BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 25, 2008

Islam sebagai cara hidup




Islam sebagai cara hidup





-lihat dia~daku kagum^-^-



Something to share with those out side there...Uhibbukumfillah


Islam beerti penyerahan diri. Penyerahan diri di sini bukan bermakna pasrah atau putus asa, tetapi penyerahan ini beerti mengembalikan fitrah diri ini kepada pengaturan penciptanya. Sebagaimana kita pasrah dalam masalah ajal dan tuah begitu jugalah kita perlu berserah dalam pengaturan cara hidup yang sebenar.

Allah mengaturkan seluruh kehidupan kita secara fizikal merupakan kepercayaan semua manusia. Semua manusia tahu bahawa mati itu ketetapan Tuhan. Sama ada mereka itu muslim atau bukan. Mereka juga akur bahawa pembinaan sel dalam rahim adalah aturan Tuhan secara fitrah. Manusia sekali lagi akur dengan fitrah bayi yang belajar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Tetapi apabila sudah sampai tahap manusia memilih di sini ada yang memilih selain fitrah. Ada yang memilih selain penyusunan Tuhan.

Inilah yang dikatakan semua manusia itu diberi hak memilih. Kemudian mereka akan dibicarakan atas pilihan mereka. Islam merupakan satu system hidup yang paling sempurna. Allah menurunkan kitab Al Quran dalam tempoh 23 tahun kepada seorang nabi yang hidup dalam segenap lapangan masyarakat, bergerak dalam banyak suasana, bekerja dalam pelbagai bidang dan menjadi pemimpin kepada bermacam macam bangsa. Al Quran menceritakan semua kisah kisah penting umat dahulu sebagai panduan hidup. Al Quran kalau dirumuskan dapat kita fahami kesemua perbahasan Al Quran ada dalam satu Bab yang digelar Surah. Surah Al Fatihah mengandungi 7 ayat yang menyingkap isi Al Quran iaitu kita mesti melalui hidup dengan mengenali Tuhan. Islam adalah agama yang menukar peribadi manusia dengan hanya perakuan lisan tanpa sebarang upacara. Sekadar menyatakan “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.” Maka dia sudah menjadi Muslim.




Dalam ayat kedua Al Fatihah Allah menceritakan tanggungjawab hambaNya adalah memuji Allah dan menyatakan Allah lah yang mencipta dan mentadbir alam ini dan bersifat pemurah lagi pengasih bahkan merupakan Raja di hari pembalasan merupakan alasan Allah mesti dipuja. Selepas perintah memuja Allah, Allah menyatakan tugas lanjut iaitu menyembah hanyasanya Allah serta meminta bantuan hanya dari Allah. Kita diberitahu supaya memohon pedoman untuk mengikuti jalan yang benar. Dan Al quran menceritakan kisah kisah silam bagi manusia menilai mana jalan yang benar dari kisah kisah orang yang baik. Kisah sempadan juga disertakan bagi manusia menghindarinya.

Jadi Al Quran merupakan perlembagaan hidup. Kalau dalam persatuan kita akan disembahkan 2 buku panduan. Satu undang2 tubuh satu lagi panduan kerja. Jadi Al Quran inilah undang-undang tubuh kemanusiaan kemudian panduan kerja itu adalah Rasul atau Nabi utusan Tuhan yang mempamerkan bagaimana kehidupan seorang Muslim.

Menjadi Muslim cukup dengan ungkapan 2 kalimah syahadah. Tetapi untuk menghindar seksaan neraka perlu kepada perlaksanaan perintah Allah dan meninggal laranganNya. Oleh yang demikian Nabi menceritakan beberapa perkara mesti dibuat bagi menghindar neraka iaitu solat, puasa, zakat dan juga haji jika mampu. Seandainya perkara ini dilaksana manusia itu akan terpelihara dari azab selepas mati. Namun manusia ditimbang kanan dan kiri, Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan terperinci mengikut kesesuaian manusia lantas Islam juga menjaga manusia dari menzalimi dan menindas manusia lain. Oleh yang demikianlah Islam menyenaraikan kepatuhan kepatuhan ini untuk kebaikan manusia pada dirinya dan pada orang lain. Sebagai cara hidup yang sempurna Islam juga menegah manusia dari beberapa perkara buruk supaya dijauhi, seperti zina, bunuh, curi, umpat, arak, judi dan perkara perkara yang merupakan gejala kepada masyarakat.



Islam bukan sekadar mengatur perkara perkara besar tetapi juga perkara yang disebut hal remeh. Seperti buang air, kebersihan diri, adab-adab amalan harian seperti makan, minum, bercakap dan sebagainya. Semuanya ada panduan yang lengkap menurut pandangan Islam dan bagaimana yang sebenarnya.

Islam itu lebih modern dari masa kini. Islam telah lama menceritakan hal – hal diet dan penjagaan pemakanan. Islam telah lama membicarakan tentang hak manusia seperti masalah hamba, masalah perkauman, masalah buruh, hubungan manusia dengan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Semua masalah yang dipandang sebagai perbincangan baru ole masyarakat barat telah lama Islam bincangkan.

Islam lebih ekonomis dari sistem perbankan. Islam menagajar jimat cermat tetapi menganjur kepada sedekah dan bermurah hati. Islam mewajibkan rasa puas hati dalam soal berjual beli dan sebarang urusniaga tunai atau hutang. Islam mengharamkan riba atau penindasan ekonomi. Islam tidak menyokong sikap suka berhutang. Konsep ekonomi Islam adalah lebih tulin.

Islam lebih adil dari saksama. Ketika mahkamah menghala kepada banyak kesalahan dalam menyabitkan kesalahan, Islam sebenarnya sudah lama menegaskan mensabitkan kesalahan itu perlu kepada tahap yakin iaitu 100peratus bersalah. Kerana pada pandangan Islam hukuman itu bukan untuk menzalimi tetapi untuk menyekat kezaliman. Jadi daripada kemungkinan tersalah menghukum lebih baik tersalah memafkan. Manakala hukuman dalam Islam adalah paling saintifik tetapi saintis enggan mendedahkannya. Islam menghukum pancung sebagai cara hukum bunuh, ini supaya saraf Tunjang putus dahulu sebelum saraf jantung. Ini mengelak dari pancutan darah. Walaupun ianya lebih ngeri dari melihat hukuman pancung.

