping)
1 kotak susu (1 liter)
3 biji telur
Cara memasaknya:
Kalau sudah mengisi hari jumaat dengan membaca Al-kahfi, Seronok juga kalau kita memasak untuk teman-teman atau ahli keluarga. Teringin nak berkongsi salah satu resepi yang Sinar dapat daripada housemate iaitu puding roti. Sinar terpikat dengan warna-warni masakan ini. Menceriakan si pemasak dan yang bakal memakannya juga. Ada pelbagai cara dan resepi yang berbeza untuk membuat puding roti, tapi yang ini Sinar rasa yang terbaik pernah dipelajari.
Sebelum pergi lebih jauh. Sebenarnya hari ini teringin nak lakukan sedikit kelainan dalam blog ini. Bermula pada hari ini, InsyaAllah Sinar akan berkongsi beberapa masakan. Itupun sebagai selingan santai dan mempelbagaikan lagi perkongsian di sini. Cuma perihal berentap di dapur ini Sinar lebih gemar beraksi di dapur daripada mencoret di medan maya. Benda praktikal terutamanya memasak kena duduk di dapur dan berguru. Kemahiran perlu di asah di medan sebenar. Lagi ummp dapat belajar dari orang-orang lama macam mak kita, nenek kita, mak cik-mak cik kita dan tak kurangnya ayah kita. Kaum lelaki pun hebat ni.
Baiklah, resepi kita hari ini adalah Puding Roti Pelangi. Ops, nama ni bukan official. Saja Sinar letak namanya begitu. Walaupun namanya pelangi, tetapi hanya tiga warna yang digunakan. Pelangi itu indah kan?. Jadi, simboliknya puding ini juga enak dipandang dan sedap di makan. Jazakillah kepada sifu saya. Identiti beliau dirahsiakan. Ke nak kena bagitau ye? Hehe...
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
10 cawan air
Satu peket agar-agar (20-30 gm)
3 cawan gula
Pewarna ( Merah, Hijau dan Kuning)
Bahan-bahan yang dikisar:
1 buku roti (lebih kurang 15 keping)
1 kotak susu (1 liter)
3 biji telur
Cara memasaknya:
- Masukkan roti, telur dan susu ke dalam pengisar. Pastikan sebati dan ketepikan. Sebolehnya proses ini dilakukan sebanyak 3 kali - 5 keping roti dikisar bersama susu dan sebiji telur dan disatukan dalam bekas yang sesuai eg.mangkuk besar.
- Masakkan agar-agar bersama air hingga mendidih dan hancur. Digalakkan air mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan agar-agar. Kemudian masukkan gula dan kacau hingga larut.
- Tuangkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam agar-agar yang mendidih. Kacau sehingga adunan menjadi pekat.
- Bahagikan adunan kepada 3 adunan yang berbeza warna dalam bekas dan sediakan acuan atau loyang khas.
- Letakkan setiap adunan yang berbeza warna secara berselang seli ke dalam acuan. Biarkan sejuk.
- Lebih enak di masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.
Selamat mencuba!
(^_^)
Ceria-ceriakan diri anda dengan senyuman dan sentuhan di dapur.
Wahai Cik Sinar, sila sambung study!
(^_^)
Ceria-ceriakan diri anda dengan senyuman dan sentuhan di dapur.
Wahai Cik Sinar, sila sambung study!
Posted by sinar_islami at 6:43 PM 23 comments
Labels: SiNaR's Kitchen Corner
Subscribe to:
Posts (Atom)


