BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 29, 2008

Homestay in memory


Homestay 08
perkampungan Orang Asli Pos Raya
Anjuran: Russia Students Chapter,IMAM



~Erti hidup pada memberi dan mengasihi~

25 julai 2008

Jam ditangan kiriku menunjukkan hampir pukul 7.00 pagi. Kereta Nissan ummiku membelah lebuh raya. Kenderaan di lebuh raya juga kian bertambah jumlahnya memecah kesunyian pagi ini seiring waktu kerja mula hampir detiknya. Ya manusia juga kian membanjiri station itu. Kubeli tiketnya menghala ke plaza rakyat. Lrt kunaiki. Pelbagai ragam manusia kuperhati. Ada yang ceria, ada yang resah, ada yang muram, ada yang masih separa sedar, dan ada yang terus melayan mimpi, itu la manusia diciptakan berbeda. Biar rambut sama hitam hati pasti lain. Bahkan semua punya destinasi tersendiri. Seawalnya biar ke mana pun destinasi kita, sertailah ia dengan niat yang benar agar Allah redhai sepanjang perjalanan.

Seusai saja kutiba di Plaza Rakyat terus kaki ini menghala ke Stesen Bas Pudu. Namun kerana waktu masih awal, kumenunggu Panna dengan sepinggan bihun menjadi santapan di pagi hari bersama barli suam di food court. Akhirnya panna datang jua. Namun bas kali ini agak lambat. Kami menanti . Ada ketikanya kami diam sambil memikir sesuatu, yang pasti dalam kepalaku, daku cuba menggambarkan suasana di sana. Kalau dulu pernah juga ke perkampungan Orang Asli Pos Raya. Tapi kali ini di Sungai Siput..Maka tunggu dan lihat sahaja..terselit rasa kagum... Syabas buat anak muda~penganjur program ini. Mereka berjaya merencana satu program yang pasti membuahkan seribu satu pengalaman..Pasti panna pun memikirkan perkara yang sama. Daku hanya mengagak tempatnya mesti jauh di pendalaman bukan seperti di Pos Raya, Simpang Pulai yang berdekatan jalan raya.

Akhirnya perjalanan diteruskan sejurus sahaja bas tiba, lebih kurang dalam 3 jam setengah kami tiba di Medan Gopeng itupun selepas terlajak sampai ke Ipoh gara2 bersembang>tak perasan kata driver sudah berhenti di Gopeng> kalau diikutkan jadual, seharusnya pukul 2.30 ptg kami diminta berkumpul di Medan Gopeng, namun disebabkan waktu masih awal, kami lajakkan kaki ke Pasaraya Billion dan kedai makanan yang berdekatan sementara menunggu azan Zohor berkumandang. Ya permusafiran sudah bermula..Satu ekspedisi menjejak pengalaman sudah bermula..Justeru hubungan dengan Sang Pencipta harus dititikberatkan..Dia yang menciptakan alam ini untuk kita tadabur dan jelajahi dan Dia Maha kasih pada hambanya hingga ade rukhsah sepanjang perjalanan ini..

Monolog diri>Tidakkah kamu bersyukur wahai diri..? Selesai menunaikan tuntutan fardhu kami menanti dengan penuh kesabaran dan penuh keterujaan.. Disebabkan kami hanya berdua mewakili pelajar mesir, tidaklah kami kenal dengan siapa kami bakal bersua. Jam pula sudah menunjukkan pukul 3 ptg. Takut juga ditinggalkan, lalu terus berhubung dengan pihak yg bertanggungjawab. Kami diminta bersabar dan menanti. Alhamdulilah.. ingatkan kena tinggal..




~Menaiki trak-lori jheoa ke destinasi~


Lebih kurang hampir pukul 4 ptg datang la ajk yang menyambut kami.. Penuh bergaya dengan banner homestay.. Selepas itu kami mula bergerak ke destinasi setelah peserta kian ramai. Dimaklumkan tempat sudah berubah ke Pos Raya. Justeru hatiku berbunga kerana keadaan di sana dapat juga daku jangka bagaimana rupanya. Peserta lebih kurang dalam 54 orang.. Namun kuantiti ini pasti gandingan mantap yang akan meninggalkan kenangan manis buat semua.

Hari pertama berlalu dengan pendaftaran, mengemas penempatan( di sekolah rendah Pos Raya) , taklimat bersama Ustaz Fattar dan sesi ice breaking yang menyeronokkan walaupun sudah lewat malam.



~mengemas penginapan~



Dari apa yang Ustaz Fattar sampaikan, di kawasan ini sebahagian besar orang aslinya menganut agama kristian, kepercayaan animesm dan tiada agama. Namun kesyukuran juga dipanjatkan kerana masih ada juga meraka yang memilih Islam sebagai cara hidup. Ya Islam itu pasti ada di mana-mana. Itu janji yang pasti. Biarpun dalam kuantiti yang sikit namun usaha dakwah dan tarbiyah yang berterusan akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Menurut beliau juga kebanyakan daripada mereka adalah dari suku kaum Semai dan Temia. Mereka juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu di samping bahasa mereka sendiri. Justeru ini memudahkan kerja kami untuk menjalankan aktiviti bersama mereka nanti.

26 Julai 2008

Kedengaran si ayam berkokok di awal pagi, fajar pula mula menyinsing, Udara segar dan angin sejuk menerpa di pagi hari..Sejurus selesai peserta menunaikan Solat Subuh, kami dijamu dengan santapan Rohani daripada saudara Mohammad Syazwan bin Ma'amin. Biarpun ringkas namun sarat dengan mesej. Ya moga ini menjadi peringatan berguna dan sebagai pemangkin untuk meneruskan amal Islami. Bila kalimah La ilaha illallah meniti dibibir, diri ini sudah mengagungkan satu Tuhan yang Maha Esa dan menidakkan sebarang penyembahan pada yang lain. Jika disingkap kalimah tauhid ini dari sirah terdahulu besar peranannya. Mampu menukar Umar kepada Umar yang baru. Beliau menjadi Pemisah antara yang Haq dan Bathil dan memiliki akhlak yang tinggi sebagai pemimpin. Inilah yang harus kita teladani. Yakin Allah sahaja Pergantungan yang pasti.