Islam lebih politis dalam masalah kepimpinan. Islam mencegah sebarang rasa ingin berkuasa tetapi meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu pemimpin bukan sebagai kebanggaan. Islam menjelaskan ciri ciri yang pelbagai untuk seorang pemimpin. Islam tidak menyamakan suara orang yang cerdik pandai dengan suara orang yang dungu. Islam mencegah keras amalan rasuah. Islam system pertama yang membezakan antara hadiah dan rasuah.

Sekiranya ada agama lain seperinci Islam maka yakinlah Islam bukan sahaja perinci tetapi tepat dalam setiap perinciannya. Tiada agama dalam dunia ini yang hanya bertuhankan Allah selain Islam. Ini menunjukkan pembebasan manusia dari penyembahan sesama ciptaan. Islam membebaskan manusia dari belenggu menghambakan diri pada bukan selayaknya kepada perhambaan yang sebenar.

Islam adalah yang sebenar dan Islam sahaja yang benar...
kedamaian di dalamnya


ps:this article actually wrote by someone to non muslims.. so do your favour whether want to publish it or not..tafadhal..hak milik bersama

Tuesday, June 24, 2008

Heart of Muslim



~Heart of Muslim~

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one

Though with stones on his chest, his Imaan would not rest

The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
Chorus:

It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslim's filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right
Chorus

So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie
Chorus
~Zain Bhikha~

++1.2.3.4++




Semalam.. sayup-sayup di tengah malam, seorang teman memutarkan lagu dari laptop kesayangannya... kebetulan Allah takdirkan daku di situ..menumpang study...gara-gara ingin menukar mood study untuk oral histo hari ni..Rupa-rupanya tidaklah daku tahu bahawa lagu ini yang pada satu ketika pernah kunyanyi tika sekolah rendah kudengar kembali..lucu pula kerana daku ingatkan lagu untuk silibus budak sekolah rendah...mmm mungkin dinyayikan semula..entah daku sendiri pun kurang pasti.. tapi ini gandingan si kecil bersama Aris Ariwatan... aris ariwatan pun bukannya daku kenal..biarlah.. namun sebenarnya ada kisah yang membuatkan daku suka mendengarnya.. lebih enak didengar jika kanak2 yang menyanyikan atau nyanyikan sendiri bersama ahlel beit..rupanya mereka pun tahu... susah juga untuk memilih halwa telinga..liriknya suci namun penyanyinya wallahu'alam..yang pasti bijak la memilih ya teman..nasyid pun perlu diteliti..cuma ini sebagai menggamit memori tika kecil dahulu di bangku sekolah.. terkejut ingatkan hanya nyanyian kanak-kanak kecil..

~1.2.3.4 ~

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan




Alhamdulillah oral histo selesai sudah.Doctor Hana Abd Kadir sangat membantu, "You all are excellent." She said. Full mark we get. Meleret senyuman kami semuanya. Kumpulan oralku pulang dengan wajah gembira. Syukran doctor. Balik terus teringat lirik ini yang ingin sekali dikongsi dengan semua.Sebenarnya banyak je nasyid-nasyid lain tentang ummi, abbi dan sebagainya. Namun ini benar-benar mengingatkan daku akan memori lalu.Ya tika waktu kecil di bangku sekolah semua orang ligat bercerita pasal keluarga..daku juga begitu..maklumlah semua orang tym tu adik beradik tak ramai tapi family ku besar..Bercerita pasal keluarga membuatkan daku insaf..diri sendiri akan sedih bila melukakan hati mereka..Ya adakah jiwa kita sama...



Sensitifkah kita jiwa ummi, mak, mama, ibu, walid, abi , ayah kita...dilukai..rasakah kalian jerih perih mereka membesarkan kita..huh..isu ini amat sensitif bagi ku..jika mereka dilukai daku pantas memikirkan jalan menggembirakan hati mereka.. namun sikit sahaja usahaku.. memihak bukan tugasku kerana dua-dua insan yang kusayang.. tiada pilihan..kerana dua-dua yang terbaik untuk kami adik beradik...selaku along.. ingin selalu ku kongsi perasaan ini..agar kasihlah pada ibu bapa kerana Allah bukan kerna fitrah sayang anak pada kedua orang tuanya..kerana bertitik tolakkan kasih sayang yang salah menyebabkan kita tidak akan menerima kekurangan mereka dengan seadanya..lihat la realiti..ramai yang suka menyalahkan mereka dan mereka tidak dihormati dengan sewajarnya,tambahan bila mereka sudah tua pelbagai perlakuan dilakukan..rumah orang tua jadi pilhan untuk membalas budi mereka..berdosakan begitu..Ya Allah peliharalah kedua ibu bapa ku..Jadikanlah kami anak-anak yang soleh.

~harapan..takkan daku biar mereka keseorangan~

Perhatilah dunia! Nilailah dunia dengan kaca mata syarak. Lihatlah anda ingin generasi yang bagaimana? Ingin kaum yang taat? Maka taatilah Allah dan RasulNya dan juga kedua ibubapamu selagi suruhan mereka menepati apa yang Allah gariskan. Gembirakanlah hati mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.

Friday, June 20, 2008

Nostalgia~kelahiranmu

Indahnya andai kita bertemu


Menyingkap nostalgia lalu....
teringat daku ukhwah itu...

Ukhwah itu jika dilayari
penuh onak duri
setiap hati diduga
KETEGUHAN ukhwah ini..
itu yang akan Allah uji
namun jika benar matlamatnya
pasti kan kekal abadi
biarpun merentasi perjuangan penuh tribulasi
demi mencari cinta yang hakiki
pasti ukhwah itu akan bersemi
mengikat hati-hati kecil ini
supaya terus bersatu, berkasih
di bawah lembayung islami
terus mekar di syurga firdausi
manisnya kan kekal hingga habis waktu
Pahitnya ditelan kerana syurga ganjaran yang satu
moga kasih kita terus bertaut
kerna kita punya matlamat yang satu
Allah tempat kita mengadu
tempat kita kembali bersatu
biarpun mati pemisah pertemuan itu
Ukhwah itu kan terus berpadu



Itulah luahanku...akan ukhwah yang kukenang selalu...hakikatnya ukhwah itu terus berjalan menyusuri impian dan waktu.. masing-masing bertebar mengota janji menjadi daie harapan ummah yang satu.. bukan hanya tinggal nostalgia..memorinya mungkin.. namun perjalanannya tiada henti.. tiada henti kuharapkan.. ya itu harapan.
Seterusnya, hari ini kelahiran teman baru ku di bumi ardul kinanah ini.. sepanjang hari dihabiskan bersama...biar baru bertemu..sama-sama menuntut ilmu.. moga akan ada bibit ukhwah yang akan terus mekar walaupun usia berlalu..


