Sunday, February 14, 2016
Air Mata Bunda
Posted by sinar_islami at 10:04 PM 0 comments
Labels: Catatan Bunda
Housemenship zaman kita semua
Posted by sinar_islami at 7:03 AM 0 comments
Labels: Catatan Dr
Thursday, December 24, 2015
Sabah, dunia baru... Cabaran baru..
Alhamdulillah.. Bakal bertugas Isnin ini secara rasmi di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tawau Sabah. Doakan terus bertabah dan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin.
Entah apa cabarannya. Debar juga. Nuha semakin besar, semakin mencabar untuk ditinggalkan. Ada sahaja pertanyaannya, hinggakan pernah berkata,
'Nuha pun nak gi kerja jugak!'
Agaknya dia pun tahu masa Bundanya dihabiskan di tempat kerja.
Itulah perjuangan dan pengorbanan jiwa si kecil beribubapakan doktor yang dicacihina media. Huh.
Perjuangan! Terus, jangan pandang belakang.
Rumah sewa pertama
Ha.. Ini jugalah pertama kali hidup dalam nukleus kecil sendiri. Masih membuat senarai dan merangka undang-undang hidup rumah.
Banyak juga harus difikirkan. Ummi, Ibu, Lek dan Abah tidak putus-putus memesan dan mengingatkan keperluan yang harus dibeli. Namun, disebabkan kekangan bajet yang terhad, kami harus membeli secara berkala dan memilih yang utama. Alhamdulillah 'rumah kecil' kami makin berfungsi. Yang penting saya perlu 'organise' dan memastikan kekemasan rumah terpelihara. Haha hanya adik-beradikku tahu spesis apakah diri ini. Salah channel, sampai batas, boleh meletus juga.
Hanya Dia hidupkan segalanya
Moga Dia terus memandangku dengan kasih sayangNya. ๐ Yang di Atas memerhati, yang di bawah ini hanya hamba. Lemah serba serbi. Tapi aku akan terus belajar dari alam yang misteri ini. ๐
Posted by sinar_islami at 3:12 AM 0 comments
Monday, November 23, 2015
Zero to Hero.. Ho to Mo
Keluarga, jasa dan pengorbanan
Bukanlah saya seorang sahaja yang menempuh alam ini. Apabila memilih bidang kedoktoran, keluarga anda juga terjebak di alam sama. Apatah lagi yang sudah bersuami dan memiliki anak. Merekalah yang banyak berkorban. Ketika kerja shift malam, si suami terpaksa berjaga malam. Ketika shift petang, si anak bertanya-tanya di mana ibunya, sedangkan anak kecil lain riang ria di taman permainan.
Zero to hero... Ya ayat mudah untuk dituturkan tapi penuh ranjau untuk dilaksanakan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Melihat kedua anak kecil yang ada, terasa luka yang dalam sukar diubati.. Sukar memahamkan mereka yang tidak mengetahui. Apapun terus.. dan terus melangkah.
Posted by sinar_islami at 9:46 PM 0 comments
Labels: Catatan Dr
Monday, June 29, 2015
29 Jun; Hari Bapaku dan Anakku, dalam sejarah!
Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Begitulah.. Dia Pencipta dan penuh kesempurnaan. Alhamdulillah dengan berkat dan ihsannya jua dapatlah saya menempuh kandungan kedua ini yang sudah berusia 39 minggu hari ini.
29 Jun bukanlah calang-calang hari. Hari ini pada tahun 1961 lahirlah walidku, tanpa beliau mustahil wujudnya saya. Sanah helwah ya abi, ya walidi, ya ra-iisi, ya habibi... Alhamdulillah, bertemu ummi, dengan izinNya lahir pula saya ke ardullah ini.
Hari ini 29 Jun, saya pula bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua. Sudah pun berada di hospital, menanti giliran dioperasi . InsyaAllah giliran yang ketiga. Subhanallah berdebar tak usah di kata. Bercampur baur perasaan. Cuma satu diharapkan, Allah memudahkan urusan saya, mengampunkan dosa-dosa saya, memudahkan urusan doktor dan mengampunkan dosanya juga. Moga moga rahmatNya mencucuri proses kelahiran nanti ๐ tersangat berharap dijauhkan dari sebarang komplikasi.
