BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 26, 2007

An-nasihah

Nasihat Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna

Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah.
From this moment lets us pray 2 Allah n continously zikrullah..Perhaps we will be the best servant..Nothing is imposible as the fate in His hand.
Firman Allah s.w.t Terjemahannya:

“ Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina “
(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)

Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.


Itulah antara nasihat yang amat kurasakan pada hari ni.Jika rasa lemahnya diri lekas-lekaslah kembali ke pangkuan yang Maha Esa..
Wallah hu a’lam

Saturday, November 24, 2007

Lambaian Kota Makkah


Tiba jua hari yang dinanti
keberangkatan kalian menjadi realiti
bertuah sungguh kerna rezeki dtg lagi
Moga kalian selamat beribadah di sana nanti
Doakanlah anakmu disini
ENTAH apa resah dijiwa ini
Namun moga kalian selamat
dibawah naungan Illahi
namun ku mengetahui
hatimu sentiasa mengingati
anak2 saban waktu dan saban hari..
dan doa kami sentiasa mengiringi
Ya Allah
Moga Kau sempatkan aku melihat kaabah mu nanti
Panjangkan umurku dan matikan ku dalam redhaMu
Kuatkanlah daku di sisiMU
Lindungilah kedua ibu bapaku
Peliharalah mereka
Tak mampu rasanya andai aku hilang keduanya
Namun kau tahu apa yang mampu
Jauhilah aku dari cinta duniawi
Moga Imanku terpelihara

Meet~

searching home is qiute harder...
although found some,but have to face another prob..
but I'm very glad as we meet such a good
egyptian family that treat us as their family
ITS TRUE
~Allah Knows da best~
~Fursah Saidah~

like having a new family

yousef,aisyah,wani & umar
...Allah is alwayz with us...








Monday, November 19, 2007

Jiwa Orang Yang Bertaubat

Peringatan yang ingin dikongsi buat diri dan teman tapi bukanlah dari diri sendiri..

Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar, pasti terdapat orang yg jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam, pasti terdapat orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah.
Orang yang bertaubat terbebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), dan tidak banyak bicara yang sia-sia. Orang yg bertaubat berada di antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan. Orang yang bertaubat di dalam hatinya terdapat sesuatu yg membara. Di dalam jiwanya terdapat bara cinta, di dalam air matanya terdapat berbagai rahsia.


Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahan nya, ketika kilat berkilau, ia gementar, ...Apakah kita sudah bertaubat dan merasai perasaan sepertinya.. ..
Semoga kita tergolong alam golongan yang sentiasa bertaubat kepada Rabbnya.

Saturday, November 17, 2007

taklif itu cabaran



Taklif itu satu cabaran


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya”
Al-baqarah :286


Setelah beberapa minggu memikul amanah yang diberikan,rasanya terbongkar jua apa yg terbuku dihati..ringan dirasa..hampir2 tak tertahan..namun selalu dipujuk hati kecil ini agar menerima segala ujian,cabaran dan amanah dengan redha dan jalankannya agar menjadi ibadah disisinya..Apalah nak dibandingkan sgt apa yg ku pikul ini berbanding sahabat2 yang lain yg jauh lebih mantap tapi masih mampu memaintainkan antara keperluan D&T, persatuan dan akademik..Alhamdulillah mungkin jua dengan Kursus kepimpinan yang telah diadakan ini adalah yang pertama selepas diriku bergelar mahasiswa..Kau memang mengetahui apa yang hatiku inginkan..

Mmm..teringat waktu lepas SPM bagai belangkas tak pernah nak duduk umah ke sana ke mari..Namun menjejaki intec dan ardu kinanah..gerak kerja ku kian perlahan ditelan masa..Lama dah rasanya tinggalkan..Oh tuhan pimpinlah hambaMu ini..Namun akan ku ingat pesanan insan2 yang sentiasa ingatkan diriku ++ kerja untuk islam ni tak perlukan pangkat & tittle baru kita nak bergerak..walaupun orang tak kenal biarlah amal kita berjalan..kerna amal islami itu Dia yang mengadili & mengetahui++itulah yang aku pegang bila tiba di bumi penuh tribulasi ini..Kerna itulah blog ini wujud di alam maya ini..walau hanya sikit yang mampu aku kongsikan…mmm..dan semua tanpa ku sedari suasana telah merubah segalanya..aku sedar..tak selayaknya aku dipilih…Ampunkan ku Ya Allah atas detikan hati sebegini..kerna..siapalah aku dibumi kecil ini..

Aku bagaikan tersedar dari lamunan apabila sesi abg Muhaimin bermula..tajuk yang dikupaskan sgt menarik iaitu kepimpinan menurut kaca mata Islam..Agak luas sebenarnya skop perbincangan ini namun abg Muhaimin berjaya menyampainya dgn baik sekali..terngiang-ngiang lagi apa yang disampaikan’bila dah pegang tampuk pimpinan dalam persatuan ni bukanlah satu aset yang patut dibanggakan patutnya kita sedar bahawa tanggungjawab yang digalas adalah besar, ia bakal disoal”…Moga Allah pelihara niatku dan gerak kerjaku..Moga dipermudahkan dan dibuka jalan untuk bekerja kerna ini dunia baru dalam hidupku kerna ia tak pernah sama dengan mereka yg sll bersamaku..Harapnya sahabat2 dan warga tibbians sanggup membantu..dengan iringan doa dan nasihat serta kritikan yg membina..

Akhirul kalam…usaha dakwah dan kepimpinan ini memerlukan persiapan diri.Antaranya ilmu yang mantap,ikhlas,sabar,kasih sayang dan amalan yang seiring kerana ia membantu kearah memantapkan takwa.

Buat kak nawar,kak una dan huda moga antum lebih tabah memikul tanggungjawab..Jagalah Allah..Allah akan menjagaMu..Kongsilah tangisan,gembiramu,dan resah mu agar kehangatan ukhwah kian mekar..Buat kiena dan nienah serta teman2..Moga sentiasa ceria dgn rahmatNya dan Allah tahu apa yg hatimu detikkan..sama2 pahatkan Allah di hati..Pastinya tawamu..dukamu dlm rangka meningkatkan iman..