~sliding cake>>huhu gara2 menaiki tremco dan metro>>asyer~

sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya Mufidah
moga Allah berkati usiamu..
He never leave you beside as you can alwayz hold His syariah
YOU ARE NEVER ALONE

Monday, June 16, 2008

Kita bukan Penghukum

..Assalamualaikum wbt..

senja takkan berlabuh..kerna esok pasti senja lagi

namun diri hari ini pasti tak sama dengan esok hari




Lama sungguh rasanya tidak berceloteh..kebanyakannya hanya short post sahaja..tergerak hati malah tak senang dibuatnya andai jari jemari ni tidak segera menari di atas key board ini...Namun pertamanya pantas ana mengatakan::

wattaquLlaah wa yu'allimukumuLlaah

Justeru berbalik kepada apa yang ana ingin perkatakan dari minda yang Allah kurniakan..dan atas rahmat dan petunjuk-Nya, Al-Quran..Terus..



Kita bukan penghukum??

Justeru pendapat antum bagaimana..setuju atas sebaliknya..atau malas untuk berfikir tentang isu ini..Definisi dan situasinya pelbagai.. Luas.. namun sikit sahaja ingin disentuh dan yang lain cuba kita sama-sama pikirkan dalam konteks kehidupan masing-masing Sebenarnya ini termasuk dalam sejauh mana kita memandang kehidupan sebagai platform memperkasa diri dalam rangka menaikkan saham di akhirat kelak. Kadang-kadang disebabkan kita sentiasa dilalaikan dengan filem & telenovela maka benda yang remeh kita perbesarkan namun isu pengislahan diri..memantapkan peribadi..menaikan sensitiviti langsung tak dihirau…hidup dengan cara sendiri langsung tak ambik kisah kesan sikap kita pada teman sekililing..ayuhai diri selalulah islah hati..jangan biarkan hati bernanah hingga berulat nanti.


Pada manusia..kita bukan penghukum


“Don’t judge a book by its cover”. Sudah acapkali kita dengar. Hingga bosan mungkin. Inilah antara kebiasaan ayat yang akan keluar apabila ada insan mengkritik kita..namun adakah sama tindakan kita apabila kita ikut sesedap rasa mengkritik orang lain..konsep mutual atau bilateral terlaksanakah disini? kalau tak suka orang bersikap dengan sikap yang tidak menyenangi hati kita maka lakukanlah benda yang sama…syaraklah pengukur utama dalam mengerakkan amal..ayuhai khalifatul ardh jiwa kena ‘neutral’. Suka apa yang Allah suka benci apa yang Allah benci..


Maka disini tidak lari kewajipan bertaaruf. Antara marhalah dakwah fardhiyah juga turut digariskan taaruf sebagai asas utama. Mana mungkin seorang daie mampu mengenali mad’u dan seorang teman ingin mengenali temannya tanpa saling bertaaruf..taaruflah pemudah cara..maka barulah kena gaya dan rentaknya kalau ingin menilai manusia serta menegurnya..tapi bukan terus menghukum manusia dengan percaturan diri sendiri tanpa asas..Islam tak pernah menghukum..tapi Islam sendiri deen yg memberi ruang utk pengislahan berlaku.Dalam rangka meningkatkan lagi usbah Mukminah atau generasi awal,Allah telah mentanzilkan firmanNya::


>>Hai orang-orang yang beriman.jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengunjing sebahagian lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyanyang <<(Al-Hujurah,12)



Pada Allah..Seribu kali tidak layak sebagai penghukum..Bahkan infiniti


Na'uzubillah moga dijauhi..Isu ini barangkali tanpa sedar kita alami..dan mungkin tidak pernah cuma sekada risau sejauh mana ketentuan masa hadapan yang tidak pasti..ada timbul keraguan namun cepat-cepat dihilangkan dengan istighfar malah seperti yang ana katakan diawal penulisan..isu yang ana higlightkan ini luas konteksnya..Cuma sikit sahaja yang ingin ana tonjolkan. Contoh terdekat, musim peperiksaan ini mudah sungguh kita menetapkan syarat ‘aku akan begini sekiranya kau beri begini’...Justeru apabila dapat natijah keluar ada bibit-bibit ketidakredhaan berlaku..tapi insyaAllah bukan dikalangan kita harapnya. namun atas dasar ingin takmil wa istikmal ana gagah jua utk memperingatkan hati yang mudah terisi dengan anasir jahiliyah ini..maka perbaharuilah niat..tajdid selalu


>>Itulah sibghah (corakan/celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah.” << (Al-Baqarah,138)


Sebaik-baik Pengadilan adalah dari Allah…Allah lah yang memberi dosa pahala...Pemberi rahmat..Tapi kita?? Tiada apa-apa,semua milik Sang Pencipta..maka layakkah kita meragui ketentuan-Nya..bahkan sikap kita takkan mencacat celakan satu pun sifat Allah yang 20 mahupun kebesaran 99 nama-Nya, malah yang rugi adalah kita..


Wallahu’alam..Ya muqallibal QULUB thabbit qulubuna 3la deenik
Akhir kalam segala kesalahan harap dimaafkan dan teguran amat diharapkan...sentiasalah zikrullah..

Tuesday, June 10, 2008

Motivation 1

coretan syed Qutb :: ketenangan dan kebahagian adalah hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman, mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan::



Duhai diri
pernah kau menyendiri
memikirkan hakikat diri
puas kau merentasi
lautan penuh onak duri
tapi tiada nilainya
jika iman bukan layarnya
taqwa bukan bahteranya
Dambalah cinta Illahi
jika hilang hilanglah fitrahnya yg suci
kemudi diri dengan sinar rabbani
Nun disana arah kita
ayuh mara terus mara
dengan semangat yang membara
dengan azam penuh di dada
perjuangan belum berhenti
tiada rehat buat pencinta illahi

************


Dikala set yang terakhir ini:::kita kembali motivate diri
M1:: first and foremost>>always renew our niat
M2:: try to be faith on our works..not to blame
M3:: try to be closer to Him
M4:: try to build selfconfident
M5:: trust Him..and redha whatever you get


..last track but not least..

