BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Booster Dose. Show all posts
Showing posts with label Booster Dose. Show all posts

Sunday, April 04, 2021

Nak jadi orang baik!

Jadi orang baik..
Itulah kan sebenarnya impian semua orang. 

Kayangan sangatkah impian nak menjadi baik..
Memang la sebab ganjaran orang baik itu syurga, indah yang tak terkhabar indahnya. 

Fitrah manusia tu sebenarnya baik..
Dia dicorakkan oleh ibubapa, kawan, persekitaran.

Cuma musuh tersembunyi akan ada..
Nafsu sendiri
Orang berdekatan
Persekitaran

Jadi bila musuh mendominasi, kebaikan pun menjauhkan diri..

Struggle is real..

Nak jadi muslim dan muslimah ada cabaran
Nak jadi anak soleh dan solehah ada cabaran
Nak jadi suami isteri yang baik ada cabaran
Nak jadi ibubapa mithali ada cabaran
Nak jadi rakan yang baik ada cabaran
Nak jadi bos, pakar khudwah hasanah ada cabaran
Nak jadi pekerja yang jujur, amanah ada cabaran

Ramai kita lihat dulunya baik bertukar 45 darjah, 90, 180 hatta 360 darjah.

Ya.. Mungkin kelihatan dia berjaya memiliki status kejayaan, tapi kebaikannya hilang..

Berapa ramai yang dulunya di bawah, baik orangnya, bila atasan sudah tajam taringnya.. Bukanlah Harimau Malaya yang kita banggakan. 

Kerana itu, memilih sesuatu untuk kehidupan..
Pentingnya lihat siapa 'penyokong kita', suasana yang akan sambut kita..

Adakah kita menongkah arus, mampukah kita bawa kebaikan..
Larutkah kita dalam arus?
Jika hanyut, mengapa teruskan.. 

Jika mampu silakan, pegang panduan. Pasakkan keyakinan dengan Al-Quran, Hadith.. Cari sahabat baik.. Jangan lupa diri. Jadilah orang baik-baik dalam pekerjaan.

Saturday, November 06, 2010

Pemberian tanda sayang

Hati pastinya berbunga-bunga apabila menerima sebarang hadiah mahupun pemberian. Lihat sahaja wajah anak-anak ketika menerima coklat, duit dan mainan. Tak kurang juga kita apabila menerima hadiah di hari lahir. Ceria dan senyum sampai ke telinga.


Dalam kehidupan ini, ibu bapalah antara insan yang kerapkali memenuhi hajat kita. Dari kecil hingga besar...

Kita mahu coklat mereka belikan
Kita mahu mainan mereka belikan
Kita mahu baju mereka belikan
Kita mahu laptop mereka belikan

Kerana apa? Kerana mereka sayangkan kita. Kerana apa? Kerana mereka cintakan kita. Kadangkala tanpa dipinta mereka sudahpun belikan. Itupun kita masih merungut. Tak nak coklat ni, nak coklat tu. Tak nak mainan ni nak mainan tu. Tak nak baju ni, nak baju tu. Begitulah mungkin masa kecil kita. Susah untuk berpuas hati. Hatta sudah meningkat dewasa pun, ibu bapa kita masih cuba memenuhi keinginan kita.

Dan Hanya Dia Maha Memberi

Namun, tidak ada yang lebih berjasa dalam kehidupan melainkan Allah yang menciptakan. Setiap helaian nafas pasti ada pemberian yang mengiringi. Ketahuilah Allah lah yang lebih banyak memberi. Setiap pemberiannya punya hikmah tersendiri. Kegembiraan, Kesedihan, Kejayaan, Kegagalan. Kesihatan, Kesakitan itu semua pemberian. Tanda kasih pada kita. Cuma terpulang pada kita untuk menerima dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Inilah dinamakan ujian. Melihat ujian dengan positif mampu melihat betapa hebatnya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Pemberian itu mencairkan

Teringat kejadian di dalam kelas...

Uwaa...Uwaa... Jerit si kecil kerana tidak mahu diperiksa. Setelah doktor selesai menerangkan ciri-ciri penyakit yang dialami, si ibu membawa anaknya kembali ke tempat duduk. Kebetulan di sebelah Sarah.

"Ya helwa, a'iz di?" (Wahai adik cumel, nak ni tak) Pujuk Sarah sambil memegang gula-gula. Sarah direnung oleh Si kecil cumel. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan tangisan berkurangan. Sarah menyuapkan gula-gula di bibir kecil itu. Matanya berkaca namun bibir mula mengukir senyuman. Ajaib sungguh!

Nah, setiap manusia punya trick untuk dipikat hatinya.

Justeru marilah melihat ujian sebagai anugerah dan pemberian

Sebagai Pencipta, Allah memberi hambanya ujian untuk merasai nikmat kehidupan dan 'mencairkan' dosa silam. Allah beri waktu sedih untuk muhasabah waktu gembira. Allah beri sakit untuk muhasabah waktu kita sihat. Allah beri ujian untuk menyuntik hati kita dengan jarum keimanan. Dengan ujianlah kita akan dinaikkan darjat di sisi-Nya.

Itulah tersiratnya sebuah ujian. Pemberian tanda kasih sayang Tuhan pada hamba-Nya.

Wednesday, October 20, 2010

Tiada masa


"Min, jom kita gi library." Ajak si Yati kerana geram melihat si Min ralit berfacebook.
"Erm, Min takde masa la nak gi library." Balas Min bersahaja.
........................................................................

"Esok pagi free tak? Teman aku shopping."
"Mmm, tgk la dlu. Takde masa kot nak gi shopping." Balas Mira kerana ingin mengulangkaji pelajaran.

........................................................................

"Eh, malam ni ada qiam rupernya." monolog Ros sambil membaca emel.
"Malas la aku nak gi, banyak lagi keje aku ni." tambahnya lagi.

Nah itu realiti yang ada. Istilah "tiada masa" sememangnya sudah cukup sinonim dengan kita. Kalau tidak kita tuturkan, mungkin sahaja orang sekeliling akan tuturkan.Cuba kita perhatikan pernahkah kita merasa tidak cukup masa, tiada masa dan yang sewaktu dengannya.



Manusia memang takkan pernah cukup masanya. Itulah yang mungkin kita sering fikirkan bila kawan-kawan menyebut istilah tiada masa.

Memang sungguh ke tiada masa untuk kita gunakan?

Masa itu keutamaan.

Istilah tiada masa sebenarnya jika di perhalusi bermaksud kita telah menetapkan keutamaan kita. Bila diajak shopping misalnya, kita tidak mahu kerana study lebih utama. Bahkan ada kes bila diajak berusrah, kita rasa tiada masa tapi masih sempat bermain game di komputer, chatting, tidur dan sebagainya. Itulah maksud tersirat dari istilah tiada masa. Kita hanya akan memilih perkara yang dirasakan utama mengikut diri kita.

Maka, mindsetting kita harus diubah. Hati kita harus diubah. Memilih keutamaan supaya hidup kita dimanfaatkan. 24 jam masa kita. Banyak bukan? Bahkan ada yang bekerja 24/7. Memanfaatkan masanya demi Islam. Lebih manis 24 kita sibukkan dengan aktiviti yang berfaedah dari membungkamkan diri dalam kesenangan dunia yang sementara.

Justeru, hidupkanlah prioriti dalam mengurus masa mengikut yang Allah suka.

Mereka tiada masa berfoya-foya

Kenalkah kalian dengan As-syahid Sayyid Qutb yang menukilkan buku Mualim fi Tariq. Sewaktu di penjara pun beliau masih sempat menulis buku. Waktu sesempit itupun ruang untuknya namun diluangkan untuk masa demi agama.

Hebat bukan? Kita bagaimana? Tidak mahu jadi manusia hebat. Memang tiada masa untuk mensia-siakan masa.

Masih ada masa untuk kita perbaiki rekod kita

"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran"
(Surah Al-Asr : 1-3)

Ayuh jadi hamba yang beriman! Lalu bertaubatlah dengan masa silammu, kelalaianmu, kecuaianmu dalam menguruskan masa-masa lalu.

”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan Taubatan Nasuhan (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

(At-Tahrim ayat 8)

Monday, June 07, 2010

Jangan Bertangguh (2) !!!

Salam rindu buat semua. Rindu sungguh Sinar pada blog ini. Alhamdulillah, kerisauan yang dirasakan beberapa hari ini terungkai sudah. Bila keutamaan diutamakan jiwa tenang kembali. Tahukah kalian apa yang paling utama dalam hidup ini? Allah yang kita yakini itulah yang paling utama. Setiap sesuatu jika dihubungkan dengan Allah, akan ada rawatan dan kelegaan buat hati. Hati akan puas apabila Allah dijadikan sandaran dan pencari kekuatan. Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa mendidik kita. Mungkin coraknya sahaja yang berbeza. Walauapapun terjadi, hidup perlu dihiasi dengan amal dan kesungguhan.



Teruskan melangkah...