Sunday, November 11, 2007

Inni akhafullah


~Inni akhafullah~
Sinar_islami
30 oct 2007+5.00am

~Allah The Only One we need~

Risalah kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, Ridwanullahi alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam sendiri dan sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Merekalah generasi yang sentiasa takutkan Allah dan sentiasa ‘merelatekan’ sekeliling mereka dengan hakikat perhambaan yang tinggi kepada Allah.Lihat sahaja pada bilal yang mempertahankan akidahnya ari di nodai.Maka keperibadian ini yang harus kita contohi dan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah sebaik-baik khudwah hasanah.

Syuur “Aku takutkan Allah” itu seharusnya menjadi perasaan yang sudah sebati dan senantiasa menjalar dalam diri kita sebagai seorang muslim mukmin yang mengaku dirinya beriman di atas risalah ini.Andai kita kupaskan kembali sirah Rasulullah ‘Peribadi agung sepanjang zaman ini’ kita juga dapat lihat baginda sendiri mempamerkan sifat khauf ini dalam dirinya.Dalam situasi tertentu baginda pernah berkata:

"Akulah orang yang paling takut pada Allah dari kalangan kamu "

Orang yang takutkan Allah ini bersih jiwa dan nuraninya serta matanya sentiasa menangis memikirnya dirinya disisi Allah.Layakkah dirinya syurga dan beranikah dirinya menempah tiket ke neraka yang dasyat itu.Rasulullah juga pernah berdoa:

“Ya Allah.kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, yang dapat menyembuhkan hati dengan linangan air matanya kerana takut kepadaMu(Perkenankanlah permohonanku,ya Allah)sebelum mengalir air mata darah)”

Justeru,apa kelebihan mereka yang takutkan Allah ini??Hingga darjat mereka ini dia angkat dan dimuliakan Allah.Jika ingin mencari buktinya..nahh..Rasullah sendiri sebaik-baik khudwah.Keperibadian Rasullah itulah hasil dari takutkan Allah.Namun kita sebagai insan biasa kebiasaannya kita suka lupa diri..suka merasa diri mulia.Inilah yang harus di perbaiki dan di muhasabahkan.

Orang yang takutkan Allah akan sentiasa menjaga perilakunya agar dirinya tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri .Jika betullah dirinya wujud sifat khauf yang sebenar-benarnya Allah lah yang pantas dia patuh dan dia sangat takut untuk engkar pada setiap perintah Allah untuk menghindari murkaNya.mmm…Maka gambarkan sahaja akhlak dan kesuciaan jiwanya.pasti Allah sangat menyayanginya dan syurga pasti dalam genggamannya.

Orang yang benar-benar takutkan Allah juga lidahnya tidak pernah kelu untuk sampaikan kebenaran dan dirinya tidak takut pada musuh kerna terbitnya dalam dirinya wa’yul islami(kesedaran islam) dan semangat juang yang tinggi.Dia merasakan dirinya tidak bakal diapa-apakan hanya sanya ia bakal terjadi dengan izin Allah.Justeru apa yang perlu ditakutkan kepada manusia.Manusia tidak dapat mengapa-apakan dirinya melainkan dengan izin Allah..itu lah yang dia yakini..

Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhum pada suatu ketika ditanya tentang siapakah orang-orang yang takut kepada Allah.Beliau menjawab,”Mereka ialah orang-orang yang gembira hatinya dengan rasa takut.Mata mereka sentiasa basah berlinang .”Mereka berkata,”Bagaimana kita boleh bersukaria sedangkan maut d ibelakang kita dan kubur di hadapan kita.Qiamat hari perjanjian kita bertemu.Jalan kita menghala ke neraka.Tidak berapa lama lagi kita akan diadili di hadapan Tuhan kita!”

Akhirul kalam, sama-sama kita realisasikan laungan seperti dalam firman ini dan bukan hanya sahaja meniti di bibir kita ketika solah.Sama-sama banyakkan menangis memohon keampunan kerna setiap detik kehidupan kita pasti ada sahaja dosa yang mengiringi.
Firman Allah S.W.T.:Terjemahannya:-

" Katakanlah; sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah seluruh alam. Tiada sekutu baginya dan demikian itulah disuruh dan aku orang-orang Islam yang pertama. "

Monday, October 29, 2007

Mufsidat Al-Qalb 2

Mufsidat Al-Qalb
Siri Kedua(Terakhir)

Alhamdulillah pada posting yg lepas kita sudah melihat dua jenis perosak yang merosakkan hati.InsyaAllah pada kali ini kita akan melihat tiga lagi perosak hati

Perosak ketiga
(Mufsid ath-thalit)

At-ta’luq bighairillah
(Bergantung harap kepada selain Allah)


Secara mutlak,bergantung kepada selain Allah atau mengharap selain dari Allah swt merupakan sebesar-besar perosak hati.Tidak ada perosak yang lebih besar daripada ini kerana ia merosak kebahagiaan & kemaslahatan(kelangsungan)hidup manusia itu sendiri.

Secara umumnya,asas atau tapak syirik adalah bergantung kepada selain dari Allah dan bagi mereka kecelakaan dan kehinaan.

Firman Allah,
“Janganlah kamu adakan illah(tuhan)yang lain disamping Allah,agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan(Allah)”
(Surah Al-Israa’:22)
Perosak keempat
(mufsid ar-rabi’)
Katharah At-To’am
(Banyak makan)


Makanan itu terbahagi kepada dua jenis:

1.Makanan yang pada zatnya boleh merosakkan hati seperti perkara-perkara yang diharamkan.Ianya terbahagi kepada dua jenis:
a)Muharramat lihaqqillah
(Haram kerana hak Allah)

Ianya seperti bangkai.darah,daging khinzir,binatang buas yang bertaring dan burung2 yang berkuku cengkam.

b)Muharramat lihaqqil ‘ibad
(Haram kerana hak manusia)

Ianya adalah seperti barang-barang yang dicuri,barang-barang yang dirampas(dengan cara zalim) atau barang yang diambil tanpa diredhai oleh tuannya

2.Makanan yang pada kadarnya(barang yang halal) yang diambil secara melampaui batas

Benda-benda yang tidak haram tetapi jika penggunaannya berlebihan maka ianya menjadi haram.Contohnya seperti makan hingga kenyang yang mana ini akan memberatkan seseorang untuk lakukan ketaatan kepada Allah(i.e solah).Hinggakan ada sebuah syair arab menyebut:

“Siapa yang makan banyak,akan minum banyak dan banyak pula lenanya,maka dia akan rugi banyak.”