Tak lupa juga tuntutan jasmani, maka kami bersenam pula di pagi hari, berkawad kaki dan berlari-lari anak di perkampungan orang asli. Mereka melihat kami seperti orang asing..memang orang asing :) lalu hatiku berbisik moga muamalah kami berjalan lancar dalam semua sesi nanti.Selesai bersenam kami dijamu pula dengan santapan jasadi. Alhamdulillah nikmat hidup sebagai muslim dan mukmin itu dirasakan indah, lebih nikmat kerana Islam itu pakej yang sempurna..memenuhi tuntutan jasmani, Ruhi dan Aqli..Tiada ragu2.. Slot 1 bermula pukul 9 pagi iaitu kursus pengenalan terhadap Orang Asli oleh Ustaz Hafizuddin dan penerangan ringkas tentang ziarah yang akan diadakan.




~sempat bersama anak2 kecil ini sebelum berziarah~

~mengorak langkah memasuki kampung~

Kemudian kami mula menzirahi mereka dengan penuh rasa ingin tahu.. jika mampu selami kehidupan mereka, kami akan cuba...daku cuba mengenali biar timbul rasa percaya dan rasa kasih mereka padaku. Selebihnya terserah padaNya. Di sini terdapat dua perkampungan yang berhampiran iaitu Kampung Raya dan Kampung Beringin..maka 5 kumpulan akan dibahagikan mengikut kawasan supaya gerak kerja lebih mudah dijalankan.


~skuad pengagihan~


~Bersemangat mereka ni~


Kumpulanku kumpulan satu dibahagikan ke Kampung Beringin..12 orang semuanya.. kami pula dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil..daku bersama Kak Aini dan Abg Jam memulakan ziarah pertama ke rumah pak Andak..unik keluarganya isteri beliau Mak Anjang merupakan seorang bidan di kampung tersebut. Di rumahnya juga terdapat anak perempuannya bersama menantunya seorang lelaki Cina dan 2 orang cucu lelakinya. Biarpun sempit mereka kelihatan gembira..Apa yang mengagumkan ialah kehadiran Yong Kim Wah sebagai menantu dalam family tersebut..umurnya sudah 43 thn manakala isterinya 45..Kehidupan mereka susah..taraf ekonomi mereka rendah tapi usaha mereka untuk terus hidup dengan bergantung pada sumber alam harus dipuji. 2 orang anaknya tidak bersekolah kerana masalah kewangan... Ini yang menimbulkan simpati kami..


~ family angkat bersama Abg Jamz dan Kak Aini ~


Sebenarnya Ah Yong tinggal di tempat lain tapi beliau sudah menjual rumah lama beliau untuk mendapatkan wang. Maka terpaksalah tinggal bersama keluarga mertuanya.. Ini satu pengorbanan..Sedikit sebanyak daku mula memahami pengorbanan harta dalam dunia masa kini..Jika mereka yang bukan Islam sanggup berkorban demi kesenangan keluarga, kita sebagai Muslim seharusnya melipat gandakan pengorbanan untuk Islam dari aspek tenaga yang dikerahkan,harta dan masa demi menegakkan Islam di seantero dunia..Terasa indah hidup ini pada memberi..melihat mereka menerima sedikit buah tangan dengan ceria..Hatiku turut gembira lalu daku memanjat setinggi kesyukuran kerana tidak diuji dengan kesusahan tapi bersyukur dengan apa yang ada. Moga apa yang daku ada akan disumbangkan pada Islam tercinta.



++damainya dirasa++

~renungilah kalam Illahi ini~

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)


Pada sebelah petangnya pula kira-kira pukul 3, kami meredah hutan mengeksplorasi alam. Di sana kami ditunjukkan cara-cara membuat atap. Bila direnung kembali sudah lama juga diri ini tidak meredah hutan. Nyaman dirasa. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.


~Pak Lang mahir mengayam atap~


~kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan~

Pada pukul 5 pula program sepetang bersama kanak-kanak Orang Asli dan gotong royong berjalan dengan lancar. Kumpulan 1 ditaklifkan untuk bersama kanak-kanak itu. Dengan kehadiran ibu bapa mereka keadaan menjadi lebih meriah pada petangnya. Sesi taaruf dan sesi mencungkil tahap IQ mereka berjalan mengikut kretiviti fasi masing-masing. Mereka pada mulanya malu-malu. Namun lama-kelamaan mereka mula memberi komitmen yang baik. Daku kagumi mereka. Anak2 yang cekal dan ingin satu pembaharuan namun terlindung dek kurang terdedah pada dunia luar. Pemikiran mereka suci. Ini daku lihat dari lakaran~pulau impian~mereka. Bersih sungguh jiwa mereka. Ada sebab kukata begitu. Biarpun mereka hidup dalam kejahilan..namun masih ada sinarnya..


~petah menguasai suasana~

~sepetang bersama mereka~

Bila malam menjelma pula, seusai sahaja selesai menunaikan solah maghrib dan isyak, Orang asli diperkampungan ini ingin sekali membuat persembahan tarian sewang.Unik sekali.. merehatkkan minda dan jasadi..Kemudian slot khas oleh Ustaz Ridhuan Md Nor mula menghangatkan suasana malam yang kedinginan itu. Tajuknya juga sudah menarik~Kenali Mad3u anda~Apa2 pun persiapan pertama seorg Daie berhajatkan kepada ilmu>tanpa ilmu masakan daie mampu bekerja. Justeru jika ingin sebarkan Islam daie perlu ada seni, cara menyampai pun perlu ikut tahap mereka..Banyak input berguna daku perolehi..Selesai saja slot ini, masing-masing berhibernasi..

27 julai 2008

Akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nanti, mana tidaknya hari ini kemuncak homestay, kira-kira pukul 8 pagi Grand sukaneka berlangsung di padang sekolah. Pelbagai acara menarik berlangsung, antaranya jumbo sales, permainan futsal, bola beracun, gula dalam tepung, lari ikat kaki, pecahkan belon, tarik tali dan acara menyumpit. Inilah antara aktiviti yang mampu mengikat lagi silaturahim antara peserta dengan keluarga angkat masing2. Memang seronok. Rasa keterikatan dengan mereka. Disamping itu juga turut berlangsung medical checkup di kantin sekolah.



~practice dik biar kita menang~

~bersiap sedia~


~giliran akak-akak dibaling bola oleh adik-adik~

++makin jauh makin sayang++


~kumpulan sukaneka 2 ceria~

~love 4 ever~

Program yang dirancang habis lebih awal dari yang dijangkakan. Maka kira-kira pukul 3 petang Pak Lang begitu semangat ingin membawa kami ke sungai untuk belajar membuat jerat dan memasak nasi dalam buluh..Unikkan~mana nak dapat kat bandar kan~tak dapat lupakan meredah sungai yang deras itu..nak terbalik dibuatnya..