Sedar tidak sedar hanya tinggal lima hari untuk Sinar persiapkan diri untuk peperiksaan akhir. Sekejap sungguh masa yang Allah pinjamkan. Persiapan masih lompong. Justeru tiada istilah bertangguh untuk saat ini. Apatah lagi esok masih misteri. Persiapkan diri sebelum kita diuji. Tidak sanggup menyesal di kemudian hari.

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.”
~Pablo Picasso
~

Anda sanggup? Sinar tak sanggup =(

Setiap kali masih diberi peluang merasai hari esoknya. Bangun melihat dunia. Satu tusukan menepati dada. Persoalan ini akan Sinar lontarkan sekiranya, karat-karat jahiliah ini masih berbaki.

"Wahai diri, mengapa masih malas dan bertangguh? Inikah sikap muslim, mukmin, amilin?"

Kadangkala provokasi pada diri sendiri sangat berbaloi manakala pujian yang bertalu hanya mematikan hati. Setidaknya kita mengingatkan diri bahawa kita ini lemah tanpa Dia.

Kenapalah manusia suka benar bertangguh? Ini persoalan untuk diri Sinar fikir-fikirkan. Bahkan peringatan demi peringatan tidak putus Allah berikan. Hakikatnya semua orang tahu, bahawa bertangguh adalah teman kegagalan. Kitalah orang yang sombong sekiranya masih meyakini esok masih ada untuk kita. Setiap hari Allah menjemput hamba-Nya pulang. Kita pula bakal menyusul. Dalam bentuk apakah kita akan pulang menemui-Nya.

Ayuh, kita hidupkan hari-hari dengan kesungguhan luar biasa. Kita masih manusia, sentiasa melakukan kesilapan, maka taubat jangan kita lupa.

"Kerja kerana terpaksa, terseksa. Kerja untuk menerima, gembira. Kerja untuk memberi (bakti), bahagia. Anda pekerja kategori mana? "
~Abu Saif~

Doakan Sinar...

Wednesday, May 19, 2010

Bergeraklah!

Apabila disebut kalimah bergerak apa yang kita gambarkan?

Gerak, kalian gerak....

Move by Deviantart

Adakah sekadar kaki digerakkan, tangan dihayunkan dan otot-otot yang kita miliki digunakan? Bagi Sinar, bukan hanya sekadar itu. Seharusnya apabila diminta bergerak, otak kita juga harus ligat berfikir dalam merungkai makna yang dicari.

Bergeraklah dalam menuai cinta Illahi

Definisi bergerak ialah beralih tempat atau perkataan lawannya ialah diam, statik atau pegun. Malah wujud juga perkataan 'gerak balas' iaitu interaksi dengan sesuatu yang kita hadapi. Maka bergerak pada unsur positif akan menghasilkan satu kemajuan dan perubahan. Sinar cukup menggemari kalimah ini. Kerana apa ya? Ok mari kita berkongsi. Erm, kita sendiri sedia maklum, kita perlu sentiasa bergerak dan terus bergerak. Hatta dalam kehidupan, berhentinya kita melakukan kerja adalah kemunduran pada pembinaan jatidiri. Apatah lagi, berhentinya kita melakukan kebaikan adalah kejatuhan kita sebagai seorang hamba. Ibaratnya kita menjatuhkan maruah diri dihadapan Maha Pencipta. Apa yang penting, hati kita perlu digerakkan.

Teringat pesanan seorang murabbi di dalam sebuah program dahulu,

"Kita tidak mahu menjadi air yang bertakung. Lama kelamaan air tersebut akan keruh. Hidup ini perlulah seperti air yang mengalir. Jernih dan menyucikan. Daie apatah lagi, statiknya daie akan merencatkan dakwah. Diri juga yang rugi."

Dan bertepatan pula pesanan itu dengan gambaran yang Imam Syafi'e pernah utarakan. Beliau menggambarkan dalam sya'irnya yang sangat indah bahawa air yang bertakung akan busuk dan air yang mengalir akan kelihatan bersih dan jernih.

Maka, yang mana satu pilihan hati?

Dalam ilmu perubatan sendiri, cuba kita nilai kembali keperluan pesakit koma digerakkan anggota badannya. Adakah saja-saja mahu digerakkan? =) Sudah pasti untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah komplikasi. Jadi terbukti dalam pegun, diam atau statik tersimpan segala macam keburukan. Bahkan kenderaan yang disimpan berbulan-bulan akan mudah berkarat dan rosak. Apa gunanya cantik, sihat dan berupaya tapi tidak menjalankan fungsi. Macam itulah manusia. Jika seluruh potensi tidak digerakkan, hidupnya sia-sia. Na'uzubillah. Moga kita dijauhkan.

Biar sihatnya kita, Islam boleh tumpang.
Biar mudanya kita, Islam boleh tumpang.

Mengembaralah!

Berjalan membuat hati merasai betapa luasnya rahmat Allah. Oleh itu Sinar tidak lokek dan jemu menyatakan salah satu hobi adalah 'bergerak'. Definisinya sendiri cukup luas. Namun di sini suka pula Sinar kaitkan dengan mengembara. Istilah berjalan, mengembara dan menjelajah akan membuka dimensi baru dalam kehidupan. Setiap negara ada keistimewaannya. Dari mengembaralah kita akan mengenal erti syukur dan menghargai kehidupan. Pengembara akan berhadapan dengan pelbagai ujian. Hakikatnya inilah yang akan mematangkan diri dan menghidupkan iman di hati.

Bahkan jika kita selak lembaran sirah Rasulullah SAW, baginda sendiri memilih untuk berhijrah daripada mendiami Mekah. Berhijrah samalah seperti bergerak melakukan perubahan. Maka, selagi ada peluang, belajarlah sesuatu dari sebuah pengembaraan. Setidaknya belajarlah mengenali hakikat diri sebagai hamba Allah dalam setiap nafas yang ada.

Tua bukan alasan!

Menaiki metro (baca: komuter) bersama kawan-kawan adalah satu detik yang mendamaikan. Dari sini akan terbuka sesi perkongsian hati ke hati bahkan apa saja akan berlaku bila bersama. Ya hari ini kami menaiki metro ingin melawati senior yang baru sahaja melahirkan permata ummah, bakal pejuang Islam InsyaAllah.

Dalam metro bermacam ragam dapat dilihat. Namun hati terpaut pada seorang wanita tua yang kemas pakaiannya, yang jernih mukanya sebaik sahaja dia mula melantun suaranya. Kuat dan lantang suaranya berkongsi doa. Sinar ingatkan sekadar doa, tapi beliau menyambung dengan sesi tazkirah. Surah Al- Baqarah dibedah. Kisah Nabi Musa dan Nabi Salleh dikupas. Tidak putus putus beliau mengingatkan bahawa kita disaudarakan oleh Allah. Allah penghubung kita.

Sungguh Sinar kagum. Walaupun sudah tua. Tidak ada kalimah pencen baginya dalam dakwah. Menyampaikan apa yang diyakini biar kebenaran itu terserlah. Ya, walaupun Mesir lubuk segala ilmu dan tempat lahirnya ramai ulama' terkenal, ketahuilah Mesir tidak lepas dari pembaratan yang cukup pekat dan kelat. Penentangan dan penyokong kebathilan masih ada. Maka, penyampai kebenaran tidak akan pernah lelap dalam menyampaikan risalah Allah.

Wahai anak muda, malulah kiranya kita lekas putus asa dalam dakwah. Andai dakwah kita diukur berdasarkan ramainya pengikut kita. Kita silap sebenarnya. Biarlah Islam kita sebarkan supaya manusia menjadi Muslim yang sebenar, bukan hanya ikut-ikutan. Berubah kerana hati diikat dengan Allah bukan dengan kita. Apa yang membahagiakan adalah, Islam disebarkan tanpa mengira manusia, bangsa, negara, medium dan masa. Mungkin kata-kata kita hari ini akan memberi kesan pada insan itu 10 tahun akan datang. Jangan mengharapkan natijah segera. Manusia tidak lekas berubah. Berubah perlu masa.

Bergeraklah...

Bergeraklah wahai diriku dari kegelapan dan kejahilan kepada sinar kebenaran, bergeraklah wahai diriku dari kemalasan yang melemahkan.

Jangan pernah berhenti, kerana kita tidak layak bergelar penganggur di dunia. Biarlah kita menjadi 'pekerja' yang itqan di dunia kerana akhirat tempat kita menuai hasil kerja.

Sebagai penutup, suka Sinar kongsi kata-kata Syeikh Muhammad Al Ghazali

"Bahawa orang-orang yang menganggur adalah manusia yang mati. Ibarat pohonan yang tanpa buah. Para penganggur itu adalah manusia-manusia yang wujudnya menghabiskan keberkahan.”

Wallahu'alam...
Salam mahabbah buat semua...

Friday, May 07, 2010

STuDy...ExAm!!!


Dua kalimah ini amat sinonim dengan mereka yang bergelar penuntut ilmu. Bermula dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Sememangnya lumrah dalam pengajian pasti ada peperiksaan. Kebanyakan di kalangan kita sudah pun berada di penghujung semester. Sudah pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan sebelum berjuang di medan peperiksaan. Masing-masing mahukan kejayaan yang cemerlang. Namun, adakah kita pasti yang kita mengejar dan menuju kejayaan dalam pengajian, kita ikhlas dalam belajar? Juga adakah ia selaras dengan visi sebagai pelajar muslim? Atau sekadar mengikut arus kehidupan yang menuntut kita menggapai kejayaan dalam pengajian? Sama-sama kita koreksi diri.