Dari sebuah hadith yang masyhur,Rasulullah bersabda:
"Tidaklah dipenuhi anak Adam akan satu bejan itu lebih jahat daripada memenuhi perutnya.Cukuplah baginya itu sekadar beberapa suap unutk menegakkan tulang belakangnya.Jika sekiranya dia terpaksa makan lebih sedikit, maka kenalah dia mmbuat peruntukan kepda perutnya:sepertiga utk makanannya,sepertiga untuk minumannya,dan sepertiga untuk pernafasannya.”

Perosak kelima
(Mufsidat Al-khamsah)
Kathrah An-Naum
(Banyak tidur)


Sesungguhnya banyaknya tidur akan mematikan hati dan memberatkan badan dan menghilangkan waktu dan kesannya mewariskan kemalasan dan ghaflah(lalai).

Di antara waktu-waktu tidur ada waktu yang makruh dan ada pula yang memberi manfaat kepda badan.Tidur yang sangat memberi manfaat ialah apabila dia sangat berhajat kepada untuk tidur(mengantuk).Tidur pada awal malam itu terpuji dan lebih bermanfaat kepada badan dari tidur lewat seandainya malam itu dapat dihiasi dengan qiammullail.Tidur tengah hari atau pada istilah fiqh dipanggil qaillullah,maka tidur sekejap sebelum Zohor itu lebih baik dari tidur pada waktu hujung petang atau awal pagi(selepas subuh)

Ulasan….

Alhamdulillah selesai juga kita mengetahui serba sedikit tentang mufsidat utama bagi hati-hati kita.Alangkah susahnya bagi hati ini untuk terus-menerus kembali kepada Rabb yang menciptakannya.Sebab itulah hati ini perlu selalu diproses kalau tidak pasti akan ‘berkarat’.

Sesungguhnya semua ini adalah mujahadah untuk kita dekat padaNya! Kalau tidak kita akan lupa dan sentiasa menganggap mudah untuk mengecapi nikmat syurga…Sekian shj untuk kali ini…Sama-sama koreksi @muhasabah diri...Jalannya tak sukar kalau Allah permudahkan dan sekiranya kita juga permudahkan diri kita untuk mencapainya…Wallahu’alam…

Sunday, October 28, 2007

~Mufsidat Al-Qalb~

Mufsidat Al-Qalb
(Perosak-perosak hati)

Siri Pertama
Petikan dari :Madaarij As-Saalikin
Tulisan:Ibnu Qayyim Al-Jauziah

Ketahuilah bahawa hati kita ini sedang berjalan menuju kepada Allah s.w.t, (juga berjalan )ke kampung akhirat dan hati kita juga dapat melihat kebahagiaan akhirat melalui jalan yang haq(sekiranya betul-betul terdidik) dan menurut dr.Abdul Qadir Audah(r.m),”Perjalanan kita ini adalah perjalanan hati…”

Sesungguhnya di sana tiada kenikmatan atau kelazatan dan kesempurnaan(bagi hati) melainkan sesudah kita mengenal Allah swt(ma’rifatullah) dan kita kasih kepada-Nya dan rasa tenang dan lapang (tama’ninah)dengan mengingati-Nya(zikrullah),kesukaan kita (farah)bila mendampingi-Nya, dan keinginan yang bersangatan(syauq) untuk bertemu muka dengan-Nya.Inilah yang disifatkan sebagai Syurga Allah semasa kita hidup di dunia, sebagai syurga yang dekat.

Begitu juga,tidak ada kenikmatan atau kelazatan(bagi hati)melainkan apabila kita berada di sisi Allah s.w.t dalam Syurga-Nya.

Jika hatinya tiada rasa kelazatan setelah mengenal Allah swt, tidak tenang dan lapang bila berzikir mengingati-Nya,tidak suka bila mendampingi Allah, maka tipislah harapannya untuk bertemu Allah atau untuk mengecapi nikmat kampung Akhirat, kerana dia tidak mengecapi nikmat-nikmat ini di dunia.

Berkata Syekhul Islam Ibn Taimiyah(r.m)
"Sesungguhnya di dunia ini ada syurga.Siapa yang tidak masuk ke dalamnya(semasa hidup di dunia),tidak akan masuk dia ke Syurga akhirat.”
Syurga yang di maksudkan oleh Ibn Taimiyah ialah:

Ma’rifatullah(kenal Allah)
Mahabatillah (kasih,cintakan Allah)
Tama’ninah(tenang) bila berzikir.
Hati rasa suka bila mendampingi Allah swt
Rasa syauq(cinta bersangatan) untuk bertemu Allah

Berkata ulama’-ulama’ yang terkemudian:
“Aduhai malangnya atau kasihannya ahli dunia!Mereka meninggalkan dunia ini tanpa merasai kenikmatan(hidup di dunia).Lalu ditanyakan:’Apakah yang lebih rasa nikmat semasa hidup di dunia?’Katanya,”Mahabatillah(cintakan Allah), hati kita jinak mengingati Allah, dan rasa syauq(cinta yang bersangatan)untuk bertemu denganNya,dan kita sentiasa menyahut panggilannya,dan menjauhi selain daripadaNya”


Setiap orang yang hidup hatinya,mereka akan sentiasa menyaksikan hal yang ini dan mereka akan mengetahui dari rasaa-rasa hati mereka.

Disini ana 5 perkara yang boleh merosakkan hati kita,(yang boleh menjadi hijab/pendinding antara hati kita dengan Allah swt),yang boleh merencatkan perjalanan hati kita menuju kepada Allah dan mendatangkan penyakit kepada hati kita sekiranya tidak segera diubati.