Justeru di saat-saat akhir ini. Saya, ingin memohon jutaan maaf pada mereka yang mengenali, terguris hati samada sedar atau tanpa saya sedari. Maafkanlah jiwa yang lemah ini. Doakan keselamatan saya dan bayi yang bakal dilahirkan ini. Doakan kami selamat dan kami suami isteri terus diberi petunjuk untuk mendidik anak-anak kami dengan cahaya Illahi. Mohon ya doakan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat kami☺️ Uhibbukumfillah
Salam sayang dari PRIBA, HSNZ ๐ท
Posted by sinar_islami at 7:39 AM 2 comments
Labels: Catatan Bunda
Sunday, June 07, 2015
G2P1 at 36 weeks : a break of muhasabah
Syukur wal hamdulillah... Sudah 36 minggu membawa insan kecil bersama diri. Tak sepi menemani hari-hari sebagai seorang ibu kepada Kak Longnya, Nuha, isteri pada suami tercinta serta penjawat awam kepada rakyat Terengganu. Pejam celik pejam celik 36 minggu berlalu. (^_^) proudly to be gravida 2 para 1, and praying everything gonna be well till deliver.
Bukan senang.. Walaupun frasanya negatif, itulah hakikatnya..
Memang mudah bergelar seorang ibu, tetapi memenuhi ciri-ciri ibu mithali itu memerlukan mujahadah yang tinggi. Perlu kesabaran yang tiada tara. Anak kecil semenangnya belum lagi mampu memahami dan menyelami erti sabar biarpun pandai mengajuk ' sabar.. Sabar' dengan ayunan tangan comel mereka. Namun dengan kecomelan merekalah membuatkan kita terasa bodoh melayan amarah atau kehendak kita semata๐
Dulu surirumah, sekarang..
Kali ini cabaran mengandung bertukar 360 darjah, kalau dulu sibuknya menyiapkan urusan rumah, sekarang hospital pula menjadi tempat utama beraksi. Kaki ini menjadi saksi hingga penghujung hari mulalah bengkak munculkan diri. Apabila siang sudah beranjak malam, Nuha sudah pun syahid setelah 'penat' menunggu Papa dan Bundanya muncul. Itulah pengorbanan seorang anak doktor yang tidak mungkin difahami oleh mereka yang sekadar melihat dari 'tepi'. Nuha telah secara tidak langsung berkongsi dan meminjamkan kedua orang tuanya kepada masyarakat yang punya pelbagai persepsi terhadap bidang kedoktoran hari ini.
Akhirnya terkena juga..
Sudah lama saya bermujahadah untuk membawa kereta apatah lagi apabila postnight shift and postcall, berapa kali terlelap, pernah sekali ditahan polis. Lucu tapi berbahaya. Akhirnya dalam keadaan segar, masih diawal pagi.. Saya memandu ke hospital, hari ini dalam sejarah kemalangan berlalu. Sungguh tidak berbau. Nah, kerja Tuhan siapa tahu. Muhasabah saya sejenak. Masih diberi umur, di'tampar' sedikit oleh Allah, tidak lama lagi bertambah lagi amanah Allah, taubat sudahkah? Doa maksimakah? Memaafkan sudahkah? Terasa banyak perkara pula yang belum selesai..
Sungguh detik 36 minggu ini muhasabah untuk saya. Bila bila saya anakanda kedua muncul. Doakan kelahirannya lancar, tiada lagi komplikasi.. Pada yang mengenali, halalkan makan minum dan maafkan salah silap saya ya. Moga redhaNya selalu bersama kita semua..
Posted by sinar_islami at 5:42 PM 0 comments
Thursday, January 08, 2015
2015, selangkah lagi ke hadapan!
Merenung jauh, masa yang ditinggalkan. Sudah berusia pula rasa...
(^_^) Hadirnya Januari, seperti biasa, bertambah lagi usia saya. Maju, tidak mundur!
(^_^) Hadirnya 2015 juga, 3 tahun sudah usia perkahwinan. Maju, tidak mundur!
(^_^) Hadirnya 2015 juga, Nuha bakal beroleh teman, Maju, tidak mundur!
(^_^) Hadirnya Januari, bermulah posting kelima di zaman housemanship ini. Maju, tidak mundur!
Ya masa pantas berlalu. Masih mengharapkan pembaikan dan kebaikan yang berterusan. Jazakumullahu kheiran kathira untuk yang mendoakan. Sungguh, untuk melalui semua ini sudah pasti penuh ujian, cabaran. Sungguh menuntut Mujahadah!
Ayuh, terus melangkah, untuk masa hadapan yang cerah. Yang penting, syurgalah yang dinanti sebagai tempat rehat yang kekal abadi.
Posted by sinar_islami at 9:52 PM 1 comments
Saturday, June 14, 2014
Aduhai Putri Kusayang, Setahun usiamu, sayang...
Posted by sinar_islami at 9:55 PM 2 comments
Thursday, April 24, 2014
Uniknya Anak.. Hebatnya Ibu? Ayuh terokai!