Rasulullah saw merupakan mu’allim dan murabbi terunggul. Baginda merupakan khudwah. Pada suatu hari baginda mengajar dan memberi motivasi kepada Muazd Bin Jabal, seorang tokoh yang di kemudian hari menjadi salah seorang fuqaha’ dalam kalangan sahabat r. a. dan kemudian menjadi guru kepada orang Yaman, dengan sabdanya bermaksud:

“Pelajarilah olehmu akan ilmu pengetahuan kerana: mempelajarinya kerana Allah adalah hasanah, mengkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, menuntutnya adalah ibadah, mengajarkannya adalah sedeqah, mencurahkannya pada ahli adalah Qurban, memikirkannya umpama puasa, dan mendiskusinya ibarat Qiyam.”

Visi Pelajar Muslim

Secara umumnya, visi pelajar muslim dapat disimpulkan dalam dua patah kata: ALIM MUJAHID. Setiap pelajar muslim bertanggungjawab menjadikan dirinya sebagai seorang yang alim lagi mujahid. ALIM memberi konotasi penguasaannya terhadap ilmu yang diceburi, sama ada ilmu yang berkait dengan ad-Deen ataupun bekerja dan berjuang untuk ketinggian Islam. Kombinasi keilmuan dan amal islami adalah visi setiap pelajar Muslim.

Tetapi bagaimana kita hendak mencapai visi ALIM MUJAHID ini??

>> Teguh dalam aqidah

Ini merupakan syarat utama seorang mukmin, iaitu sentiasa membina hubungan dengan Allah SWT, mempunyai niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu dan meninggalkan maksiat kerana maksiat boleh menghalang ilmu masuk ke dalam dada.

>> Jernih dalam fikrah

Kejernihan fikrah mampu menyelamatkan pelajar muslim dari berbagai fahaman dan ideologi asing serta isme-isme lama dan baru. Jernih dalam fikrah membantu pelajar muslim memilih dan membezakan antara hikmah dan sampah yang dimiliki oleh orang lain. Maka, adalah mustahak kejernihan fikrah dalam menapis pemikiran-pemikiran sesat atas nama ilmu pengetahuan.

>> Cemerlang dalam akademik

Kecemerlangan akademik melambangkan ketekunan dan sifat jiddiyah seorang pelajar dalam menuntut sesuatu ilmu. Pernah disabdakan oleh Rasulullah bahawa Allah mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu ia mengerjakan dengan tekun dan teliti. Oleh itu, kita sebagai pelajar muslim perlulah bersungguh-sungguh dalam belajar.

>> Aktif dalam dakwah

Aktif dalam kegiatan dakwah bukan bermaknalah semata-mata memberi syarahan agama, bercakap banyak, perbincangan halaqah, hadir halaqat dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sini adalah “concern” dan keperihatinan jiwa kita terhadap masalah ummah dan juga terlibatnya kita dengan usaha-usaha amal islami. Ini merupakan medan sebenar bagi para pelajar untuk melatih diri berkorban di jalan Allah SWT.

>> Memanfaatkan kerjaya sebagai wasilah

Sesungguhnya kerjaya dan kepakaran kita adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Ia perlu dipulangkan balik kepada Allah melalui usaha-usaha meninggikan kalimat Allah. Oleh itu segala ruang dan kesempatan yang ada hendaklah dipandang sebagai peluang-peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ikhlas dalam Belajar

Jika kita ingin ikhlas dalam belajar, sudah tentu kita harus mempersiapkan niat. Kerana gerbang ikhlas adalah niat. Lalu, apa yang kita perlu lakukan?? Kita haruslah memikirkan mengapa kita belajar! Alangkah ruginya mereka yang belajar kerana exam, kerana suka-suka, apatah lagi kerana sanjungan orang.

Katakanlah :

“Aku akan belajar kerana orang soleh tidak layak untuk gagal. Oleh itu, aku harus belajar sehingga aku tidak akan mencoreng muka orang mukmin lagi soleh.”

“Aku akan belajar kerana sehingga kini yang menakhodai dunia adalah orang kafir, orang fasik ataupun orang yang tak berguna dan juga golongan yang hendak menhancurkan Islam. Maka kini tibalah giliran salah satu dari orang soleh memimpin dunia…”

“Saya akan belajar hingga saya dapat menyeru manusia kepada Allah SWT.”

Dengan niat ini, setiap goresan pena atau pandangan mata pada kitab akan menerima pahala. Indahnya Islam. Amal kebiasaan boleh diubah menjadi ibadah. Kita belajar dan mendapat pahala, dan mungkin hati kita akan bertambah semangat dalam belajar kerana niat yang baik.

Sama-samalah kita memperbaharui niat sebelum melakukan apa jua perkara atau sebelum melakukan satu dari amal-amal ketaatan.

Tawakal

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya…”

(Surah At-Thalaq: 3)

Terdapat 4 tafsiran ulama’ mengenai tawakal;

Pertama, kepasrahan hati di hadapan Allah SWT seperti pasrahnya mayat di hadapan orang yang memandikannya. Adakah kita tahu apa yang dilakukan orang yang memandikan mayat? Ia membolak-balik tubuh mayat itu seenaknya. Begitulah tawakal.

Kedua, biarkanlah Allah SWT untuk menentukan.

Ketiga, kita menyempurnakan ‘sebab’ dengan anggota badan, dan memutuskan ‘sebab’ dari hati kita. Yakni tangan kaki kita harus menyempurnakan ‘sebab’ sedangkan hati kita harus melepaskan diri dari ‘pikiran sebab’.

Keempat, kita rela Allah SWT menjadi wakil kita.

Bagaimana pula yang dikatakan bertawakal kepada Allah? Nabi SAW bersabda; “Kalau kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah akan memberi rezeki kalian seperti Dia memberi rezeki burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar dan kembali petang dalam keadaaan kenyang.”

Erti ‘sebenar-benar tawakal’ ialah kita beramal dengan anggota badan kita tetapi hati kita terkait dengan Allah SWT.

Maka, disini wajarkah kita belajar dengan sekadarnya? Usahalah semaksima mungkin seterusnya menyerahkan apa jua natijah yang akan datang kepada Allah sebagai pemangkin diri kita dan yang pasti semuanya ada hikmah Allah sediakan untuk para hambaNya.

Penutup : Peperiksaan akhir

Dalam kesibukan kita bertungkus-lumus melengkapkan persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma, perlu kita ingat akan satu lagi peperiksaan akhir yang akan hadir. Yang mana peperiksaan itulah yang menentukan pengakhiran kehidupan duniawi kita. Hakikatnya, dunia ini hanyalah tempat persinggahan ke destinasi hakiki. Bahkan di dalamnya penuh dengan liku-liku kehidupan.

Kehidupan kita semua akan dinilai. Anggota badan menjadi saksi segala perbuatan yang kita lakukan semasa di dunia. Kehidupan kita penuh dengan ujian. Jika kita menduduki peperiksaan kita pasti dimaklumkan jangka masa untuk menjawab soalan. Namun bagaimana pula dengan kehidupan kita? Saat kita hidup adalah satu tempoh. Justeru tempoh itu terselit infiniti ujian. Namun pengujungnya kita sendiri tidak pasti bila tiba waktu akhirnya.

Sedarkah kita kehidupan kita sehari-hari adalah dalam pengawasan Allah. Malaikat kiri dan kanan tidak putus mencatat amalan. Kita pastinya bertungkus-lumus memanfaatkan tempoh peperiksaan. Bersungguh-sungguh tanpa melengah-lengah. Namun bagaimana persediaan kita untuk satu tempoh yang kita tak tahu? Maka kita kena perlu lebih bersedia kerana pengakhiran kita masih rahsia.

Mari sama-sama bayangkan dalam satu situasi ketika pensyarah kita tiba-tiba berkata, "Saya akan kutip assignment kamu bila bila sahaja saya suka." Justeru macam mana perasaan kita dan macam mana persediaan kita? Mungkin kita akan resah atau mungkin kita akan tenang dalam mengatur langkah.

Akhir kalam, moga setiap usaha kita diiringi doa dan tawakal pada-Nya. Moga Allah dengar doa kita. Jangan putus berdoa. Itu senjata kita.

Daripada kami untuk kamu saudara yang kami kasih.
Kita sebenarnya sama kerana kita saudara

KITA : Mesir bertinta
24 April 2010
Edited : 2 Mei 2010

Wednesday, December 23, 2009

Ayuh, mengorak lebih jauh!


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi, kerana tidak putus-putus dihadirkan peringatan untuk membangunkan diri. Dalam menghadapi realiti kehidupan, pelbagai ujian yang akan bertamu. Adakala senang, adakala susah. Sukar sekali untuk kita melupakan waktu getir dalam kehidupan. Sudah sunnatullah begitulah aturan kehidupan. Sudah seminggu Muharram bertamu. Sudah seminggu kita tinggalkan. Justeru, sudahkah digerakkan azam-azam yang kita taburkan di hari pertama Muharram menjelang? Ini peringatan untuk diri dan kalian. Tak lama lagi Tahun Baru Masihi pula akan menjelang. Sungguh ini satu peringatan!