Perosak Yang Pertama
(mufsid al-awwal)


Kathrat-ul-Khiltah
(Banyak Bercampur atau bergaul)


Percampuran atau pergaulan yang di maksudkan di sini ialah dalam bentuk keduniaan seperti berkasih saying yang bermatlamatkan duniawi(mawaddah fiddunia),yang mana kasih saying seperti ini akan bertukar kepada permusuhan dan dia akan mengigit jarinya lantaran menyesal sebagaimana firman Allah swt:

“Dan ingatlah hari ketika itu orang yang zalim mengigit dua tangan jarinya seraya berkata”Aduhai kiranya aku(dulu) aku mengambil jalan bersama rasul. Kecelakaan besarlah bagiku,kiranya aku(dulu)tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku.Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku.Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia”
(Al-Furqan:27-29)

Tetapi sekiranya kasih sayang itu dibina di atas dasar keimanan maka hasilnya tidaklah demikian. Yang sebenarnya pergaulan atau percampuran yang memberi manfaat ialah kita bergaul dengan manusia dalam perkara-perkara khair.Yang harus(mubah)pun kalau berlebihan(fudhul)juga seelok-eloknya ditinggalkan kerana ia membawa kepada pembaziran.

Sekiranya dalam keadaan terdesak kita tercampak ke dalam keadaaan adanya kejahatan yang kita sendiri tidak dapat elakkan,hendaklah kita awas atau menjaga supaya hati kita tidak meredhai perbuatan mereka.Hendaklah kita sabar dengan cacian mereka.kernana kita akan mendapat kemulian dari Allah kerana menegakkan kalimatul Haq.
Sekiranya dalam keadaan terdesak yang mana terdapat perlakuan berlebihan dalam perkara-perkara yang harus.Kalau kita mampu hendaklah diubah suasana itu kepada suasana yang taat kepada Allah dan hati kita juga diperkuat untuk taat kpd Allah.

Inilah yang diperlukan dalam realiti hari ini iaitu hakikat Uzlah syu’uriyah Tammah(pemisahan jiwa secara total)akibat Islam sendiri kian dagang supaya kita dpt menjaga batas-batas syarak.

Perosak kedua
(mufsidat ath-thani)


Ruku Buhu Bahr at-tamani
(Berlayar di lautan yang tidak bertepi*berangan-angan)


Lautan(angan-angan) ini hanya dilayari oleh orang-orang yang bankrap atau papa di alam ini.Manakala isi perahu mereka ini ialah janji-janji syaitan dan khayalan-khayalan yang mustahil.Oleh itu arus atau ombak angan –angan yang dusta dan batil itu sentiasa menghembusi orang yang belayar itu.

Bagi orang yang berhemah tinggi cita-citanya sentiasa berlegar di sekitar ilmu dan iman serta amalan-amalan yang mendekatkan dirinya kepda sisi Allah swt.Cita-citanya adalah nur,iman dan hikmah.Tetapi angan-angan orang yang bankrap itu cuma tipu daya dan dihiasi janji dan khayalan syaitan.

Monday, October 22, 2007

Don't Quit


DONT QUIT

When things go wrong as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but DONT YOU QUIT.

Life is queer when it’s twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And may a fellow turns about,
When he might have won had he stuck it out,
Dont give up though the pace seems slow,
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor’s cup
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out,
The silver tiny of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems a far,
So stick to fight when you’re hardest hit,
It’s when things seem worst than you mustn’t quit

For those of my frenz in msia..hopefully you all succeed in your final exam..

Sunday, October 14, 2007

Raya07




~ Dah Raya ke ari ni~
??Gembira ke sedih ??
??Ape la org msia tgh wat??
++Ape la agaknya sedara seislam kita kat Palestin tgh wat++

Salam perantau dari kami tibbian 2nd year kaherah

~Senyum smua..utk family~

Menjelang jua hari lebaran
tapi kedatangannya ada sedikit berbaur kesedihan
Kerna Ramadhan dah berlalu
mmm..berbelah bg perasaan ni...
tapi Syawal juga perlu disambut dgn senyuman..ye tak??
Ini ke kemenangan...bukan!!..selagi di mana kaki ku pijak
Islam masih tak tertegak..aku masih gagal..&
dah jumpakah kita dgn malam lailatul Qadar??
Moga dipanjangkan umur utk Ramadhan yg akan dtg..Ameen

khususan ila umi & lek..moga Allah berkati bahtera hidup kalian. Moga Ada kesempatan utk along beraya bersama...meminta maaf atas dosa yg along sendiri tidak tahu andai ada yg masih tersembunyi..serta tak lupa keredhaan antum yg along harapkan agar along juga dapat keredhaan dariNya..Moga ceria selalu ..rindu semua++trillion of luv++



Friday, October 12, 2007

::Salam lebaran::

..Salam Lebaran buat semua..



Maaf dipinta andai diri selalu salah bicara
Kerna diri ini insan yang lemah lagi hina
Pasti ada sahaja yg tak enak dimata
Mohon Ampun pada Yang Esa
Kerna hidup ini tiada makna tanpa keberkatan dariNya

Moga berlalunye Ramadhan yang mulia
Tertingkat jua iman di dada
Jangan terlalu gembira
Kerna ujian darinya pasti ada
Sambutlah eid kali ini dengan
Penuh rasa takwa
bukan dengan penuh rasa bangga
kerna ini bukanlah kemenangan yg sebenarnya
selagi islam masih dipermainkan oleh musuh durjana

Ayuh bangkit mengorak langkah selaku pemuda
kerna kita sudah tiada masa..
Wallahu'alam bila masanya..
InsyaAllah kegemilangan islam pasti tiba..
Eid Mubarak diucap pada semua
Moga ceria diiringi rasa takwa di pagi raya..

~Kullu sanah Wentu toiyibin~
::Kullu 3am Wentu be khoir::

Wednesday, October 10, 2007

Ramadhan melabuhkan tirainya

Sedar tak sedar..bulan yg penuh mulia dan penuh barakah serta di dalamnya terdapat malam yg lebih baik dr seribu bulan..sudah sampai ke penghujungnya...