Monday, June 09, 2008

pewaris gen11

<<Hadirnya membawa cahaya>>


...pewaris gen 11...



~`Faten bersama anak angkatnya~


Lahir sudah insan baru..Tahniah pada Siti Hajar Aiyshah dan suaminya.Inilah pewaris kecil kami yang pertama..at least batch spm05 dah ada pendukung deen..srikandi harapan kami semua..Kami tumpang gembira..anak hajar anak kami juga.. :)


Nama diberi: Aisyhah Humaira Bt Suffian

Tarikh lahir: 6 june 2008>>sama ngan nienah tu..

Berat: 3.3 kg

Tuesday, June 03, 2008

keremajaan

...Keremajaan...
berlalu sudah detik dan waktu

myspace comments

For those of my akhawat..true ukhwah we hope..

Pada suatu hari, mujahid unggul, Said Nursi telah menasihati beberapa orang remaja yang meminta beliau memberikan beberapa nasihat sebagai pencegah dari mara bahaya kehidupan, keremajaan dan serakah nafsu yang merosakkan. Said Nursi telah berkata:

“Keremajaan kamu pasti akan meninggalkan kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mengekalkan diri kamu di dalam lingkaran yang syara’ keremajaan kamu itu akan hilang dan keseronokan yang memenuhi keremajaan tersebut akan membawa kebinasaan dan penderitaan di dunia ini, di dalam kubur dan di Hari Akhirat. Sekiranya, melalui tarbiyyah Islamiyyah, kamu dapat membelanjakan keremajaan kamu di dalam ketaatan, dalam kebaikan dan terhormat, keremajaan itu seolah-olah kekal selama-lamanya”

Beliau menyambung lagi:

“Bagi kehidupan yang dilalui tanpa iman, ataupun akibat pendurhakaan terhadap Allah menyebabkan iman tidak berfungsi, kehidupan akan membawa penderitaan dan kebinasaan yang lebih parah dari kenikmatan dan keseronokan sementara dan lahiriyah yang dibawanya. Ini adalah disebabkan manusia, yang sangat berbeza dari haiwan, memiliki aqal fikiran. Melalui fikirannya manusia terikat dengan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa depannya. Manusia boleh memperolehi kenikmatan dan kesengsaraan dari perbelanjaan masanya. Manusia tidak dapat mengelakkan dirinya dari penyesalan akibat perbuatan di masa lampau dan rasa cemas terhadap hari esok yang tidak diketahui baik buruknya. Sedangkan golongan haiwan pula tidak dibekalkan aqal untuk berfikir yang menyebabkan haiwan tidak dapat mengenangi dan mengimbas semula penderitaan masa lampau, atau rasa cemas ketidaktentuan hidup masa akan datang, yang akan menghilangkan kenikmatan masa kini”.


Monolog sendiri>>sedar-sedar..cepat masa berlalu..separuh exam diharungi...2 dekad meninggalkan ku... 2 dekad jua usia ku berlalu..bermanfaatkah usiaku??sama-sama muhasabah diri..fatrah exam sesuai sekali menjadi station muhasabah diri..sesuai benar..kerana kita banyak menyendiri.. bicara kita ketika ini bicara sufi...sentiasa monolog sendiri..bersama kalam murabbi hati mohon diterangi nur ilmuNya saat sebegini..beginilah remaja jika ingini bertempur..hubungan dengan Khaliqnya itu yang pantas digusarkan...Ya Rabb seksaMu ku takuti..rahmat dan Kasih sayangMu ku dambai...

moga Allah pelihara usia remaja dengan amal yang bermanfaat..syukrn buat shbh2 dicni mahupun di msia dan tak kurang jua buat teman2 dcni..ahlel beit (Nyah,ina,yana wani) kiena, sal, kak lyanna, inoue dan ramai lgi yg sentiasa bersama mengharungi mehnah dan tribulasi...perjuangan belum berhenti..harus lari dan terus lari...tahun 2 bakal melabuhkn tirai..moga ada kenangan terindah terus kekal abadi..sama2 saling mendoakn..

Wednesday, May 14, 2008

++Allah knows++

::In reality He is The Only one we have::
::Allah the Only one we need,
this we dont realize until Allah the Only one we have::

++Exam mode++


~hibernate~

::Do pray for me,lek wa ummi..alfu syukran for everything..happy umm wa walid day::mizz u all so much::

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

(At-talaq:2-3)

::Rezeki::

...Allah is alwayz with us...

::Di saat genting ni sempat lagi::::
'haunting' for house...& mengupdate blog ni...
mga sempatlah daku menunaikan hak pd bku2 yg ada...Ummi & lek doa lah yer
cuma hari ini teramat bersyukur...kepenatan dibalas dgr rezeki yang tak disangka...

salam alaiki..ismi Ahmad..kalimah favourite dia hari ni..bas..bas bas...

Alkisahnya dtglah Ahmad ma3a mamanya...gas habis nak buat camna...maka tmpg la masak di rumah along ni...dari 3 lauk yg sudah dimasak bertambah jadi 8...alhamdulillah rezeki...




muluqiyyah(hijau), syurbah(sup)ayam,makarona, inti kebab, dan firaq muhammarah





diserikan lagi dgn kehadiran pajeri nenas, sweet sour sardin dan ayam goreng

Sekadar ingin berkongsi...mungkin kepenatan atau masa yg dikorbankan kekadang kita tak nampak apa yg Allah nak beri pada kita...usahlah berkira-kira dalam beramal..memang ikhlas & berlapang dada tu susah namun cubalah nothing is imposibble..usaha utk mujahadah nafs pun Allah kira sebagai amal solehkan..Pemurah sungguh Allah pada kita...tak pernah berkira...Final pun makin menghampiri justeru doa penenang diri...Ya Rabb bantulah aku dalam mengurusi barang waktu yg getir ini..dengan Rahmat-Mu baru kumampu..



Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-

Friday, May 09, 2008

~Mencari kedamaian~

~Mencari kedamaian~

:: kita boleh mencipta kejayaan bersama::

Kedamaian itu sukar dicari andai kesefahaman tidak dipupuk dengan sepenuh hati. Begitulah hidup berkeluarga dengan teman-teman dan sahabat handai yang berbeza latar belakang. Namun ini bukanlah penghalang utama untuk merapatkan jurang yang sedia ada kerana keterikatan hati melalui kesatuan akidah akan menimbulkan ukhwah Islamiyah. Disamping itu juga keharmonian juga mampu terealisasi dengan wujudnya masyarakat yang saling mengambil berat. Maka masyarakat yang paling hampir dengan kita sudah tentu sahabat dan jiran. Justeru apakah akhlak yang digariskan oleh Islam dalam kita bermuamalah bagi mengharmonikan instistusi kemasyarakatan dan kekeluargaan kita dalam masyarakat PERUBATAN hari ini..

Akhlak mulia terhadap sesama makhluk khususnya terhadap sesama Muslim bahkan rakan serumah telah didefinisikan oleh Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah yang menyatakan bahawa akhlak mulia itu ialah:



كف الأذى، وبذل الندى، وطلاقة الوجه
“Tidak menyakiti, suka menolong & bermanis muka terhadap yg lain.”



Maka dalam perkataan beliau terdapat tiga aspek utama yang merupakan akhlak mulia terhadap sesama makhluk, iaitu:

1. Tidak menyakiti orang lain.


Ini merangkumi dengan harta, jiwa mahupun harga dirinya. Barang siapa yang tidak mampu menahan diri dari menyakiti orang lain maka bererti dirinya berakhlak buruk. Justeru jika seseorang mengkhianati harta orang lain, memukul dan berbuat jahat terhadap orang lain atau mencela harga diri maka dia bukan seorang yang berakhlak mulia terhadap sesama. Misalnya berlaku buruk terhadap tetangga, maka Nabi telah mengatakan tentang orang yang berlaku demikian dalam sabdanya,


والله لا يؤمن، والله لا يؤمن، والله لا يؤمن قيل: من يا رسول الله؟ قال: الذي لا يأمن جاره بوائقه رواه البخاري ومسلم، وفي رواية لمسلم لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره بوائقه –والبوائق هي الشرور-.
“Demi Allah tidaklah seorang beriman (3x).” Beliau ditanya, “Siapakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya.” Dalam riwayat Muslim: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya.” (Kitabul Ilmi hal. 262 263)

Dan seorang muslim yang dapat menahan diri dari menyakiti orang lain dengan lidah mahupun anggota badannya, maka ia adalah muslim sejati, sebagaimana sabda Nabi ,

المسلم من سلم الناس من يده ولسانه…
“Muslim (sejati) adalah yang orang lain selamat dari (gangguan) tangan dan lidahnya…” (Muttafaqun ‘alaihi) (Ushul al Manhaj al Islami hal. 541)


2. Ringan tangan (suka menolong/dermawan)
Sifat menolong dan dermawan bukan hanya dengan harta, tetapi meliputi pengorbanan jiwa, kedudukan dan harta. Jika seseorang memenuhi keperluan manusia, membantu dalam mengarahkan urusan mereka, menebarkan ilmu dan membagi-bagikan hartanya kepada manusia, maka kita menyifatkan dirinya sebagai orang yang berakhlak mulia kerana dia telah berkorban dalam hal-hal tersebut. Nabi bersabda,

اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
“Bertakwalah kepada Allah di manapun kau berada, dan susullah keburukan itu dengan kebaikan, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ad Darimi dan dihasankan oleh Syaikh Albani)

Demikian pula dalam firman-Nya,

فمن عفا وأصلح فأجره على الله
“maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.” (QS. Asy Syura: 40)


3. Memaniskan muka

Maksudnya seseorang menampakkan wajah yang ceria dan berseri di hadapan orang lain. Nabi pernah bersabda,
لا تحقرن من المعروف شيئا، ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Janganlah kamu meremehkan sedikit pun perkara makruf/kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu
dengan wajah berseri.” (HR. Muslim)



Sesungguhnya wajah yang ceria dan berseri membuat orang yang kita temui berasa senang, dan dapat memupuk kasih sayang serta mententeramkan hatinya mahupun hati orang lain. Dan di antara akhlak mulia yang harus diketahui oleh seseorang adalah bergaul dengan mereka yang hampir dengannya dengan pergaulan yang baik, seperti teman-temannya, kaum kerabatnya dan jirannya iaitu dengan tidak merasa sempit atau tertekan bersama mereka atau tidak menyempitkan dan menekan mereka, namun semestinya ia boleh membuat mereka senang dalam batasan-batasan syariat Allah. Nabi bersabda,


((خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي))
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang paling baik kepada keluargaku daripada kalian.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)




Justeru dari apa yang telah disampaikan bahawa akhlak mulia itu ada yang berupa fitrah yang diberi oleh Allah dan ada yang dihasilkan melalui jalur usaha manusia itu sendiri. Oleh itu usaha untuk menjaga hak terhadap teman dan jiran perlulah dipupuk dengan kefahaman yang sahih kerana akhlak yang bertopengnya lakonan akan ada cacatnya. Bahkan saat di ambang peperiksaan inilah akan diuji oleh Rabb Yang Maha Mengetahui. Seperti ketika seseorang datang kepada Nabi dan meminta wasiat kepada beliau, maka Nabi mengatakan kepadanya, “Janganlah kamu marah.” Orang tersebut mengulang-ulang permintaan wasiatnya, dan Nabi tetap menjawab demikian. (HR. Bukhari).

Nabi juga pernah bersabda,
ليس الشديد بالصرعة، وإنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب
“Orang yang kuat bukanlah yang boleh mengalahkan (lawannya), tetapi orang yang mampu menguasai dirinya di saat marah.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Maka menahan amarah dan menguasai diri di saat marah termasuk akhlak yang mulia. Dan Nabi telah memberikan penawar marah, iaitu menahan marah tersebut, lalu berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk (HR. Tirmidzi). Jika dia sedang berdiri maka hendaknya duduk dan jika belum hilang juga maka hendaknya berbaring. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

::tenangkan & ceriakan hidup anda dengan senyuman::


Justeru dalam menghadapi peperiksaan ini elakkanlah budaya nafsi-nasfi kerana inilah satu permulaan perpecahan. Kalau dilihat kehidupan kita berpandukan etika-etika kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah swt, maka dimanakah letaknya kita? adakah kita telah melaksanakan perintah-Nya? Terlaksanakah sudah hak kita terhadap ad-deen, keluarga dan masyarakat? Ceria-ceriakan hidup anda dengan menceriakan mereka disekeliling anda...serta berdoa moga Allah curahkan kesejahteraan dan kemudahan pada semua..