Apa yang kita tunggu & tangguh lagi? Ayuh bergerak !!!


Saat ini, capailah sehelai kertas mahupun diari peribadi. Tulislah azammu. Biar dihitam putihkan. Senang untuk kita menilai sejauh mana pelaksanaannya. Barulah kita dapat mengukur kejayaan.

Setiap azam dan cita-cita perlu ada cara mengerakkan dan menguruskannya (management orang putih kata). Langkah-langkah yang perlu ada antaranya ialah, merancang (planning), melaksanakan( implementation) dan akhirnya penilaian( evaluation), Tanpa ketiga-tiga langkah ini, sia-sia kita berazam. Ingat, hidup ini perlu ada penyusunan dan perancang! Strategi itu penting untuk membawa diri kepada matlamat yang diimpikan. Azam itu biarlah 'relevant' dan mampu untuk dicapai, selagi mana ada jalan, di situ ada peluang.

Merancang kehidupan untuk menjadi insan yang dikasihi Allah dan disayangi seluruh makhluk di langit dan di bumi sudah pasti menuntut pengorbanan dan perubahan. Dan dari situlah, bermulanya sebuah perjuangan. Pertembungan nafsu dan Iman.

"Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha penyantun pada hamba-hamba-Nya" (Al-Baqarah:207)




Mengapa nafsu dan Iman? Cuba kita lihat dan perhati. Saat kita ingin belajar, ingin benar menjadi pelajar cemerlang, kita dilanda kemalasan yang bersangatan. Itu bisikan nafsu bukan, mahu bersenang-lenang. Saat kita ingin beribadah, ingin menunaikan solah, ingin membaca Al-Quran, saat itulah kita lebih enak memilih tidur. Liat sungguh untuk bangun dari mimpi indah. Saat diajak ke usrah, saat itulah hati berat untuk pergi kerana masih banyak filem dan drama yang perlu ditontoni. Itulah pertembungan nafsu dan iman. Hakikatnya inilah ragam dan pertembungan yang berlaku. Akhirnya penyesalan yang tiada makna melanda diri akibat perbuatan dan pilihan sendiri.

Merindui diri yang dahulu

Ya daku merindui diri yang dahulu kerana di situ ada keyakinan yang daku sendiri sudah lupa bagaimana coraknya. Yang daku tahu, Sinar hari ini tidak sama dengan Sinar 10 tahun yang lepas. Keyakinan itu yang memandu diri untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa lampau. Namun hari ini daku rasakan seperti kehilangan sebahagian daripada episod silam hidupku, keyakinan itu kekadang sama-samar diulit debu-debu Kota Kaherah ini. Tahun ini berazam untuk mencari semula keyakinan dan kepercayaan diri. Daku tahu daku mampu mengorak lebih jauh. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, cuma ingin buat yang lebih baik dan yang terbaik. Apa yang perlu, daku perlu percaya, usaha dan InsyaAllah akan berjaya. Daku sendiri jelas sumber kekuatan utama adalah Allah. Namun, semakin kita mencuba mendekati Allah, menjelaskan matlamat, semakin hebat ujian yang Allah beri. Sungguh Sinar ingin kuat seperti dulu, ingin mencari fokus dan istiqamah. Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah ini.

Hadis Qudsi ada menyebut Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku...." (Sahih Bukhari)

Menghargai diri yang sekarang

Alhamdulillah, diri ini banyak mengalami perubahan dari pelbagai sudut. Ilmu kian bertambah. Pengalaman kian banyak. Idea kian bercambah. Syukur diberi kesejahteraan untuk meningkatkan diri hingga hari ini. Allah yang banyak mendidik hati. Dihadirkan sisi gelap sebagai peringatan untuk mendidik diri, mengajar diri untuk tabah, mengajar diri untuk redha dengan ketentuan-Nya. Biarpun sudah banyak titisan air mata menemani sepanjang perjuangan, namun air mata itulah yang menenangkan kembali hati, mengubat luka-luka dengan rawatan mujarab iaitu merasai kekerdilan diri. Moga Allah benar-benar memimpin diri ini. Lemah sungguh tanpa bantuan-Nya. Dihadirkan sisi bahagia pula sebagai peringatan untuk mendidik diri, mengajar diri bersyukur, mengajar diri untuk menghargai peluang yang diberi. Hakikatnya Allah juga sebaik-baik perancang. Dialah yang mendidik kita selama mana kita bergelar hamba. Allah tahu apa yang terbaik. Maka Sinar dan kalian perlu percaya. Ayuh bina keyakinan dan percaya diri.

"Allah adalah Pelindung orang-orang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) menuju cahaya (iman)..." (Al-Baqarah: 257)

Mengharapkan satu perubahan yang lebih baik pada masa hadapan

Dulu, kini dan akan datang semua adalah pelengkap ‘puzzle’ kehidupan. Diriku dulu, kini dan akan datang adalah sangat berharga untuk Hari Penentuan. Moga amal-amal yang terhimpun tidak sia-sia. Rahmat Allah juga diperlukan untuk menjadi Ahli Syurga. Doa kalian Sinar harapkan. Sama-sama mendoakan.

Senyum itu ubat...

(One of our 'cutest patient' in out patient clinic. Miss you Habibah. She remind me of Salwa)


Salam Perubahan...dan salam perjuangan buat semua. Ayuh mengorak langkah, kita jana perubahan. Moga Allah sayang kita semua. (^_^)

KLIK :: Percaya dan Berjaya

Monday, October 19, 2009

Perubatan Oh Perubatan..


Macam-macam perubatan

“Mencabar rupanya study medic ni,” kata junior tahun 1.

"Fuh ngeri sungguh tengok gambar-gambar tadi"

"Habis mood dah tengok these forensic pictures, lama juga kita belajar hari ini"

"Hampir separuh buku dah Prof ajar, revision sendiri tak juga abes"

“Rasa makin susah la pula medicine ni. Tahun 4 tahun honeymoon cam tak je”

“Macam tak sabar nak bergelar doctor!”


Begitulah kalam daripada pelajar-pelajar perubatan. Kadangkala berbaur semangat kadangkala berbaur keluhan. Bukan semudah yang disangka dan bukanlah sesukar yang diduga. Asam garam dalam menuntut ilmu hatta dalam bidang apapun, macam-macam bakal kita hadapi. Macam-macam ada. Masing-masing ada ujian tersendiri.

Kalau dulu sebelum memilih bidang perubatan, bidang ini merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam. Namun sejurus sahaja memilih bidang ini, sudah menjadi fardhu ain bagi penuntutnya. Justeru ketekunan dalam bidang ini perlu ditekankan bukan diambil sambil lewa.

"Keseimbangan antara dakwah, tarbiyah, akademik, ilmu agama dan lain-lain tu perlu"

Tergiang-giang lagi kata-kata ini. Keseimbangan itu bukanlah bermaksud ilmu ini 50% ilmu itu 50%. Tapi lebih memegang kepada konsep mengali ilmu selagi termampu. Memberi hak semaksima yang mampu. Namun sebagai pelajar dalam bidang perubatan sudah menjadi kewajipan untuk menuntutnya setekun yang mungkin. Jika tidak anda mungkin akan menzalimi insan lain dengan ketidaksungguhan di jalan ini. Jauhkan sikap tidak peduli. Ingat anda sedang diperhati !!


Disiplin ilmu kedoktoran


Sinar gemar dengan 3 perkataan di atas kerana bidang yang diceburi tika ini benar-benar menuntut diri untuk mendisiplin diri. Bahkan ilmu kedoktoran itu juga punya perbezaan di antara ilmu-ilmu lain atau senang kata punya disiplinnya tersendiri. Anda akan lebih merasai 3 kalimah ini bila terjun ke bidang ini, hatta kata-kata tak mungkin dapat sinar nukilkan disini. Jerih perih suka duka semuanya sudah sebati. Anda mungkin berjaya dan mungkin gagal mengurus diri. Itu BIASA tapi usaha dan titik tolak yang luar biasa akan menjadikan anda ‘extraordinary person’. Sama-sama mencari…


Apakah antara disiplin bidang ini? Anda perlu kenal dan memahami. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka takkan menuruti. Pastinya bidang ini punya susunan ilmunya tersendiri. Maka muncullah pelbagai subjek seperti Anatomy, Physiology, Pathology, Pharmacology, Surgery, dan sebagainya. Tiap-tiap satunya tidak dapat dipisahkan. Bahkan menjadi pelajar perubatan tidak dapat tidak anda harus berguru dan menggunakan semua pancaindera yang Allah berikan untuk benar-benar menghadam ilmu ini.