Rugi rasanya..terasa masih ade lompong dlm tunaikn ibadah...sama2 koreksi diri..adakah sebenarnya kita hanya bakal menjadi insan Ramadhani atau Rabbani apabila Ramadhan melabuhkan tirainya..

Salam lebaran dan salam muhasabah buat semua insan yg ku rindu & ku sayang khususan pada family di puchong, ganu & perlis serta rakan seperjuangan yg berada di mana shj yg kiranya menegakkan kalimah La ilaha Illallah..

Monday, September 24, 2007

Bulan Tarbiyah



Bersesuaian dgn post kali ini..bertepatan jua apa yg sedang aku lalui..memang benar bulan Ramadhan bulan tarbiyah tapi bukan hanya bg dari aspek ingin memperbaiki diri dan meningkatkn ibadah shj..malah sebenarnya apa yg tak pernah berlaku pada bulan lain dan masalah ini tak pernah timbul pada bulan lain yg mana selama ini dilalui dgn hari2 yg ceria dengan izin Allah jua ia hadir pada bulan yg penuh barakah wa rahmah ini..namun benarlah mungkin jua sesetengah masalah akan timbul utk menguji tahap kesabaran ,kematangan individu dan keutuhan sebuah jambatan kasih bernama ukhwah..mungkin pada bulan yg mulia ini Allah uji kita dgn sesuatu yg kita rasakan sukar agar dapat kita kumpul pahala yg berganda banyaknya..wallahu'alam

Justeru aku memujuk diri…agar terus sentiasa memandang positive akan sesuatu perkara dan kau yakinlah wahai diri kiranya kau sanggup korbankn kebahagianmu demi kebahagian org lain agar dia sentiasa tunduk patuh pada Allah pasti Allah menjanjikan sesuatu buatmu diakhirat kelak..biarlah hati di pandu olehNya agar solutionnya mampu aku perolehi dari-Mu Ya Allah..

Kutiplah sebanyak mana mutiara pada bulan Ramadhan ini kerna mungkin peluang tiada lagi pada Ramadhan akan datang..Pastinya kelebihan Ramadhan banyak sudah yg kita tahu..yg penting sesudah tahu, diri kita perlu bijak bertindak..bukan sekadar tahu tapi x mengambil peluang dgn sebaiknya.

Maka sama2 lah kita menghidupkan hari2 yg ada dgn mengingati Allah...mmm sungguh indah Ramadhan di bumi anbiyak (ihya’ ramadhan lebih dirasai)..Ramadhan Kareem


INFO RAMADHAN


< >


Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud, Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan & keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Sahih Bukhari dan Muslim)


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu."

(Hadith SAHIH Riwayat: al-Bukhari #38 dan Muslim#1817)


Tiga orang yang tidak akan ditolak doa mereka:

Orang berpuasa sehingga berbuka, Pemerintah yang adil dan Doa dari orang yang dizalimi."

(Hadith Hasan SAHIH Riwayat:At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah )

*Dinilai Hasan: Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar.

*Dinilai Sahih: Syeikh Ahmad Syakir.

Sunday, September 09, 2007

seminar kecemerlangan insan


~seminar yg memberi bekalan berguna~
~Mahasiswa harapan agama~

~Mahasiswi pengoncang dunia~

Seminar kecemerlangan insan
9 sept 2007
Dewan kovensyen kolej Kris Mas UKM
"Memperkasakan Jatidiri Mahasiswa"

Generasi pemuda merupakan pemangkin utama dalam membina masyarakat..sama ada mereka akan mencorak keadaan agar mematuhi perintah Allah atau sebaliknya.Justeru satu seminar yang amat bermanfaat dan sesuai dlm tujuan memperkasakan jatidiri & idealisme mahasiswa telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Slot 1 : Ceramah'~Memperkasa idealisme Mahasiswa~'
Prof Dr Abdul Hakim Bin Muhammad(ukm)
  • Pengubah keadaan hanyalah generasi pemuda
  • Faktor kejayaan utk merealisasikn kecemerlangan adalah individu perlulah mempunyai matlamat & jalan yang jelas>>Mengambil Islam sbg cara hidup<<
  • Perlu ada perancangan masa panjang>>misi & visi<<
  • We want the knight of D&T<'amilin yg berkualiti dari proses tarbiyah imaniyah<
  • Apa shj yg kita buat konteksnya utk akhirat & raih cinta Allah
Slot 2 : Ceramah"~Generasi pemuda dlm menebus islam yang dagang~"
Prof Madya Dr Ismail Ahmad (UiTM)
  • Generasi muda perlu ada idealisme dan cita2 yg tinggi
  • Tapi realiti hari ini generasi harapan ummah ini dibius>>disibukkn dgn urusan dunia tanpa merelatekn dgn Hubungan dengan Allah
  • Perlu menyedari hakikat Islam kian dagang::
  1. Hilangnya khilafah Islamiyah
  2. Islam dengan wajah yg dicemari>>sekularisme,socialisme ect<<
  3. Pentadbiran dunia
  4. Ancaman dgn sistem pemikiran manusia
  • Kejatuhan Islam adalah dari kelemahan tarbiyah dan masalah akidah ummat Islam sendir
  • Maka perlu bangunkn potensi generasi muda dgn:
  1. memahami islam
  2. Mengimani setiap ajaran Islam
  3. mengamalkna 7 mendakwahkan isla
  4. Berjihad di dlm Islam
  5. Sabar & istiqamah diatas jln Islam
  6. mempersaudarakan manusia dlm ikatan Islam
  7. mengerakkan & mengarahkan potensi ummah
  8. optimis terhadap masa hadapan Islam
  9. muhasabah
  10. Ikhlas dalam beramal
Slot 3 : Forum"~Memperkasa Jatidiri Mahasiswa~"