Bahkan Rasululah pernah bersabda sesungguhnya atas diri kita terhadap Allah ada kewajipan yang perlu diselesaikan, terhadap diri sendiri ada kewajipan, terhadap keluarga dan saudara seIslam ada kewajipan, apatah lagi teman serumah maka berilah hak kewajipan itu mengikut hak dan kedudukannya.
Justeru di saat genting ini..kupohon kemaafan atas kesilapan yg sengaja dan tidak disengajakn dari teman-teman, rakan seperjuangan, rakan sepasukan dan buat ahlel beit yg byk membantu..Mga kejayaan milik bersama..andai daku terleka kejutkanlah daku dari lena kemalasan..Bittaufik wannajah buat semua..

Masih Ada waktu

....Masih ada waktu...



Pagi ini dia terlewat lagi.Semuanya gara-gara dia kembali tidur selepas subuh tadi.Inilah akibatnya kalau malas ikut sunnah nabi.Rasulullah sudah berpesan jangan tidur selepas subuh.Buat juga.Terus dia berlari, menggunakan seluruh kudratnya untuk mengejar bas.


“Aiseh,handphone tertinggal la plak!”lariannya terhenti.Terpaksa berpatah balik ke rumah sewanya.Sesampainya disana terus dicapai telefon bimbit yang tertinggal diatas rak buku.Dapat.Bersebelahan dengan mushaf Al-Quran.Entah bagaimana dirinya teringat akan artikel yang baru dibacanya minggu lepas.Mobile Phone vs Al-Quran,karya seorang ’brother’ dari Birmingham.

I wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phones?

What if we carried it around in our purses or pockets?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we flipped through it several times a day?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn’t live without it?
What if we gave it to kids as gifts?
What if we used it as we traveled?
What if we used it in case of an emergency?
This is something to make you go …hmm…where is my Quran?
Oh, and one more thing. Unlike our cell phone, we don’t ever have to worry about our Quran being disconnected !


“SubhanaAllah..tanpa aku sedari..”getus hati Syafiq.
Lantas dicapainya jua terjemahan Al-Quran ‘juz ama’ bersaiz poket.Dimasukkan kedalam kocek beg galasnya.

“Boleh baca waktu dalam bas.Mudah-mudahan aku tak terlupa keluarkannya waktu pergi ‘toilet’ nanti”Syafiq mengingatkan dirinya.


Hampir-hampir dia terlupa akan keadaan dirinya yang terlewat.8.30pagi.Kelas akan bermula setengah jam sahaja lagi.Perjalanan memakan masa hampir 40 minit untuk ke kelasnya.


“Lari pecut la nampaknya ni.”

bersambung...


ps::tersedar dari lamunan when I read this..to see more other karya yg menarik singgah sini::http://mukminahmujahidah.wordpress.com/::promosi :) ::

Thursday, May 08, 2008

Pemuda Islam & Amanah Dakwah

~PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH~

::jika anda pemuda dan pemudi harapan ummah hayatilah::


Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”
(Surah al-Kahfi 18: 13)

Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan kondisi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah kondisi suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral dengan berbagai bentuknya.



::tugas kita belum selesai::


Maka lihatlah anak-anak remaja yang membuat masalah di tengah-tengah masyarakat. Mereka hidup untuk mengganggu orang lain, bermabuk-mabukan, berpesta dan berdisko, berpeleseran di waktu malam tanpa tujuan dan lain-lain. Keadaan ini disedari atau tidak merupakan hasil perusakan terhadap generasi muda melalui media massa yang terancang. Yang lebih berbahaya adalah perusakan pola fikir melalui orang-orang yang mengaku dirinya intelek, yang rata-rata lulusan barat yang canggih dengan ilmu dan pengetahuan serta falsafah yang membingungkan. Dan sasaran mereka ini pun adalah para pemuda, kerana mereka pun ingin diikuti oleh para pemuda. Mereka-mereka itu sebenarnya generasi muda yang berpotensi. Hanya saja situasi lingkungan yang buruk dan menyesatkan, membuatkan mereka hanyut dibawa program syaitan dan iblis.

Dakwah Islam dan Pemuda

Perubahan masyarakat dari buruk menjadi baik, dari jahiliyyah menjadi Islam merupakan sasaran dakwah Islam. Islam merupakan agama yang mengajak umatnya berfikir dinamis, kritis dan kreatif… tapi bukan untuk merusak. Islam tidak menyetujui sikap jumud (statik) dalam segala hal. Kerana sifat dakwah Islam seperti di atas, maka dakwah ini mudah diterima dan dicerna oleh kalangan muda… tidak membingungkan dan meragukan.

Semangat dan cita-cita yang tinggi para pemuda hanya dapat ditampung dan disalurkan oleh Islam. Sebab Islam adalah ajaran ALLAH yang sempurna, tanpa cacat dan cela. Islam adalah agama yang mengajak manusia kepada kebaikan di dunia dan akhirat.

Ajaran Islam mengarahkan dan membimbing pemuda untuk beribadah, mengabdi, dan berbakti kepada Dzat yang Maha Tinggi, Agung dan Mulia… iaitu ALLAH SWT. Islam melatih mereka agar selalu menghubungkan diri kepada Penguasa Tunggal alam semesta. Dengan ini, mereka menjadi orang-orang yang akan menyebarluaskan rahmat dan kasih sayang ALLAH ke tengah-tengah umat manusia. Islam tidak rela para pemuda yang berpotensi itu terjerumus dalam kebejatan moral yang akan membuat mereka menjadi musuh ALLAH dan sampah masyarakat.

Tidak menghairankan, ketika Islam muncul, para pendukungnya kebanyakkan terdiri dari kaum muda yang haus akan kebenaran dan keadilan. Rasulullah SAW selama 13 tahun pertama berdakwah di Makkah tidak banyak menghasilkan jumlah pengikut. Kerana penduduk Makkah kebanyakan orang-orang tua yang sangat kuat memegang tradisi dan adat istiadat jahiliyyah.