Disiplin ilmu kedoktoran ini menuntut kita menjadi pendengar yang baik agar kita setia untuk mendengar aduan dan luahan pesakit. Kita juga perlu menjadi pemerhati yang baik agar kita setia untuk melihat dan merawati pesakit. Kita juga perlu menjadi pembantu yang baik agar kita setia memberi tanpa sekelumit rasa berkira. Yang paling penting ilmu ini jika dipelajari kombinasi pancaindera yang Allah kurniakan dan dengan kerendahan hati, kita akan terus tunduk patuh pada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Bila kita berdisiplin anda akan terpimpin dan memimpin.

Doctor is a Da'ie

Menjadi seorang muslim tidak lepas daripada memikul tanggunjawab dakwah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Profesion adalah nilai tambah pada individu muslim. Berada di saat awal kelahiran dan di saat akhir kehidupan manusia adalah peluang buat pengamal perubatan. Di sinilah kita bakal berpeluang menyaksikan kekuasaan Allah. Sepanjang merawati pesakit, kalam-kalam daripada doktor bisa membuatkan yang sakit kembali sihat apabila ruhani turut dirawat.

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Menjadi Doktor Muslim pastinya ada perbezaan. Ada tamaiyuz. Sama-sama persiapkan diri untuk menghadapi realiti.

“Umat Islam adalah umat yang banyak memberi, melahirkan, berbakti dan menghasilkan. Mereka mempersembahkan keagungan dalam sejarah”


Disiplinkan diri ! Masa tidak rugi.

Masa begitu mahal dan tidak layak disiakan. Sesungguhnya kerugian yang dasyat akan menimpa kita. Kita sentiasa mengeluh saat perlu membaca ribuan halaman buku pelajaran sedangkan bagi mereka non muslim di Amerika membaca lebih daripada dua belas jam sehari. Sudah pasti ilmu itu mengangkat mereka dari aspek pembangunan. Sunnatullah begitu. Yang berusaha akan kehadapan dengan izin Allah. Moga Allah permudahkan…

Cukup terkesan kata-kata Dr Aid Abdullah Al-Qarni

“Umat ini ditimpa kebosanan. Mungkin di antara kita pernah membaca satu jam, kemudian dia mengatakan “ Sesungguhnya mataku mempunyai hak atas diriku, jiwaku juga mempunyai hak atas diriku dan keluargaku mempunyai hak atas diri”

Terkena ! Termenung sejenak sinar dibuatnya..Kita adalah umat yang dihitung dengan waktu… Setiap detik akan ditanya, “Bagaimana kita habiskan?”

Masihkah ada harapan?

Jika kita sudah benar-benar memasang niat dan pasakkan keyakinan untuk bergelar seorang pengamal perubatan. Disiplinkan method study dan sentiasa mencipta suasana pembelajaran yang membantu study. Kita berusaha dan natijahnya serahkan pada Yang Maha berkuasa. Masih ada harapan untuk kita berubah andai dulu kita bermalas-malasan.

Sinergi itu ramuan istimewa.

“Studying medicine is like going to the war. You cannot do in single-handedly. Teamword is important. Nobody is your competitor and everybody is a collaborator. Everyone has to share their ammunition to won the war and get a common victory. There is no quota of how many should get A in medical schools. The fact that a friend gets A does not deprive your chance of getting A. The more you give, the more you will get. In other words, the more you give your knowledge to your friends and share your note, the more they will share whatever they have with you. So, two plus two equal to five, which we call “synergy”. ( Prof. Dr. Muhaya Mohamad)



Akhirul kalam, tuntutlah ilmu dengan kaca mata keimanan, nescaya akan terbit keinsafan. Maaf andai salah bicara dan perbetullah andai ada kesilapan. Perjalanan Sinar juga masih jauh di hadapan. Sama-sama mendoakan.

Saturday, October 17, 2009

Jangan Bertangguh !! Jangan Buang Masa !!

Sudah meningkat usia ini, terasa banyak sungguh perkara yang perlu diatur. Banyak juga kerja-kerja yang hadir seawal kelopak mata terbuka di awal pagi.






ada perkara penting dan segera
ada perkara penting tapi tidak segera
ada perkara tak penting tapi segera
ada perkara tak penting dan tidak segera

Setiap kerja yang muncul harus dianalisis secara peribadi dahulu untuk memastikan jadual harian yang bakal dilalui benar-benar terisi. Susah bukan tapi itu memudahkan pengakhiran.


Jika dilihat pada mafhum hadith ini kalau datangnya petang janganlah disangka dapat hidup hingga ke pagi keesokannya dan begitulah sebaliknya. Ini menunjukkan, Allah itu Maha berkuasa dan betapa kerdil seorang hamba. Justeru betapa tidak layaknya sikap bertangguh-tangguh dalam pekerjaan. Anda yakin anda akan bersama kawan-kawan di kuliah, atau enak bersarapan bersama keluarga? Kalau keyakinan palsu ini sudah tertanam, seolah-olah kita yakin kita punya waktu sedangkan ajal itu tidak mengenal masa dan usia. Alangkah ruginya jika amal kebaikan kita sanggup tangguhkan. Malah bertambah rugi pula bila sesuatu kebaikan kita tangguh tapi kemaksiatan kita dahulukan. Andai kata dijemput pulang ke negeri abadi, air mata darah pun tidak dapat mengambarkan penyesalan yang tiada penghujungnya itu.

Sekadar ingin mengingatkan diri agar benar-benar meng'organize' diri. Apatah lagi kehidupan seorang pelajar perubatan itu menuntut kesabaran dan ketekunan. Bahkan kehidupan seorang mukmin itukan luar biasa. Salam mujahadah. Bijaklah mengurusi hidupmu. Jangan bertangguh dalam mengulangkaji, jangan bertangguh dalam apa jua amal kebaikan. Ya Illahi permudahkan langkah hamba-Mu ini.

Tuesday, July 14, 2009

Teka-teki Rimba

~ Rindu kehijauanmu Malaysia~


Teringat daku akan perkhemahan remaja yang pernah diikuti dahulu. Walaupun sudah lama berlalu, namun detik-detik itu akan terus mekar dalam ingatan kerana banyak ilmu daku perolehi.

Suasana rimba tika itu sungguh mendamaikan. (^_^). Damai dirasa.
"Ok semua, Alhamdulillah kita sudah sampai ke check point yang seterusnya. Jadi seperti biasa akan ada tugasan yang perlu kalian laksanakan. Moga amal yang sedikit ini Allah terima. Walaupun kita mendaki bukit, insyaAllah ada nilai tambah dari sudut keimanan kita pada-Nya," Kata Abang Khalid selaku Ketua Kem Komandan pada kami semua.

Kepenatan ternyata buat anak-anak muda belasan tahun. Namun sinar di wajah terpancar riang. Malah kami sendiri tidak mahu kalah kerana kami anak muda. Dapat berehat suatu kepuasan dan bukan sebarang rehat kami terima.

"Yang puteri sila kumpul di belakang bersama fasilitator antunna manakala putera sila berkumpul di hadapan ana mengikut kumpulan. Arahan seterusnya akan diberikan oleh fasilitator masing-masing. Selamat berehat dan selamat mentadabbur," tambah kem komandan kepada kami semua

Kami bertindak mengikut arahan. Bergeraklah kami semua. Seperti di arahkan kami duduk di dalam kumpulan beralaskan rumput dan tanah. Kepenatan meredah hutan diganti rehat yang menyegarkan iman.

"Assalamualaikum wbt, penat ke adik-adik?" tanya Kak Iman dengan lembut.
"Tak la kak. Seronok dan best. Macam-macam kami dapat," Kata Sarah, ahli kumpulan ku yang sememangnya sangat bersemangat. Kami turut mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, bagus adik-adik akak ni. Kita terus ya. Masa pun suntuk. InsyaAllah di sini ada dua tugasan yang perlu antunna selesaikan. Setiap kumpulan berbeza di anta satu sama lain bagi tugasan pertama iaitu hafalan hadith atau ayat Al-Quran manakala bagi tugasan kedua antunna di beri teka teki yang perlu diselesaikan dan di bentangkan kepada kami semua sebentar lagi"

Setiap ahli diberikan kertas kecil. Kumpulan kami mendapat hadith yang perlu dihafal dan diperdengarkan kepada Kak Iman. Daku tertarik pada tugasan kedua. Ya teka teki. Sarah membaca teka teki itu dengan kuat agar setiap ahli dapat mendengar dan mula berbincang.

1.Benda apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2.Benda apa yang paling jauh di dunia?
3.Benda apa yang paling besar di dunia?
4.Benda apa yang paling berat di dunia?
5.Benda apa yang paling ringan di dunia?
6.Benda apa yang paling tajam di dunia?

Begitulah yang termaktub di kertas kecil itu. Wah soalannya baik sekali. Daku pernah membacanya. Tapi serius daku lupa. Cuma dua teka teki dapat ku agak dari 'long term memory' yang Allah kurniakan. Aku senyum sendiri. Seronok juga lupa. Moga lepas ini jangan lupa dah.
Ada yang lebih dekat?

Mulalah Sarah berteka-teki. "Maih chek teka, paling dekat dengan kita ibubapa la kan. Ringan macam kapas ke, tajam macam pedang atau keris ke," sambil tangannya mencucuk pinggangku lagak macam pendekar zaman dulu kala. Mahu menjerit rasanya. Threshold geliku rendah. Gelak kami semua.

ringan?