Pada malam harinya pula, kunjungan khas Dr Latiff Mohammad antara orang besar IMAM menarik perhatian kami dalam slot khas bersamanya selepas solah Maghrib dan Isyak. Sesi Forum pula bersambung selepas makan malam. Walaupun agak lewat peserta mampu bersengkang mata kerana forumnya yang begitu hangat dengan persoalan. Panelnya terdiri dari Dr Latiff dan Dr Awisul Islah serta dipengerusikan oleh Saudara Mohd Jamzuriammir. Cerita-cerita yang penuh pengajaran dan seribu satu pengalaman memang tak dapat dibeli dimana-mana melainkan dari mereka yg berpengalaman sendiri.

Teringat kata-kata Dr Latiff~ every situation is tarbiyah & Rasulullah always using every chance to deliver Islam~and May be the opportunity that you didn't expected you can open Al-Hidayah to other people>so we can't rest

28 julai

~Demi masa~ Cepat sungguh masa berlalu, hari ini hari terakhir daku di sini bersama teman-teman baru dari Rusia, Indonesia dan Ukraine..Biarpun benua memisahkan kami namun summer kali ini Allah tautkan hati-hati kami di Pos Raya ini. Slot LDK memenuhi jadual pagi, inilah kali terakhir kami akan berbincang..ya biar ada kesan positif pada tarbiyah dan kekuatan rohani..Kemudian kami mula bergerak untuk menziarahi keluarga angkat masing-masing~ziarah wida~sebak juga dibuatnya namun hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan>itulah sunnah alam..yang datang pasti pergi..


~Moga bertemu lagi~

~kunjungan wida dibalas rebung & petai~


Kumpulan satu dengan hasil kutipannya =)


Harapanku buat teman seperjuangan Homestay 08, moga ada kesinambungan amal di antara kita dan tautan ukhwah yang kita bina juga berkekalan walau benua memisahkan hati-hati ini dan kita pasti jarang bertemu.Proses taaruf bersama mad'u dan sesama kita juga memakan masa bahkan prosesnya sepanjang hayat..Akhir kalam salam perjuangan buat sahabat semua..Moga tabah hadapi semua ujian..dan ingatlah You are never alone..Because He always beside us.. Justeru moga iman pendahulu setiap amal kita kerana hanya sanya dengan Iman yang kuat mendesak pemiliknya untuk segera bangun dan berjihad…. Maka kita di mana? Teruskan beramal meraih cinta Sang Pencipta..

Pada pukul 3.30 ptg majlis Penutupan pula berlangsung. Biarpun ini penamatnya, moga ada penerusannya. Ucapan-ucapan keramat disampaikan. Perlu ada kelangsungan ku monolog sendiri walau ini penutupnya bukan ini pemutus ziarah seterusnya..


Salam perjuangan dan Salam mahabbah untuk semua (^_~)

Sunday, July 20, 2008

Realiti Qadhiyah Islamiyah dan kecemerlangan Tarbiyah di IPT

Realiti Qadhiyah Islamiyah dan kecemerlangan Tarbiyah di IPT


Permasalahan secara amnya
Permasalahan Umat Islam pada hari ini cukup luas jika ingin dibicarakan bahkan terlalu besar. Kesan positif dan negatif dari globalisasi pada hari ini memudahkan pelbagai penyerapan budaya dalam masyarakat kita saban hari. Bahkan dunia Ipt dirasakan medan paling berkesan sekiranya dilancarkan perang saraf dari musuh yang kita sendiri kurang sedari. Abu A'la Al-Maududi mengatakan Ipt pada abad ini adalah warisan sistem penjajahan. Mengapa ya? Anda sendiri fikirkan. Kini rata-rata kita lihat IPT juga lubuk penyembelihan pemuda dan pemudi Islam. Walau tittle di universiti sebagai mahasiswa agama namun amalnya tidak sepantas ilmu di dada. Bahkan majoriti Mahasiswa dan mahasiswi pada hari ini otaknya berkilat dengan ilmu namun hatinya kering dengan iman dan matanya kian kabur dari kesedaran Islam. Adakah kita tergolong dalam mahasiswa ini..jadi buktikanlah anda berbeza !!

Realiti
Secara tidak sedar atau bagi mereka yang sedar, kita diulit mimpi indah kerna Ipt kita kian dikaburi oleh idealism yang sememangnya kian menular dalam institusi kita pada hari ini..bukan ingin salahkan sesiapa namun inilah hakikatnya jika secara individunya Islam tidak tertegak dalam diri masakan Islam akan tertegak di negara yang kita cintai ini..Realitinya ini yang berlegar dalam hidup kita hari ini ;

*Sekularisasi-pemisahan urusan dunia dan akhirat
*Liberalisasi-bebas tanpa batasan, pencampuran Al-haq dan Al-Bathil tanpa rujukan
*Rasionalisasi-pengunaan aqal semata-mata dalam semua hal tanpa dihubungkan dengan kekuasaan Allah
*Hedonisasi-utamakan kelazatan duniawi
*Materalisasi-keagungan kebendaan

Bila difikirkan kembali, mendapat peluang ke IPT adalah salah satu nikmat yang besar juga dari Khaliq, justeru pasti dipersoalkan oleh-Nya..Maka layakkah kita mendustai nikmatnya...kita sekutukan-Nya dan lupakan-Nya..?? pasti tidak layak bukan..fikir-fikirkan

~Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan~Ar-rahman::terlalu banyak nikmat yang Dia berikan..layakkah kita sombong kerna sekeping sijil yang boleh dimusnahkan...


Ciri-ciri jahiliyah mengikut Muhammad Qutb
1. Aqal yang lalai menguasai diri
2. Tiada keimanan yang benar terhadap Allah3. menuruti hawa nafsu4. menolak syariat Allah dalam bentuk individu, berkelompok, tradisi, dan masyarakat

Kesan-kesan serangan Jahiliyah
-tasawwur pemikiran yang lemah~hilang matlamat duniawi dan ukhrawi
-jiwa yang kering dari siraman iman dan takwa
-akhlak yang rosak~derhaka pada ibubapa
-amal islami dan sikap yang lemah~mudah terjebak dengan masalah sosial

Ya..jika dikoreksi diri apa agaknya
hajat masuk Ipt??

