...Allah is alwayz with us...
^-^Hoping^-^T4
Album : Optimis Sajalah
Ayunkan langkah kaki
For every idea that leads the pack, thousands stall at the starting line. While innovation is fuelled by passion and creativity, but for Muslims there's need for additional support to move it along, and He Always there
^-^Hoping^-^Posted by sinar_islami at 10:07 PM 2 comments
Labels: D~Hearty

Tatkala tibanya hari ini, satu pengharapan mahupun satu pembaharuan didoakan. Moga hari ini berlalu dengan hikmah dalam redha-Nya.

~Saat mensyuarat berlangsung~

~Ajkt 2007/2008 dalam kenangan~
Debaran demi debaran kian beransur hilang, seusai saja sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan PERUBATAN 2007/2008 berjalan, Alhamdulillah muhasabah dan feedback yang diterima penuh makna dan penuh hikmah oleh sidang warga dewan..Syabas untuk semua. Idea2 matang dan kritikan membina antara bekalan berguna untuk memperkemaskan gerak kerja ajkt sesi akan dtg..moga Allah mudahan urusan kita semua
Sesi pembentangan dan perbahasan usul antara yang menarik minat sidang dewan turut berjalan dengan lancar. Kesemua perwakilan memberi komitmen yang baik..Tak seteruk yang daku gambarkn, tapi biasalah perdebatan terasa jua.. ibarat di dewan rakyat pula... Namun kalimah syukur tak putus2 diucapkan kerna suasana sunguh harmoni bagi mencapai satu visi kebersamaan sesama ahli. Di sinilah pentingnya sikap berlapang dada dan toleransi... inilah antara ciri daie dan penegak deen Illahi, moga sama2 tampil berani suarakan hak pada masa akan datang sambil kita terus develop diri dengan acuan Illahi.
Akhirnya kemuncak tiba jua. Hampir sebulan bumi mesir ini dihangatkan dengan sesi melobi dan sesi membakar serta seangkatan dengannya. Justeru sudah pasti pengumuman pilihanraya dan perlantikan ajkt 2008/2009 dinanti-nantikan. Alfu mabruk diucapkan pada JPP kerana telah menjalankan amanah dengan sebaiknya. Proses pilihanraya tahun ni sgt kemas gerak kerjanya...Dan jutaan tahniah utk mereka yg dilantik..rabbuna ma3aku..Mmm pasti ada hikmah disebaliknya dan terus meneruslah bergantung harap pada-Nya. Mohon kekuatan dan terus memositifkan diri dengan taklifan ini. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala sesuatu.
Akhirul kalam, moga ajkt yang dilantik mampu memberi komitmen yang lebih baik dan terus bergerak maju dengan sokongan dari semua pihak. Sama-sama mengerakannya kerana PERUBATAN milik semua.
~Tidak akan ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak akan ada kekuatan tanpa kesatuan, dan tidak mungkin akan terbentuk kesatuan kecuali dengan adanya silaturrahim~
Memperteguh kesatuan, Menyemarak kecemerlangan
ps::maaf segala kekurangan diri~hidupkan takmil wa istikmal`~islam itu indah
Posted by sinar_islami at 3:13 AM 4 comments
Labels: Mesir Berbicara