Tersenyum Kak Iman melihat gelagat adik-adiknya. Kemudia dia berdehem. Hehe kami kembali fokus. Maka perbincangan bermula...Itu gunanya team. Untuk sama-sama selesaikan.

Setajam inikah?

~::~


Tersenyum sendiri bila mengingatkan saat-saat itu. Riang dengan gurau senda. Sekarang masing-masing sudah bertebaran di bumi Allah mengali ilmu di segenap alam raya.


Cukuplah sekadar itu memori lalu kuputarkan. Ha teman-teman sekalian. Apa agaknya jawapannya ya?? Sekadar rehat-rehat minda sekali sekali.

Friday, July 10, 2009

Lessons on Living



"Perjuangan masih jauh, rasa down hadir tanpa diundang dan kadang-kadang serabut, apa harus ana buat?"kata Sarah

"Ingat, perjuangan kita hanya satu, nak Allah redha !! Bukan manusia !! Malah kita sebenarnya akan sesak dan serabut bila fikirkan pandangan orang, maka cuba dan cuba kikis. Gejala normal ukhtie, sebab tu manusia perlu bergantung hanya pada Allah. Nikmatilah kehidupan yang ukhtie ana dengan perbanyakkan amal islami, lazimi zikrullah dan zikrul maut. Be optimist, Lihat masalah-masalah yang anti ada sebagai peluang anti perbaiki diri. Don't ever be passive," balas Hanani

"Betul ukhtie, hati ni perlu dikoreksi selalu. Meletakkan penilaian manusia bukan pada tempatnya sungguh merimaskan jiwa sebenarnya. Inilah bukti ana ni lemah dan sememangnya hamba-Nya ini lemah" kata Sarah sambil mengangguk dan mengiyakan kata nasihat sahabatnya tadi.

Ya kawan-kawan! Perbualan ringkas dan mungkin antum sendiri pernah mengalami. Bahkan dengan pelbagai rentak dan irama yang pastinya berlainan. Sengaja diketengahkan. Untuk sama-sama jadi renungan. Daku lemah dan kamu juga lemah. Allah sahaja yang Maha Kuat dan Maha Perkasa.

Nikmatilah hidup ini sebelum hilang peluang. Tiada peluang kedua. Sungguh peluang itu tidak akan wujud dan kian menjauhi jika kita tidak menghargainya.





Sejauh mana pun kekuatan rohani, aqli dan jasmani, pengharapan dan penyerahan itu harus digandakan. Kadang-kadang Allah izin kita diuji, kita lemah , kita kuat, kita sedih dan kadang-kadang kita gembira. Kompleks sungguh 'manusia' ini. Betul tak? Namun disebabkan inilah yang membolehkan manusia itu menangisi dosa-dosa dan usia yang dibazirkan.

Termenung jauh juga bila mengingat hakikat dunia, sebenarnya kita kurang bersyukur atau sememangnya kita tidak bersyukur ya? Keadaan kita jauh lebih baik daripada sahabat-sahabat yang lagi dasyat diuji. Bila rasa 'down' kembalilah pada Allah. Kita mampu bangkit sebenarnya. Alasan demi alasan sahaja yang suka kita lontarkan. Majoriti manusia bukanlah kaya dengan wang tapi sangat kaya dengan alasan. Usah kata dari sekecik-kecik perkara hingga sebesar-besarnya. Dari disuruh oleh ibu membuat kerja hatta mengorak langkah di medan dakwah, ada sahaja keluhan kecil. Moga Allah terima taubat kita semua.

Ceriakan diri anda, Hargai diri anda kerana diri anda sungguh berharga...Be happy!

Walaupun jalan untuk bangkit daripada fatrah kesukaran itu PAYAH...Namun jalan keluarnya pasti ada...PASTI !!

Jom tonton...Cuma lihat dengan kaca mata iman

Islam deenul Haq... Tenang dalam dakapan-Nya

Wednesday, June 17, 2009

Kebangkitan



Sudah lumrah alam, hidup ini silih berganti ujian dan dugaan, ada pasang surutnya, ada epilog suka dan duka. Namun bukanlah alasan untuk kita berada di takuk yang lama. Hidup perlu pada penerusan, pembaikan, perlu pada pembaharuan ke arah yang Allah redhai. Tanpa redhaNya siapalah kita hatta di mata manusia. Sia-sia hidup ini. Mahu raih cinta manusia, mahu raih hormat daripada manusia, selayaknya raihlah cinta dan kehormatan daripada Pencipta kita dahulu. Kita akan mendapat keduanya, disayangi dan dimuliakn Allah dan manusia bahkan lebih, makhluk di langit dan di bumi. Indah bukan? Tapi bukan semudah berbicara dan melakar kata.....

Bangkitlah, bangkitlah wahai teman...kalian takkan pernah sendiri....

<>
Mulanya penuh sukar
Keyakinan teguh sendirian
Di bangkitkan sama teman - teman
Harungi suatu tujuan
Perjalanan masih jauh
Kemanisan menunggu ayuh
Masih penuh kesukaran
Namun yakin berkumpulan
Membangkitkan semangat tujuan
Mewarnakan kemanisan
~taqie86~
<>


Manusia sering lupa. Maka Allah sisipkan peringatan dari celah-celah kehidupan yang kita sendiri tidak sangka. Manusia merancang tapi DIA YANG MAHA TAHu juga merancang. Dan Dialah sebaik-baik perancang. Kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Bukan mudah mahu meraih syurga, ukhti dan akhi sekalian. Bukan semudah itu. Perlu persiapan, perlu tekad, pengorbanan dan kefahaman. Kehidupan pejuang Islam antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.

Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan supaya lahir peribadi yang unggul dan betah melalukan apa sahaja demi islam.

“ Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran. “
( Surah al Asr : 1 – 3 )

Justeru dalam membuat kebaikan dan mengajak teman-teman bercucuk tanam untuk akhirat sana, Allah masih kurniakn peringatan besar buat manusia yang sering lupa.


" Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir? ".
( Surah Al-Baqarah : 44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: (bermaksud) " Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar. "

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda:( bermaksud) " Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam). "

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda: (bermaksud) " Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu. "


Maka hari-hari yang berlalu, yang kita tangisi, berita dunia kita ambil tahukan? Berita di Malaysia, sejak dua menjak daku sendiri terlepas pandang. Isu palestine kita pedulikah? Khabar keluarga kita tahukan? Ya Allah ampunkan hati kecil ini. Seringkali dan mudah sekali terlepas pandang. Hilang prioriti. Maka belum cukup lagi pakej diri sebagai pemimpin dan daie. Perlu repakej diri selalu,

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya:



" Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman. "
( Surah Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja'far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: " Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT ."


Subhanallah, hebat sahahabt-sahabat terdahulu. Tidak pernah luntur kerja mereka. Kita ??

Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan teman-temanku Ya Allah

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama'ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

“ Allah berfirman : Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu dua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak dapat mencapaimu ; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mu’jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang. “
( Surah al Qashash : 35 )

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang qalaa-id dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa dan perlanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa Nya. “
( Surah al Maa-idah : 2 )



“ dua jenis mata yang tak akan disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana takut pada Allah dan mata yang berjaga kerana berjihad dijalan Allah”
“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” Imam Ghazali

Maka bersatunya kita diatas jalan ini bukan lah kerana kepentingan peribadi, bukanlah mencari pangkat dan pandangan manusia. Kita berdiri di jalan ini kerana mahu terus dalam pandangan ILAHI.Ayuh bangkitlah...

~::Sedetik masa berlalu::~

  • Moga Ukhwah yang terbina di kalangan sahabat gen6 terus mekar.
  • Moga Allah hadirkan ketenangan buat semua. " Resah dan tidak tenang itu adalah percikan-percikan api murka Allah" Banyak dosa agaknya diri ini. Terkesan dengan ayat ini!! Ya Rabb ampunilah daku.
  • Moga apa yang kita tercicir dalam tempoh ini lekas-lekas kita kutip semula untuk bina kekuatan kembali.. Redha Ibu bapa, tahajjud crunch, ibadah, cakna sahabat-sahabat di sekeliling, study sungguh-sungguh & ect
  • Ujian itu untuk orang yang terpilih.Takut dengan ujian bermakna kita lari dari nikmat hadiah yang akan Allah beri selepas mengharunginya
  • Jazakumullah semua. Sungguh !! Banyak daku belajar daripada antum semua, dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Jordan, Syria, Sudan, UK, NZ, dan seantero dunia...KAMU adalah sahabat saya... Uhibbukumfillah. Moga Allah kumpulkan kita di syurga sana. (^_~)

Saturday, April 11, 2009

Hanya Dia Pembantuku




Sabar itu indah

Setiap episod kehidupan pasti akan ada ujiannya. Samada kita bakal diuji dengan kesihatan, kesakitan, kesenangan dan kejayaan. Pendek kata setiap situasi dalam kehidupan ini adalah ujian. Kita takkan boleh lari. Itulah roda kehidupan. HIDUP ini takkan selamanya SURAM. Sang pelangi pun bisa hadir selepas hujan. Pasti ada suratan dan naik turunnya.