CEMERLANG
dalam ad-deen
~persiapan berjumpa Allah

CEMERLANG dalam profession
~persiapan kehidupan dunia

Bahkan konsep kecemerlangan dalam Islam adalah mencapai objektif dan hubungan dengan Allah didahulukan. Maka untuk kita terus cemerlang disisi Allah dan bukannya meraih kecemerlangan di sisi manusia semata-mata hendaklah kita kembali kepada madrasah tarbiyah Rasulullah s.a.w..Ya itu jalan yang terbaik..

Akhirul kalam..moga sukses selalu di dalam iman dan takwa padaNya

sinar~islami
Ukm
Seminar kesejahteraan Mahasiswa
20 julai 2008

Friday, July 18, 2008

kalimah syukur

kalimah syukur

Berita penting lambat pula diri ni ketahui,namun tiada sesalan, penuh kalimah syukur menyambutnya..biar lambat namun hatiku lega..setimpallah dengan situasi daku menghadapi imtihan di kala itu..Ya.. cuba perbaiki tahun akan datang..ini sebagai batu loncatan..Dia mendengar kerisauan hati ini, dan Dia tahu apa yang terbaik untuk diri hambanya..Alhamdulillah..

Wednesday, July 16, 2008

Orang paling berakal..kamukah?



Orang paling berakal..kamukah?

Alhamdulillah malaysia kujejaki buat kali keduanya setelah dua tahun meninggalkan Malaysia buat ardul kinanah yang terhimpun segala khazanah ilmu..kepulangan ku kali ini sangat berbeda..banyak perubahan yang ditemui..


~kota raya~


Baru hari kedua, umi dan lek ke penang outstation,maka tugas menghantar ke sekolah dan urusan rumah diamanahkan padaku, namun sedikit sebanyak kuluangkan masa membelek buku dan nota lama serta buku-buku tazkirah yang tersusun bagaikan koleksi lama..

Ya..kembali kepada tajuk yang ingin dibicarakan...debaran keputusan peperiksaan buat warga cairo universiti kian terasa..desas desus keluarnya ia hampir seminggu sudah..namun sabar menanti ya teman..walau tak dapat dinafikan cortisol mula meningkat saban hari...Kemumtazan itu kah penentu kepandaian, kecemerlangan dan tahap akal yg mencapai keintelektual yg tinggi..?? fikir-fikirkan..namun yang diharapkan yang terbaik buat kondisi iman diri ini..


Ingin sekali dikongsi cerita ini..baik buat renungan bersama.Diceritakan bahawa Al-Manshur ibn Ammar rahimahullah mengunjungi Abdul Malik ibn Marwan. Abdul Malik berkata padanya, "Wahai Manshur bagaimana dengan sebuah pertanyaan? Aku telah berimu waktu selama setahun. Siapakah orang yang paling berakal dan siapakah yang paling bodoh?" Lantas Manshur keluar menuju salah satu ruang di istana. ternyata di tempat itu dia itu dia mendapat jawapannya. Dia segera mendapatkan Abdul Malik. Abdul Malik berkata padanya, "wahai Manshur, apa yang membuatkan kamu berbalik kepadaku?" Manshur menjawab " Wahai Amirul Mukminin, orang yang paling berakal itu adalah orang yang baik dan merasa takut kepada Allah. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang buruk yang merasa aman dari siksa Allah."Lantas Amirul Mukminin terus menangis seraya berkaya "Demi Allah, begitu baik jawapanmu wahai Manshur..

Justeru di mana tahap kita..pernah kah terlintas kita bertanyakan soalan ni..kalau pernah pasti jawapannya bukan begini kan..itulah zaman sudah berubah menyebabkan persepsi masyarakat sudah beralih arah pada material dan keseronokan dunia~ moga Allah pelihara iman dan rasa takut kita padaNya

Friday, July 11, 2008

panggilan hidayah


~Panggilan Hidayah~


Saat lalai membuai,
aku tersasar dalam laluan diri.
Langkah terhoyong kiri dan kanan.
Minda mencari hibur.

Kala itu,
aku terkinja dalam kelam.
Kelam yang menikam luka-luka atma.
Kelam yang kuasah dengan cinta dunia,
cinta berduri.

Aku larut dalam arus nanah.
Membusuk diri dengan jerih dosa.
Di situ, aku lihat nasihat jijik.
Teguran kurasa hasad menganggu.
Bisikan-bisikan nanar kuangkat dekat di hati.

Aksara wahyu tidakku peduli.
Namun dalam rahmat yang tak pernah diundang.
Tuhan mencampak satu seruan.
Dalam suara garau pra-sahabat Bilal.
Aku mendengar panggilan.
Lagu merdu menyentuh sukma yang diam.

Alunan itu membawaku,
memimpin hoyong-hayang,
menggenggam langkah.
Aku terpanggil pulang.
Pulang melihat kesibukan lalu.

Lukisan hidup silam kuteliti.
Bibirku mencemik,
dadaku berombak.
Binatangnya aku.

Tuhan Rahmat-Mu kini kucari.
Cinta-Mu kini kiblat kaki berlari.
Tuhan jangan dibisukan panggilan hidayah-Mu.

Siddiq Osman.
9 Julai 2008.
Kota Belalai.
Sudan.


sajak yang sesuai buat renungan diri dan insyaAllah pada teman2 jua dikala musim cuti ini..
selamat bercuti semua dan sabar menanti natijah serta ketentuanNya yang tidak kita ketahui

Saturday, July 05, 2008

pelayaran itu

++Layar++Zuss




...Allah is alwayz with us...



++waiting++

~work hard~

~now ready~

ya ammu~

++smile everyone++

~Sunset~

Friday, July 04, 2008

sukar untuk kulafazkan

Sukar untuk kulafazkan
Pernahkah kita terfikir??
merenung amal yang lalu
muhasabah setiap episod suka dan duka
gembira mahupun pilu bertamu...Ya
Kegembiraan itu dalam genggamanNya
Bibir seorang hamba mudah menuturkan sebarang bicara
namun biarlah lafaznya terarah oleh bicara hamba dengan Penciptanya
Biarlah kiranya masa mendatang daku berhati-hati melafazkan kata
Daku harap kalam sebegini mampu kufikirkan sebelum bibir menlirik bicara
sukar untuk kulafazkan kalimah setia
pada mereka yang mengingkari perintah Illahi
sukar untuk kulafazkan kalimah sayang
pada mereka yang membenci Syariat Rabbul Izzati
sukar untuk kulafazkan kalimah rindu
pada insan yang selalu lupa akan nikmat Khaliqnya
sukar untuk kulafazkan kalimah benci
pada mereka yang berkasih keranaNya
Namun hanya padaNya kuharap segalanya..
kebahagian itu tiada makna andai kita lupa Dia
tanpa redhaNya hidup ini pasti suram
Tiada ceria & pasti penuh epilog duka