“Ana letih la.Ana tidur dulu ya,” “Dah lewat malam ni kena tidur la. Takut esok ngantuk dalam kelas pulak”
Sesungguhnya kalam inilah yang biasanya dilafazkan apabila malam melabuhkan tirainya dan apabila letih tak tertahan lagi.Bagai tak dapat dipisahkan, keinginan tidur dari kehidupan manusia.Justeru apa pentingnya tidur ini kepada seorang mukmin serta apa untungnya pada sistem tubuh badan. Sesungguhnya segala penciptaan ada hikmah yang tersembunyi dan bukan kesemuanya boleh disingkapkan melalu kajian saintifik mahupun mengikut logik akal yang terbatas ini.
Hakikatnya, tidur sudah menjadi salah satu rutin harian kehidupan manusia secara amnya. Tidur juga bagaikan pelengkap kitaran hidup seorang insan dalam berubudiyah kepada Rabbul Jalil . Maha suci Allah mencipta segala sesuatu sesuai dengan kehendak makhluk ciptaannya. Apabila sudah memerah keringat di siang hari maka didatangkan malam untuk hambanya merehatkan diri.Tepat sekali seperti dalam firman Allah s.w.t :
“Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat,dan kami jadikan malam sebagai pakaian dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.”
(An-naba’:9-11)
Setelah berdekad lamanya dalam pengkajian corak tidur oleh para sainstis, banyak penemuan tentang kepentingan tidur yang telah ditemui. Oleh itu terdapat dua teori asas tentang keutamaan tidur yang boleh dikongsi bersama.