Meneliti kalam Ummul Mukminin Siti Khadijah pada suaminya, Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad s.aw mampu mengubat jiwa yang mendengarnya. “Allah tidak akan mendukacitakan hambanya selama-lamanya”~pantas hati daku juga terusik dengan kalimat ini.

Ya benar, janji Allah pasti. Daripadanya kita datang kepadanya jua kita kembali. Dia sesekali tidak pernah mungkir janji. Kita sahaja yang mudah tergelincir, mudah lupa. Warna warni kehidupan begitulah, adakalanya kelabu, adakalanya biru dan adakalanya ungu. Hidup perlu diteruskan walau kematian itu pasti. Inilah peluang kita mengutip bekalan untuk alam yang kekal abadi. Entah bila Allah akan menjemput, daku mengajak diri bersedia. Tomorror is still a mystery.

Petang itu, lamunanku bersama kalam-kalam indah daripada Filem Sang Murabbi >>

“Allah beri ganjaran dan pahala yang sebesar-besarnya bagi mereka yang sabar.Jika cubaan yang mudah tentu tiada ganjaran hebat. Daie harus sungguh-sunguh dan sabar. Dakwah ini tidak bisa dengan tidak kesungguhan dan azam yang lemah atau pengorbanan yang sedikit”

Maka kukuhkan tapakmu wahai pemuda. Biasanya kamu leka dengan kononnya dihimpit kesibukan. Tapi kini tidak lagi kamu harus berubah! Tanyakan pada diri, mahu pahala, mahu syurga? Sudah kuatkah azammu? Sudah besarkah pengorbananmu? Kalau itu semua ingin kita nikmati. Mulakan langkah.

Bangunkanlah azam kerana kemiskinan azam dan tekad akan menghilangkan kekayaan di dunia dan akhirat yang kita idamkan. Sanggupkah kita kehilangan nikmat dengan kekusutan dunia yang sementara. Kuatkanlah azam dalam mengejar apa jua impian dan cita-cita. Impian harus digerakkan bukan hanya sekadar omongan kosong.

Kita Rugi Pada Pandangan-Nya

Seharusnya kita penuhi kehidupan dengan ubudiyah kepada Allah. Sekiranya wujud matlamat selain dari-Nya maka hidup ini akan jadi sia-sia. Sama-sama kita teliti kembali ayat 56 dalam surah Az-Zariyat. Jika hati mula mencari selain dari Allah, maka tika itu kita sudah rugi pada pandangan Rabb. Jangan dihirau pandangan manusia berbanding neraca hakiki. Jika nilaian manusia menepati kehendak Illahi maka turutilah jika bertentangan abaikanlah. Sebaik-baiknya pandangan dan redha Allah sajalah wajar kita ambil PEDULI.


Justeru teman-teman harapan ummah, rasa ubudiyah itulah yang kita harus sentiasa diperbaharui. Syahadatain kita juga begitu. Biar ada kesan dalam diri bukan hanya manis di bibir sahaja. Daku mengajak diri mencerna kalam-kalam ini. Biar lekat. Biar gamnya kuat.

Pohon kekuatan

"Syabab yang kuat adalah syabab yang mampu menghadapi halangan yang menyekat dirinya." Akan daku ingat kata-kata ini.


Melepasi halangan adalah satu kecemerlangan kerana kita berusaha hijrah diri kepada kondisi yang baik bahkan mungkin lebih baik. Hanya kepada Allah kita mengadu kerana setiap amal kita dinilai dan diperhati oleh Dia Yang Maha Adil dan Maha Melihat. Kamu sudah dewasa! dewasa bukan bermakna berkuasa. Tidak!! tapi kamu mampu memilih untuk melepasi satu tahapan atau marhalah kehidupan atau terus ditakuk lama. Berubah dan yakinlah. Lemah itu biasa. Namun bersandarlah pada yang Maha Kuasa.


Kompas kehidupan.

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan pula tidak akan menghasilkan suatu apapun kecuali kekecewaan. Sudah pasti bukan kekecewaan yang daku inginkan.. Sama-samalah kita muhasabah diri. Mungkin tika ini daku diuji,esok hari kalian pula.. InsyaAllah sama-sama lengkap diri.

Ya hiduplah dalam jiwa hamba, rendah diri, jangan sesekali mengambil sifat Allah. Tidak layak bukan. Hidup dalam kesederhanaan tapi sentiasa bermotivasi tinggi.Hanya Dia mampu mengkhabarkan berita gembira.


wallahu3alam. Moga Allah terus menyiram hati ini dengan siraman yang menyegarkan. Semoga Allah berkati insan-insan yang tak putus beri pedoman dan nasihat pada diri.
~Curahan hati dan Pengisian Pagi~

Tuesday, March 17, 2009

::Tika kita lupa::


::Tika kita lupa::


~Dia mengingatkan~

Kisah+Renungan 1

Pagi itu sungguh mendamaikan. Seusai sahaja remaja itu selesai menunaikan subuh, terus dia melangkah ke bilik adik kesayangannya. Dilihat si kecil itu baring keletihan gara-gara demam,

Si angahnya terus bertanya pada si kecil yang berusia 4 tahun itu,

“Sudah solah ya. Wawa kenapa ni?” diusap kepala kecil itu.

“Wawa demam la Angah,” petah dia menjawab sambil senyum tawar

“Siannya adik Angah, Angah nak balik dah sekejap lagi. Allah dah izin demam ya. Wawa, nak pesan atau nak cerita apa-apa kat Angah,” pinta si Angah sarat dengan rindu yang masih tak berubat tapi perlu meneruskn perjuangan di medan ilmu..

“Ade wawa nak citer..mmm..,”sambil melabuhkn pandangannya ke siling si kecil petah melantunkn kata-kata.

”Pagi petang pagi petang mmm hidup mati hidup mati lepas tu nanti bila kita mati kita masuk syurgakan Angah” Tutur si kecil sambil batuk-batuk kecil. Comel sungguh walau ayat-ayatnya tidak la lengkap. Tapi ada sesuatu…

Terkedu si Angah si adik mampu menuturkn sedemikian rupa

“Adik nak jumpa sapa?”
“Nak jumpa Allah lah, apa la Angah ni”

Si Angah kagum dengan si kecil…Sungguh ini satu peringatan…kalam dari Illahi buat diri yang lupa dan sering kali lalai dan mengeluh dalam meniti kehidupan

Kisah+Renungan 2

Hari ini Sarah tak menang tangan menyelesaikan urusan peribadi, kuliahnya dan persatuannya. Hatta hari ini dia terpaksa bergegas ke Malaysia Hall untuk bermesyuarat.

Dalam perjalanan menaiki teksi bersama dua temannya, sambil memikirkan cara merungkai keserabutan di fikirannya, lantaran tiket kapal terbangnya yang bermasalah serta keputusan peperiksaan yang bakal keluar dan pelbagai urusan dunianya. Tiba-tiba sebuah kereta biru memintas dengan laju dari arah kiri dan ini sedikit sebanyak menganggu lamunannya.

“ Tak bertauliah betulla pemandu ni” kata-kata Elya tak semena-mena memecah kesunyian kereta tika itu

“Biasa la tu, semua nak rush, asal tak accident sudah,” balas Rina

“Ye ye la antum ni” balas Sarah

Masin sungguh mulut Rina, kereta biru itu kini di depan teksi sedang berpusing 180 darjah. Kemas pusinngannya. Dan teksi mereka meluru laju tika ini kearah kereta biru tersebut yang sudah pun berlanggar dengan sebuah kereta merah dan kini kedua-dua kereta menyambut teksi kami. Segala-galanya pantas.

“Ammu!!” Jerita sarah. Terus teksi berhenti saat ini.

“Ya Ibnu Kalb Ya #.%* ” maki pakcik teksi sambil membuka cermin tingkap kepada pemuda, pemilik kereta biru. Geleng kepala mereka bertiga. Inilah Arab. Alhamdulillah selamat.

Jalan terus sesak tika ini. Sesesak itu jugalah dada Sarah memikirkan kalaulah dia mati. Tergamam dia saat ini dan terus kalimah syukur meniti dibibir kerana terselamat dari kecelakaan jalan raya ini. Menyesal tak sudah andai mati dalam keadaan serabut mengingtkan dunia. Istighfar panjang dia..

Sungguh ini sebuah peringatan. Ingat Allah sentiasa. Benar ajal tak kenal keadaan dan masa.

Dari mana nak ke mana? ^-^


Apa ya agaknya yang daku nak bawa dalam kisah-kisah ini. Cuba kita teliti dalam kita mengharungi hari-hari yang lalu, banyak sudah peristiwa yang berlaku. Persoalkan kembali adakah setiap saat ingatan kita bersama-Nya. Ingatkah kita pada Pencipta? Bersediakah kita jika di panggil pulang? Amal kita bagaimana? Masih merungut dengan urusan dunia? Tidakkah itu ujian? Adakah setiap tindakanmu ibadah? Laksanakah sudah hak-hak kamu pada Rabb, Rasul dan mereka disekeling mu? Aduh banyak sungguh soalan-soalan ini. Namun ini la yang perlu kita beratkan agar kita tak lupa dari mana kita didatangkan, kenapa kita didatangkan dan ke mana akan kita pergi.

