Alkisah ada yang teringin. Jadi diusahakan la barang dan Bunda pun masak lah. Nak test power air fryer membaking. Selalu kami air fryer untuk bahan yang nak digoreng. Ok. Terimalah kek pertama di dalam air fryer. Syukur ada kertas comel roti. Loyang kita muat. ✨Mini Burn Cheese Cake✨ Cream Cheese 225g (dikeluarkan awal dari peti supaya lembut) Gula Kastor 70g 1 biji kuning telur 2 biji telur penuh 1 sudu kecil esen vanila 115g whiping cream 1 sudu besar tepung naik sendiri/kek ditapis terus ke dalam bekas (saya guna tepung blue key) Satukan semua bahan di dalam bekas mengikut turutan yang ditulis. Gaulkan setiap bahan selepas ditambah bahan baru. Pastikan kacau/whist hingga sebati. Nak blend pun boleh๐ค
Acuan boleh dimasukkan ke dalam loyang saiz 6 inci atau kertas roti kecil untuk digunakan dalam air fryer Nak bakar guna oven boleh. 200 darjah selama 50 minit. Boleh la kome kurangkan ke masa kalau tal suka nampak hangit terlajak. Tapi nama pun burn cake kak☺️ Saya bakar guna Twin Turbo Star Philips Air Fryer dengan suhu 180 darjah selama 20 min. Saya pun buat acah acah brown je. Kalau hitam sangat anak saya tak makan atas tu, dipisahkana pula. Alhamdulillah.. Lepas berbuka puasa, licin semua kek๐ sikit pun anak tak tinggalkan.Sunday, May 03, 2020
Saturday, March 28, 2020
Covid 19 : Wabak Baru Untuk Ditangani Bukan Disalahi.
Mercov? Nipah? SARS? Covid19? Dari mana dan siapa la tukang sebar ni kan? Tujuan mencari tahu untuk mencari solusi. Kita contact tracing untuk masalahah umum. Wabak ni Allah nak bagi kita belajar, belajar untuk tangani masalah bukan maki hamun. Biarlah dirancang, atau muncul tiba-tiba, apa kesannya untuk langkah awal ini? Yang sihat pasti tak mahu dijangkiti dan mati kan? Orang jiwa besar, lihat peluang dan usaha mencegah, membendung dan merawat. Merasai hikmah di sebalik dijangkiti dan berbuat baik ketika masih sempat. Orang jiwa kecil, mencari salah sambil senam jari. Kalau dijangkiti, rasa salah orang bukan diri, lepas tu tak kisah tolong sebar sana sini. Datang klinik cerita pun belit sana sini. Ketika inilah kita boleh lihat bukan salah bangsa, bukan salah agama.. Tapi individualistik dan ketuhanan egois yang mengakar dalam diri. Kalau kita asyik salahkan orang.. Budak lagi bijak bertanya soalan.. 'Covid19 ni Allah yang jadikan ke?' Siapa boleh jawab? Nah, dari jawapan itu kita akan lebih berhati-hati menyentuh sebarang isu. Tak perlu lebih agama dan lebih melayu untuk isu ini. Cukuplah jadi manusia yang berperikemanusiaan. Apa yang dah kita buat untuk Covid19?
Posted by sinar_islami at 11:21 AM 0 comments
Tuesday, March 17, 2020
Covid 19 : Nak balik kampung?