Al-Quran perlembagaan kami..Allah matlamat kami

Tetapi ketika Islam di bawa ke Madinah, sambutan meriah dan positif pun mengalir bagai ombak yang bergulung. Penduduk Madinah melihat Islam sebagai atauran hidup yang benar. Hati mereka diterangi cahaya petunjuk ALLAH. Maka dengan ikhlas mereka tinggalkan semua adat kebiasaan jahiliyyah dan merubahnya menjadi Islam. Mereka tukar kekufuran dan kedurhakaan dengan iman dan ketaatan. Hal ini disebabkan penduduk Madinah umumnya terdiri dari kaum muda.

Di sisi lain, Rasulullah SAW pun menjadikan pemuda sebagai anasir taghyir (unsur-unsur perubah). Mereka dilatih dan dibimbing untuk menjadi pemimpin dan juru dakwah. Mereka dibentuk menjadi kader-kader Islam yang tangguh dan cekal. Mereka antara lain Ali bin Abi Talib, Mus’ab bin Umair, Sa’ad bin Abi Waqash, Zaid bin Haritsah, Umar bin Khattab, Usamah bin Zaid, juga kebanyakan para sahabat Nabi.

Sebagai contoh, da’ie dan duta Islam pertama yang diutus Rasulullah SAW di kota Yathrib adalah Mus’ab bin Umair. Dahulunya, dia adalah pemuda yang perwatakan kemas dan selalu berpakaian cantik. Setelah menerima Islam dan dikader Rasulullah SAW, Mus’ab berubah menjadi pemuda sederhana, tetapi aktif di jalan dakwahdan jihad Islam. Sehingga wafatnya Mus’ab, Rasulullah menitiskan air matanya melihat Mus’ab yang dahulunya mewah, hanya dikafani kain yang buruk. Beruntunglah Mus’ab sebagai pemuda dakwah yang telah menjalankan amanahnya.

Kendatipun masih muda belia, prestasi Mus’ab dalam dakwah sangat hebat. Dalam tempoh waktu kurang dari setahun, dia berjaya mengIslamkan kurang lebih 70 orang penduduk Yathrib. Mereka itulah yang dating kepada Rasulullah SAW untuk berbai’ah (berjanji setia sehidup semati) di bukit Aqabah.

Sifat Pemuda Dakwah


Dengan pemuda sebagai hujun tombak untuk dakwah, maka Islam pun meluncur bagai anak panah. Potensi tenaga muda mereak diarahkan untuk hal yang positif dan membangun (jiwa Islam), iaitu menegakkan DinuLLAH. Al-Quran mengambarkan pemuda yang aktif dalam dakwah Islam pada kisah Ashhabul Kahfi.

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran". (Surah al-Kahfi 18: 13 – 14)

Dari ayat yang mulia ini dapat kita fahami bahawa para pemuda dakwah memiliki tiga karakter utama yang mendasar, iaitu:

1. Iman kepada RABB mereka (ALLAH)

Mereka merupakan pemuda-pemuda yang meyakini ALLAH, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Akhir dan Qadha dan Qadar. Nilai keimanan pemuda jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Sebab para pemuda beriman di tengah-tengah gejolak nafsu muda yang masih berkobar, sementara orang-orang yang sudah tua melakukan ketaatan tanpa halangan kerana sudah mendekati akhir hayat.

Para pemuda dakwah sentiasa meningkatkan dan mempertahankan iman yang menyala dalam hati mereka. Mereka tidak rela sedikitpun iman itu berubah atau berkurang. Mereka berupaya menghidupkan api iman ini di tengah-tengah masyarakat. Kerana menyedari bahawa manusia tanpa iman tiada nilainya di sisi ALLAH.

2. Selalu mengikuti petunjuk ALLAH

iaitu para pemuda yang tahu arah perjalanan dan sentiasa berjuang menegakkan kebenaran denagn petunjuk bimbingan ALLAH. Mereka selalu berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sebagi hidayah ALLAH yang diyakini akan menyelesaikan segal persoalan dengan adil dan bijaksana. Mereka ingin masyarakat diatur oleh Pencipta alam semesta dan tidak diatur oleh mereka sendiri atau dikendalikan oleh hawa nafsu segolongan manusia tertentu.

3. Bersikap Furqan

Para pemuda dakwah mampu membedakan mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah). Mereka mengerti betul, mana yang membawa keimanan dan Islam dan mana yang membawa kekufuran dan kesesatan. Setelah itu, mereka menolak segala hal yang membawa kepada kekufuran dan menerima keimanan dengan penerimaan yang total. Sikap furqan merupakan pancaran keimanan dan kefahaman terhadap TauhiduLLAH yang diajarkan Islam. Mereka meyakini bahawa ALLAH adalah satu-satunya sumber hidup yang harus ditaati dan sumber ilmu agar diri tidak merasa sombong serta dijadikan tujuan akhir. Beserta itu, mereka menolak hak ALLAH ini diberikan pada selain ALLAH.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (Surah al-Anfaal 8: 29)

Selain itu, beberapa karakter yang lain juga menjadikan para pemuda mampu untuk mengemban tugas dakwah. Di antaranya:

4. Bersikap kritis menghadapi masyarakat

Para pemuda dakwah mengerti betul kondisi masyarakat yang menjadi medan dakwahnya. Mereka tahu bagaimana menghadapi situasi itu secara benar dan kritis. Kekritisan mereka tidak menjadikan mereka anarkis atau membuat mereka ekstrim. Mereka memahami jalan menuju perubahan umat dan bekerja untuk itu secara hati-hati dan teliti.