~Sesiapa yang berpaling daripadaKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta~Taha:124

Abdullah Ibnu Abbas berkata berhubung dengan ayat di atas
~Setiap orang yang menerima nikmat daripada Allah, banyak ataupun sedikit, hendaklah diterima dengan rasa taqwa. Jika tidak dia tidak akan mengecapi kebahagiaan dalam hidupnya dan akhirnya dia akan dilanda kesempitan~

Sama-sama penuhi masa cuti, dengan kegembiraan menghangatkan ilmu di dada mahupun aktiviti kemasyarakatan, meringankan beban yang ada..
++Let us enjoy the summer within His blessing++

Monday, June 30, 2008

Usrah Lazat



~Usrah yang Lazat dan Lemak Berkrim~





Berapa lama anda dah sertai usrah?

Secara tepat, ana sendiri kurang pasti. Semasa di United Kingdom pun ana masih kecil lagi. Program aulad mungkin. I'm to young to realize about that but yang pasti mula rasa kehangatan berusrah ni di sekolah. Really!!! I think that what I want that time and I still belong to it InsyaAllah until death.

My murabbi mithali once said that Usrah or Halaqah like a nucleus of tarbiyah & the heart of tarbiyah. Depend on what As-syahid Mustafa masyhur said

‘Tarbiyah bukanlah segala-galanya tapi segalanya dapat diraih dengan tarbiyah.”

Usrah, halaqah, smart cicle dan sebagainya adalah wasilah pembentukan peribadi. Tarbiyah pun wasilah. Matlamat adalah Allah. Itu yang perlu kita jelas. Cuba kita imagine macam mana sistem badan yang kita ada without heart supply to our organs and other complex mechanisms. It will be miserable. Thus, thanks to Allah. He knows best as he creat us in the best way. Alhamdulillah rasa usrah itu benar-benar penting dan terkesan di hati dah 9 tahun. Do pray for me. Minta Allah jauhkan from tergelincir dari jalan dakwah

Bagaimana anda boleh sertai usrah?


Ikut kata hati (bisikan illahi mungkin) -pgrm wajib sekolah - pgrm persatuan
tanpa hadirkan hati usrah takkan membuahkan hasil~moga Allah pelihra wa'yul islami yang ada dan bukan semangat semata-mata.

Kenapa anda menyertai usrah?

  • Mencari sumber kekuatan.
  • Islah diri dan mengajak orang lain.
  • Menyedari hakikat daie takkan mampu bergerak sendiri..
  • Sama-sama ingin berjuang bersama-sama teman tarbawi..
  • Akses pada keredhaan Allah bersama mereka yang berhenti sejenak di raudhah mengingati Illahi

Tiga perasaan setelah menyertai usrah?

  • Tenang
  • Terisi~Peka
  • Tidak sunyi

Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

  1. Lebih jelas akan tanggungjawab di muka bumi::Ad-zhariyat,56
  2. Allah pantas ditakuti dan hanya sanya dia kita bergantung harap
  3. Kehangatan ukhwah-biar benua memisahkan kerinduan pasti membuak-buak::sokongan dikala suka dan duka::kita bersaudara::
  4. Kesedaran islami (wa'yul islami) penting untuk mengerakkan amal-bukan semangat kerana semangat sahaja pasti mudah malap::setiap manusia ada peluang utk mendapat sentuhan illahi,kesedaran milik semua..maka itu tugas kita..menyampaikan..penasihat dan sanggup dinasihati..give & take
  5. Ilmu yang tiada tara::ma3rifatullah dan mengenal hakikat manusia..sirah dan ect..keperluan hamba pada Pemiliknya.

Peraturan tag

  • Setiap blogger mesti meletakkan peraturan ini dihujung entri
  • Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  • Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  • Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain - Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  • Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain ni senarai ana

Asiah Fadhilah
Nurulhuda Ahmad Sani
Fatin Hanira
Kak Lyana
kak Rod

SEMALAM

SEMALAM... 29 june


1) Seawal Malaysia sudah pun pagi terus ana menghantar sms buat ayahanda tercinta..sanah helwa Along ucapkan..Dialah pengunjung setia blog ini..special dedicate to him..As long he going to read all dis..I'll be glad to have blogging through out my life till the end..and of course being a daie I plessure to do it..



~Selamat hari lahir+47 tahun berlalu but you look great to me~



Then exam bertamu di siang harinya..kerana keterujaan untuk menamatkan oral exam seawal 7 pagi sudah bersiap-siap, mengingatkan 8 pagi oral bermula maka 7.30 sudah pun menjadi tetamu Kasr El-Ainy bersama Sadanah selaku PAtI rumah kami di musim oral exam ini..Hairan juga manusia lain tiada la pula..mmm terus ingin mendapat kepastiaan dari Yang Kehormat..Terkejut pukul 11 pagi rupanya..mmm inilah gara-gara tidak online..sudah ketetapan nak buat bagaimana kan..redha mengiringi waktu-waktu yang berlalu..Satu rumah catat record menjadi tetamu terawal..mengisi detik2 manis itu dengan sesi soal jawab..mengagak apakah soalan yang bakal disoal..Alhamdulillah pukul dalam pukul 12 juga la giliran oral ana..so long right? Actually getting exhausted..ada hikmah yakinlah..Alhamdulillah with Dr Naget & Dr Hoda..Moga Mumtaz la kita semua..walaupun physio agak mendebarkan..namun oral ini..begitu manis pengalamannya..


2) selesai sudah oral..baru juga la kami satu rumah tahu ada perjumpaan dengan Dr Nadia..sesi meluah rasa & penyerahan sijil kursus..Thanks as being like our mom..you ara so caring Dr Nadia..mama Nadia will be the best...Kepenatan tak terungkap sudah..terus balik tanpa melibatkan diri dalam sesi bergambar..tym tu pun dh pukul 2.30 ptg...


3) Meeting pukul 3 ptg..Got something for it..Yeap contributing to deen and comunity as we are still alive..if not..why we call ourselves as khalifah or daie right?...Bear in your mind Allah the only goal you try to approach to..so dont rest..Tiada kerehatan buat seorang daie...Ajal lah pemisah segalanya...