Moderator : Saudara Abdul Rasyid Abd Rahman (UITM)
Panel : Dr Mohd Zamri Dimon (HUKM)
Ust Mohd Najib Bin Abdullah (USIM)
Pn Noraini Bt Ismail (dlm usaha mndpt pHD)
  • Hanya dengan Hidayah Allah kita mampu istiqamah diatas jalan ini>>maka hidayah perlu dijaga..tapi bagaimana??
  1. jaga hubungan dgn Allah
  2. Mengambil Islam secara menyeluruh
  3. Kenali faktor2 yg membawa kpd futur
  • Mempertahankan prinsip sbg seorg muslim merupakan jati diri yang penting cth Bilal bin rabah dlm memperthnkn akidahnya
  • Ramai org ada prinsip tapi berapa ramai blh memperthnkn prinsip
  • Ramai yang ada ilmu tapi berapa ramai blh mempertahankn ilmu yg dimiliki
  • Matlamat cintakan Allah perlulah menjadi sebesar-besar matlamat dlm memperkasakan jatidiri




Selamat Pengantin Baru

~8 SEPT mencatat sejarah~


Selamat pengantin baru khususan buat pasangan ini yang didoakn bakal melahirkan rijal & imraah yang mampu meneruskan perjuangan deenullah ini.Moga bahagia hingga ke akhirat kelak.

~Kebahagiaanmu kebahagiaan kami jua~

~Moga Allah berkati ikatan ini~

Thursday, September 06, 2007

Ramadhan kareem


"السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
الميل ده وصلنى من كام يوم .. فحبيت امررهولكم ..
بس خلاص :)
____________ _________ _________ __
كل سنة وانتم طيبين
رمضان على الابواب
اول حاجة فعلا ندعي ربنا ان ربنا يبلغنا رمضان وما يحرمنا منه لان فيه ناس
كتير
كانت موجودة رمضان اللي فات ومش موجودة السنه دي اتوفت الله يرحمهم
جميعا
ربنا يبلغنا رمضان جميعا




Wednesday, September 05, 2007

Siapalah aku

Siapalah aku
dipandanganmu
hanya sentiasa di saluti noda
kian hari ku melangkah
pasti kutersasar barang waktu & ketika
namun apa daya
ku terus jua melangkah
kerna sinar hidayahMu
kasihMu padaku
insan kerdil tiada bermaya
malah Kau beriku peluang
meniti hari penuh keinsafan

Siapalah aku
dihadapanMu
selalu meminta
tapi sering lupa
sering leka
kerana hubbu dunia

Siapalah aku
utk mengharap syurgaMu
namun...
masihkah ada ruang buatku
menagih cinta mu??
keampunan kudambakan
agar jiwa ku tenang
menghampiriMu

Ya Allah
Teguhkan daku
diatas jalanMu
bantu daku
melawan nafsu & musuh agamaMu

Tuesday, September 04, 2007

Lambaian Ramadhan



Lambaian Ramadahan kian terasa... Segala pujian bagi Allah yang telah menganugerahkan kebaikan yang amat besar pd segala hambanya terutamanya kpd mereka yang bertaqwa dengan menolak tipuan & kecerdikan syaitan terhadap mereka.Lalu Allah membuka puasa sbg suatu benteng dan kota pertahanan bagi segala hambanya yang beriman.

Tidakkah kita sedar Bulan yang kian menghampiri ini menjanjikan seribu satu kebahagian bg kita mengutip bekalan utk saham di akhirat kelak..mungkin kita lalai..justeru marilah sama2 kita sedar akan peluang yg diberikan oleh Allah pd hambanya ini.

Berfirman Allah Taala"Sesungguhnya org yg berpuasa itu meninggalkan hawa nafsu,makanan & minuman kerana Ku.Maka puasanya itu utkKu dan Aku akan membalasinya"

Lihatlah betapa kasihnya Allah pada hambanya..setiap apa yg dilakukan utkNya pasti diganjari dgn ganjaran yg tidak kita duga,tapi kita masih juga leka dengan cintakan dunia(hubbu dunia)yg akhirnya menggelapkan hati lalu menyebabkan kita sering ingkar pada ALLAH TAALA

Bulan ini juga sebenarnya adalah bulan yg menunjukkan fesyen kehidupan seorg mukmin.Setiap gerak geri kita adalah ibadah..secara tidak lgsg kita akan membatasi perbuatan dari perkara yg sia2 agar Allah terima amalan diri pd bulan mubarak ini.Di siang harinya kita berpuasa, di malam harinya kita hidupkan ngan solah terawih dan qiam..alangkah indahnya hidup kita ketika itu..sentiasa menghidupkan roh seorg mukmin yg ketagih cinta Rabbnya yg Satu..justeru sma2 kita renungkan sekiranya dibulan ini kita lakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar kenapa tidak pada bulan lain..oleh itu jelaslah sikap kita pada bulan ramadahn yg sentiasa zikrullah seharusnya diaplikasikan pd 11 bulan yg lain..Boleh juga dikatakan Ramadhan merupakan bulan Mukmin membina kekuatan utk menghadapai 11 bulan yg lain..

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Nabi Muhammad saw pernah bersabda:"Apabila masuk bulan Ramadhan maka terbukalah segala pintu syurga dan terkunci segala pintu neraka dan dirantaikan segala syaitan.Dan berserulah seorg penyeru"Wahai org yg ingin berbuat kebaikan!Marilah kamu!Wahai org yg ingin berbuat kejahatan!Hentikanlah dari kejahatan itu!"

Maka sama2lah kita tingkat ibadah dan kebersamaan dgn Allah..sambil menghitung Madrasah Ramadhan yg bakal tiba..as it is the festival for the ruh of those Who submits themselves to the God of all MIghty..

Tuesday, August 14, 2007

pgrm makin jauh makin sayang



Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan Sg Siput(U)
1st Year Medic Cairo(2006-2007)
10-11 Ogos 2007

Alhamdulillah dengan izin Allah pgrm ini berjalan seperti yg dirancang.Pertamanya Kami seramai 16 org wakil medic thn 1 berkumpul di rumah salah seorg penganjur dan merangkap pengarah pgrm.Sekalung tahniah diucapkan buat beliau dan keluarga kerna telah banyak menyumbgkn tenaga utk menjayakan pgrm ini.Walaupun kurang persediaan namun permulaaan utk handle pgrm sebegini bg diriku adalah permulaan yg baik.Pgrm ini bertemakan 'Semakin jauh Semakin Sayang' sebenarnya cukup menginsafkan diri...