๐Isu pulang kampung. Adik kau macam mana?๐ Sekarang dunia sedang dilanda wabak Covid 19. Sudah pandemik. Di Malaysia sahaja sudah 673 dijangkiti dan sudah 2 kematian dilaporkan. Alhamdulillah kerajaan sudah mengumumkan Restriction Movement Order semalam. Kesannnya sudah nampak hari ini. Bila umum tentang cuti, saya terus fikirkan penjagaan anak-anak ketika bekerja dan adik-adik saya yang tinggal di kampus. Alhamdulillah pengasuh selesai. Semoga beliau diberi kesihatan untuk membantu kami. Sejurus pengumuman semalam memang banyak impaknya. Ada yang suka, ada yang berduka, ada yang gelisah mengatur kehidupan. Saya tahu kita semua panas tentang isu perkumpulan sosial. Jadi arahan itu untuk kawal perkumpulan. Boleh dijangka dari awal lagi akan ada panic buying tapi ramai lupa tentang panic traveling. Kesal dengan sikap netizen yang terlampau menyalahkan kerana mereka menyama ratakan. Contoh isu shopping, ada yang memang betul panic buying (yang ni betul kita kena sedarkan) , tapi mungkin juga ada yang memang kehabisan keperluan. Jadi tune kita mendidik tu biar kena. Ok berbalik pada isu traveling. Ada banyak sebab orang travel. Jadi ada baiknya bertanya sebelum bersangka. Saya ada 3 adik yang masih berada di kampus di selatan Malaysia dan ada yang sedang attachment di salah sebuah hospital kampus di pantai timur. Nah yang di pantai timur, pihak mereka lebih awal umum umketiadaan kuliah. Jadi senanglah perancangan dibuat, beliau pulang bersama rakan menaiki kereta persendirian atas keizinan ayah. Pertama kali beliau diizinkan memandu ke Terengganu. Selalunya memang menaiki bas. Jadi dapatlah berteduh di rumah kami sejak kelmarin hinggalah dipanggil semula oleh pihak Uni. Yang 2 orang lagi baru tahu semalam selepas mengumuman PM kita. Nah seorang di Shah Alam, jadi senang sahaja, dekat dengan Puchong. Boleh la dijemput. Tapi yang di Melaka, apa pilihan? Mungkin bas, mungkin juga terpaksa di jemput pulang.. Jadi melihat status kawan2 menghentam tentang kesesakan di terminal bas kena lihat dari skop yang besar. Ya senang virus tersebar, tapi apa pilihan mereka.. Bayangkan itu adik-adik kita. Takkan kita nak biarkan dia di kampus sedangkan kampus tutup. Bukan semua orang di stesen bas suka suka nak balik. Terpaksa. ๐คNetizen boleh bagi kesedaran tapi bagilah cadangan bernas untuk golongan terpaksa pulang. Jadi saranannya. Untuk lebih bersiap siaga. Saya cadangkan pihak Uni sendiri atur pergerakan untuk pulang. Bas persendirian mengikut negeri ke, daftarkan perjalanan mereka. Jadi senang saringan kesihatan dibuat sekiranya terdapat perkara yang tak diingini. Dan senang la polis bawa keluar surat kuasa ikut universiti. Ni tak logik setiap individu nak dapatkan surat kuasa dalam masa satu hari. Mass gathering pula di Balai๐ฌ Bukan semua orang ada kereta boleh ke hulu ke hilir. Nak jalan ke luar kampus jalan kaki pun boleh mengah dan basah macam pakai PPE. Cubit peha adik, peha kakak kau ni pun terasa. Aku pun pernah kena evacuate.. Siap kena catu makanan. ๐ญ Jadi pengumuman semalam ada yang gembira akan cuti di rumah tapi ada orang fikir macam mana nak sampai rumah. Dan kita? Tolong komen sahaja ๐
Posted by sinar_islami at 9:08 PM 0 comments
Sunday, January 05, 2020
32 tahun rentas masa, 2020 ketemu jua
Januari hadir, raikan bersama. Tahun 2020, akhir tiba, Usia beranjak,amanahnya ada, Muhasabah diri, biar tak lupa, Dunia ini, ladang sahaja.. Usaha,keringat, niat diambil kira.. Hasilnya dituai di akhirat SANA Siapkah bekal wahai hamba.. Perjalanan dunia akan ada hentinya.. Untuk diri, 32 tahun berkelana.. Ilmu yang ada setitik cuma.. Entah sampai bila, peluang diberiNya.. Sanah Helwah, ingatan buat diri yang alpa..
Posted by sinar_islami at 8:27 PM 0 comments
Friday, November 08, 2019
Kita Hebat
Posted by sinar_islami at 8:00 AM 0 comments
Salam Perkenalan Pattani
Posted by sinar_islami at 7:42 AM 0 comments
Saturday, January 05, 2019
5 Januari
5 hari di tahun baru adalah hari penting untuk saya mengingati pengorbanan Ummi dan Lek saya. Alhamdulillah sudah 31 tahun saya melihat dunia. Lek dan Ummi juga sihat dan gembira dengan kehidupan yang tiada checkin dan checkout.