4) This part I like most..going to asyer..I feel energetic back as going to see Habib came from Yaman..To listen to his kalam..will be pleasant I think..great word come from great person..His word really touch my heart although not every single word I understand..But thanks to Allah for chosen me to be there...Really got sumthing today..May Allah bless us..

Wednesday, June 25, 2008

Sanah helwa..

~Dikau teman dikau harapan~


Sahabat itu di kala sukar dia sudi menemani
apatah lagi di kala kubahagia dia pasti disisi
andai diri minta dijauhi
tidak sekali dia membiarkan kusendiri
indah sungguh mengenalinya
tak minta sentiasa diingati
namun wajahnya jelas dalam memori
hakikat kehangatan ukhwah itu
memaniskan jalinan persahabatan yang terukir
terus kasih sayang mengalir saban waktu
walau jauh kuterpisah darimu
ketahuilah dikau tidak pernah sunyi
dari dalam mimpi mahupun realiti..
dikau la teman duniawi dan ukhrawi


Sanah helwa buat sahabat akrabku. Teruskan perjuangan kerna dikau bakal srikandi dan bakal pengekal zuriat buat ummah yang bakal menggegarkan alam ini..dikau sentiasa dihati, Marfahaniz.Sanah helwa juga buat classmate yang lahir pada hari ini..Teruskan berjuang atas deenulHaq ini

Islam sebagai cara hidup




Islam sebagai cara hidup





-lihat dia~daku kagum^-^-



Something to share with those out side there...Uhibbukumfillah


Islam beerti penyerahan diri. Penyerahan diri di sini bukan bermakna pasrah atau putus asa, tetapi penyerahan ini beerti mengembalikan fitrah diri ini kepada pengaturan penciptanya. Sebagaimana kita pasrah dalam masalah ajal dan tuah begitu jugalah kita perlu berserah dalam pengaturan cara hidup yang sebenar.

Allah mengaturkan seluruh kehidupan kita secara fizikal merupakan kepercayaan semua manusia. Semua manusia tahu bahawa mati itu ketetapan Tuhan. Sama ada mereka itu muslim atau bukan. Mereka juga akur bahawa pembinaan sel dalam rahim adalah aturan Tuhan secara fitrah. Manusia sekali lagi akur dengan fitrah bayi yang belajar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Tetapi apabila sudah sampai tahap manusia memilih di sini ada yang memilih selain fitrah. Ada yang memilih selain penyusunan Tuhan.

Inilah yang dikatakan semua manusia itu diberi hak memilih. Kemudian mereka akan dibicarakan atas pilihan mereka. Islam merupakan satu system hidup yang paling sempurna. Allah menurunkan kitab Al Quran dalam tempoh 23 tahun kepada seorang nabi yang hidup dalam segenap lapangan masyarakat, bergerak dalam banyak suasana, bekerja dalam pelbagai bidang dan menjadi pemimpin kepada bermacam macam bangsa. Al Quran menceritakan semua kisah kisah penting umat dahulu sebagai panduan hidup. Al Quran kalau dirumuskan dapat kita fahami kesemua perbahasan Al Quran ada dalam satu Bab yang digelar Surah. Surah Al Fatihah mengandungi 7 ayat yang menyingkap isi Al Quran iaitu kita mesti melalui hidup dengan mengenali Tuhan. Islam adalah agama yang menukar peribadi manusia dengan hanya perakuan lisan tanpa sebarang upacara. Sekadar menyatakan “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.” Maka dia sudah menjadi Muslim.




Dalam ayat kedua Al Fatihah Allah menceritakan tanggungjawab hambaNya adalah memuji Allah dan menyatakan Allah lah yang mencipta dan mentadbir alam ini dan bersifat pemurah lagi pengasih bahkan merupakan Raja di hari pembalasan merupakan alasan Allah mesti dipuja. Selepas perintah memuja Allah, Allah menyatakan tugas lanjut iaitu menyembah hanyasanya Allah serta meminta bantuan hanya dari Allah. Kita diberitahu supaya memohon pedoman untuk mengikuti jalan yang benar. Dan Al quran menceritakan kisah kisah silam bagi manusia menilai mana jalan yang benar dari kisah kisah orang yang baik. Kisah sempadan juga disertakan bagi manusia menghindarinya.

Jadi Al Quran merupakan perlembagaan hidup. Kalau dalam persatuan kita akan disembahkan 2 buku panduan. Satu undang2 tubuh satu lagi panduan kerja. Jadi Al Quran inilah undang-undang tubuh kemanusiaan kemudian panduan kerja itu adalah Rasul atau Nabi utusan Tuhan yang mempamerkan bagaimana kehidupan seorang Muslim.

Menjadi Muslim cukup dengan ungkapan 2 kalimah syahadah. Tetapi untuk menghindar seksaan neraka perlu kepada perlaksanaan perintah Allah dan meninggal laranganNya. Oleh yang demikian Nabi menceritakan beberapa perkara mesti dibuat bagi menghindar neraka iaitu solat, puasa, zakat dan juga haji jika mampu. Seandainya perkara ini dilaksana manusia itu akan terpelihara dari azab selepas mati. Namun manusia ditimbang kanan dan kiri, Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan terperinci mengikut kesesuaian manusia lantas Islam juga menjaga manusia dari menzalimi dan menindas manusia lain. Oleh yang demikianlah Islam menyenaraikan kepatuhan kepatuhan ini untuk kebaikan manusia pada dirinya dan pada orang lain. Sebagai cara hidup yang sempurna Islam juga menegah manusia dari beberapa perkara buruk supaya dijauhi, seperti zina, bunuh, curi, umpat, arak, judi dan perkara perkara yang merupakan gejala kepada masyarakat.



Islam bukan sekadar mengatur perkara perkara besar tetapi juga perkara yang disebut hal remeh. Seperti buang air, kebersihan diri, adab-adab amalan harian seperti makan, minum, bercakap dan sebagainya. Semuanya ada panduan yang lengkap menurut pandangan Islam dan bagaimana yang sebenarnya.

Islam itu lebih modern dari masa kini. Islam telah lama menceritakan hal – hal diet dan penjagaan pemakanan. Islam telah lama membicarakan tentang hak manusia seperti masalah hamba, masalah perkauman, masalah buruh, hubungan manusia dengan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Semua masalah yang dipandang sebagai perbincangan baru ole masyarakat barat telah lama Islam bincangkan.

Islam lebih ekonomis dari sistem perbankan. Islam menagajar jimat cermat tetapi menganjur kepada sedekah dan bermurah hati. Islam mewajibkan rasa puas hati dalam soal berjual beli dan sebarang urusniaga tunai atau hutang. Islam mengharamkan riba atau penindasan ekonomi. Islam tidak menyokong sikap suka berhutang. Konsep ekonomi Islam adalah lebih tulin.