Antara aktiviti yang sempat dijalankan ialah indoor>>taaruf.giant scrabble,origami,tanah liat kreatif & sesi spritual manakala utk outdoor>>aerobic & sukaneka

Kebanyakan adik2 disini kehilangan ayah bererti hanya bergantung kepada ibu malah kondisi ibu mereka pula tidak mampu membiayai kehidupan dan persekolahan mereka.Umur mereka sekitar 4-17 tahun...bagi warga puteri jumlah mereka hampir 40 begitu juga dgn putera..

Seharusnya kita bersyukur kerna kita masih dikurniakn ibu bapa yg masih lg mengaturkn makan minum kita dan amat mengasihi kita..jika dibandingkn dgn mereka ada shj kisah duka disebalik tirai kehidupan yg tak mampu digambarkn melainkn hanya linangan air mata.Mereka rasa diabaikn dan hidup mereka ibarat hilang arah tujuan..Namun sebagai saudara seIslam marilah kita semua rasa terpanggil utk mambantu insan2 seperti mereka..dan yg paling penting insaflah wahai diri..Hargailah nikmat yg masih ada disekelilingmu..dan ingatlah redha Allah ada pada redha ibu bapamu..

Pengarah:
Balqis Asma Saidah Binti Abdul Shukor

Timbalan pengarah:

Bintu Saadah Binti Ismail

Setiausaha:
Wan Nadiah Binti Wan Isa

Bendahari & sumbangan:

Nur Hidayah binti Arshad
Husna Binti Mohd Asri

Biro keselamatan:

Nadiah Binti Mohd Damanhuri

Biro Makanan:
Nur Jalilah Binti Abdul Rahman

Biro Aktiviti:

Syafaf Binti Jumiran

Sh Nurul Hidayah Binti Sy Murzaki

Ajk:
Siti Mursyida Binti Mustain

Siti Mufidah Binti Md Zyadi

Tg Nabihah Binti Tg Nikman
Ummi Sakinah Binti Abdul Kadir
Ramisah Aini Binti Shariffuddin

Nur Aina Binti Abu Hanifah

Nur Atikah Binti Azizul Hassan


Akhirul kalam,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma, rakan taulan dan mereka yang terlibat di belakang tabir mahupun di depan tabir & khususan kepada warga PERUBATAN medic mesir(ikwah wa akhowat) kerana menjayakan pgrm ini..Moga jasa kalian diberkati Allah dan membuahkan pahala utk saham di akhirat kelak>>Wallahua'lam

Sekian terima kasih

Masih ada waktu

Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi


JIKA DUNIA INI PERSINGGAHAN, MENGAPA TIDAK KITA BANYAKKAN BEKALAN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN KERANA KITA CUMA ADA SATU PERSINGGAHAN..."

Sunday, August 05, 2007

-Kekasih-




"Dua kekasih yang tidak boleh bertemu dalam satu waktu :

1. Kasihkan Allah dan kasihkan maksiat

2. Kasihkan jihad dan kasihkan hayat

3. Kasihkan pengorbanan dan kasihkan harta benda

4. Kasihkan kebenaran dan kasihkan kekuasaan

5. Kasihkan perdamaian dan kasihkan kedendaman

6. Kasihkan perbaikan dan kasihkan diri sendiri

7. Kasihkan perjuangan dan kasihkan kerehatan

~Semoga menjadi renungan kita bersama~"



Nasihat Luqman Al-Hakim:
"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikn lautan yg dalam.Banyak manusia yang karam didalamnya.Jika kamu ingin selamat agar tidak karam,Layarilah lautan itu dgn Sampan yg bernama Taqwa,Isinya ialah Iman & Layarnya ialah tawakal kpd Allah swt"

Friday, July 27, 2007

Pantun Saifi


...Allah is alwayz with us...


Terbilang sungguh Saidina Ali
Hingga digelar baitul hikmah
Ummah sepi perlukan daie
Bagaimana dakwah paling berhikmah?

Saidina Ali banyak berbakti
Saidina Othman banyak memberi
Ummah sepi perlukan daie
Daie berbudi akhlak terpuji.

Cantik sungguh kembang ditaman
Indah menyerlah dalam jambangan
Wahai srikandi solehah sekalian
Apakah ciri2 muslimah idaman?

Tidak tumbuh tidak melata
Tidak sungguh tidak mengata
Muslimah sejati idaman jejaka
Agama,keturunan,harta & rupa.

Srikandi mujahid cantik berseri
Bekalan ummah sepanjang zaman
Leraikan gundah gulana di hati
Beritahulah kami tanda2 peningkatan iman.

Kembang mewangi bunga melati
Harumnya mekar dalam jambangan
Mari leraikan gundah di hati
Tingkatkan iman bina hubungan.

Muslimah bestari,bidadari gelaran
Asyik bersenda di taman larangan
Lestarikan ukhwah berlandaskan iman
Berilah resepi ukhwah berkekalan.

Mendung berlalu beraraknya awan
Turun hujan membasahi iman
Lestarikan ukhwah berteraskan iman
Berlapang dada resepi insan.

Friday, July 20, 2007

Hidup kita sepenuhnya utk Islam

Alangkah indahhhhhhhnya andai syurga milik kita..Namun banyak lagi tugasan yg tak terlaksana...Layakkah diri namun mampukah diri menghadapi api neraka-Mu?

Marilah sama2 kita mengembara di seluruh bumi melihat realiti ummah hari ini...

Apa khabar agaknya umat islam hari ini??

Sihatkah iman kita??

Apa yg kita sibukkan....????


Gara2 hidup kini kian dipenuhi dgn hiburan dan kesibukan duniawi yg tiada batasan...
Agak payah jugak umat Islam ingin menepis serangan jahiliyah abad kini.Malah antara punca masyarakat menolak islam walaupun bergelar muslim adalah kerana akidah yang lemah menjadikan mereka Islam hanya pada nama shj..Islam juga dagang dijiwa umat islam sendiri lalu mulalah ada golongan yg berani mempertikaikan nilaian syarak..Gersangnya jiwa manusia...Ya Allah Kau lindungi hati2 yg masih mengasihiMu agar keimanan kpd-Mu terus menerus terpelihara..