~^-^~

Ketika fasa ‘REM sleep’ iaitu ‘Dream sleep’ ia memakan masa 70-90 minit dari kitaran tidur . Apabila anda memasuki fasa ini kebiasaannya kita akan mengalami 3 hingga 4 episod mimpi setiap malam. Bebola mata kita akan bergerak dengan laju dalam keadaan terpejam dan disebabkan inilah fasa ini dikenali sebagai ‘rapid eye movement (REM) sleep’
Setiap fasa tidur memainkan peranan yang penting. Walaubagaimanapun ‘deep sleep’merupakan fasa yang paling penting kerana inilah fasa pertama bagi otak mengemas kini data dan rehat secukupnya. Sekiranya kita tidak mendapat deep sleep yang secukupnya kita akan mendapat ganguan tidur yang boleh memberi impak pada kecergasan tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa sistem ketahanan atau sistem imuniti badan juga akan meningkat pada fasa ini serta semua tenaga di kumpulkan semula untuk melakukan proses seterusnya.
Dewasa ini ramai juga di kalangan kita mengalami gangguan tidur seperti insomnia iaitu mengalami masalah untuk tidur. Justeru golongan ini mengalami kemurungan, kelesuan dan hilang tumpuan untuk melakukan kerja pada siang hari. Gangguan tidur juga boleh meningkatkan kandungan ‘stress hormone’ iaitu kortisol dan merencatkan tindakan insulin untuk menukarkan glukosa untuk disimpan. Masalah ini juga boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak kerana hormone pertumbuhan lebih banyak dirembeskan pada waktu tidur.Oleh sebab itulah kanak-kanak dan bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa. 
~Tidur itu perlu, bukan paksa diri dan berlebihan kuantiti~
Tuntasnya, tidur yang berkualiti diperlukan untuk memaksimakan potensi diri untuk berubudiyah kepada Allah. Maka sama-sama kita hindari dari perkara yang boleh mengganggu proses tidur kerana sekiranya kita memandang perkara ini secara remeh maka kitaran hidup dan produktiviti kerja kita pasti tidak memuaskan. Keseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani haruslah diutamakan kerna mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah. Namun qiamullail juga tidak harus diabaikan kerana qiamlah pelengkap dan penghias proses tidur seorang mukmin. Maka Allahlah selayaknya disembah kerna Dialah yang memberi kesempatan untuk kita memberi peluang kepada badan berehat setelah seharian beribadah padaNya. Akhir kalam setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan dan FirmanNya sebagai renungan agar kita sentiasa hargai nikmat kesihatan yang diberikan.
“Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang,supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas:73)
~Sinar_islami~
8 nov 2007
~Risalah kesihatan edisi Umah kelate::publish~
Posted by sinar_islami at 1:51 AM 11 comments
Labels: Medical View
Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah. Susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. Kobarkan semangat dan seruan. Seruan kepada kebenaran dan peperangan terhadap kebathilan. Gemakan sentiasa Kalam Illahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Hingga seruan itu samapai kepada setiap manusia. Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.
Warabbaka fakabbir !
Besarkan Tuhanmu, di atas segala ! Tak ada menyamai Kebesaran-Nya. Tiada kekuasaan yang menyamai Kekuasaan-Nya. Tiada urusan atau kepentngan yang lebih daripada urusan dan kepentingan menjalankan perintah-Nya. Semuanya kecil di hadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam keBaqaan-Nya. Tiada harapan selain kepada keredhaan-Nya belaka. Tiada kesulitan apabila Ruh telah bersambung dengan Allah. Semuanya amat mudah bagi-Nya.
Wathiabaka fatohhir!
Bersihkan dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh, Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat dakwah ini. Suci dan menyucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan mampu berbuat kebaikan kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti pada dunia dan manusia.
Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah hatimu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar di hadapan Rabbul Izzati kalau larangan-Nya tidak enggkau jauhi. Bersihkanlah dirimu, keluargamu, masyarakat, bangsamu dari kemaksiatan dan kemungkaran. Makruf yang harus ditegak dan mungkar yang harus ditumbang, adalah program perjuanganmu. Al-Haq yang dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.
Wala tamnun tastakthir!
Jangan engkau memberi kerana harap balasan yang banyak! Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk membalas kerja Dakwahmu yang tidak ternilai itu. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keredhaan Allah.
Walirabbika fasbir!
Kerana Tuhanmu, hendaklah engaku bersabar! Lakukan tugas dakwah ini dengan segala kesabaran dan keteguhan. Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian yang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada atau tidak seimbangnya hasil dan pengorbanan yang diberikan. Hanya dengan sabar akan menyampaikan engkau kepada tujuan.
Posted by sinar_islami at 12:40 AM 5 comments
Labels: Dakwah Crunch
To be a great man you must....
Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah faktor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kite daie ilallah, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah dustur yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan. Pastinya bukan hiasan tapi ia bertakhta dan letaknya di hati..kemas lagi rapi
Posted by sinar_islami at 1:14 AM 13 comments
Labels: Dakwah Crunch
Erti cinta hakiki
Cinta hakiki harus memiliki dan dimiliki..Gi mana ya??
Posted by sinar_islami at 10:19 PM 6 comments
Labels: Dakwah Crunch
::Allah lebih mengetahui::
Hujan bertandang namun mereka terus berusaha...
chaiyuk chaiyuk..
~air oh air~
mampu tersenyum akak tu akhirnya..Syabas !!
warna warni di akhir syawal...
~makin ramai~
Nazrey Johani pun ade~::beli lah kamus Al-Miftah::promosi
Sedap... tapi tak puas lak makan
Posted by sinar_islami at 4:22 AM 9 comments
Labels: Mesir Berbicara
::mabruk semua::
~Cik puan merasmikan~ade gaya :) tahniah REM
dan yang paling best dan menaikkan semangat adalah lagu temanya . Harapnya keadilan akan tertegak dengan kebangkitan para pemuda dan pemudi yang ikhlas berjuang di jalan Allah..Moga2 kitalah insan itu..
:: kombinasi kerjasama antara intipati meraih kejayaan::
++Duhai diri dan adik yang dikasihi++
Ingatlah tanpa Allah hidupmu sia..tanpa teman hidupmu sunyi tanpa bicara..tanpa teman takkan mampu kau hidup sendiri..tambah lagi jika kau terus menyisihkan diri dari Rabb yang menciptakan diri mu.. justeru jangan terus butakan hatimu . Biar buta mata tapi hati terus di sinari hidayah dari pemilik Nur tertinggi.. namun syukur seadanya jika nikmat pancaindera dikau cukup sempurna..syukurlah seadanya.. dan terus, terus mencari kebahagian hakiki bersama-sama temanmu disamping jihad mencari ilmu..
~Salam mahabbah buat semua~
Posted by sinar_islami at 4:27 AM 6 comments
Labels: Mesir Berbicara