Posted by sinar_islami at 1:16 AM 0 comments
Sunday, April 13, 2014
Anak Kecil Tidak Pernah Putus Asa
Masa terus berlalu dan kini Nuha sudah 10 bulan
Alhamdulillah.. Sudah besar anakku ini. Kalau dahulu memerlukan sepenuh sentuhan, kini adakala cukup sekadar pantauan. Sudah aktif merangkak ke sana ke mari, tidak mahu 24 jam di ribaan ibunya. Syukur Nuha membesar dengan sihat dan mencapai perkembangan yang memberangsangkan. Setiap hari pasti ada sahaja kebolehan baru yang ditonjolkan, sudah pandai membuat pelbagai buyi, menyebut papa, mama dan bye bye sambil melambai tangannya yang mulus itu.
Alhamdulillah hari ini pula sudah mampu berdiri lebih lama tanpa sokongan luar dan melangkah 1-2 . Ajaib. Walau kita ajar, walau kita ransang setiap hari, Allah sahaja yang menetapkan sekian tarikh untuk Nuha menunjukkan kebolehannya.
Allah Allah syukur kerana adaMu selalu. Ya Rabbi teruslah mendidik kami dengan nur keimanan dan hidayahMu.
Insan kecil mengajar kita percaya...
Seputar kisah saya di jabatan kanak-kanak, hati terusik melihat kanak-kanak mampu tersenyum walaupun dirinya perlu dirawat. Masih gagah bersedekah dengan senyuman saat dirinya tidak tahu menahu sakit apakah yang dialaminya. Sungguh naif mereka ini, menangis saja mampu mengambarkan kesakitan yang dialami.
Mereka yang menghidap thalasemia pula ada persatuan mereka dan mereka saling menguatkan sesama sendiri. walaupun memerlukan tranfusi darah secara berkala, dicucuk berkali-kali mereka tidak pasrah dengan tidak mengembangkan potensi. Ada dikalangan mereka belajar hingga ke uuniversiti
Posted by sinar_islami at 8:03 AM 0 comments
Sunday, February 09, 2014
Perkahwinan : Macam Best Jer... (Ehem.. Baru 2 tahun!)
Ada apa ya? Sampai teringat-ingat...
Best sangat ya perkahwinan? Mungkin itulah pertanyaan bagi yang belum merasai. Ayuh cuba dahulu deh. Yang seronoknya kita selalu akan berangan dan menanam impian yang super super :) Namun harus juga siap sedia untuk hadapi cabaran demi cabaran. Untuk permulaan, harusnya ada calon, dan jalannya bersih untuk sebuah baitul muslim bak dirikan masjid ini. Kalau belum punya, tidak perlu risau banyak lagi perkara best untuk orang bujang lakukan, namunnn usaha ke arah mencari calon soleh wa solehah itu perlu. Ingat jodoh bukan datang bergolek, paling tidak berdoa ya. Doa juga rumah tangga utuh, ada mardhatillah dan suami isteri saling melengkapi.
Baru dua tahun? Alhamdulillah sudah bertiga
Walaupun sudah beranjak 2 tahun usia perkahwinan, masih banyak perkara kami suami isteri harus pelajari. Baru dua tahun kata orang yang sidah berumah tangga berpuluh-puluh tahun. Apapun syukur. Kalau dahulu berdua sekarang kami sudah bertiga. Memiliki si kecil adalah momen indah dan subjek baru dalam perkahwinan. 4 feb genap dua tahun perkahwinan, manakala 9 feb hari ini, genaplah puteri kami 8 bulan.. Pantas masa berlalu. Nuha pengikat cinta kami suami isteri. Kelincahanya penghibur hati. Sepenat mana pun kami suami isteri, Nuha tetap di hati.
Mahu jadi superwoman?
Best macam mana pun perkahwinan, akan ada sahaja cabaran. Untuk si isteri yng bekerja sememangnya menguruskan rumahtangga ini sudah menjadi suatu cabaran. Macam best kan kalau dapat jadi superwoman. Zupp..ke sana jadi doktor. Zass...ke sini jadi bunda. Zuss ke situ jadi isteri. Kena lincah! Aha semestinya saya perlu ada suami yang juga superman, menyokong, memerhati, melindungi dan menasihatin sang isteri. Alhamdulillah saya dipinjamkan suami yang sebegitu. Kadangkala kita penat untuk mengejar title superwife, supermom dan superwoman. Letih dan rasa juga mahu perputus asa. itulah manusia. bukan mudah menikmati syurga dunia dan akhirat. Beliaulah yang mengingatkan, ' Alhamdulillah, anak baru seorang. Kenalah bertahan untuk masa hadapan.'
Posted by sinar_islami at 3:35 PM 0 comments
Sunday, January 05, 2014
Umur dunia: 26 tahun satu kesyukuran
Alhamdulillah ketika menjejaki usia inia, terasa lengkap sudah diri dan sebahagian keperluan dalam mendirikan agama. Sudah bergelar isteri, sudah bergelar ibu dan sudah bergelar Dr. Mencabar tapi menarik dan perlu sentiasa muhasabah.