Maka dari sini kita nampak bahawa perlunya penyerahan diri yg total kepada islam..malah kpd mereka yg rasakan diriya milik islam perlulah dia hidup utk dakwah & tarbiyah agar fenomena yg menimpa umat Islam dapat dibendung..

Sebenarnya Islam hari bukanlah kehilangan penguasaan ekonomi , tanah jajahan atau sebagainya tapi sedarkah kita sebenarnya

  • Kehilangan 'pokok' bukannya 'rantingnya'
  • Kehilangan 'rumah' bukannya 'perkakasnya'
  • Kehilangan 'kualiti' bukannya 'kuantiti'

Justeru sahabat2 harapan ummah kita perlu motivasikan diri ini utk kembali menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar...Antara panduan yg blh kita ambil dan laksanakn dlm kehidupan utk membentuk kepeibadian seorg daie:

  1. memahami tujuan hidup~ubudiyah kpd Allah~(Azzariyat:56)
  2. memahami kewajipan dakwah~khalifatu ardh~
  3. memahami nilaian dunia dan nilaian akhirat dcc Allah~dunia bukanlah segala-galanya tapi merupakan medan menanam namun akhirat jua tmpt menuai...
  4. meyakini dgn sepenuhnya hari perhitungan & perhimpunan
  5. mengakrabkan diri dgn Al-Quran & As-sunah & duduklah dlm suasana yg soleh
  6. Hindarkan diri dari kemaksiatan
  7. Ingatlah kematian itu dtg tanpa diminta~maka kita perlu bersedia~
  8. Memohon pertolongan dan bantuan kpd Allah..

Moga Allah berikan kesempatan utk kita menghampiri mereka yg sebenarnya berhajat pada Islam..kerna mungkin selama ini tiada sesiapa yg ingin menghampiri mereka,maka bangkitlah wahai pemuda & pemudi pejuang Islam..robohkan benteng keegoanmu..Tak sayangkah kita pd mereka.Layakkah kita membenci kerana Allah tidak pernah membenci hambanya..

~RENUNGAN HARI INI~
"It is our duty to carry this religion to all people around the world until they understand it, become interested in it, look for it, and enter it in surges as God would like. This is the duty of the Islamic nation. It is a collective obligation for this nation to propagate the message of this religion to the corners of the globe, and it is an individual obligation for the scholars of this religion to propagate Islam in all languages and tongues and be as God said: "We sent not a messenger except (to teach) in the language of his (own) people in order to make (things) clear to them." ::Yusof Al-Qardhawi::

Monday, July 16, 2007

Tautan hati



Puas kurayu,puas kuseru
Jawapanmu tetap yang dulu
Oh sukarnya mengajakmu
Namun kasihku padamu cukup padu
Lantaran itu,
Aku akan terus menyerumu
Pada yang satu
kugenggam kukuh suatu azimat
"Kita hanya penyeru bukan penghukum
Ya Allah,kuharapkan bantuanMu mengiringiku"
Seru terus menyeru
itu tugaS RasulMu
Akan kuteruskan semampuku
Hingga kehujung waktu

~TAUTAN HATI~

Fatimah Syarha Mohd Noordin




Terharu rasanya bila kehidupan seorang daie digambarkan dlm novel ini...bukan senang untuk mengajak manusia hanya cintakan Allah..Malah Asiah Yusro juga mampu memikat sesiapa saja utk kembali mengesakan Allah tanpa langsung memikirkan kepentingan dunia..Benarlah tarbiyah mampu mencorak dan membina keperibadian yang amat mulia ini...Namun buat para rojul & imraah akidah yang masih mencari kekuatan sama2 lah kita mengikat janji

:::Kita takkan gadaikan pandangan Allah semata-mata mahu merebut pandangan manusia yang sementara

::: Kita tak mahu gadaikan akhirat semata nak merebut keindahan dunia yang tiada makna


Buat sahabat2 yang belum membacanya jika berkesempatan bacalah novel islamik ini.InsyaAllah banyak manfaat yang bakal diperolehi,Wallahu'alam


Kalam diri buat hari ini:Mukmin tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan sia-sia,maka fikirkanlah sebelum mengorak langkah dlm sebarang tindakan.



Saturday, July 14, 2007

Kita??


~Allah is always with us~

Masa terus berlalu..tingkatkah keimanan kita?sudah mantapkah akidah kita?Apakah yg telah kita berikan untuk ummah?sudah bersediakah utk mengadap yg Maha Esa????Persoalan demi soalan yg harus dilontarkan..bukan hanya difikirkan ketika ditimpa musibah,tapi harus difikirkan saban waktu dan seiring dgn detik nafas yg bernilai ini..
Yakinlah dengan Allah atas segala sesuatu..
tapi kena ada usaha sekiranya diri ini mengharapkan kejayaan
Dont ever ask why dis happen to me and why Allah dont luv me??
But is dis happen regarding our sins or not?????
Sama2 check diri..kita sentiasa mahu yg terbaik dalam segala sesuatu tapi kita selalu cuai memenuhi hak sebagai hamba Allah apatah lagi tanggungjawab yg dipikul sebagai khalifatul ardh..berapa ramai insan yg telah kita sedarkan agar cintakn Allah dari cintakan duniawi..
Jangan lupa..kita bukan setakat mengejar kejayaan dunia tapi yg paling utama kita kejar kejayaan ukhrawi..

Sama-sama kita kejar redha Illahi
Sama-sama kita kejar cinta hakiki
Sama-sama kita kejar syurga firdausi
Sama-sama kita kejar ketenangan hakiki
Sama-sama kita kejar sinar islami
Sama-sama kita kejar ukhwah islamiyah

KEMULIAAN HANYA DENGAN ISLAM, IMAN, dan TAQWA
di dalam Islam, Iman dan TAQWA"Ya Allah, Hidup dan Matikanlah aku .."