Posted by sinar_islami at 11:20 AM 10 comments
Labels: BuKuku BuKumu
~pantai inilah menjadi sasaran~
~walidku dipantai~~kanak-kanak yang masih belajar~
1 syawal tiba akhirnya...
Ramadhan berlalu..sedih rasanya. Moga-moga, kita benar-benar meraikan Ramadhan yang dilalui…dan bersyukur atas kesempatan yang Allah berikan. Bukan meraikan, Ramadhan yang telah pergi… sepatutnya kita merindui. Justeru kesyukuran dirafa'kan kerana masih dikurniakan usia untuk menghabiskan madhrasah Ramadhan dengan jayanya.. wallahualam.. moga amal diterima
Selamat Hari Raya AidilFitri
kami ucapkan pada semua
...usrati..tiada dalam gambar: Solehin & Hanisah
cepat..!!cepat..!! duit raya RM 50 kata yb kita..^-^

~sedang merindui kalian~Raya Kedua
~mereka tetap riang~
Posted by sinar_islami at 9:58 PM 9 comments
Labels: Wheel Of Life

Alhamdullillah kita selayaknya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala kurniaan nikmat yang pelbagai kepada kita. Bertuah rasanya masih diberi oleh Allah untuk merasai kenikmatan Ramadhan.. walaupun sebenarnya ada hari-hari yg ditangisi kerana merindui ardul kinanah.. Namun hati di pujuk juga untuk mengungkap rasa syukur kerna kehilangan Ramadhan di mesir diganti dengan kehadiran Syawal bersama keluarga disisi.. Alhamdulillah umur itu masih dipanjangkan...T api pemergian Ramadhan kali ini betul-betul menyentuh kalbu..sedih bangat.. Namun daku bersyukur seadanya dan rasa syukur itu adalah tanda untuk menjadi hambaNya yang dekat pada Nya.InsyaAllah, Rabbuna ma3ana
Mmm..Hati ini juga rasa sunyi bila berjauhan dengan tenet selama lebih 10 hari kerna pulang ke besut lebih awal..tapi kepulangan ku dinanti-nanti..kerna sudah janji utk menghabiskan detik2 terakhir di msia bersama wan dan tokki..sekurangnya kehadiran daku blh juga berkhidmat dan menggunakan tulang 4 kerat utk memudahkan kerja sepanjang puasa dan persediaan raya...
Sesungguhnya benarlah Allah memang mendengar suara hati hambaNya... raya kali ini benar2 lain dari lain..semua sanak saudara pulang ke kg beserta dgn kehadiran beberapa sepupu baru..dan celoteh anak2 kecil yg sedang membesar..mmg sgt comel mereka ini..
Posted by sinar_islami at 10:12 PM 6 comments
Labels: Wheel Of Life

Posted by sinar_islami at 12:54 PM 2 comments
MHS4~puteri~



Posted by sinar_islami at 10:52 PM 14 comments
Labels: Kuprogram Diriku
Maka apa tindakan kita..layakkah berdiam diri?? Antum bakal pengubah suasana dengan Izin-Nya jika antum merasakan antum pemimpin dan pendukung agama
Siapakah seorang pemimpin..antumkah gerangannya??
Seorang akh muslim mengarahkan ucapan, perbuatan dan jihadnya hanya untuk Allah, mencapai keredhaan-Nya dan mendapatkan pahala-Nya yang baik, tanpa memandang keuntungan dunia, kebaikan rupa, kehormatan , kepenatan berjuang , kemajuan dan kemunduran. dengan demikian ia menjadi tentera (jundi) fikrah dan akidah bukan tentera kesenangan dan keuntungan~IHAB~
Duhai adindaku manfaatlah masa mudamu !!
Muhammad Ahmad Ar-Rasyid pernah berkata: Gologan muda yang suci hatinya dari segala noda, bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan Islam yang sebenar dan aqidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada didalam barisan yang bersatupatu dan tersusun
Posted by sinar_islami at 10:39 PM 0 comments
Labels: Kuprogram Diriku

Posted by sinar_islami at 2:04 PM 8 comments
Labels: Kuprogram Diriku
Posted by sinar_islami at 1:14 PM 0 comments

Posted by sinar_islami at 8:39 AM 0 comments
Labels: Wheel Of Life