"Perbanyaklah kalian mengingat mati, kerana seorang hamba yang banyak mengingat mati, maka Allah akan menghidupkan hatinya, dan Allah akan meringankan baginya sakitnya kematian." (HR. Dailami)


Ya…pentingnya kita selalu zikrul maut..sekaligus melengkapkan pakej zikrullah. Zikrul Maut mampu menghidupkan hati yang leka, hati yang keras hatta siapa pun dia. Muslimkah ia, yahudikah ia, hatta ateis mungkin sahaja mengaku tuhan ada, saat di ambang maut. Na’uzubillah moga Allah pelihara kita di jalan yang benar. Namun bagi kita, istilah zikrul maut sepatutnya sudah tidak asing lagi bagi kita yang bergelar muslim mukmin wa amilin InsyaAllah.

Si kristian saat di landa musibah pun mampu mengucapkan “ Oh my God”


Tambah pula kita Muslim, seharusnya kalimah paling ringkas yang wajar dilantunkan “ Ya Allah,”..Moga itu yang terlebih dahulu keluar mulut kita dari kalimah “Opocot”~syndrom melatah yang kian sinonim dengan masyarakat kita.Jika diteliti benarlah, mengingati mati menghidupkan hati. Ayuh moga ini dapat hidupkan hati, jika tidak hati akan mengeras dan dipenuhi dengan kerak maksiat. Bersama-samalah setiap hari kita pohon kepada Allah supaya اهدنا الصراط المستقيم menjadi realiti kelak.

Wallahu'alam..peringatan buat diri yang sering kali lupa

Friday, February 27, 2009

Pokok kurma


...Allah is alwayz with us...

Dalam banyak banyak pokok
Pokok apa daun dia tak gugur &
Dalam banyak banyak pokok
Pokok apa menyerupai Mukmin?
~~+:+~~

Pokok kurma!!

Nak dimulakan cerita. Macam mana tergerak hati nak kongsi teka teki ni. Alkisahnya begini, pada satu petang Allah izin terlihat catatan kuliah subuh pada tahun 2006 di sebuah perkhemahan yang ana ikuti. Cepat masa berlalu. Tapi peringatan tak harus dilupakan. Tertarik pula bila tajuknya sepohon pokok umpama Muslim. Selepas puas memcerna isinya ana simpan dalam hati "Aku kena jadi Pokok Kurma". Tak dinafikan makhkluk ciptaan Allah hatta pokok dan binatang sekalipun seharusnya kita cuba mengambil intipati pengajaran dari penciptaannya di muka bumi. Tadabburlah..


Pada keesokan harinya pula, Kak Nah merangkap senior dan mentor kami dalam smart circle medic bertanya satu teka teki

"Cuba antum teka, pokok apa daunnya tak gugur?"

Dalam hati berkata kata~kalau baca semalam pasal pokok kurma, rasanya ada tulis daun pokok tu tak gugur,rasanya betul dah ni & teka teki mukmin kena ada manfaat ^-^ Kenakalan ku bermula, apa lagi...

" Kak Nah! tul tak pokok kurma," Terkejut Kak Nah dan yang lain-lain.

" Ala anti ni lekas sangat, tak suprise jadinya"

Rezeki..Manala ana tau betul pulak teka teki ni ana jawab~well, He lead my answer

Terharu pula ditakdirkan berada dalam smart circle pada hari itu terasa seperti mengalami suasana bersama Rasulullah dan para sahabat, duduk dalam rangka peringati Allah lalu Rasululullah pun mengajukan teka-teki baginda. Lihat! teka teki baginda membina keimanan para sahabat. Kita bagaimana? Jom muhasabah dan koreksi diri. Mari kita lihat baginda bersabda.

فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا
رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ


Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang meneka yang ia pokok di wadhi. Berkata Abdullah: “Lalu terdetik di dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya”. Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasululluh beritahulah kami pohon apa itu?” Lalu baginda menjawab: Ia adalah pohon kurma”.

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori di dalam sahihnya kitab Al Ilmu, bab Qaulul Muhadits Hadatsanaa no. 61 (1/145-Fathul Bariy) dan Muslim dalam sahihnya kitab Sifatul Munafiqin bab Mitslul mukmin matsalun Nakhlah no. 7029 (17/151- Syarah Nawawiy)

Secara ringkas ana nukilkan hasil catatan peribadi dan tambahan dari teman-teman yang sudi memberikan link dan sebagainya.Antara sifat-sifat kurma yang mnyerupai mukmin::

1. Akarnya yang kuat dan teguh dan tidak boleh ditarik begitu sahaja

Inilah diumpamakan seperti aqidah dalam diri seorang Muslim. Jika diimbau kembali sirah Rasulullah saw, baginda sendiri menanam benih-benih aqidah selama 13 tahun untuk meruntuhkan berhala dalam diri para sahabat baginda hingga lahirnya peribadi yang yakin tanpa ragu dengan risalah Islam ini dan sekaligus tetap pendirian.

Dalam konteks kita sebagai pewaris risalah agung ini, jika itu yang kita hajatkan maka memperteguhkan asas aqidah itu adalah mesti. Proses ini tanpa henti sehingga aqidah itu meresap dalam diri lalu ia mempengaruhi tingkah laku sekaligus dengan keyakinan ini mampu menolak jahiliyah dalam diri hatta kemaksiatan yang mendatang. Justeru moga Allah teguhkan aqidah dan keyakinan terhadapNya dalam kita menghadapi ujian yang kita sendiri tidak tahu apa bentuknya.

2. Umbutnya yang putih, bersih, suci dan letaknya di bahagian atas pokok

Ini diumpamakan seperti hati seorang Muslim. Hatinya perlu bersih, suci dan tinggi kedudukannya serta tinggi ke'izzahanya sebagai seorang Muslim, bukan muslim sahaja, Mukmin 'Amilin dan muttaqin. Justeru itu hati perlu dibersihkan, disucikan kerana hatilah tempat jatuhnya hidayah dan cahaya Allah. Hati itu juga pintu keilmuaan dan sinaran kecemerlangan peribadi. Ya Rabb bimbinglah hati-hati kami dalam mencari sinar hidayah-Mu.

3. Daunnya tidak luruh

Ini pula menggambarkan takwa yang tidak dicemari dan dikotori. Ia kekal dan teguh berdiri dengan berpaksikan kebenaran dari Allah. Ya itulah yang kita harapkan. Walau pun kondisi iman dan taqwa itu milik Allah tapi kita layak berusaha. Ayuh kita cari redha-Nya, jangan hiraukan keseronokan dunia yang fana. Kalau pernah tersalah langkah, sama-sama kita beristighfar. Ruang taubat masih ada. Hanya Dia Pemilik hati.

4. Teguh walau angin melanda

Pohon kurma termasuk pohon yang paling teguh dan 'sabar' menghadapi angin dan terpaannya. Kebanyakan tumbuhan tidak mampu bertahan sedemikian rupa. Hebatkan Sang Pencipta. Oleh itu, seorang mukmin perlu selalu sabar dalam menghadapi ujian, malapetaka dan musibah. Malah pada Mukmin ada 3 jenis kesabarannya iaitu sabar dalam ketaatan Allah, sabar dari kemaksiatan dan sabar menghadapi takdir yang menyedihkan. Allah berfirman:


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ اْلأَمْوَالِ وَاْلأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَآ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا للهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُوْلآئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتُُ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلآئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:”Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah : 155-157)

Dan Akhirnya, moga sedikit perkongsian ini menambah amal kita bersama. Wallahu'alam. Maaf andai salah bicara kerana hamba juga sedang mencari sinar-Nya

“Sesungguhnya permisalan mukmin seperti pohon kurma. Tidaklah kamu mengambil sesuatu darinya, niscaya bermanfaat bagimu.” (Diriwayatkan oleh Ath Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, 12/ no.13514 dan Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan: “Sanadnya shohih”). Pohon kurma seluruhnya bermanfaat, demikian juga seorang mukmin ketika bergaul dengan teman dan sekitarnya. Ia tidak menampakkan kecuali akhlak yang mulia, adab budi pekerti yang luhur, muamalah baik, memberikan kebaikan dan tidak mengganggu mereka. Selalu memberikan manfaat kepada mereka dalam seluruh pergaulannya.

Maka Ayuh contohi pokok kurma ^-^ Bukan manisnya ditelan sahaja, tapi diresapi hikmah penciptaannya. Sekian..

Thursday, February 26, 2009

~Mari berfikir~


~Mari Berfikir~

Thinking of who ??
No you are thinking of the tree

~Not even this tree~

there are thousand but choose one ^-^


Lama sungguh tak berteka teki
Jom kita berfikir
Selesaikan teka teki tarbawi
insyaAllah akan ada manfaatnya
~----::----~
Dalam banyak-banyak pokok,
pokok apa daunnya tak gugur dan
Dalam banyak-banyak pokok,
pokok itu juga menyerupai Mukmin??
~----::----~
Siapa cepat dia dapat? Dapat apa? :)
Biar setiap amal kita Allah kira
Antum boleh punya