Islam lebih adil dari saksama. Ketika mahkamah menghala kepada banyak kesalahan dalam menyabitkan kesalahan, Islam sebenarnya sudah lama menegaskan mensabitkan kesalahan itu perlu kepada tahap yakin iaitu 100peratus bersalah. Kerana pada pandangan Islam hukuman itu bukan untuk menzalimi tetapi untuk menyekat kezaliman. Jadi daripada kemungkinan tersalah menghukum lebih baik tersalah memafkan. Manakala hukuman dalam Islam adalah paling saintifik tetapi saintis enggan mendedahkannya. Islam menghukum pancung sebagai cara hukum bunuh, ini supaya saraf Tunjang putus dahulu sebelum saraf jantung. Ini mengelak dari pancutan darah. Walaupun ianya lebih ngeri dari melihat hukuman pancung.

Islam lebih politis dalam masalah kepimpinan. Islam mencegah sebarang rasa ingin berkuasa tetapi meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu pemimpin bukan sebagai kebanggaan. Islam menjelaskan ciri ciri yang pelbagai untuk seorang pemimpin. Islam tidak menyamakan suara orang yang cerdik pandai dengan suara orang yang dungu. Islam mencegah keras amalan rasuah. Islam system pertama yang membezakan antara hadiah dan rasuah.

Sekiranya ada agama lain seperinci Islam maka yakinlah Islam bukan sahaja perinci tetapi tepat dalam setiap perinciannya. Tiada agama dalam dunia ini yang hanya bertuhankan Allah selain Islam. Ini menunjukkan pembebasan manusia dari penyembahan sesama ciptaan. Islam membebaskan manusia dari belenggu menghambakan diri pada bukan selayaknya kepada perhambaan yang sebenar.

Islam adalah yang sebenar dan Islam sahaja yang benar...
kedamaian di dalamnya


ps:this article actually wrote by someone to non muslims.. so do your favour whether want to publish it or not..tafadhal..hak milik bersama

Tuesday, June 24, 2008

Heart of Muslim



~Heart of Muslim~

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one

Though with stones on his chest, his Imaan would not rest

The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
Chorus:

It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslim's filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right
Chorus

So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie
Chorus
~Zain Bhikha~

++1.2.3.4++




Semalam.. sayup-sayup di tengah malam, seorang teman memutarkan lagu dari laptop kesayangannya... kebetulan Allah takdirkan daku di situ..menumpang study...gara-gara ingin menukar mood study untuk oral histo hari ni..Rupa-rupanya tidaklah daku tahu bahawa lagu ini yang pada satu ketika pernah kunyanyi tika sekolah rendah kudengar kembali..lucu pula kerana daku ingatkan lagu untuk silibus budak sekolah rendah...mmm mungkin dinyayikan semula..entah daku sendiri pun kurang pasti.. tapi ini gandingan si kecil bersama Aris Ariwatan... aris ariwatan pun bukannya daku kenal..biarlah.. namun sebenarnya ada kisah yang membuatkan daku suka mendengarnya.. lebih enak didengar jika kanak2 yang menyanyikan atau nyanyikan sendiri bersama ahlel beit..rupanya mereka pun tahu... susah juga untuk memilih halwa telinga..liriknya suci namun penyanyinya wallahu'alam..yang pasti bijak la memilih ya teman..nasyid pun perlu diteliti..cuma ini sebagai menggamit memori tika kecil dahulu di bangku sekolah.. terkejut ingatkan hanya nyanyian kanak-kanak kecil..

~1.2.3.4 ~

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan




Alhamdulillah oral histo selesai sudah.Doctor Hana Abd Kadir sangat membantu, "You all are excellent." She said. Full mark we get. Meleret senyuman kami semuanya. Kumpulan oralku pulang dengan wajah gembira. Syukran doctor. Balik terus teringat lirik ini yang ingin sekali dikongsi dengan semua.Sebenarnya banyak je nasyid-nasyid lain tentang ummi, abbi dan sebagainya. Namun ini benar-benar mengingatkan daku akan memori lalu.Ya tika waktu kecil di bangku sekolah semua orang ligat bercerita pasal keluarga..daku juga begitu..maklumlah semua orang tym tu adik beradik tak ramai tapi family ku besar..Bercerita pasal keluarga membuatkan daku insaf..diri sendiri akan sedih bila melukakan hati mereka..Ya adakah jiwa kita sama...



Sensitifkah kita jiwa ummi, mak, mama, ibu, walid, abi , ayah kita...dilukai..rasakah kalian jerih perih mereka membesarkan kita..huh..isu ini amat sensitif bagi ku..jika mereka dilukai daku pantas memikirkan jalan menggembirakan hati mereka.. namun sikit sahaja usahaku.. memihak bukan tugasku kerana dua-dua insan yang kusayang.. tiada pilihan..kerana dua-dua yang terbaik untuk kami adik beradik...selaku along.. ingin selalu ku kongsi perasaan ini..agar kasihlah pada ibu bapa kerana Allah bukan kerna fitrah sayang anak pada kedua orang tuanya..kerana bertitik tolakkan kasih sayang yang salah menyebabkan kita tidak akan menerima kekurangan mereka dengan seadanya..lihat la realiti..ramai yang suka menyalahkan mereka dan mereka tidak dihormati dengan sewajarnya,tambahan bila mereka sudah tua pelbagai perlakuan dilakukan..rumah orang tua jadi pilhan untuk membalas budi mereka..berdosakan begitu..Ya Allah peliharalah kedua ibu bapa ku..Jadikanlah kami anak-anak yang soleh.

~harapan..takkan daku biar mereka keseorangan~

Perhatilah dunia! Nilailah dunia dengan kaca mata syarak. Lihatlah anda ingin generasi yang bagaimana? Ingin kaum yang taat? Maka taatilah Allah dan RasulNya dan juga kedua ibubapamu selagi suruhan mereka menepati apa yang Allah gariskan. Gembirakanlah hati mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.

Friday, June 20, 2008

Nostalgia~kelahiranmu

Indahnya andai kita bertemu


Menyingkap nostalgia lalu....
teringat daku ukhwah itu...