Alhamdulillah tahun 2019 menyaksikan banyak perubahan dari tahun 2018.
Keluarga kecil sudah bertambah. Dikurniakan 3 puteri comel dan solehah. Alhamdulillah semua sihat dan sedang menikmati fasa-fasa tumbesaran mengikut umur masing-masing.
Kami sekarang selesa di Terengganu. Saya dan suami masih bekerja di bidang perubatan.
Posted by sinar_islami at 11:31 PM 0 comments
Wednesday, May 16, 2018
Ramadhan Kareem 1439H
Semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Semoga dapat mengecapi nikmatnya ibadah di bulan mulia ini.
Aamiin...
Di kesempatan ini,
Saya dengan rasa rendah diri,
Setulus ikhlas daripada hati ke hati,
Memohon maaf sepuluh jari,
Kiranya ada salah silap selama ini,
Sama ada yang disedari mahupun tanpa disedari..
Semoga puasa, amalan, ibadah serta munajat muslimin muslimat semua diberkati serta dirahmati Allah swt.
In shaa Allah, aamiin ya Rabbal'aalamiin..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Posted by sinar_islami at 8:23 PM 0 comments
Sunday, February 04, 2018
❤Madah Hati, Buat Habibi❤
Posted by sinar_islami at 10:21 PM 0 comments
Saturday, January 06, 2018
30 Tahun Yang Bermakna
Posted by sinar_islami at 11:57 PM 2 comments
Thursday, September 21, 2017
Kembara Madinah 2017
Posted by sinar_islami at 3:51 PM 0 comments
Monday, September 18, 2017
Travelog Haji Sinar 2017/1438H - Siri 3
Posted by sinar_islami at 12:12 AM 0 comments
Sunday, September 17, 2017
Travelog Haji Sinar 2017/1438H-Siri 2
Sinar Islami
Makkah Al Mukarramah
17.09.17
Posted by sinar_islami at 3:22 PM 0 comments
Sunday, September 03, 2017
Travelog Haji Sinar 2017 /1438H Siri 1
Posted by sinar_islami at 9:10 PM 0 comments
Labels: Dhuyuffurrahman, Haji Mabruran
Friday, August 25, 2017
Checklist Bekalan Keperluan dan Kelengkapan Haji
![]() |
| Bersedialah mengikut syariat. Tutup aurat. |
Posted by sinar_islami at 4:12 AM 0 comments
Labels: Dhuyuffurrahman, Haji Mabruran
Thursday, August 24, 2017
๐Kematian tazkirah setiap hari๐
Posted by sinar_islami at 12:05 PM 2 comments
Labels: Dhuyuffurrahman, Haji Mabruran
Saturday, August 12, 2017
Persiapan Haji, Berusaha Sebelum Terpilih!
Posted by sinar_islami at 1:19 AM 0 comments
Labels: Dhuyuffurrahman, Haji Mabruran
Friday, August 04, 2017
Panggilan Haji, panggilan yang dinanti
Posted by sinar_islami at 6:04 PM 0 comments
Labels: Dhuyuffurrahman, Haji Mabruran
Jalan-jalan Bandung Februari 2017
Sempat bermalam di Hotel Caryota, kemudian bertukar angin ke Hotel Sukajadi pula.
๐Kartikasari๐
Singgah sekejap beli kuih muih
Langsung meneruskan perjalanan ke Lembang.
๐Farm house susu Lembang ๐
Memang best, Rp 20 000 berbaloi dengan landskap dan suasana yang menarik. Make sure camera ada. Tak puas bergambar.
๐Floating Market
Tak sempat nak jelajah secara keseluruhan. Allah izin hujan. Bayar Rp 20 000 diberi juga voucher minuman panas.
Posted by sinar_islami at 6:00 PM 0 comments
Sunday, June 18, 2017
Balik Kampung Paling Eksklusif, Syukurillah!
Posted by sinar_islami at 12:42 AM 0 comments

