5. Berbeda dalam prinsip dan sikap hidup, tetapi bergabung di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat

Para pemuda dakwah menyedari kekeliruan yang ada pada masyarakat dan sanggup untuk menghindarkan diri mereka dari kekeliruan tersebut. Sementara mereka tetap hidup dan bercampur di tengah-tengah masyarakat itu dengan prinsip dan akhlaq yang berbeda. Mereka tidak tertipu dengan kondisi masyarakat yang membuat-buat kedustaan terhadap agama ALLAH. Hal ini tampak dalam kenyataan mereka di ayat berikut:

Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? (Surah al-Kahfi 18: 15)


Akhirul kalam, Imam As-Syahid Hassan al-Banna pernah menyatakan bahawa umat Islam dewasa ini tidak ada lagi mempunyai kekuatan. Sumber alam yang ada di bumi umat Islam semuanya habis terkuras oleh tangan-tangan asing. Kualiti umat Islam bagaikan buih-buih di lautan walaupun mereka ramai. Tapi ingatlah, bahawa ada satu kekuatan tersembunyi dari tubuh umat Islam iaitu para pemuda (as-Syabab). Bangunlah wahai pemuda! Dakwah amat memerlukan jiwa-jiwa yang cekal untuk mengembannnya. Kamu amat diperlukan untuk mengembalikan umat Islam dari kehinaan kepada kemuliaan! Jadilah junduLLAH yang akan memperjuangkan agama ALLAH hingga akhir hayatmu seperti Mus’ab bin Umair atau Zaid bin Khattab…


:credit for pc rosdi::generasi pemuda & perubahan::

Tuesday, May 06, 2008

~warna-warni kehidupan~

~Warna-warni kehidupan~
...Allah is alwayz with us...
++ tanpa warna hilanglah seri dunia ++
::tapi tanpa-Nya hilanglah seri akhirat::

Alhamdulillah 3la kulli hal..practical anat yg cukup mendebarkn berlalu jua...selebihnya kuberserah pada-Nya..Moga Allah lembutkan la hati pemeriksa..Moga akan ada warna-warna ceria kan tersingkap..Pasti Allah bantu semua..

Sekadar ingin berkongsi ayat2 yg kudengar kebelakangan ini..simple tapi terkesan di hati mgkn sbb dlm frasa ini agaknya...>>Ketika mana kita pohon pada Allah diberikan kekuatan, Dia beri kita ujian kerna dia tahu kita mampu dan kuat..Ketika mana kita pohon diberi kebijaksanaan Dia beri kita masalah utk kita selesaikan<<
Justeru definisi ujian tak perlu daku singkapkan, semua pernah merasa tapi mungkin berbeda di antaranya..yang penting sejauh mana pergantungan kita dengan Rabb Yang Maha Pencipta itulah yang perlu ditanya & dipersoal sentiasa...tatkala sakit menjelma tatkala itulah baru terasa nikmat sihat, tatkala rasa dihimpit bebanan tatkala itu jualah rasa nikmatnya lapang..hargailah nikmat hidup ini dengan mendamba redha illahi..Insaf la diri..


Hari-hari terus berlalu
melepasi peristiwa dan waktu
ujian datang tanpa diseru
namun itulah hakikat cinta
Cinta Sang Pencipta buat hamba yang rindu
dipohon kekuatan ujian bertamu
dipohon kebijaksanaan masalah berlaku
terkejut aku menerima khabarmu
Doa kupanjatkan tanpa rasa jemu
Moga Allah kuatkanmu
tabahkan hati bulatkan tekadmu,
pastinya kesakitan yang kau rasai
menjanjikan kemanisan syurga firdausi.
Moga kau kan sembuh wahai adikku
perjuangan takkan terhenti
kerna engkau perwira kami
terus doaku utkmu..
engkau pejuang Illahi

Wahai diri::
hidup ini takkan pernah sunyi
dari ujian dan tribulasi
apatah lagi jika ingin sinar islami
pasti saja ujian menghampiri terfikirkah kau
hidup ibarat lukisan ...
riak si berus di atas hamparan
bagaikan ujian mencorak kehidupan

=========================================

takkan terhasil seni yang mengagumkan

=========================================

jika tiada gabungan...
warna-warna indah sang pelangi
begitulah hidup...
kisah suka & duka
mencorak hari muka
meninggalkan episod silam
sebagai sempadan
untuk terus mara
tanpa berputus asa
berbekalkan takwa & iman sentiasa


Mari kita amati ungkapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada para pemuda yang dicintainya,
Wahai para pemuda......Sesungguhnya kesuksekasan suatu fikrah (ideologi) dilandasi oleh keimanan yang mengakar, keikhlasan yang murni dalam menempuh perjalanannya, semangat yang menggelora dan pelaksana yang mampu mendukung fikrah ini dalam bentuk amal dan pengorbanan. Keempat perihal ini (keimanan, keikhlasan, semangat dan amal) merupakan ciri khas para pemuda.

Sedar tak sedar...Cubalah renungi nasihat imaniyah dari imam syahid semoga menjadi bahan renungan untuk menyusun langkah ke depan untuk meraih kejayaan Islam dan menjadi kelompok muslimin yang sejati, “... bertolak dari sinilah sesungguhnya tanggung jawab kalian sangat banyak dan besar ... diatas pundak kalian terpikul hak-hak dan amanah umat yang harus kalian bawa dan tunaikan ... “Kerana hanya pemuda yang memahami situasi umat ini sahaja yang mampu bergerak untuk mengubahnya..

Thursday, May 01, 2008

~Rintihan Hamba~

:: Ya Allah::
~Rintihan Hamba~

Kucari damai,
Disamping teman-teman..
Namun yang kutemui,
Hanya kelalaian..

Kucari seorang insan
Untuk mengisi hatiku..

Namun yang kutemui,
Hanya kekecewaan..

Kucari damai,
Disamping keseronokan dunia..
Namun yang kutemui,
Hanya kesengsaraan..

Bagai tersentak dari lena yang panjang,
Aku tersedar apa yang kucari ada pada

Cinta agungMu Ya Ilahi..

Dengan-Nya aku merasa bahagia,
tiada lagi kutemui kecewa..
Damai yang dicari kini kumiliki,
Resah yang menyelubungi tiada lagi,
Bila di hati cinta Allah yang menemani..

Berteleku aku ditikar sejadah
memohon agar umurku panjang,
Untuk aku terus merasai,

Nikmat cinta-Mu Illahi...

Tenang dan damai kurasakan,

saat berasa dipelukan kasih-Nya...
ibarat sang anak yang merasa aman,
Dalam pelukan kasih si ibu..

Syahdu kurasakan saat mampu merasa,
Nikmat bahagia hasil dari buah tahajjudku
Menyulam rasa menganyam bahagia

Saat mengenal cinta-Nya..

Kini kutemui apa yang kucari,
Dengan cinta-Nya aku perolehi
Kebahagian, kedamaian,
Jua ketenangan yang hakiki..

::nukilan::Ummi Syuhairah++Sahibah yg kukasihi moga Allah pelihara rasa cintaMu padaNya++