Setinggi kesyukuran dirafa'kan kerana Allah masih memberi peluang untuk menambah amal. Makin meningkat usia makin bertambah tanggungjawab. Allah Allah, pasti banyak perkara yang akan di soal. Apapun harus bersyukut dan terus positif mengharungi kepayahan dan kesenangan dunia. InsyaAllah akhirat sebaik- baik tempat kembali.
Di kesempatan ini, ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada ummi dan lek yang mendidik diri dari kecil. Syukran ya zauji kerana menjemput diri menjadi isteri. Terima kasih pada adik- beradik yang selalu mendoakan diri dan kepada semua yang mengenali, moga Allah berkati kalian semuanya. Salam ukhwah dan mahabbah daripada saya di hari yang indah ini.
Posted by sinar_islami at 11:05 PM 1 comments
Wednesday, January 01, 2014
Dari Jabatan Pembedahan ke Jabatan Kanak-kanak
Posted by sinar_islami at 12:56 AM 1 comments
Tuesday, October 01, 2013
Catatan Dr : Kecil tapi Besar, Besar tapi Kecil
Posted by sinar_islami at 11:29 AM 4 comments
Labels: Catatan Dr
Sunday, August 25, 2013
Catatan Dr : Bermulalah alam kerjaya..
![]() |
| Rakan seperjuangan, berbeza kaum dan juga hospital. |
![]() |
| Nuha asyik bercerita.. Terpesona Bunda dengan gelagatnya. Mana tak berat hati ini.. |
Posted by sinar_islami at 9:02 PM 2 comments
Labels: Catatan Dr
Wednesday, August 14, 2013
Aidilfitri 1434H
Posted by sinar_islami at 10:45 PM 0 comments
Tuesday, July 09, 2013
Catatan Bunda : Syukur, Sebulan Yang Berharga!
Ramadhan dan Syawal kali ini mungkin yang terakhir mampu saya nikmati dengan senikmatnya walaupun kali ini tak mampu berterawikh di masjid kerana Nuha perlu diberi lebih perhatian. Entah bagaimana la Ramadhan saya tahun hadapan kalau masih panjang umur. Maklumlah kerja nanti tak menentu dan sungguh hetic. Sudah pasti kenikmatan menghidupkan malam tidak seperti dulu.
Apabila sebut Ramadhan, terbayang Ramadhan lalu. Itulah Ramadhan kali terakhir saya di Mesir. Sempat menjelajah beberapa masjid di sekitar Kaherah. Damai sungguh.. Kehangatannya lebih terasa berbanding Malaysia. Mengenangkan keadaan Mesir sekarang, pastinya sahabat-sahabat di Mesir tidak sebebas tahun-tahun sebelum ini untuk menjelajah masjid. Sedih saya mengenangkannya. Namun itulah jihad buat mereka yang benar. Yang pasti, kita kena panjatkan doa yang berterusan untuk saudara kita di Mesir, Syria, Palestin dan negara tertindas. Manfaatkan keberkatan di bulan yang mulia ini. Mesti!
Di samping itu juga, doakan saya sekeluarga diberi pengampunan dan terus dalam rahmatnya.
Posted by sinar_islami at 8:38 PM 0 comments
Saturday, June 29, 2013
Catatan Bunda : Putri pertama Papa dan Bunda
Posted by sinar_islami at 5:39 PM 2 comments
Thursday, June 06, 2013
Catatan Bunda: 39 Minggu- Bila-bila sahaja bergelar Bunda. Ya Allah bantulah dan mudahkanlah!
Seperti biasa, diari kehamilan dibelek. Ada nota ringkas di sediakan mengikut minggu kandungan. Nota minggu 39-40;
Kulit bayi anda sangat halus dan lembut. Berat bayi adalah sekitar 2.7kg-3.2kg dengan panjang sekitar 50cm. Tahniah diucapkan! Pada saat ini, bila-bila masa sahaja anda akan bergelar seorang ibu!'
Doakan ya semuanya selamat, lancar dan kami sihat. Maafkan salah silap saya sepanjang kalian membaca blog ini. Maaf juga khusus pada suami tercinta, Ummi Lek, Ibu Abah, adik-adik tersayang, keluarga, sahabat-sahabat, pendidik dan rakan yang mengenali diri ini. Mohon halal semuanya. Terima kasih juga atas nasihat dan doa kalian selama ini. Apapun doa kalian masih diperlukan (^_^)
Posted by sinar_islami at 8:49 AM 2 comments
Tuesday, June 04, 2013
Catatan Dr : Perjalanan Panggilan Cinta (Kerja Ibadahku)
Posted by sinar_islami at 5:55 PM 2 comments
Labels: Catatan Dr