Ukhwah itu jika dilayari
penuh onak duri
setiap hati diduga
KETEGUHAN ukhwah ini..
itu yang akan Allah uji
namun jika benar matlamatnya
pasti kan kekal abadi
biarpun merentasi perjuangan penuh tribulasi
demi mencari cinta yang hakiki
pasti ukhwah itu akan bersemi
mengikat hati-hati kecil ini
supaya terus bersatu, berkasih
di bawah lembayung islami
terus mekar di syurga firdausi
manisnya kan kekal hingga habis waktu
Pahitnya ditelan kerana syurga ganjaran yang satu
moga kasih kita terus bertaut
kerna kita punya matlamat yang satu
Allah tempat kita mengadu
tempat kita kembali bersatu
biarpun mati pemisah pertemuan itu
Ukhwah itu kan terus berpadu



Itulah luahanku...akan ukhwah yang kukenang selalu...hakikatnya ukhwah itu terus berjalan menyusuri impian dan waktu.. masing-masing bertebar mengota janji menjadi daie harapan ummah yang satu.. bukan hanya tinggal nostalgia..memorinya mungkin.. namun perjalanannya tiada henti.. tiada henti kuharapkan.. ya itu harapan.
Seterusnya, hari ini kelahiran teman baru ku di bumi ardul kinanah ini.. sepanjang hari dihabiskan bersama...biar baru bertemu..sama-sama menuntut ilmu.. moga akan ada bibit ukhwah yang akan terus mekar walaupun usia berlalu..


~sliding cake>>huhu gara2 menaiki tremco dan metro>>asyer~

sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya Mufidah
moga Allah berkati usiamu..
He never leave you beside as you can alwayz hold His syariah
YOU ARE NEVER ALONE

Monday, June 16, 2008

Kita bukan Penghukum

..Assalamualaikum wbt..

senja takkan berlabuh..kerna esok pasti senja lagi

namun diri hari ini pasti tak sama dengan esok hari




Lama sungguh rasanya tidak berceloteh..kebanyakannya hanya short post sahaja..tergerak hati malah tak senang dibuatnya andai jari jemari ni tidak segera menari di atas key board ini...Namun pertamanya pantas ana mengatakan::

wattaquLlaah wa yu'allimukumuLlaah

Justeru berbalik kepada apa yang ana ingin perkatakan dari minda yang Allah kurniakan..dan atas rahmat dan petunjuk-Nya, Al-Quran..Terus..



Kita bukan penghukum??

Justeru pendapat antum bagaimana..setuju atas sebaliknya..atau malas untuk berfikir tentang isu ini..Definisi dan situasinya pelbagai.. Luas.. namun sikit sahaja ingin disentuh dan yang lain cuba kita sama-sama pikirkan dalam konteks kehidupan masing-masing Sebenarnya ini termasuk dalam sejauh mana kita memandang kehidupan sebagai platform memperkasa diri dalam rangka menaikkan saham di akhirat kelak. Kadang-kadang disebabkan kita sentiasa dilalaikan dengan filem & telenovela maka benda yang remeh kita perbesarkan namun isu pengislahan diri..memantapkan peribadi..menaikan sensitiviti langsung tak dihirau…hidup dengan cara sendiri langsung tak ambik kisah kesan sikap kita pada teman sekililing..ayuhai diri selalulah islah hati..jangan biarkan hati bernanah hingga berulat nanti.


Pada manusia..kita bukan penghukum


“Don’t judge a book by its cover”. Sudah acapkali kita dengar. Hingga bosan mungkin. Inilah antara kebiasaan ayat yang akan keluar apabila ada insan mengkritik kita..namun adakah sama tindakan kita apabila kita ikut sesedap rasa mengkritik orang lain..konsep mutual atau bilateral terlaksanakah disini? kalau tak suka orang bersikap dengan sikap yang tidak menyenangi hati kita maka lakukanlah benda yang sama…syaraklah pengukur utama dalam mengerakkan amal..ayuhai khalifatul ardh jiwa kena ‘neutral’. Suka apa yang Allah suka benci apa yang Allah benci..


Maka disini tidak lari kewajipan bertaaruf. Antara marhalah dakwah fardhiyah juga turut digariskan taaruf sebagai asas utama. Mana mungkin seorang daie mampu mengenali mad’u dan seorang teman ingin mengenali temannya tanpa saling bertaaruf..taaruflah pemudah cara..maka barulah kena gaya dan rentaknya kalau ingin menilai manusia serta menegurnya..tapi bukan terus menghukum manusia dengan percaturan diri sendiri tanpa asas..Islam tak pernah menghukum..tapi Islam sendiri deen yg memberi ruang utk pengislahan berlaku.Dalam rangka meningkatkan lagi usbah Mukminah atau generasi awal,Allah telah mentanzilkan firmanNya::


>>Hai orang-orang yang beriman.jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengunjing sebahagian lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyanyang <<(Al-Hujurah,12)



Pada Allah..Seribu kali tidak layak sebagai penghukum..Bahkan infiniti


Na'uzubillah moga dijauhi..Isu ini barangkali tanpa sedar kita alami..dan mungkin tidak pernah cuma sekada risau sejauh mana ketentuan masa hadapan yang tidak pasti..ada timbul keraguan namun cepat-cepat dihilangkan dengan istighfar malah seperti yang ana katakan diawal penulisan..isu yang ana higlightkan ini luas konteksnya..Cuma sikit sahaja yang ingin ana tonjolkan. Contoh terdekat, musim peperiksaan ini mudah sungguh kita menetapkan syarat ‘aku akan begini sekiranya kau beri begini’...Justeru apabila dapat natijah keluar ada bibit-bibit ketidakredhaan berlaku..tapi insyaAllah bukan dikalangan kita harapnya. namun atas dasar ingin takmil wa istikmal ana gagah jua utk memperingatkan hati yang mudah terisi dengan anasir jahiliyah ini..maka perbaharuilah niat..tajdid selalu


>>Itulah sibghah (corakan/celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah.” << (Al-Baqarah,138)


Sebaik-baik Pengadilan adalah dari Allah…Allah lah yang memberi dosa pahala...Pemberi rahmat..Tapi kita?? Tiada apa-apa,semua milik Sang Pencipta..maka layakkah kita meragui ketentuan-Nya..bahkan sikap kita takkan mencacat celakan satu pun sifat Allah yang 20 mahupun kebesaran 99 nama-Nya, malah yang rugi adalah kita..


Wallahu’alam..Ya muqallibal QULUB thabbit qulubuna 3la deenik
Akhir kalam segala kesalahan harap dimaafkan dan teguran amat diharapkan...sentiasalah zikrullah..